Assalamualaikum dan hello :)
Family Camping 2H1M di Dusun PakNan, Kampung Hulu Rening, Batang Kali, Selangor.
1st
time join cousin camping bersama-sama. Biasa sendiri-sendiri je. Anak-anak
seronok ada geng. Kalau tak, dok gaduh sesame sendiri je. Nak nya Ali memang
kamceng dengan Naufal. Tau-tau hilang je main tubing sama-sama.
2nd day, 3 families datang untuk day trip/piknik (day trip/piknik ni kadar caj berbeza dari bermalam).
Testing je ajak anak-anak buah mandi sungai. Nampak semua anak-anak buah happy (mak bapak dorang tak tau la), boleh arrange lagi lain kali hehehe.
Kali ni dapat
membelek tent glemer V13 siap buat lawatan dalam tent hahaha. Tak sempat nak
tengok cousin packing tent. Sekejap toleh tengah lap-lap tent (sbb basah
hujan). Toleh lagi skali dah masuk dalam beg tent. Laju nau.
Sini berbaloi
juga 2H1M sebab tak ada had masa check in/check out. Tak terkejar-kejar masa.
Best. Cuma kejar-kejar dengan time hujan je la. Sebab lately petang hujan. 1st
day 3.30pm hujan. 2nd day lewat sikit dan renyai je. Sempat juga
angkut barang ke kereta.
Campsite
kawasan persendirian dan tak banyak sangat tapak so tak ada la bersesak sangat.
Kami dapat Kawasan tapak raised (ada petak bata dengan base pasir). Tapak cousin ngam-ngam Village 13, tapak kami
besar sikit still ngam-ngam sangat untuk Unta L. Ruang depan khemah tinggal
lebih kurang 2 kaki. Tak cukup ruang depan khemah nak setup tempat makan (sebab
kitorang bersila je tak ada meja/kerusi bagai). Lepas ni kalau nak book sini
nak request tapak depan sungai sebab tak ada petak-petak raised kat situ. Atau,
kena beli meja kerusi (motif sangat).
1 komen husband katanya jauh angkut barang. Kalau ikut berjalan dari parking ke tapak dalam 3 minit. Kalau ada troli/wagon sendiri lebih baik bawa. CO ada sediakan wheelbarrow 2 buah tapi nak menunggu giliran tu….. dan jangan bawa barang banyak nau hahaha.
Overall Dusun PakNan ni best. Day trip pun baloi. 2H1M pun nice sangat dah. Boleh datang lagi sini.
Tarikh : 29 - 30 Oktober 2022 (2H1M)
Tapak: CO tetapkan
Kos:
Tapak khemah 2H1M RM60/mlm (Kalau 2mlm lagi jimat RM80/2mlm)
Plugpoint RM10 (optional)
Parking RM5/kereta (Parking di sebelah campsite Teratak Tok Alang)
Check in seawal pagi, Check out selewat petang
Review pendek:
1. Campsite ⭐⭐⭐⭐⭐
Well maintained, bersih. Ada tapak berpetak (raised), ada yang tiada petak (tepi sungai). Tapak ditetapkan CO atas kriteria tertentu. Tapak raised ni kebaikannya bila hujan air tak mengalir bawah khemah sebab kawasan sini agak rendah (aliran air hujan).
2. Sungai ✅⭐⭐⭐⭐
Sungai tak cetek sangat, tak dalam sangat. Nice untuk water tubing. Budak-budak layan tubing mula dari campsite sebelah. Kids friendly tapi nampak agak deras. Perlu pemantauan juga. Agak berbatu jadi perlu pakai watershoe.
3. Tandas ✅⭐⭐⭐⭐⭐
Tandas ada cangkung ada jenis duduk. Sentiasa dibersihkan. Tandas tak asing lelaki perempuan.
4. Bilik mandi ✅⭐⭐⭐⭐⭐
Style kampung, tadah air dalam baldi, pakai gayung. Bersih. Binaan yang kreatif, mandi pun dok belek dinding.
5. Sinki ✅ ⭐⭐⭐⭐⭐
Ada 4 unit. Menarik binaan sinki. Simenfero. Kreatif.
6. Plugpoint ✅ ⭐⭐⭐⭐⭐
Disediakan sebagai option dengan bayaran RM10 dan ada limit bilangan. Tarik dari pondok PakNan. Kena inform masa booking tapak kalau nak plugpoint. Extension kena panjang (bergantung lokasi tapak). Kami guna total 62m (30m+30m+2m).
7. Troli/wheelbarrow ✅ ⭐⭐⭐⭐⭐
Campsite ada sediakan 2 unit wheelbarrow. Lebih baik bawa wagon sendiri. Penat tunggu orang lain return troli. Mujur cousin ada, kita dengan muka tak malu pinjam je la.
8. Tong sampah ✅⭐⭐⭐⭐⭐
Ada bakul sampah utk sampah masa membasuh pinggan di sinki.
Dalam terma kata sampah bawa pulang tapi CO boleh uruskan dengan bayaran. Tapi masa 1st night CO datang setiap khemah nak kutip sampah takut ada binatang selongkar katanya. Jadinya tak sure.
9. Telco
Unifi 😥
Celcom ✅⭐⭐⭐⭐⭐
Digi ✅⭐⭐⭐⭐⭐
11. Parking
Parking kereta di kawasan khas di sebelah Teratak Tok Alang sahaja dengan bayaran RM5. Jarak dari parking ke campsite boleh tahan, dalam 3 minit berjalan. Wagon/troli memang wajib.
Ok jom layan gambar-gambar ✌
Jalan ke arah campsite |
1st day petang hujan. Main lumba daun siapa laju. |
#6A1NsFamilyCamping
#BackToNature
#TenangIsGood
No comments:
Post a Comment