Thursday, 29 December 2022

Buka Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Anak-anak - Info Penting

 Assalamualaikum dan hello 🌸

Cuti sekolah Guru Besar dah remind dalam group whatsapp kelas untuk ibu bapa bawa anak-anak buka akaun bank. Macam sekolah anak-anak ni suggest Bank Simpanan Nasional (BSN) atau Hong Leong Bank. Tak tahu kalau memang syarat macam ni atau ikut sekolah. Dan Guru Besar maklum akaun simpanan mesti atas nama anak sahaja bukan nama bersama ibu/bapa.

So since ada apply cuti akhir tahun, bawa anak-anak ke BSN terdekat. Ada ibu yang share dalam group mak-mak elak datang pagi sebab ramai. Datang dalam pukul 2 ke atas. Saya bawa anak-anak dalam jam 1.10 petang. Alhamdulillah rezeki pula ada kereta keluar dari parking betul-betul depan bank.

Dokumen yang diperlukan dan kadar deposit (sumber: website BSN)

Di mesin/kiosk ambil nombor giliran ada pilihan buka akaun bank dengan IC atau tiada IC. Yang mana ada IC masukkan IC dan scan thumb print kat mesin tu then keluar nombor giliran. Untuk yang permohonan dengan IC ni nampak urusan lebih cepat selesai mungkin sebab mungkin tak perlu key in data banyak berbanding untuk anak-anak dengan sijil lahir (andaian sahaja 😁). Tempoh urusan untuk 4 orang ini 1 jam 30 minit.

Nak buka akaun untuk anak 5 orang tapi hanya dapat buka 4 orang sahaja. Sebab Ali tak cukup umur 7 tahun walaupun 2023 masuk darjah 1. Pegawai bank kata tetap kena tunggu umur genap 7 tahun maksudnya kena tunggu selepas birthday ke-7 bulan Oktober 2023 baru dapat buka akaun simpanan individu untuk Ali. 


INFO PENTING UNTUK BUKA AKAUN BSN ANAK

Ini ringkasan dari maklumat yang diperolehi dari pengalaman dan maklum balas dari pegawai bank bertugas.

1. Dokumen untuk  buka akaun simpanan individu

(a) Anak dah ada IC - bawa IC original + anak 
(b) Anak tiada IC - bawa sijil lahir original + anak 

***Anak wajib ikut sekali sebab perlu scan thumb print / cap jari.

2. Deposit simpanan

Berdasarkan website BSN, 
(a) deposit RM10 (anak sekolah rendah)  
(b) deposit RM50 (anak sekolah menengah). 
Untuk sekolah menengah ini ada option untuk mohon kad ATM dengan bayaran RM5 (akan ditolak dari deposit RM50 nanti).

Guru Besar maklum minta surat dari pihak sekolah dan bawa masa permohonan di bank sebab boleh dapat kurang deposit. Tapi ada parents share kata bank tak terima pun surat tu untuk kurangkan deposit. Masih kena RM50. Tapi saya bagi adil sama rata je deposit RM50 untuk setiap anak. Lagipun duit tu masih masuk dalam akaun anak. Ok je la.

3. Anak Darjah 1/2023 Belum Umur 7 Tahun

Wajib tunggu umur genap 7 tahun. 

Ikut tarikh lahir, kalau lahir bulan 10, kena tunggu bulan 10 baru boleh buka akaun atas nama individu.  Bawah umur 7 tahun hanya dapat buka akaun nama bersama ibu/bapa. 

Tapi Guru Besar maklum hanya terima akaun yang atas nama anak seorang. Tak boleh joint account. Jadi saya pun tak pasti macam mana pelaksanaaan penyerahan BPA tu nanti.

4. Ibu Bapa Wajib Ada???

Tak perlu. 

Peneman nak buka akaun bank tu tak wajib ibu/bapa. Penjaga pun boleh. Yang penting ada sijil lahir tu sahaja. Dan anak yang nak buka akaun tu. Makcik/pakcik/nenek/atok pun boleh bawa ke BSN untuk buka akaun.

Alhamdulillah selesai untuk 4 orang.

Alhamdulillah selesai 1 bab. Tunggu Ali punya je nanti. Akaun tak ada passbook hanya dapat slip ini. Jadi kena simpan elok-elok slip ini. Jenuh nanti nak ingat no akaun kalau tak disimpan 😅

Bila kerajaan umum Bantuan Awal Persekolahan RM150 tanpa kira pendapatan ibubapa bermula Januari 2023, rasanya semua parents rasa gembira sangat. Banyak belanja sekolah ini nak pula kalau anak ramai tak kira kategori B40, M40, T20. Apapun sentiasa bersyukur sebab hidup ini ada nikmat dan ujian. InsyaAllah moga dipermudahkan semuanya.



Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment