Hari Kemerdekaan lepas 31 Ogos 2015, kami adakan majlis sambutan hari lahir buat Husna & Zara. Husna lahir 26 Ogos, Zara 23 Ogos.. Beza 3 hari je.. So jimat jugalah kan sambut hari lahir 2 orang sekaligus.
Princess Elsa |
Princess Anna |
Husna lahir 26 Ogos, Zara 23 Ogos.. Beza 3 hari je.. So jimat jugalah kan sambut hari lahir 2 orang sekaligus.
Kali n i pun kali pertama jemput kawan-kawan sekolah kebangsaan dan sekolah agama Husna. 1st time, tak tau nak expect apa.. Risau jugak kalau tak ramai yang hadir. Dok tanya Husna siapa kawan yang cakap nak datang, tak tau aje memanjang jawapannya...
Kali n i pun kali pertama jemput kawan-kawan sekolah kebangsaan dan sekolah agama Husna. 1st time, tak tau nak expect apa.. Risau jugak kalau tak ramai yang hadir. Dok tanya Husna siapa kawan yang cakap nak datang, tak tau aje memanjang jawapannya...
Refer gak dengan makcik yang selalu buat birthday jemput kawan-kawan anaknya.. Dapatlah tips-tips berguna :)
Dalam kad dah mention nombor telefon tapi tak siapa pulak bagi confirmation nak datang.. mungkin patut tulis mesej suruh inform kot..
So ni ala-ala redah aje lah...
nanyi lagu birthday :) |
Alhamdulillah.. tak sangka juga ramai yang hadir. Kawan-kawan Husna pun ramai juga.. Sepupu, dua pupu, tiga pupu pun ramai yang sama-sama memeriahkan.. Siap ikut tema lagi... :D
Dengan kawan sekolah |
Planningnya punyalah lama.. 1bulan jugak. Tapi disebabkan tenaga kerjanya boleh kata 85% kerja dibuat oleh tuan tanah ni.. or seorang, so ambil masa lama jugak la.. tambah pulak kalau tiba-tiba mood kelaut, haru jugak.. tak buat apa jadinya...
Husna nak buat tema Frozen.. Nak pakai baju Elsa..
Masa tu tak terfikir pulak nak beli baju or survey baju.. Decide untuk jahit sendiri je.. Mujur jugak En.Google sangat-sangat membantu.. Rupa-rupanya memang melambak orang yang D.I.Y costume Frozen ni.. tapi kebanyakkannya memang orang obersi (oversea) lah. So untuk tema ni saya jahitkan baju Elsa untuk Husna, Zara baju Anna, Aliff nak jadi Olaf dan Ammar jadi Kristoff.
Masa hari majlis, Ammar pakai sekejap aje baju Kristoff. Maybe panas kot. So takde langsung 1 gambar pun dengan baju tu.. Later nanti bila-bila kenalah ambil gambar semua orang dengan costume masing-masing.
Masa hari majlis, Ammar pakai sekejap aje baju Kristoff. Maybe panas kot. So takde langsung 1 gambar pun dengan baju tu.. Later nanti bila-bila kenalah ambil gambar semua orang dengan costume masing-masing.
Aliff je yang paling semangat dengan baju Olaf nye.. Sampaikan tidur pun still pakai topi Olaf ni... Masa potong kek, si puteri Anna (Zara) tidur pulak. Lena sungguh sampai habis majlis, orang dah balik, barulah bangun..
Mostly semua yang ada di majlis adalah D.I.Y. Nak save bajet lah kononnya :). Next entri saya akan share ok :). Pagi-pagi lepas subuh dah kumpulkan semua costume dan props nak angkut ke rumah mak. Empat kali ulang alik angkut barang.
Makanan utama Nasi Lemak CikJah Keramat. Mak saya order. Dah habis majlis baru saya dapat rasa. Sedappp!!. Boleh makan bertambah-tambah ni.. Tapi siapa-siapa tengah diet tak boleh lah melantak ye... hehe.. sekadar rasa je ok lah... Ada juga masak Nasi Mendy Arab sikit. Ayah nak suruh buat jugak sikit.
Menu lain Fettuccine Carbonara, Takoyaki (by Hani), mini donut La Boheme, aiskrim malaysia, dadih (by mak), jeli kelapa muda (by Makngah Tg Karang), cupcake & chocolate lollipop (by Andak), sandwich (by Yan & Shidah), Tembikai (by siapa eh?:)), brownies (by LinaLicious), air mineral Olaf, Marsmallow Lollipop, Biskut celup coklat dan lain-lain.. (dah tak ingat hehe..)
Gambar makanan pun mostly tak sempat nak snap.. (Acaner nak tulis blog ni huhuu...)... Tak sempat.. Orang dah ramai datang sebelum habis setup tempat.. Terpaksa lepaskan je pada sesiapa yang boleh handle masa tu.. huhu..
Kek ni saya buat sendiri.. Tak berapa cantik.. 1st time nak try buat frills, tengok youtube je.. Tapi kena pergi berguru gak ni... Dah berkarat dah skil mem'baking'.. Lama sangat tak buat kek..
Saya suka buat kek, makan kek.. Anak-anak pun suka.. Sayang jugak dengan ilmu baking yang dah ada bila tak digunakan... Tapi untuk birthday anak-anak, saya memang akan buat kek tu.. letakkan sepenuhnya perasaan kasih sayang dalam tu.. seikhlas hati dan doa-doa.. mana tau sampai pada jiwa anak-anak :)
Sven & Olaf :D. Dua-dua ni D.I.Y eh.. bukan beli ;) |
Disebabkan sedikit kesilapan teknikal, banyak aturan yang saya plan tak menjadi. Huhu.. Sedih gak.. Dan disebabkan dari pagi majlis saya dok sibuk kat dapur, tetamu pun saya kurang layan.. Ada silap kat situ.. Banyak yang saya belajar lepas organize birthday ni..
So lepas ni dah belajar dari pengalaman... insyaAllah akan diperbetulkan :)
Bila semua dah bersurai, masa untuk buka hadiah.. ada yang tulis nama, ada yang tak ada... Zara siap dapat soft toy OCTOPUS dari Tok Anjang!.. Haha! Saja lah tu suruh ummy buat takoyaki selalu hihiii...
Zara dapat Octopus. Simbolik anak tauke takoyaki haha!! |
Saya berterima kasih pada semua jemputan yang hadir memeriahkan majlis.. kepada yang banyak menyumbang dan membantu kerahan tenaga dan kepada yang memberi hadiah dan angpow, Terima kasih banyak-banyak..
Pada mak ayah juga, sponsor venue dan tak henti-henti tolong dan berpenat lelah... maaf kalau menyusahkan :)
Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan anda... Semoga diberi ganjaran syurga tanpa hisab.. insyaAllah amiiiin.. :)
Untuk Husna & Zara,
Ummy dan Ayah sentiasa mendoakan kebaikan dunia dan akhirat buat kamu berdua...
Semoga Allah sentiasa melindungi Husna dan Zara dalam setiap perkara di dunia dan di akhirat..
Jadilah hambaNya yang bertaqwa, jadi anak-anak yang solehah pada ibubapa..
InsyaAllah, Husna dan Zara berjaya dan bahagian dunia akhirat..
amiin..
Ummy & Ayah sayang Husna & Zara
xoxo
Rajinnya.. kek dan yg lain buat sendiri ke?
ReplyDeleteterima kasih..
Delete95% buat sendiri. mini donut je beli kat jusco :)