Friday, 4 September 2015

Angan-angan Tinggi Melangit, Nak Pakai Jeans Saiz 27


Assalamualaikum dan hello :)

Hari ni nak cerita kisah jeans saiz 27.

KALI TERAKHIR PAKAI JEANS

Saya sebenarnya dah tak ingat kali terakhir saya pakai jeans dan stop. Saya stop masa tu sebab jeans terakhir yang saya pakai tu koyak. Rasanya memang bertahun kot tinggal. 

Lepas tu saya selesa pakai slack longgar. Mula-mula slack yang ada zip dan butang. Tapi pakai saiz XXL pun lama-lama tak muat dah.. Saya tukar seluar slack jenis getah dan ada tali cerut pulak.. Beli pun memang saiz XXL gak. Tu pun banyak gak sendat dan lelas di bahagian peha.. so lama-kelamaan boleh terkoyak seluar tu..

Memang sejak azali saya ada masalah lower body besar 1 saiz berbanding upper body. Dan yang paling ketara masalah 'peha selisih'.. Saya buat assumption tu memang masalah genetik kot.. sebab mostly ahli keluarga perempuan saya ada masalah yang sama.. lepas kahwin/ beranak je badan naik dipam-pam.. Masa tu saya assume memang masalah keturunan lah ni..

Sejak pregnant anak ketiga (tahun 2012) saya lebih selesa pakai skirt labuh masa pregnant. So tak ada lah nampak sangat ke'bambam'annya.. lepas bersalin pun saya teruskan je pakai skirt labuh.. Kalau peha membesar lagi pun tak ada siapa yang perasan. Diri sendiri pun tak perasan.. huhuu
Sepanjang masa pakai long skirt aje
KENA LETER DENGAN COACH NECK ABANG KETAQ
Masa join program diet Now Everyone Can Kurus Batch 1 Februari lepas, coach Abang Ketaq (coach kami) selalu pesan, beli baju 1 size smaller. Jangan dok pakai lagi baju gedebus gedabak tu.. Jangan nak pakai lagi seluar cerut tu hehe.. Terasa den.. Walaupun masa tu coach jawab soalan peserta lain hehe...
Hari pertama join NECK Batch 1 - 1 Februari 2015
Then coach dok la suruh sorang peserta ni beli jeans saiz 28.. saiz 28.. saiz 28.. Dok la terngiang-ngiang di fikiran tiap-tiap hari. Pesan coach tu sebab biar kita pakai tak selesa, ketat. So nak kasi longgar tu kena la paksa diri untuk kurus. Paksa diri.. Push factor!

So dengan senyap-senyap saya pun pergi Pyramid nak cari jeans. Kebetulan ada offer murah je jeans Chargers RM35. Fikir takpelah kalau nanti tak dapat nak pakai jeans tu taklah rasa ralat sangat sebab murah je hehe...

Masa pilih tu salesgirl kat situ tanya nak saiz apa.. Err.. malu pulak nak kata saiz 28.. Cakap tengok-tengok je... Kalau bagitau saiz 28, karang dia tengok atas bawa, atas bawah.. biar betul la kakak ni nak beli saiz 28.. badan bambam.. errkkk...

So lepas die beredar cepat-cepat cari. Tak jumpa saiz 28. Ada saiz 27 je.. Ahh.. sebat aje lah kan.. Dalam hati dok fikir, saiz 28 pun tak konfiden boleh pakai, ini pulak saiz 27..

Sampai rumah try la pakai. Sampai atas sikit dari lutut dah sangkut. Tarik-tarik paksa bagi boleh muat, emmm tak boleh!.. GAGAL!! Paha pun tak lepas..  
Haihhhh...

In the end, gantung je lah jeans berserta tag dan harga sekali (tak dicabut). Kot nanti-nanti boleh jual balik kat sesiapa lak pastu hehe... Gantung kat tingkap.
Jeans saiz 27 yang dibeli
Tiap-tiap hari pandang, siang malam hehe... Dok la fikir bilalah dapat pakai jeans saiz 27 ni..hmmm..

Tak lama lepas tu,pergi beli lagi jeans. Masa tu nak tahu gak jeans saiz berapa yang boleh pakai sebenarnya.. Try ambil saiz 30 sebab rasa macam dah kurus ni hihi... Boleh pakai, boleh zip tapi tak boleh butang. Dok la try kempiskan perut la..tahan nafas la.. hmmm gagal!!.. Saiz 31, ngam-ngam..

Ok.. so saiz 31 lah rupanya.. so kira jauh lagi kot nak sampai saiz 27 huhuu...
Lepas tu dah tak beli lagi dah.. masa tu terasa cam dah longgar-longgar gak jeans saiz 31 ni.. kalau jalan tu asyik dok tarik-tarik je :)

SELEPAS 100 HARI NECK
Habis 100 hari join NECK, terpandang jeans 27 yang tergantung kat tingkap tu.. terasa nak try lah.. walaupun tak mengharap sangat boleh pakai.. Try sauk.. aikkk ajaib.. boleh pakai.. muat, bole zip, boleh butang.. err tapi ketat la sikit.. tapi boleh!! lulus!! terasa nak melompat excitednya! hahaa..

Penangan NECK akhirnya dapat juga pakai jeans saiz 27..
Baru-baru ni godek stor, jumpa lah jeans terakhir yang koyak tu.. tengok saiznya.. 32 haha...
Memakai jeans saiz 27.. Angan-angan jadi kenyataan :)
ANGAN-ANGAN JADI KENYATAAN
Tu la pun kisahnya.. just nak bagitau, tak ada yang mustahil dengan NECK. Impian kurus/ turunkan berat badan kini menjadi nyata..

Dulu saya ingat saya takkan dapat kurus balik.. Dah putus asa jugak sebenarnya. Sampai semua baju masa kurus saya dah sedekahkan.. Baju nikah je yang saya simpan. Terpaksa berpuasa hati dengan badan yang bambam. Isk isk..

Dan Alhamdulillah... sejak habis program Batch 1 Mei lepas, dari berat asal 69.1kg.. selepas 100 hari berat 58.6kg.. Kini saya dah capai berat baru! dan yang baiknya still dapat maintain berat tersebut iaitu lingkungan 55 - 56kg. BMI Normal! :D

Saya adalah HAPPY!!

Kalau ada yang masih tercari-cari cara nak kurus yang selamat, berkesan, betul, tak berlapar, boleh makan nasi.. saya rekemen sangat-sangat join program Now Everyone Can Kurus. Saya join masa Batch 1.. Sekarang dah nak masuk Batch 8 dah mulai esok (5 September 2015) ni.. InsyaAllah, saya doakan anda kurus dan yang paling utama SIHAT.. 

Semoga dengan kurus dan sihat itu kita dapat beribadah dengan lebih sempurna...
Kurus dan sihat Lillahita'ala...
:D

Kalau ada yang nak bertanya lanjut tentang program Now Everyone Can Kurus atau nak join, boleh whatsapp saya ye.. Liza 0192722977

No comments:

Post a Comment