Assalamualaikum dan hello ✌
Pulau Pangkor Hari ke-2.
PANTAI PASIR BOGAK
Pagi pukul 9.00 dah turun Pantai Pasir Bogak. Memang tujuan asal nak main air je budak-budak ni. Layan pantai sambil piknik. Husband menapak cari sarapan sambil riki jalan sampai ke Coral Bay. Siap singgah kedai runcit mini beli snorkeling kit murah-murah untuk budak-budak try.
Air sangat jernih so tengok budak-budak ni layan tengok dasar laut. Dapat tengok pasir aje pun dengan kulit kerang 😂. Sebab snorkeling kit tu murah, sampai putus lah tali. Dah dok berebut 😅. Spend masa layan air dalam 2 jam kat pantai, then balik chalet bersiap untuk cari coklat.
|
snorkeling tengok pasir |
|
life jacket wajib pakai |
|
jernih air 💙 |
|
syok layan nasi lemak sini banyak ikan bilis halus |
KEDAI COKLAT CK DUTY FREE
Disebabkan tak sewa kereta, tak boleh nak berjalan-jalan jauh sangat. Kedai coklat yang terdekat ialah CK Duty Free. Itupun 870m dari Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Pulau Pangkor. 12.20 tengah hari menapak ke CK Duty Free. Anak-anak pilih coklat seorang satu. Mak tertarik dengan periuk-periuk tapi mengenangkan nak pikul tak larat, hapuskan sahaja niat nak membeli banyak-banyak.
|
KM Post A207 |
|
1 gambar dulu |
|
Trngok-tengok je |
|
Tak shopping sakan pun
| 1 lagi port berganbar |
|
Selesai shopping coklat, singgah kiosk opposite jalan untuk lunch. Jam baru je 1.30 petang tapi banyak makanan dah habis. Singgah gerai Kak Cun. Layan apa yang ada je. Nasi goreng pattaya dan laksa. Ali dah tak larat nak jalan balik ke RPP sebab lemah, masih belum sihat. Jadi suggest husband sewa motor je. Kena ulang alik la 2 trip. Menapak berdua je sampai RPP dengan Ammar.
|
belanja aiskrim sebab merajuk sebab kena join 2nd trip motor |
MOTOR SEWA
Motor sewa ni ada kisah juga. Balik dari shopping coklat di CK Duty dah siap hantar anak-anak balik chalet, husband try bawa motor ke Teluk Nipah. Sebab kot la boleh ulang alik naik motor je tak perlu naik van kalau nak jalan-jalan Teluk Nipah.
Balik tu husband jalan ke Teluk Nipah pun boleh tahan turun naik (rolling) dan sempat juga bila berselisih dengan kenderaan lain. Dan masalah lain brek motor tak makan sangat. Minta husband return motor dan tukar baru. Bagitahu owner yang kami tahu kisah kemalangan maut yang motor terbabas masuk gaung yang baru berlaku sebelum tu. So dapatlah tukar motor lain.
SNORKELING DAN ROUND PULAU LIE PANG WATER SPORT, TELUK NIPAH
Rasa dah tak tahu nak buat aktiviti apa, berkira-kira nak bawa anak-anak snorkeling ke tak. Sebab kesian pula tengok beria-ia snorkeling tengok pasir je pagi tadi. Nak bagi anak-anak pengalaman snorkeling betul.
Call info-info kat poster, sewa bot dari Pasir Bogak untuk snorkeling RM250 per bot. Call nombor yang blogger lain suggest di Teluk Nipah harga RM150. Congak-congak so decide ke Teluk Nipah.
3.30 petang dah bertenggek tepi jalan nak tahan teksi van pink. Susah juga nak dapat yang kosong. Call stesen nak book van, tak ada orang angkat. Redah je tahan van. Alhamdulillah dapat juga van kosong. Tambang dari RPP ke Teluk Nipah RM20. Sebut je Lie Pang, driver tau.
Kami terus ke Lie Pang Water Sport. Bayar, tukar kasut dan baju, then gerak ke tempat snorkeling. Kos RM150 termasuk kasut, goggle (dewasa sahaja), life jacket. Goggle saiz dewasa sahaja. So kalau anak-anak boleh bawa goggle sendiri. Goggle kalau hilang akan dikenakan bayaran. Ada round pulau juga sekejap sampai tak ingat sangat la kisahnya sebab laju macam angin lalu 😂.
|
Daftar sini |
|
cantik juga Pantai Teluk Nipah ni |
|
Stesen kasut |
|
Pilih saiz kasut masing-masing |
|
Mujur anak-anak bawa kasut sendiri |
Anak-anak bawa water shoes sendiri sebab dari gambar-gambar review orang lain, agak-agak macam tak ada kasut saiz kanak-kanak. Memang betul pun. Kalau dewasa ada kasut sendiri pun lagi bagus bawa sebab kasut yang disediakan tapak pun dah pecah-pecah.
Owner boleh simpankan barangan peribadi di premis beliau. Ada berkunci. Bawa apa yang nak pakai di tempat snorkeling je (air, roti/snek, phone). Pemandu bot akan bagi nombor telefon, so kalau dah puas snorkeling dan nak balik, kita call je dia.
|
Yeah sampai bot |
|
Dah sampai tempat snorkeling |
Tempat snorkeling tak besar sangat tapi ramai sangat orang. Kena pandai-pandai cari area terasing sikit. Mostly orang bawa roti jadi banyak betul sisa roti bersepah.
Anak-anak seronok aktiviti snorkeling. Yang tak sihat pun jadi sihat. Dah habis aktiviti balik semula tak sihat. Cuma sayang di sini pun pengunjung buang sampah. Botol air kosong bersepah, plastik makanan. Di laut pun buang. Sayang betul. Ada nampak tong sampah disediakan dan sampah akan ada bot angkut ke darat.
Masa balik kami sekali dengan kumpulan rombongan sekolah. Jadi teramat lama nak tunggu giliran tukar baju sebab ada 1 bilik je. Lain kali mungkin bawa changing tent. Ada tandas tapi menapak (tak tengok tandas macam mana).
Nak naik van pink driver akan check baju kering ke basah. Kalau basah, tak boleh naik. Nak jadi kisah pulak husband dan Ali tak bawak baju salin. Jadi kena pulak shopping baju baru di Teluk Nipah. Stesen teksi van di Teluk Nipah bertentangan sahaja dengan Lie Pang Water Sport. Perjalanan balik tambang RM20 juga.
|
Terpaksa shopping baju mur-mur sebab lupa bawa baju salin |
Makan malam turun ke gazebo. Makan kat gazebo. Kawasan gazebo ni agak gelap. Kalau terang syok kot budak-budak layan playground. Gazebo ada sekali tempat untuk BBQ. Kena bawa arang sendiri. Lampu di sini kena on/off sendiri.
|
Tiba-tiba ada 5 ekor kucing hitam datang 😬 |
End of Day 2. Next post Day 3.
Sekian. Wassalam.
Post lain yang berkaitan:
No comments:
Post a Comment