Wednesday, 28 September 2022

Pulau Pangkor - Hari 1 - Dari PJ ke Jeti Lumut, RPP Pulau Pangkor, Pantai Pasir Bogak

Salam dan hello 😀


Alhamdulillah, cuti Hari Malaysia baru ni bercuti 3H2M di Pulau Pangkor. Selepas melalui battle pada hari pembukaan tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) di laman sesawang SBBPH, berjaya juga booking chalet bertingkat 2 bilik. Target nak semi-D tapi apakan daya walau baru buka beberapa minit semua full (katanyalah). Chalet bertingkat pun jadilah.

Cuti Hari Malaysia jatuh hari Jumaat. Jadi seperti dijangka jalan sure jem. Target nak gerak seawal pagi tapi nak jadi hal anak 2 orang demam, dengan seorang ada simptom macam keracunan makanan. Hampir nak batalkan percutian tapi anak-anak yang tak sihat ni pun nak juga pergi. Jadi bertolak agak lewat dalam 10.00 lebih. Dalam map semua tuntuk jalan jem. highway sampai ke Sungkai warna merah. Map suggest dari Subang - NKVE - Latar (Ijok) - Jalan Raja Musa - Sawah Sempadan - Tanjung Karang - FT005 - Lebuhraya Pesisir Pantai (WCE) E35 terus ke Lumut. Kami memang taat ikut suggestion dari Google Map. 

NKVE jem teruk


 Singgah solat Jumaat di Sekinchan

Perjalanan ikut WCE lancar

 
Singgah satu-satunya RNR di WCE untuk lunch

PARKING BERTINGKAT JETI LUMUT

Kami tiba di medan letak kenderaan bertingkat Jeti Lumut pada 4.02 petang. Ada lif. Parking memang penuh tapi Alhamdulillah ada rezeki dapat parking. Caj parking disini kalau ikut info ditampal adalah RM1/jam. Dari parking ke terminal jeti perlu berjalan dalam 200 m.


FERI JETI LUMUT - PANGKOR

Booking tiket feri di Marina Island tapi sebab keluar lewat dan jem, tak sempat sampai waktu jangkaan. Lastly kami divert ke Jeti Lumut sebab waktu yang available di Marina Island pukul 6.15pm dan 7.15pm dan hari balik hanya ada tiket 7.45 pagi dan seterusnya 4.30 petang. 

Book tiket feri melalui aplikasi EasyBook untuk tiket Jeti Lumut - Pangkor. Harga tiket RM20 dewasa (2-hala) dan RM11 kanak-kanak  (2-hala). Tak termasuk cukai perkhidmatan. Tiket akan dapat salinan dalam emel. Jadi buka siap-siap emel untuk petugas scan QR code tiket kita. Tiket disertakan sekali dengan nombor seat.

Jeti Lumut - Pangkor (perjalanan 2-hala)
  • Dewasa RM20
  • Kanak-kanak RM11
  • Cara booking : apps EasyBook
  • Saya book tiket 4.45 petang.
  • Perjalanan feri dari Jeti Lumut ke Jeti Pangkor dalam 30 minit.



30 minit bolehlah layan view laut


TEKSI VAN PINK JETI LUMUT DAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN (RPP) PULAU PANGKOR

Kami tak ada sewa kereta jadi pengangkutan utama naik teksi van pink. Dari Jeti ke Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Pulau Pangkor tambang satu (1) van RM20. Perjalanan dalam 7 minit (tiba di bilik jam 5.30 petang). Turun kat guard house, check nama dan sign, dapat kertas dengan info bilik mana dan passcode bilik. Van drop barang di depan je bukan sampai bilik. Jadi kena menapak sikit dalam 2 minit (200 m). 

Kadar tambang


Alhamdulillah sampai

Van drop barang sini je. Kena menapak.

Map RPP Pangkor

Chalet bertingkat dapat di blok Nipah 2 (N2). RPP Pangkor ni kira masih baru jadi fasiliti memang baik. Chalet sangat selesa, 1 bilik mandi, 1 tandas. Dua bilik dengan penghawa dingin (tak ada kipas), peti sejuk, cerek elektrik, televisyen. Tuala tidak disediakan.

Signboard Chalet


Bilik 1 - Katil King

Bilik 2 - 2 katil single

Ruang tamu


Nak ke pantai kira bertentangan dengan RPP (85 m dari pintu masuk RPP). Tak ada pilihan, kena menapak juga. Balik dari pantai kena ikut jalan tar (ada notis tak boleh merentasi bangunan sebab basah). Open shower ada disediakan berdekatan pintu masuk RPP untuk bilas badan selepas mandi pantai tapi masa kami datang hanya 1 sahaja yang ada air.

Notis di tiang


Open shower

6.30 petang anak-anak nak juga turun pantai. Layankan saja. Masing-masing bawa safety jacket dan water shoe sendiri kalau ada aktiviti air.  Menjelang maghrib kembali ke chalet. RPP Pangkor berdekatan dengan Pantai Pasir Bogak. Air sangat jernih. Tapi kena berhati-hati sebab dasar tak landai. Walaupun masih berdekatan dengan gigi air, pantai dah dalam. Anak-anak perlu pengawasan.




Dapat layan sunset

Kekurangan RPP ini lokasi berdekatan tak banyak kedai-kedai makan. Kalau nak banyak pilihan ramai suggest ke Teluk Nipah. Berdekatan Pantai Pasir Bogak ada 1 restoran thai berhadapan Hotel AVI Pangkor Beach Resort. Ada sebuah kedai runcit kecil juga deret yang sama, walking distance dari RPP (350 m).  Jadi untuk malam kami bungkus sahaja makan di chalet. 

Menapak cari makan


Ada surau awam area Pantai Pasir Bogak

Deret ni ada kedai runcit mini juga

Antara info sewaan yang ada di Pantai Pasir Bogak

Motor Sewa


Tak ada aktiviti lain, semua tidur awal kepenatan travelling. Dan ada yang masih layan tak sihat.

Next : Bersambung Day 2

Post lain yang berkaitan:
Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment