Assalamualaikum dan hello :)
Syukur! berjaya book Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highland. Lama dah sejak berpeluang booking RPP Langkawi tahun 2015 dulu (baca sini). Sebab lepas tu tak dapat booking dah sejak kena daftar guna HRMIS. Almaklumlah masa taraf CFS memang tak ada HRMIS. Masa daftar akaun kat BPH pun tak ada pilihan penjawat awam, just dapat daftar under kategori orang awam. Untuk tempah dewan/gelanggang bolehlah huhu..
Sekarang bila dah tukar kontrak taraf COS, ada HRMIS maka bolehlah booking RPP semula. Syukur Alhamdulillah..
Berjaya tembus booking masa awal Julai lepas. Hari 1st buka pendaftaran, memang haru langsung hang aje memanjang website. Bila dapat masuk semua dah fully booked. Sadis. Tapi kalau nak kata memang rezeki, dapat jugalah tempah akhirnya. Plan nak booking apartment dapat ajak keluarga lain.. tapi just dapat bilik biasa sahaja yang available. Tak apa lah.. lain kali kita cuba lagi :D
Dan sejak bagitahu anak-anak, memang hari-harilah si Zara dan Ammar tanya bila nak pergi. Nak pulak kalau hari kita cuti je, bangun pagi je dah tanya, "hari ni kita nak pergi tempat stoberi ke?" Fengsannn... Masing-masing dah siap keluarkan baju sejuk untuk maknye pack dalam beg. Alahai lambat lagi nak oii.. bulan 10.. so 2 bulan ni tadah telinga aje la dengar soalan anak-anak haha... dan jawablah dengan sopan santun dan sabar.
Mak nye pun excited jugak sebab lama dah plan nak bawa anak-anak pergi Cameron tapi tak menjadi-jadi dari dulu.
Gambar masa zaman UTM gi panjat Irau dengan geng-geng kayak :D |
No comments:
Post a Comment