Assalamualaikum dan hello :)
Gigih ni.. kalau boleh nak rakamkan pengalaman menjejakkan kaki ke bumi China.. Maaf kalau ambil masa yang lama nak tulis semua.. Kekangan waktu sekarang ni.. Tapi InsyaAllah sikit-sikit habis juga.. untuk kenangan diri sendiri dan anak-anak juga nanti :)
Alhamdulillah.. syukur pada Allah.. pada saya ni rezeki memang 'turun dari langit'. Kami sekeluarga 6 orang dapat peluang melancong ke Guangzhou dan Shenzhen China secara PERCUMA. Bermula 30 April - 5 Mei 2015. Semua kos ditanggung. Tambang flight, visa, pengangkutan, hotel, makan. tiket masuk tempat-tempat menarik semuanya ditanggung. Duit hanya untuk belanja shopping barang persendirian.. Untuk 6 orang hokey!.. Tak ke memang rezeki dari langit?? :)
Trip percuma ni adalah tajaan syarikat tempat suami bekerja Airis Engineers. Alhamdulillah.. semua staf dan keluarga masing-masing dapat melancong bersama..
Asal perancangannya trip ke Bandung, Indonesia tapi saat akhir ditukar ke Guangzhou - Shenzhen, CHina.. Upgrade tu! :)
Teringat kalau tak silap dalam 2 tahun lepas kot memang ada pasang keinginan nak join bisnes trip memborong ke Guangzhou. Masa tu husband agak aktif dengan jualan pakain kanak-kanak. So ingat suatu hari nanti memang nak ke Guangzhou untuk cari supplier dan borong barang yang ingin dijual.
Mana tau perancangan Allah lebih baik.. dapat juga kami jejakkan kaki di bumi Guangzhou siap bonus lagi dapat ke Shenzhen pula.. tapi bukan untuk bisnes, tapi melancong :)
Urusan untuk trip ni dah mula awal lagi.. Saya dah siap survey google apa keperluan yang perlu bawa terutamanya bila nak bawa 4 orang anak-anak syurga ni.. Pasport pun baru nak buat since ni 1st time kami ke luar negara.. Kami buat pasport di UTC Sentul. Cerita pasport di entri lain ye..
Untuk masuk ke China perlu visa. Tapi since ni trip syarikat, dah hire travelling agency, urusan buat visa dilakukan oleh agensi. Kami hanya sediakan gambar pasport berlatar putih untuk tujuan tersebut.
Flight kami dari KLIA2 ke Guangzhou pada jam 5.35pagi. Semua staf berkumpul di hadapan pejabat jam 2.00 pagi untuk menaiki bas ke airport. Anak-anak semua excited nya sampai tak tidur pun.. Saya dan husband ambil halfday hari Rabu tu untuk selesaikan apa-apa yang patut dan last minute cari barang-barang keperluan..
Alhamdulillah.. penerbangan semua smooth.. tak ada delay. Cuaca pun ok je..
Ammar tetap aktif. Super aktif. Kat airport pun dah guling-guling atas lantai, jatuhkan tiang-tiang penghadang.. grrrr... sabau sabauuuu
Dalam flight pun sama. Menjerit meraung taknak pakai seatbelt. Arggh parah.. Even pramugari ada datang tanya husband sama ada nak bagi permainan atau ubat tidur kat Ammar. Sentap!! Tak pernah terfikir nak bagi ubat tidur kat Ammar selama ni... Tak bagi pun ubat tidur tapi bergelut juga lah.. Bertukar-tukar dengan husband.. Kejap-kejap pass Zara, kejap-kejap pass Ammar.. Sampai akhirnya terlelap sendiri.. Hmmm... kesian Zara... tapi Zara sangat behave.. dari Malaysia sampai Malaysia semula.. syukur dipermudahkan...
Alhamdulillah.. dapat melihat keindahan matahari terbit dari dalam flight.. Memang superb.. MasyaAllah tersangatlah cantik. Biasan cahayanya memang masuk dalam flight..
Nak dekat sampai China, pramugara bagi sekeping kertas kuning 'departure card & arrival card' untuk diisi. Kena isi maklumat diri termasuk alamat tempat menginap. Di Guangzhou kami menginap di Lido Hotel, so isi info Lido Hotel lah :)..
Makanan pun diedarkan dalam lebih kurang waktu yang sama juga.. Dah order siap-siap melalui agensi.. Tapi anak-anak ada yang maintain tido tak sedar-sedar. Biar aje lah...
Tapi Ammar maintain cargas.. (@-@)
Flight sampai di Guangzhou Baiyun Internatiomal Aiport lebih kurang 9.30 pagi.. selesai urusan dengan imigresen China, baru turun eskalator ke tempat ambil luggage. Pegawai imigresen diorang memang masam aje agaknya.. hehe..
Singgah toilet dulu. Nak travel ke Shenzhen 2 jam 30 minit ni.. Taknak singgah toilet dalam perjalanan. Kat airport for sure lebih bersih hehe... Bawa siap-siap botol kosong. Banyak bloggers saran bawa botol mineral kosong bila berjalan mana-mana di China sebab dalam toilet nya tak ada bidet/paip air. Paip air hanya ada di sinki/ tempat basuh tangan.
Tour guide kami di China yang ensem Mr.Conan dah siap tunggu. Dah selesai angkat luggage masing-masing, semua berjalan ke tempat parking bas.. errr jauuhhh.. hujung airport ke hujung airport.. emm.. Alhamdulillah bawa stroller.. kena naik jejantas pulak sebab melintasi jalan.. wallaweh...
2 hari pertama kami adalah si Shenzhen.. So dari Baiyun International Airport, kami ke Shenzhen dengan bas.. perjalanan tanpa traffic jam adalah 2 jam 30 minit.
Masing-masing ambil kesempatan lelapkan mata barang sebentar. Keletihan dari malam belum tidur kan.. Si Ammar yang aktif tu akhirnya tertidur keletihan kat lantai bas. Letih sangat. :)
Oklah.. panjang terlajak.. nanti sambung lagi.. part di Shenzhen :)
InsyaAllah...

seronok dapat berjalan, lagi seronok bila free kannn
ReplyDeletebetul betul betul :)
Deletesalam, boleh saya tau akak guna travel agency apa? dan ground packages atau full packages?
ReplyDeletewaalaikumussalama. sori akk tak pasti company husband guna agency mana. nanti akk cuba tanyakan ye :)
DeleteSALAM tuan, tumpang info ya, kami ada manyediakan pakej pelancongan ke Guangzhou, Guangzhou + Shenzen juga, ada 4 hari 3 malam dan ada 5 hari 4 malam, silakan hubungi kami di 017-5367426 ya untuk mendapatkan sebut harga, terima kasih
ReplyDelete