Showing posts with label RPP. Show all posts
Showing posts with label RPP. Show all posts

Wednesday, 29 November 2017

Cameron Highlands - Tips Bercuti Dengan Anak Ramai dan Kecil

Assalamualaikum dan hello :)

Macam gempak aje kan nak bagi tips. Niat nak share sahaja pengalaman sebab saya tahu bukan senang nak uruskan trip dengan anak ramai ni nak pulak masih kecil.  Mana yang boleh dijadikan panduan, dipersilakan..

Ni cuma coretan pengalaman dari seorang ibu dengan 5 orang anak. Tak ada orang gaji/helper. Just saya dan husband dan anak-anak saya 5 orang ni.. Umur mereka:
  • 10 tahun - perempuan
  • 8 tahun - lelaki
  • 4 tahun - lelaki
  • 3 tahun - perempuan
  • 11 bulan - lelaki
So ini tipsnya ok :D

TIPS BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS DENGAN ANAK RAMAI DAN KECIL

*boleh diaplikasi juga untuk bercuti ditempat lain :)

1. Mulakan perjalanan awal pagi.

Ada yang cadang mulakan perjalanan sebelum subuh so sampai di Simpang Pulai tu Subuh. Lepas solat subuh boleh naik ke Cameron dan bersarapan seterusnya mulakan trip melawat di kawasan menarik seawal pagi.

Tapi kami pun lewat juga. Gerak 8.30 pagi Jumaat dari Subang. Tak cantik sebab clash dengan trafik jam orang pergi kerja hihi.. Tapi still rules nya gerak pagi seawal yang boleh :)

Awal pagi anak-anak biasanya masih sambung tidur. So kuranglah 'gangguan' masa pemanduan contohnya berhenti buang air sepuloh kali haha..

Jangan lupa baca doa tau hihi :)

2. Rancang bercuti pada hari bekerja

Terbaiknya gitu. Jalan tak sesak.

Sebab weekend dan hari cuti umum/cuti sekolah jalan sesak di Cameron Highlands. Tapi kita yang ada anak-anak sekolah ni fikir panjang gak nak mencutikan anak banyak-banyak hari ni. Ni pun cutikan Jumaat 1 hari (sori cikgu ;D).

Kami pergi Jumaat hingga Ahad. 

3. Standby makanan dan minuman dalam perjalanan 

Makan di luar dengan anak ramai akan ambil masa panjang dan lebihan kos. Saya bawa nasi goreng, air masak, air kotak, biskut dan lain-lain yang sesuai. Ni untuk breakfast je.

4. Simpan beg pakaian dan barangan lain dalam kereta pada waktu malam

Pagi perjalanan just bawa beg kecil-kecil dan anak-anak. Saya akan asingkan beg diapers/lampin, beg makanan.

Beg makanan ni untuk dalam kereta. Senang 1 'station' je. Dalam tu biasanya ada
  • Botol air masak besar
  • Susu anak-anak
  • Biskut/roti/makanan
  • Botol susu/berus botol
  • Cawan/sudu dll 

Untuk beg diapers, rujuk bawah.

5. Bawa beg galas semasa berjalan

Bawa 1 boleh, 2 pun boleh (mak ayah carry). Biasa kami rotate, kalau saya carry Ali, husband carry beg. Kalau husband carry Ali, saya carry beg.


Beg diapers ni beg galas biasa yang multipurpose. Setiap kali berjalan mana-mana, beg ni akan diisi dengan:
  • diapers 3 keping seorang (Ali & Zara), 
  • tisu basah, 
  • vicks/balm, 
  • telekung (saya dan husna)
  • powerbank & kabel
  • botol air kecil
  • benda-benda lain (yang bersesuaian)

6. Bawa baby carrier

Stroller sukar digunakan di kebanyakan tempat pelancongan sebab mostly semua lokasi bertangga.  Kami just dapat guna stroller di Taman Agroteknologi MARDI, tempat lain kami tak bawa stroller.


Tempat lain yang nampak sesuai dengan stroller adalah Pasar Malam Sg. Ruil dan Kea Farm. Ladang BOH Sg. Palas tak pasti, maybe boleh tapi kena jalan ikut laluan bertar tu (sebab kami ikut tangga, pakai carrier aje).

7. Bawa payung

Cuaca tak menentu, hujan kadang-kadang. Sepanjang kami di Cameron, hujan petang tapi tak lebat mana. Boleh lah setakat redah hujan tapi tak basah mana pun :). Kami standby 2 payung.

8. Baju sejuk

Wajib. Kalau ada yang berhud tu pun bagus. Kalau hujan gerimis, tak perlu payung boleh cover kepala juga. Kalau takde hud, pakai topi/snowcap



9. Stokin tebal

Wajib. Untuk masa tidur. Masa berjalan-jalan tak perlu pun tak apa, cuma kalau baby kenalah pakai. Masa tidur, walaupun tak on aircond, guna selimut, masih super sejuk. Kami sekeluarga semua tidur pakai stokin, baju sejuk dan berselimut.

Untuk anak-anak kecil, saya sapu vicks/balm pada tapak kaki dulu sebelum pakai stokin.

10. Botol air kecil

Bawa beberapa. Kalau bawa air mineral 500ml tu pun boleh. Standby beberapa dalam kereta. Setiap kali masuk kawasan berjalan, masukkan 1-2 botol dalam beg. Anak-anak dok haus bila berjalan lama ni. Kalau botol besar tak terdaya nak pikul nanti.

Kalau botol besar (cth 1.5liter keatas), saya cadang simpan dalam kereta, tapi bawak botol kecil kosong 1 biji ke (untuk masuk beg). Bila habis, refill air dari botol besar tu. Ok jugak kalau camtu :)

11. Selimut, bantal extra dan toto (optional)

Selimut ni kalau tempat menginap tu tak sediakan extra. Macam RPP Cameron Highlands saya tak pasti boleh request tambahan selimut/bantal ke tidak. Tapi saya bawa 1 helai extra. Selimut jenis nipis je tapi memang bagus. Tapi saya rasa next time kalau menginap situ juga saya kena bawa 2 selimut. Berebut anak-anak haha.

Kalau anak kecil-kecil tidur bawah ok guna toto. Yang suka golek-golek jatuh katil hehe.. Tapi saya tak bawa. Guna selimut yang ada untuk lapik tidur. Tu yang kena bawa extra selimut. Saya pilih bawa selimut je sebab tak tebal dan besar.


Bantal memang perlu extra tapi kami dalam kereta memang sentiasa ada bantal 4segi 3-4 biji kadang-kadang sebab anak nak tidur. Keluarkan itu je dari kereta untuk guna kat bilik.

12. Monopod

Kalau nak bergambar tapi tak nak susahkan orang lain untuk ambilkan gambar kita. Kalau takde, guna aje lah tangan kita tu hihi..

13. Vicks/Balm/Minyak gamat/ Ubat-ubatan

Saya standby je. Tapi sangat berguna.

Ammar tak taulah mana dia pegang/main sampai beberapa kali macam kena gigitan apa entah sampai nampak merah, lepuh dan naik gatal, sapu balm/vicks beberapa kali Alhamdulillah hilang.
Husna sapu vicks pada badan, leher, kepala sebab mabuk pening perjalanan.
Dan Aliff pulak jatuh masa main kat padang permainan. Biasalah anak-anak tengah lasak

Depends. Anak kita style macam mana, taulah kita nanti.

Untuk ubat-ubatan boleh bawa minyak angin, ubat demam, koolfever dan ubat cirit birit (smecta) pun mungkin boleh dibawa.

14. Rancang perjalanan sebaik mungkin dan fleksible

Penting. Sebab anak-anak bila letih kemungkinan akan crancky/buat perangai. So sebagai mak kita tau bila anak dah ngantuk, dah tak larat nak jalan. Kalau buat perangai dalam kereta dengan tengah sangkut trafik jam tak gerak, boleh panas hati jugak kan.. Nak jalan-jalan bawa anak-anak happy, just be fleksible. Tak perlu pergi semua tempat pun, lain kali boleh repeat tempat yang belum dapat pergi tu ok :D

Siapa ada tips lagi meh share kat komen.. boleh update bagi panduan rakan-rakan kita kat luar sana :D

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas 

Wednesday, 11 October 2017

Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands

Assalamualaikum dan hello :)

Ok sambung cerita dari part Cameron Highlands-Hari 1-Dari Subang ke Brinchang.

2.45pm kami check-in RPP Cameron Highlands.

Check-in beramai-ramai
ruang menunggu

Masa di RTC Perak saya dah terima call dari pengurusan RPP Cameron nak confirm kan sama ada saya jadi masuk atau tak.. Jadiiii insyaAllah hihi.. ;)

Masa check-in hanya tunjuk kad pengenalan. Bayaran telah pun dibuat dalam masa 7 hari dari tarikh booking. So ala-ala lenggang kangkung gitu.

waktu saya check out, 8.30pagi
Dah siap isi borang dan buku, pegawai tu serahkan kettle dan 2 remote control (astro & aircond). TV on tekan button belakang tv je.  Remote control dan kettle perlu diserahkan di kaunter semasa check out nanti.

Kami menginap di Bilik Biasa aje. Tak dapat nak booking Apartmen. Fully booked. Pejabat pengurusan RPP terletak di blok Bilik Biasa juga. Dan hanya 2 tingkat (tiada lif). Kami dapat bilik Anggerik 5 (A5) yang berada di tingkat atas pejabat pengurusan. Total Bilik Biasa : Tingkat atas bilik Anggerik 1-12, tingkat bawah Bilik Mawar (3-6) (sama level lobi pendaftaran).

semua ni Bilik Anggerik
our room
 

Walaupun namanya hanyalah Bilik Biasa tapi keluasannya macam bilik family. Ada 1 katil queen dan 1 katil single. Dan boleh bentang toto lagi. Dan harganya cuma RM50/malam hehe... mana nak dapat weh..

sampai bilik kasi landing atas katil jap :)
1 katil queen, 1 katil single

Tapi dengan harga macam tu tak boleh expect high end punya servis lah kan.. Ada beberapa perkara yang perlu take note yang mana RPP tak sediakan di dalam bilik. So kena bawa dari rumah ok.

Disediakan
  1. Ironing area ada disediakan di ruang tangga betul-betul depan bilik kami.
  2. Aircond ada dalam bilik tapi sepanjang masa tak on pun hehe
  3. Sejadah ada disediakan
  4. Gayung ada
  5. Penyangkut baju ada pelbagai jenis. Rasanya orang-orang yang duduk situ yang tinggalkan (agaknye...)
  6. Peti ais mini
 Tidak disediakan
  1. Tuala mandi
  2. Alat mandian (ada disediakan 2 biji sabun saiz mini tu sahaja)
  3. Teh/kopi/gula/air mineral(Air mineral ada dijual di kaunter pendaftaran RM1/botol)
  4. Sarapan
  5. Bantal/selimut extra
  6. Hair dryer
air mineral RM1/botol kat kaunter pendaftaran. Borong habis 5 botol sebelum pergi MARDI petang tu.

ironing area



Servis tukar cadar ke, cuci bilik, ambil sampah 

Rasanya macam tak ada.

Sampah kita kena buang sendiri sebelum check out ok. Ada 2 tong sampah disediakan dalam bilik. Mulanya saya ingat tak cukup besar palstik sampah tu, rupanya bila dibuka, plastik tu sangat besar dan cukup tampung sampah bekas-bekas makanan untuk 2 malam kami di situ.


signage kat pintu bilik
plastik sampah yang disediakan memang Xtra Large. Ni sampah we ols 3hari 2malam
Siaran TV/Astro
saya pun tak pasti apa siaran yang ada. Tak ada maklumat dalam bilik. Tapi antara yang dapat buka HBO, Astro Ceria, ada siaran sukan tapi tak ingat channel apa. Tak sempat sangat pun nak tengok tv. Kata motif nak berjalan... hihi

Tempat BBQ
Ada disediakan beberapa tempat.

tempat BBQ depan Asrama

Taman Permainan
Taman permainan ada dalam kawasan blok Bilik Biasa ni. Senanglah anak-anak nak main. Tapi masa kami berada lepak di bilik agak sedikit. Banyak spend masa kat luar. Dan bila time memang nak lepak-lepak je, hujan pulak turun. Walaupun tak lebat mana, tak ada lah nak bagi anak-anak main dalam hujan.

excited!

view dari koridor bilik

RPP Cameron Highlands ni agak dekat dengan tapak Pasar Malam Sg. Ruil. Kalau ada pagar jalan belakang, rasanya kami dah jalan kaki aje ke pasar.

tapak pasar malam kat apartment yang boleh nampak tu

Depan RPP pula ada kebun strawberry iaitu Healthy Strawberry. Jalan kaki depan pagar masuk RPP aje. Dah sampai. Tak payah jauh-jauh. Boleh petik strawberry juga kat sini.

healthy strawberry tuuu kat depan pagar RPP

View sangat cantik dari RPP Cameron Highlands ni. Tengok sunrise dan sunset.. subhanallah sangat indah :D

ada balkoni untuk menikmati pemandangan dan udara nyaman
sunrise
pemandangan sunset dari balkoni bilik

Dan bila kabus tebal.. fuhhh sejukk... tapi memang awesome :D. Cuba tengok video ni. Ni waktu petang tau masa hujan renyai :D






Itu je cerita RPP Cameron Highlands.. sambung next pulak. Trip hari pertama ke Taman Agroteknologi MARDI.

Wassalam...

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas 

Tuesday, 10 October 2017

Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang

Assalamualaikum dan hello :)

Alhamdulillah tercapai juga nak bawa anak-anak berjalan di Cameron Highlands weekend lepas. Trip kali ni bukan untuk free and leisure tapi memang nak bawa jalan-jalan di tempat menarik di Cameron sebanyak yang boleh. So memang plan betul-betul. Siap join FB Cameron HighlandsGroups dan refer sebanyak blog yang boleh. The most reliable blog pada saya adalah blog mrkumai. Memang banyak membantu.

Nak melawat Cameron Highlands pada weekend rasa seriau jugak. Since ramai member group kata jalan sesak teruk. EVERY WEEKEND!  Ramai cerita  perjalanan kalau biasa-biasa 20 minit boleh sampai 3 jam. Panas kereta, kematu punggung.

Tapi dah terrrr booking RPP Jumaat sampai Ahad, pening sat. Mampu ke nak hadap traffic jam ni. Mau silap-silap dok perap dalam bilik je. Tak lalu nak hadap jam lagi. Cukup-cukup lah jam hari-hari kat KL ni.

Tapi nak share, trip kami weekend lepas memang Alhamdulillah tak sangkut traffic jam yang berjam-jam tak gerak tu. Yang tak gerak, laluan bersebelahan kami. Yang tu saya akan cerita apa perancangan yang saya atur so tak le tersangkut dalam jam. Tapi yang penting kena fleksible dan ada backup plan. Nak pulak dengan anak ramai (5 orang), memang kena adjust mana yang patut.

Plan asal nak gerak dari Subang Jumaat sebelum subuh dalam pukul 3-4 pagi gitu. Konon singgah subuh di Simpang Pulai, naik Cameron Highlands terus mulakan lawatan pagi-pagi... Tapi kelauttt haha. Terlajak tidur.  Sudahnya 8.30 pagi baru gerak. So plan nak berjalan-jalan waktu pagi di Cameron tak kesampaian. 

Untuk lebih jimatkan masa, decide tak singgah mana-mana kedai untuk breakfast.  Breakfast semua dalam kereta je. Bawa nasi goreng, air kotak, biskut, air masak dan lain-lain. 

swafoto dengan Aliff

8.30 am - dari rumah, sangkut pulak dengan traffic jam orang nak pergi kerja.. Adehh..
Masuk NKVE exit Subang dan terus menuju ke Simpang Pulai.
10.20 am - Berhenti sekejap di Kawasan Rehat RTC Perak untuk tandas.
10.40 am - teruskan perjalanan exit Simpang Pulai

Bergerak dari RTC Perak

Husband bajet untuk solat Jumaat di Brinchang. So kami tak singgah mana-mana. Trafik agak perlahan bila menghampiri Cameron Lavender sebab ramai pengunjung mencari-cari parking dan di hadapan Central Market disebabkan ada accident antara 2 kereta di laluan bersebelahan. Nak masuk Kea Farm juga agak perlahan tapi masih ok berbanding lorong bertentangan yang kelihatannya dah sangat sesak dan tak bergerak.

12.50 pm - Kami sampai dan parking di depan kedai makan sebelah Masjid Kayangan Brinchang. Hampir menjelang waktu Zohor. So tak ke mana-mana, yang perempuan duduk lepak di kereta. Kereta tutup enjin je. Bukak bonet exora, duduk-duduk sambil melayan udara nyaman Cameron. Nak berjalan-jalan dengan anak kecik malas pulak dengan kereta bersimpang siur kat jalan utama tu.
masjid kayangan brinchang

Dari luar pagar masjid nampak beberapa orang tengah makan nasi bungkus, perempuan dengan anak-anak kecil pun ada tengah makan. Terus teringat dalam group FB ada terbaca info hari Jumaat ada tauke-tauke ladang yang sponsor nasi arab. Call husband bagitahu haha... over kan nak nasi free.. 

Nasi arab sponsored from Masjid Kayangan Brinchang
Husband ambil 3 bungkus untuk kami semua 7 sekeluarga. Saya, Husna, Zara dan Ali share 1 1/2 bungkus dengan ada extra sikit lagi nasi goreng yang dibawa. The balance husband share dengan Ammar dan Aliff. Alhamdulillah nasi dan ayamnya sedap dan cukuplah untuk alas perut sementara nak berjalan.

Habis solat Jumaat, giliran saya dan Husna solat jamak Zohor & Asar. Yang lelaki pula menjamu nasi arab tadi.

Lepas siap semua, masa tu dah dalam pukul 2.15 pm rasanya. Nak check-in RPP, mula jam 2.45 petang. Rasa lambat pulak. Berkira-kira nak singgah Smurf Inn dulu untuk bergambar-gambar. Nampak macam menarik aje kan gambar-gambar yang member group post hehe..

So bergerak ke Smurf Inn.

Ada parking homestay Smurf Inn dengan bayaran RM3 tapi kami pun tak pasti boleh masuk ke tak. Sebab ada palang gate automatik untuk masuk kawasan tu. Husband turun riki kawasan tu. Tapi sudahnya saya cancel je hihi.. Takpelah.. takat nak ambil gambar aje pun..

So terus ke Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands saje. Tunggu aje lah sampai buka 2.45 petang.

Bunga raya sebesar muka

tumpang sat staf punya ATV ni nak ambil gambar

Bila dah park dalam RPP tengok ada beberapa keluarga juga tengah tunggu pejabat pendaftaran buka. Kami pusing-pusing sekitar RPP tengok apa ada. Bergambar sana sini. Anak-anak pulak excited jumpa padang permainan.

main dulu
ikan besau lengan ni:D
ruang bersantai-santai
tempat BBQ
cantik bunga-bunga :D

2.45 pm - Ok kita check-in dulu then mulakan berjalan di Cameron Highlands :D

Bersambung...

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas 

Tuesday, 10 March 2015

Langkawi : Rumah Peranginan Persekutuan Federal Villa

Assalamualaikum dan hello :)

Kali pertama booking Rumah Peranginan Persekutuan. Terjebak selepas baca blog seorang member yang booking kat RPP Fraser's Hill. Masa tu baru tahu kewujudan RPP ni.. hihii dah bertahun kerja tapi tak tau.. auchh


So Januari lepas berjaya booking RPP Langkawi. Alhamdulillah dapat gak. Sebabnya RPP ni bukak aje bulan baru, kejap aje dah habis. Memang la rezeki, masa tu AirAsia pun ada promo tiket flight. RM39 sehala. 


RPP Langkawi a.k.a Federal Villa ni diuruskan oleh Holiday Villa Langkawi.  Check in - check out semua di lobi Holiday Villa. Kemudahan macam swimming pool pun gunasama. 

Saya book bilik Deluxe. Satu malam hanya RM77 sahaja RM100(update 2017). Rate biasa (kat website) dalam RM200++. Murah giler kentang kan RPP ni? Patutla memanjang penuh ditempah orang huhuu...

Gambar-gambar just ambil guna phone. Lupa pulak nak bawa kamera. Nak pulak sampai Langkawi dah malam so gambar pun suram aje..





Booking dua bilik. Connecting room. Bilik memang luas dan selesa. Dekorasi memang nampak lama la tapi yang penting bersih. Kira ok la kan dengan rate yang murah camtu. :)

Kemudahan dalam bilik lengkap. TV dengan Astro, mini fridge, cerek elektrik, tuala mandi, tuala muka, pemanas air, aircond, extra bantal, toileteries, teh & nescafe. Seterika takde. Sejadah takde. Request la ye kalau nak :)..

Siaran tv pun not bad juga. Selain TV1, TV2 (TV3 takde pulak), ada FOX movie, Sports, National Geographic.. dan lain-lain.. tapi yang penting ada Disney Junior hehe...


Kami duduk di bilik 355 dan 356 di blok Sigal. Tingkat 1. Bloknya 3 tingkat dan takde lif lah.. Tak pasti macam mana nak request bilik tingkat bawah huhuu..

Tak sempat nak explore sekeliling hotel/villa sebab terkejar-kejar masa kat sana. Maklumlah percutian singkat. :)


InsyaAllah ada rezeki boleh pergi lagi.. Sebab walaupun dah dua kali ke Langkawi, still belum merasa pergi island hopping dan main pantai :)

Nak tengok gambar-gambar Federal Villa? Saya ambil dari website diorang dan tempek sini ye.. lebih clear :)
Bilik Standard - RM55/night RM80/night (update 2017)
Bilik Deluxe - RM77/night RM100/night (update 2017)
aerial view
aerial view\
blok
Tu je..
Tadaaa :)