Showing posts with label bercuti cameron. Show all posts
Showing posts with label bercuti cameron. Show all posts

Tuesday, 28 November 2017

Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas

Assalamualaikum dan hello again :)

Lagi sambungan cerita cuti-cuti Cameron Highlands. Kali ni cerita untuk 2nd day. Secara ringkasnya untuk 2nd day, antara tempat yang kami pergi adalah Ladang Teh BOH Sungai Palas, Ee Feng Gu Bee Farm, Cactus Point, 200 Seeds Cafe Abang Strawberry, Ladang Healthy Strawberry dan Pak Nik Ikan Bakar 2.

LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS


Mostly review akan suggest Ladang BOH Sg Palas ni as tempat wajib untuk dikunjungi kalau bercuti di Cameron Highlands. Dan info penting yang saya semat dalam otak, "kalau tak nak sesak, wajib pergi awal-awal pagi!". Kena keep in mind, saya bercuti ni weekend hehe... confirm sesak.


So 2nd day lepas subuh saya siapkan anak-anak dan prepare breakfast kat bilik je. Light breakfast je sebab target nak makan kat Ladang Teh BOH Sungai Palas hehe.. So just minum oat 3 in 1 dan habiskan makanan pasar malam yang tak habis. Jangan risau, tak basi sebab cuaca sejuk haha..

Awal pagi dalam pukul 8.00 am dah bertolak ke Ladang Teh BOH Sg Palas. Jalan pun masih lengang, tak banyak kenderaan. Tapi by the time lalu Kea Farm, nampak dah ada kereta yang parking tepi jalan. Siap terlepas simpang masuk. Memang agak tersorok.

Jalan boleh tahan mencabar, sangat sempit. Satu kenderaan je boleh lalu untuk satu-satu masa. Seriau jugak.

Sampai depan palang gate masuk ladang dalam 8.15am. Awal. Kena tunggu sebab palang just buka jam 8.30am. Kami masa tu kereta ke-5 beratur haha.. Awal gile hehe...

beratur dulu okeh

Buka je palang gate tu tepat 8.30am, masing-masing meluru cari parking dan terus rushing naik tangga untuk ke atas. Dasat. Sebab masing-masing nak kejar tempat duduk kat tempat makan tu. Saya terkedek-kedek la naik sebab kena pikul Ali dengan carrier. Jarak dari parking ke atas katanya hampir 200m. Dua kali berhenti ambil nafas. Semput haha..

kita jalan slow slow la ye ali

Warga tua tidak disaran naik melalui tangga. Maybe boleh minta dari tukang jaga palang tu untuk drop penumpang dan park balik kereta di kawasan parking di bawah.

Saya sampai atas 8.45am. Lama tu nak mendaki hihi.. anak-anak yang besar dah sampai dulu.

Still ada meja kat beranda tu tapi decide duduk dalam aje la, takut anak-anak terjun pulak excited haha.. Kat beranda syok lah pemandangan saujana mata memandang. Memang port cantik nak bergambar.

bergambar di kawasan beranda

duduk dalam je la

semua berpusu nak bergambar di beranda


Beli makanan dan teh seteko, sekadar nak merasalah kononnya hehe...Cepat-cepat beratur, orang dah ramai weh..

menu




mostly pastries je yang dijual

and cakes
breakfast lagi
i just love green tea.. what to do? haha



By the time setel makan, penuh dah tempat makan ni. Cepat-cepat bangun kasi can orang lain pulak :)

orang dah ramai, meja fully occupied

Lepas tu pergi masuk kilang. Ikutkan arahannya tunggu kat bilik video sampai officer datang bawa. Tapi tunggu2 tak kunjung tiba, husband cakap masuk je la.. sebab tengok ade yang masuk je.. Bila masuk dalam emm takde pun siapa2 dalam kilang tu. Kosong je macam muzium dah.. ingatkan kilang tu masih beroperasi huhu...

bilik tayang video, cerita tentang teh

kilang teh. tak ada orang


Setel lawat kilang, beli belah di kedai yang menjual banyak jenis teh keluaran BOH.

menyopping aje kejenye

Okeh kos makan dan shopping teh di sini.

kiri makanan restoren, kanan kedai teh

Dah siap bergambar bagai, gerak balik.

port wajib gambar



Perjalanan memandu keluar dari Ladang Teh BOH Sg Palas lebih mencabar berbanding masa masuk. Sebab dah banyak kenderaan masuk. So banyak kali dan lama berhenti untuk bagi kenderaan lain lepas. Tiga kali selisih dengan bas. Laju2 pulak tu. Rasa mau terbabas masuk gaung aje. Setiap kali kat selekoh suruh husband hon untuk bagi hint pada kenderaan dari arah bertentangan. Tahan nafas sungguh nak lepas keluar dari situ.

Husband dah cakap dia takmau dan takkan pergi lagi Ladang Teh BOH Sungai Palas ni. Gerun nak lalu. Yang penumpang boleh la kata tak apa. Tapi yang memandu seriau sangat. Kalau nak pergi ladang teh sangat boleh pergi yang tepi jalan je macam Cameron Valley. Tak yah lalu laluan yang menakutkan tu lagi..

Tak pergi lagi pun tak apa la... dah merasa hehe...

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas 

Monday, 27 November 2017

Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands dan Pasar Malam Sg Ruil

Assalamualaikum dan hello ;)

Lama nau nak menyambung cerita cuti-cuti Cameron Highlands. Almaklumlah banyak tanggung jawab menuntut masa hehe..

Ok sambung dari trip ke Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands..

Lebih kurang jam 5.10 pm kami dah gerak keluar dari Taman Agro MARDI. Dah tutup dah pun. Kedai-kedai yang ada semua dah tutup. Tak sempat terjah pun. Dan rushing juga nak ke Pasar Malam Sg. Ruil sebab mostly ramai kata susah nak dapat parking kalau pergi lewat. So target by 6.00 pm dah sampai pasar.

LANDMARK I LOVE CAMERON HIGHLANDS

On the way dari Taman Agro MARDI ke Pasar Malam akan jumpa landmark I love Cameron Highlands ni. Tepi jalan aje tapi dekat selekoh. Dan kalau terlaju bawak kereta mesti terlepas. Kami stop kejap untuk bergambar asal syarat je hehe... Masa ni dok mencari kamera Samsung tapi tak jumpa so guna handphone aje. Masa tu ingat kot kamera terselit kat seat kereta ke.. tak terfikir pulak rupanya tercicir.



Lepas bergambar dalam 10-15 minit kami teruskan perjalanan ke Pasar Malam Sg. Ruil.  Ni tapak baru. Dulu-dulu masa naik Cameron Highlands, pasar malam di Brinchang. Merasa juga lah kemeriahan pasar malam Brinchang. Tapi ni kat tapak baru.

PASAR MALAM SG. RUIL

Kami sampai almost 6.00 pm. Masa ni kereta pun dah banyak beratur. Dah ada yang park tepi jalan. Kami usaha dapatkan parking di kawasan apartment di pasar tu. Apartment Golden Hills ke apa namanya. Alhamdulillah dapat parking. Walking distance aje dengan pasar malam. Hujan renyai-renyai dan kabus kemudiannya jadi sangat tebal. Since payung hanya ada 2, anak-anak saya pakaikan baju sejuk berhud / topi so tak berhujan.


Apa yang ada di pasar malam? Makanan, minuman, seouvenir, jagung, strawberry, baju, sweater, madu, kaktus. Lebih kurang ini lah gerai-gerai yang ada. Cuma pada saya pilihan makanan agak terhad. Pasar malam ini pun lebih kecil pada saya kalau banding masa di Brinchang. Boleh siap tawaf dua kali. Target memang hanya nak beli makanan untuk dinner. Walaupun anak dok pujuk belikan mainan, mak nye ni hati kering memang tak layan haha...

nasi lemak ayam goreng. ayam besar tapi sambal kurang kick.. Alhamdulillah

Makanan yang konon tak banyak pilihan tu pun bila kira-kira total RM70++ belanja. Fuhh... tak beringat.  Tak apa la.. rezeki orang meniaga. Rasa so-so. Dan ada jugak yang menipu dan tak jujur meniaga.

Tak jujur XXX:

Jagung madu bakar
Beli jagung bakar 3 ketul. Orang meniaga tu siap cakap banyak yang tipu jagung cameron dengan jagung biasa. Yang dia jual jagung cameron. Manis. Sekali, sebab tak pandang, bila sampai bilik buka, 1 ketul dia bagi jagung biasa keras kejung macam masak semalam tak habis jual semula. Geram sungguh.

kiri jagung manisss.. kiri jagung kejung haha

Bubur nasi
Masin! beli untuk bagi Ali makan. Masin giler. Bubur masin, sup masin. Siap basuh bubur tu 3 kali dengan air masak. Masih masin. Tak jujur. Yang meniaga Islam. Hmm..

Yang sedap:
Kambing cucuk/kebab

Kata husband la.. Saya kurang makan kambing kalau terasa bau kambing. So tak leh judge. Tapi sebab licin, sedapla agaknya kan..

kambing cucuk/kebab dan nasi goreng biasa

Air teh tarik air & green tea ais
Saya suka. Siap the next day masa pergi BOH Sg. Palas, gi beli green tea pack sebab dah jatuh hati haha..
air teh & green tea. i like :)

Keledek kukus
Sedap tapi lepas tu dok fikir tak berbaloi sepeket kecil RM3. Beli sekilo baru berapa RM haha.. makcik is kedekut hihi. Gerai yang sama jual jagung tipah tertipu tadi huhu..

Sayur goreng tempura
Not bad but too oily. Kami tak beli seafood goreng etc. RM10 sebekas. Beli brokoli tempura je acu kan dengan makanan lain.
brokoli tempura

Disebabkan pasar pun kecil je, tawaf 2 kali dah setel beli apa-apa yang dikehendaki. Balik. By the time nak balik memang kabus tebal, sejuk mencucuk tulang. Tak nampak jelas jalan. Sejuk tapi syok aih :D
kabus tebal
tak nampak jalan

Balam perjalanan balik dah nampak banyak kereta menghala masuk ke kawasan Pasar Malam Sg. Ruil. Ok bertabah la korang cari parking eh hehe...

balik time
Adios... Wassalam.. sambung next entry pulak :)

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas

Friday, 3 November 2017

Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)

Assalamualaikum dan hello :)


Awal Oktober baru ni kami sampai juga ke Cameron Highlands. Lama dah berangan nak bawa anak-anak jalan di Cameron Highlands. Cuma lepas baca banyak info, ralat pula sebab dah ter booking RPP Cameron Highlands untuk hari Jumaat hingga Ahad yang mana rata-rata kata bapak jem. Kalah KL. Adeh..

Disebabkan tu, saya usaha cari cadangan-cadangan tentatif yang bersesuaian untuk bercuti hujung minggu di Cameron Highlands. Target saya adalah tak tempuh jem. Tu aje.

Selepas dok survey sana sini, ini adalah senarai lokasi yang saya plan nak bawa anak-anak pergi. Saya pin kan lokasi ni pada google mymap, print peta dan save koordinat dalam phone. Another option saya save dalam Apps Waze juga.

Priority untuk yang masuk FREE tapi MARDI memang target WAJIB pergi hehe.

Tanda siap-siap lokasi yang rancang nak pergi so boleh tahu flow perjalanan

RINGKASAN TENTATIF 3 HARI 2 MALAM CAMERON HIGHLANDS


Day 1 (Jumaat)
Dari Simpang Pulai, sampai Brinchang dah hampir zohor
01.00pm - Solat Jumaat (L) & solat jamak (P) di Masjid Kayangan Brinchang
               - Lunch - nasi arab free dr masjid 😍
02.15pm - Smurf Inn (dah sampai tapi tak jadi turun bergambar hehe)
02.45pm - Check in RPP Cameron Highlands
03.30pm - Taman Agroteknologi MARDI (tiket dewasa RM5, pelajar RM2) 
05.00pm - Landmark I Cameron Highlands(bergambar)
05.30pm - Pasar malam Sg. Ruil (beli dinner)

Day 2 (Sabtu)
07.30am - Light breakfast di bilik
08.00am - Gerak ke Ladang BOH Sg. Palas (breakfast lagi hehe)
10.30am - Ee Feng Gu Bee 🐝Farm
11.30am - Cactus Point🌵
12.00pm - 200 Seeds Cafe Taman Sedia (lunch)
01.00pm - rehat dan solat di bilik
03.15pm - Healthy Strawberry🍓 (depan RPP Cameron)
05.30pm - Pak Nik Ikan Bakar 2 (dinner - beli bungkus je)

Day 3 (Ahad)
08.00am - Light breakfast kat bilik
08.30am - Check-out RPP Cameron
09.00am - Gerak ke Kea Farm + kedai auntie viral 16 peket RM10 🍅🍆🌽
10.15am - Cameron Valley Kuala Terla
10.45am - Medan Selera Kg. Raja (pick up 🍓)
11.15am - Meiko Sourvenir Centre
Balik ikut Simpang Pulai

NOTA TAMBAHAN

1. Ni simplified version. Untuk each detail saya akan buat entri berlainan :D
2. Tentatif ni ok untuk bercuti hujung minggu sebab target? NAK ELAK TEMPUH JEM kat Kea Farm
3. Kalau bercuti hari weekdays, ramai kata lengang dan best so boleh take your time nak pusing ceruk mana pun

YANG TAK BERJAYA PERGI

Tapi dah namanya perancangan manusia tak sehebat perancangan Allah kan.. ada juga dalam list yang saya tak berjaya pergi sebab jalan sesak dan tiada parking. Antara yang tak dapat pergi:

Big Red Strawberry
Target 2nd day. Cancel sebab masa turun dari Ladang BOH - Kea Farm - Brinchang tengok jalan ke kawasan tu sesak. Hmm tak mau cari penyakit hehe.. Tukar plan.. ganti pergi Healthy Strawberry farm. Depan RPP Cameron Highlands je pun ;)

Cafe Lorong
Target 2nd day lepas turun Ladang BOH singgah Kea Farm untuk 1st round dan lunch di Cafe Lorong. Tapi since dah sesak sangat kawasan Kea Farm tu dengan laluan bertentangan tak bergerak dan tak nampak bayang parking kosong, kami teruskan aje perjalanan ke Brinchang. Cancel Kea Farm dan Cafe Lorong untuk 2nd day.

Lunch sudahnya kami decide pergi 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) di Taman Sedia.

KHM Strawberry
Plan asal nak pergi tea time 2nd day, tak jadi sebab terlajak menyopping kat Healthy Strawberry huhu.. Tukar pulak untuk breakfast 3rd day (hari balik), pun cancel sebab lama pulak menguruskan barang-barang check out dan nak rushing ke Kea Farm takut sesak. So breakfast dalam bilik je. Terliur tengok member group post gambar scones etc haha.. Next trip insyaAllah :D

Smurf Inn, Cameron Lavender, Avant Chocolate
3 lokasi ni optional je semangat nak pergi pun tak berapa. Nak pulak macam Cameron Lavender nak masuk tiket boleh tahan juga harganya. So tak kisah sangat tak pergi :D.

Sebenarnya kalau ikutkan boleh singgah dalam perjalanan balik Day 3. Tapi decide tak berhenti singgah sebab anak-anak tidur, mungkin dah keletihan sangat.

Ada rezeki kita repeat Cameron Highlands okeh!

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas 

Tuesday, 10 October 2017

Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang

Assalamualaikum dan hello :)

Alhamdulillah tercapai juga nak bawa anak-anak berjalan di Cameron Highlands weekend lepas. Trip kali ni bukan untuk free and leisure tapi memang nak bawa jalan-jalan di tempat menarik di Cameron sebanyak yang boleh. So memang plan betul-betul. Siap join FB Cameron HighlandsGroups dan refer sebanyak blog yang boleh. The most reliable blog pada saya adalah blog mrkumai. Memang banyak membantu.

Nak melawat Cameron Highlands pada weekend rasa seriau jugak. Since ramai member group kata jalan sesak teruk. EVERY WEEKEND!  Ramai cerita  perjalanan kalau biasa-biasa 20 minit boleh sampai 3 jam. Panas kereta, kematu punggung.

Tapi dah terrrr booking RPP Jumaat sampai Ahad, pening sat. Mampu ke nak hadap traffic jam ni. Mau silap-silap dok perap dalam bilik je. Tak lalu nak hadap jam lagi. Cukup-cukup lah jam hari-hari kat KL ni.

Tapi nak share, trip kami weekend lepas memang Alhamdulillah tak sangkut traffic jam yang berjam-jam tak gerak tu. Yang tak gerak, laluan bersebelahan kami. Yang tu saya akan cerita apa perancangan yang saya atur so tak le tersangkut dalam jam. Tapi yang penting kena fleksible dan ada backup plan. Nak pulak dengan anak ramai (5 orang), memang kena adjust mana yang patut.

Plan asal nak gerak dari Subang Jumaat sebelum subuh dalam pukul 3-4 pagi gitu. Konon singgah subuh di Simpang Pulai, naik Cameron Highlands terus mulakan lawatan pagi-pagi... Tapi kelauttt haha. Terlajak tidur.  Sudahnya 8.30 pagi baru gerak. So plan nak berjalan-jalan waktu pagi di Cameron tak kesampaian. 

Untuk lebih jimatkan masa, decide tak singgah mana-mana kedai untuk breakfast.  Breakfast semua dalam kereta je. Bawa nasi goreng, air kotak, biskut, air masak dan lain-lain. 

swafoto dengan Aliff

8.30 am - dari rumah, sangkut pulak dengan traffic jam orang nak pergi kerja.. Adehh..
Masuk NKVE exit Subang dan terus menuju ke Simpang Pulai.
10.20 am - Berhenti sekejap di Kawasan Rehat RTC Perak untuk tandas.
10.40 am - teruskan perjalanan exit Simpang Pulai

Bergerak dari RTC Perak

Husband bajet untuk solat Jumaat di Brinchang. So kami tak singgah mana-mana. Trafik agak perlahan bila menghampiri Cameron Lavender sebab ramai pengunjung mencari-cari parking dan di hadapan Central Market disebabkan ada accident antara 2 kereta di laluan bersebelahan. Nak masuk Kea Farm juga agak perlahan tapi masih ok berbanding lorong bertentangan yang kelihatannya dah sangat sesak dan tak bergerak.

12.50 pm - Kami sampai dan parking di depan kedai makan sebelah Masjid Kayangan Brinchang. Hampir menjelang waktu Zohor. So tak ke mana-mana, yang perempuan duduk lepak di kereta. Kereta tutup enjin je. Bukak bonet exora, duduk-duduk sambil melayan udara nyaman Cameron. Nak berjalan-jalan dengan anak kecik malas pulak dengan kereta bersimpang siur kat jalan utama tu.
masjid kayangan brinchang

Dari luar pagar masjid nampak beberapa orang tengah makan nasi bungkus, perempuan dengan anak-anak kecil pun ada tengah makan. Terus teringat dalam group FB ada terbaca info hari Jumaat ada tauke-tauke ladang yang sponsor nasi arab. Call husband bagitahu haha... over kan nak nasi free.. 

Nasi arab sponsored from Masjid Kayangan Brinchang
Husband ambil 3 bungkus untuk kami semua 7 sekeluarga. Saya, Husna, Zara dan Ali share 1 1/2 bungkus dengan ada extra sikit lagi nasi goreng yang dibawa. The balance husband share dengan Ammar dan Aliff. Alhamdulillah nasi dan ayamnya sedap dan cukuplah untuk alas perut sementara nak berjalan.

Habis solat Jumaat, giliran saya dan Husna solat jamak Zohor & Asar. Yang lelaki pula menjamu nasi arab tadi.

Lepas siap semua, masa tu dah dalam pukul 2.15 pm rasanya. Nak check-in RPP, mula jam 2.45 petang. Rasa lambat pulak. Berkira-kira nak singgah Smurf Inn dulu untuk bergambar-gambar. Nampak macam menarik aje kan gambar-gambar yang member group post hehe..

So bergerak ke Smurf Inn.

Ada parking homestay Smurf Inn dengan bayaran RM3 tapi kami pun tak pasti boleh masuk ke tak. Sebab ada palang gate automatik untuk masuk kawasan tu. Husband turun riki kawasan tu. Tapi sudahnya saya cancel je hihi.. Takpelah.. takat nak ambil gambar aje pun..

So terus ke Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands saje. Tunggu aje lah sampai buka 2.45 petang.

Bunga raya sebesar muka

tumpang sat staf punya ATV ni nak ambil gambar

Bila dah park dalam RPP tengok ada beberapa keluarga juga tengah tunggu pejabat pendaftaran buka. Kami pusing-pusing sekitar RPP tengok apa ada. Bergambar sana sini. Anak-anak pulak excited jumpa padang permainan.

main dulu
ikan besau lengan ni:D
ruang bersantai-santai
tempat BBQ
cantik bunga-bunga :D

2.45 pm - Ok kita check-in dulu then mulakan berjalan di Cameron Highlands :D

Bersambung...

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas