Showing posts with label RPP Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label RPP Cameron Highlands. Show all posts

Friday, 3 November 2017

Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)

Assalamualaikum dan hello :)


Awal Oktober baru ni kami sampai juga ke Cameron Highlands. Lama dah berangan nak bawa anak-anak jalan di Cameron Highlands. Cuma lepas baca banyak info, ralat pula sebab dah ter booking RPP Cameron Highlands untuk hari Jumaat hingga Ahad yang mana rata-rata kata bapak jem. Kalah KL. Adeh..

Disebabkan tu, saya usaha cari cadangan-cadangan tentatif yang bersesuaian untuk bercuti hujung minggu di Cameron Highlands. Target saya adalah tak tempuh jem. Tu aje.

Selepas dok survey sana sini, ini adalah senarai lokasi yang saya plan nak bawa anak-anak pergi. Saya pin kan lokasi ni pada google mymap, print peta dan save koordinat dalam phone. Another option saya save dalam Apps Waze juga.

Priority untuk yang masuk FREE tapi MARDI memang target WAJIB pergi hehe.

Tanda siap-siap lokasi yang rancang nak pergi so boleh tahu flow perjalanan

RINGKASAN TENTATIF 3 HARI 2 MALAM CAMERON HIGHLANDS


Day 1 (Jumaat)
Dari Simpang Pulai, sampai Brinchang dah hampir zohor
01.00pm - Solat Jumaat (L) & solat jamak (P) di Masjid Kayangan Brinchang
               - Lunch - nasi arab free dr masjid 😍
02.15pm - Smurf Inn (dah sampai tapi tak jadi turun bergambar hehe)
02.45pm - Check in RPP Cameron Highlands
03.30pm - Taman Agroteknologi MARDI (tiket dewasa RM5, pelajar RM2) 
05.00pm - Landmark I Cameron Highlands(bergambar)
05.30pm - Pasar malam Sg. Ruil (beli dinner)

Day 2 (Sabtu)
07.30am - Light breakfast di bilik
08.00am - Gerak ke Ladang BOH Sg. Palas (breakfast lagi hehe)
10.30am - Ee Feng Gu Bee 🐝Farm
11.30am - Cactus Point🌵
12.00pm - 200 Seeds Cafe Taman Sedia (lunch)
01.00pm - rehat dan solat di bilik
03.15pm - Healthy Strawberry🍓 (depan RPP Cameron)
05.30pm - Pak Nik Ikan Bakar 2 (dinner - beli bungkus je)

Day 3 (Ahad)
08.00am - Light breakfast kat bilik
08.30am - Check-out RPP Cameron
09.00am - Gerak ke Kea Farm + kedai auntie viral 16 peket RM10 🍅🍆🌽
10.15am - Cameron Valley Kuala Terla
10.45am - Medan Selera Kg. Raja (pick up 🍓)
11.15am - Meiko Sourvenir Centre
Balik ikut Simpang Pulai

NOTA TAMBAHAN

1. Ni simplified version. Untuk each detail saya akan buat entri berlainan :D
2. Tentatif ni ok untuk bercuti hujung minggu sebab target? NAK ELAK TEMPUH JEM kat Kea Farm
3. Kalau bercuti hari weekdays, ramai kata lengang dan best so boleh take your time nak pusing ceruk mana pun

YANG TAK BERJAYA PERGI

Tapi dah namanya perancangan manusia tak sehebat perancangan Allah kan.. ada juga dalam list yang saya tak berjaya pergi sebab jalan sesak dan tiada parking. Antara yang tak dapat pergi:

Big Red Strawberry
Target 2nd day. Cancel sebab masa turun dari Ladang BOH - Kea Farm - Brinchang tengok jalan ke kawasan tu sesak. Hmm tak mau cari penyakit hehe.. Tukar plan.. ganti pergi Healthy Strawberry farm. Depan RPP Cameron Highlands je pun ;)

Cafe Lorong
Target 2nd day lepas turun Ladang BOH singgah Kea Farm untuk 1st round dan lunch di Cafe Lorong. Tapi since dah sesak sangat kawasan Kea Farm tu dengan laluan bertentangan tak bergerak dan tak nampak bayang parking kosong, kami teruskan aje perjalanan ke Brinchang. Cancel Kea Farm dan Cafe Lorong untuk 2nd day.

Lunch sudahnya kami decide pergi 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) di Taman Sedia.

KHM Strawberry
Plan asal nak pergi tea time 2nd day, tak jadi sebab terlajak menyopping kat Healthy Strawberry huhu.. Tukar pulak untuk breakfast 3rd day (hari balik), pun cancel sebab lama pulak menguruskan barang-barang check out dan nak rushing ke Kea Farm takut sesak. So breakfast dalam bilik je. Terliur tengok member group post gambar scones etc haha.. Next trip insyaAllah :D

Smurf Inn, Cameron Lavender, Avant Chocolate
3 lokasi ni optional je semangat nak pergi pun tak berapa. Nak pulak macam Cameron Lavender nak masuk tiket boleh tahan juga harganya. So tak kisah sangat tak pergi :D.

Sebenarnya kalau ikutkan boleh singgah dalam perjalanan balik Day 3. Tapi decide tak berhenti singgah sebab anak-anak tidur, mungkin dah keletihan sangat.

Ada rezeki kita repeat Cameron Highlands okeh!

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas 

Wednesday, 11 October 2017

Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands

Assalamualaikum dan hello :)

Ok sambung cerita dari part Cameron Highlands-Hari 1-Dari Subang ke Brinchang.

2.45pm kami check-in RPP Cameron Highlands.

Check-in beramai-ramai
ruang menunggu

Masa di RTC Perak saya dah terima call dari pengurusan RPP Cameron nak confirm kan sama ada saya jadi masuk atau tak.. Jadiiii insyaAllah hihi.. ;)

Masa check-in hanya tunjuk kad pengenalan. Bayaran telah pun dibuat dalam masa 7 hari dari tarikh booking. So ala-ala lenggang kangkung gitu.

waktu saya check out, 8.30pagi
Dah siap isi borang dan buku, pegawai tu serahkan kettle dan 2 remote control (astro & aircond). TV on tekan button belakang tv je.  Remote control dan kettle perlu diserahkan di kaunter semasa check out nanti.

Kami menginap di Bilik Biasa aje. Tak dapat nak booking Apartmen. Fully booked. Pejabat pengurusan RPP terletak di blok Bilik Biasa juga. Dan hanya 2 tingkat (tiada lif). Kami dapat bilik Anggerik 5 (A5) yang berada di tingkat atas pejabat pengurusan. Total Bilik Biasa : Tingkat atas bilik Anggerik 1-12, tingkat bawah Bilik Mawar (3-6) (sama level lobi pendaftaran).

semua ni Bilik Anggerik
our room
 

Walaupun namanya hanyalah Bilik Biasa tapi keluasannya macam bilik family. Ada 1 katil queen dan 1 katil single. Dan boleh bentang toto lagi. Dan harganya cuma RM50/malam hehe... mana nak dapat weh..

sampai bilik kasi landing atas katil jap :)
1 katil queen, 1 katil single

Tapi dengan harga macam tu tak boleh expect high end punya servis lah kan.. Ada beberapa perkara yang perlu take note yang mana RPP tak sediakan di dalam bilik. So kena bawa dari rumah ok.

Disediakan
  1. Ironing area ada disediakan di ruang tangga betul-betul depan bilik kami.
  2. Aircond ada dalam bilik tapi sepanjang masa tak on pun hehe
  3. Sejadah ada disediakan
  4. Gayung ada
  5. Penyangkut baju ada pelbagai jenis. Rasanya orang-orang yang duduk situ yang tinggalkan (agaknye...)
  6. Peti ais mini
 Tidak disediakan
  1. Tuala mandi
  2. Alat mandian (ada disediakan 2 biji sabun saiz mini tu sahaja)
  3. Teh/kopi/gula/air mineral(Air mineral ada dijual di kaunter pendaftaran RM1/botol)
  4. Sarapan
  5. Bantal/selimut extra
  6. Hair dryer
air mineral RM1/botol kat kaunter pendaftaran. Borong habis 5 botol sebelum pergi MARDI petang tu.

ironing area



Servis tukar cadar ke, cuci bilik, ambil sampah 

Rasanya macam tak ada.

Sampah kita kena buang sendiri sebelum check out ok. Ada 2 tong sampah disediakan dalam bilik. Mulanya saya ingat tak cukup besar palstik sampah tu, rupanya bila dibuka, plastik tu sangat besar dan cukup tampung sampah bekas-bekas makanan untuk 2 malam kami di situ.


signage kat pintu bilik
plastik sampah yang disediakan memang Xtra Large. Ni sampah we ols 3hari 2malam
Siaran TV/Astro
saya pun tak pasti apa siaran yang ada. Tak ada maklumat dalam bilik. Tapi antara yang dapat buka HBO, Astro Ceria, ada siaran sukan tapi tak ingat channel apa. Tak sempat sangat pun nak tengok tv. Kata motif nak berjalan... hihi

Tempat BBQ
Ada disediakan beberapa tempat.

tempat BBQ depan Asrama

Taman Permainan
Taman permainan ada dalam kawasan blok Bilik Biasa ni. Senanglah anak-anak nak main. Tapi masa kami berada lepak di bilik agak sedikit. Banyak spend masa kat luar. Dan bila time memang nak lepak-lepak je, hujan pulak turun. Walaupun tak lebat mana, tak ada lah nak bagi anak-anak main dalam hujan.

excited!

view dari koridor bilik

RPP Cameron Highlands ni agak dekat dengan tapak Pasar Malam Sg. Ruil. Kalau ada pagar jalan belakang, rasanya kami dah jalan kaki aje ke pasar.

tapak pasar malam kat apartment yang boleh nampak tu

Depan RPP pula ada kebun strawberry iaitu Healthy Strawberry. Jalan kaki depan pagar masuk RPP aje. Dah sampai. Tak payah jauh-jauh. Boleh petik strawberry juga kat sini.

healthy strawberry tuuu kat depan pagar RPP

View sangat cantik dari RPP Cameron Highlands ni. Tengok sunrise dan sunset.. subhanallah sangat indah :D

ada balkoni untuk menikmati pemandangan dan udara nyaman
sunrise
pemandangan sunset dari balkoni bilik

Dan bila kabus tebal.. fuhhh sejukk... tapi memang awesome :D. Cuba tengok video ni. Ni waktu petang tau masa hujan renyai :D






Itu je cerita RPP Cameron Highlands.. sambung next pulak. Trip hari pertama ke Taman Agroteknologi MARDI.

Wassalam...

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas 

Tuesday, 10 October 2017

Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang

Assalamualaikum dan hello :)

Alhamdulillah tercapai juga nak bawa anak-anak berjalan di Cameron Highlands weekend lepas. Trip kali ni bukan untuk free and leisure tapi memang nak bawa jalan-jalan di tempat menarik di Cameron sebanyak yang boleh. So memang plan betul-betul. Siap join FB Cameron HighlandsGroups dan refer sebanyak blog yang boleh. The most reliable blog pada saya adalah blog mrkumai. Memang banyak membantu.

Nak melawat Cameron Highlands pada weekend rasa seriau jugak. Since ramai member group kata jalan sesak teruk. EVERY WEEKEND!  Ramai cerita  perjalanan kalau biasa-biasa 20 minit boleh sampai 3 jam. Panas kereta, kematu punggung.

Tapi dah terrrr booking RPP Jumaat sampai Ahad, pening sat. Mampu ke nak hadap traffic jam ni. Mau silap-silap dok perap dalam bilik je. Tak lalu nak hadap jam lagi. Cukup-cukup lah jam hari-hari kat KL ni.

Tapi nak share, trip kami weekend lepas memang Alhamdulillah tak sangkut traffic jam yang berjam-jam tak gerak tu. Yang tak gerak, laluan bersebelahan kami. Yang tu saya akan cerita apa perancangan yang saya atur so tak le tersangkut dalam jam. Tapi yang penting kena fleksible dan ada backup plan. Nak pulak dengan anak ramai (5 orang), memang kena adjust mana yang patut.

Plan asal nak gerak dari Subang Jumaat sebelum subuh dalam pukul 3-4 pagi gitu. Konon singgah subuh di Simpang Pulai, naik Cameron Highlands terus mulakan lawatan pagi-pagi... Tapi kelauttt haha. Terlajak tidur.  Sudahnya 8.30 pagi baru gerak. So plan nak berjalan-jalan waktu pagi di Cameron tak kesampaian. 

Untuk lebih jimatkan masa, decide tak singgah mana-mana kedai untuk breakfast.  Breakfast semua dalam kereta je. Bawa nasi goreng, air kotak, biskut, air masak dan lain-lain. 

swafoto dengan Aliff

8.30 am - dari rumah, sangkut pulak dengan traffic jam orang nak pergi kerja.. Adehh..
Masuk NKVE exit Subang dan terus menuju ke Simpang Pulai.
10.20 am - Berhenti sekejap di Kawasan Rehat RTC Perak untuk tandas.
10.40 am - teruskan perjalanan exit Simpang Pulai

Bergerak dari RTC Perak

Husband bajet untuk solat Jumaat di Brinchang. So kami tak singgah mana-mana. Trafik agak perlahan bila menghampiri Cameron Lavender sebab ramai pengunjung mencari-cari parking dan di hadapan Central Market disebabkan ada accident antara 2 kereta di laluan bersebelahan. Nak masuk Kea Farm juga agak perlahan tapi masih ok berbanding lorong bertentangan yang kelihatannya dah sangat sesak dan tak bergerak.

12.50 pm - Kami sampai dan parking di depan kedai makan sebelah Masjid Kayangan Brinchang. Hampir menjelang waktu Zohor. So tak ke mana-mana, yang perempuan duduk lepak di kereta. Kereta tutup enjin je. Bukak bonet exora, duduk-duduk sambil melayan udara nyaman Cameron. Nak berjalan-jalan dengan anak kecik malas pulak dengan kereta bersimpang siur kat jalan utama tu.
masjid kayangan brinchang

Dari luar pagar masjid nampak beberapa orang tengah makan nasi bungkus, perempuan dengan anak-anak kecil pun ada tengah makan. Terus teringat dalam group FB ada terbaca info hari Jumaat ada tauke-tauke ladang yang sponsor nasi arab. Call husband bagitahu haha... over kan nak nasi free.. 

Nasi arab sponsored from Masjid Kayangan Brinchang
Husband ambil 3 bungkus untuk kami semua 7 sekeluarga. Saya, Husna, Zara dan Ali share 1 1/2 bungkus dengan ada extra sikit lagi nasi goreng yang dibawa. The balance husband share dengan Ammar dan Aliff. Alhamdulillah nasi dan ayamnya sedap dan cukuplah untuk alas perut sementara nak berjalan.

Habis solat Jumaat, giliran saya dan Husna solat jamak Zohor & Asar. Yang lelaki pula menjamu nasi arab tadi.

Lepas siap semua, masa tu dah dalam pukul 2.15 pm rasanya. Nak check-in RPP, mula jam 2.45 petang. Rasa lambat pulak. Berkira-kira nak singgah Smurf Inn dulu untuk bergambar-gambar. Nampak macam menarik aje kan gambar-gambar yang member group post hehe..

So bergerak ke Smurf Inn.

Ada parking homestay Smurf Inn dengan bayaran RM3 tapi kami pun tak pasti boleh masuk ke tak. Sebab ada palang gate automatik untuk masuk kawasan tu. Husband turun riki kawasan tu. Tapi sudahnya saya cancel je hihi.. Takpelah.. takat nak ambil gambar aje pun..

So terus ke Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands saje. Tunggu aje lah sampai buka 2.45 petang.

Bunga raya sebesar muka

tumpang sat staf punya ATV ni nak ambil gambar

Bila dah park dalam RPP tengok ada beberapa keluarga juga tengah tunggu pejabat pendaftaran buka. Kami pusing-pusing sekitar RPP tengok apa ada. Bergambar sana sini. Anak-anak pulak excited jumpa padang permainan.

main dulu
ikan besau lengan ni:D
ruang bersantai-santai
tempat BBQ
cantik bunga-bunga :D

2.45 pm - Ok kita check-in dulu then mulakan berjalan di Cameron Highlands :D

Bersambung...

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas