Monday, 20 October 2014

Tabung "Sedekah Subuh" Kami

Assalamualaikum..

Semoga kita semua mendapat keredhaan dan rahmat dari Yang Maha Esa. Saya doakan Allah beri limpahan rezeki yang halal dan barokah kepada kita semua. 

SEDEKAH KUNCI REZEKI



Saya bersyukur kerana berada dalam team MFMS sebab team MFMS memang tak putus-putus mengingatkan ahli-ahlinya untuk sentiasa beramal dengan amalan-amalan kerohanian yang mendekatkan diri dengan Allah yang dipanggil "Master Checklist"

Salah satu perkara yang ditekankan dalam Master Checklist adalah SEDEKAH. Memang diketahui umum, sedekah memang salah satu kunci rezeki. 

Entri kali ini saya nak kongsikan artikel yang juga dikongsikan oleh salah seorang team MFMS kami. Ianya tentang SEDEKAH SUBUH. Kebetulan pula group kami masa tu memang sedang
dalam Cabaran Sedekah 40 Hari, dapat pula ilmu baru tentang Sedekah Subuh ni.. 

Artikel Sedekah Subuh yang dikongskan memang sangat menarik sehinggakan Mentor kami turut menyarankan agar kami turut mengamalkannya. 

Disini saya kongsikan semula buat renungan semua. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللََّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَّنِ فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا اَللََّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًاوَيَقُولُ اْلاَخَرُ اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi Muhammad shollallahu ‘alahi wa sallam bersabda:“Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satunya memohon: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.’ Dan satu lagi memohon: ‘Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil.” (HR. Bukhary 5/270 Muslim 1678)

Perkongsiannya seperti berikut:-

MAU KAYA? MAU TENANG? MAU BAHAGIA? JOM SEDEKAH SUBUH
Kaya, Tenang & Bahagia Dengan Sedekah Subuh
Sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb.
sedekah subuh ini telah lama kami (saya dan group saya laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...
seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...mudah sekali
pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...
jom....JANJI ALLAH BENAR....jangan lupa menghantar testimoni anda dalam fb ini  selepas anda melakukannya, tuliskan ya...agar semua orang dapat berkongsi kebahagiaan anda dan dapat menjadi ilmu kepada orang lain dan amalan hendaknya...supaya kita dapat pahala yang mengalir....
sekian, jom selamat mencuba... - MAHAWA PILUS

Amalan yang baik, apa salahnya kita buat bukan? :)

TABUNG SEDEKAH SUBUH KAMI

    

Selepas membaca artikel ini, saya telah pun menyediakan "Tabung Sedekah Subuh" saya. Bukan tabung yang canggih manggih pun. Sekadar balang kuih raya aje. Setiap hari selepas solat Subuh saya akan masukkan duit ke dalamnya. Tidak dihadkan minimum atau maksimum nilainya. Terpulang pada apa yang mampu masa tu.

Selepas saya memulakan Tabung Sedekah Subuh ini, suami dan anak perempuan saya, Husna turut berminat untuk mempunyai tabung yang sama. Alhamdulillah.. 

Kebaikan menarik kebaikan kan? :)

Saya yakin In Syaa Allah, Allah pasti akan menggantikannya dengan nilai yang berkali-kali lebih baik lagi.. 

Jom kita mulakan Tabung Sedekah Subuh kita.. 

Wassalam..


11 comments:

  1. Terima kasih...Saya baru follow blog ni...Izinkan saya share info tentang Tabung Sedekah Subuh nie yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lynn sebab sudi singgah sini. In syaa Allah, saya ziarah 'rumah' lynn nanti :)
      Sila lah share kepada siapa2 :)

      Delete
  2. Syukran Jazilaan sis Liza. TQ untuk info... Saya pun berniat untuk adakan Tabung subuh ni..
    Jemput ke rumah sya klo free. www.kedaivitaminsemulajadi.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah, saya akan ziarah blog ummul firdaus ye. terima kasih tinggal jejak disini :)

      Delete
  3. Assalam, mohon maaf saya mencelah sedikit. Kalu boleh logo "keep calm" tak molek digunakan. Sebab kebiasaan CROWN raja-raja Inggeris selalunya ada terdapat CROSS dalam designnya sebagai tanda agama anutan mereka. Jelas dapat dilihat dipundak, dibawahnya, kiri dan kanan. Seperti dinegara kita, ada ALLAH dan MUHAMMAD dalam rekabentuk lambang negara kita. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info yang berguna....jom singgah blog saya ye www.umainiahazmi.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam semua...alhamdulillah..saya dah mula..'what u give u get back'..thankyou Allah..

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..i pun dh mula buat..sbb baru jer tahu psl amalan mulia ni..and miracles really happen to me..syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. assalam semua nak tanya.. kalau dah cukup 30 or 40hari, wang tu kalau nl sedekah dalam tabung masjid boleh ke? atau untuk anak yatim saja?
    mohon pencerahan semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.
      sekadar pandangan dr sy yg bukanlah pemilik blog.. =)
      pd pandangan sy, tidak menjadi masalah utk saudari sedekahkan hasil kumpulan wang tersebut ke mana2 sahaja asalkan ke jalan Allah. inshaAllah. sekadar pandangan.

      Delete