Wednesday, 15 October 2014

Hampir Gila Meroyan Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan hello :)

Hmm diam tak diam minggu depan dah habis cuti bersalin 60 hari. Sekejap aje masa berlalu.. Kalau permanent staff ni memang dah confirm ambil cuti 90 hari. Tapi disebabkan hanya contract staff terpaksa la cuti 60 hari je sebab cuti bersalin kami ni cuti tanpa gaji tsk tsk..

KELETIHAN MELAMPAU

Teringat masa lepas bersalin Aliff Rayyan tahun 2009 dulu. Masa mula jadi staf kontrak dulu baru mengandung 2 bulan so bersalin as staff kontrak (tanpa gaji) lah kan..

Since takde gaji, decide masa tu just ambil cuti bersalin 45 hari je. Then terus masuk kerja balik. Nak buat macam mana kan.. komitmen dah banyak..

Nak tak nak masuk juga kerja walaupun terasa badan tu belum cukup segar dan kuat.

Awal-awal dah masuk kerja tu memang rasa keletihan melampau juga. Tiap-tiap hari balik kerja biasa sampai Sunway lebih kurang jam 6.30. Ambil anak-anak ding dong ding dong dalam pukul 7.00 malam sampai rumah.

Selalu bila sampai rumah terus collapse. Pengsan. Mengantuk dan letih tahap gaban orang kata :)
Memang selalu tertidur atas
sofa lah balik kerja tu. Letih. Penat.

Kalau tersedar awal sempatlah solat maghrib. Kadang-kadang terlajak juga.. tertinggal maghrib..

Astaghfirullah...


Dan kalau berjaya tak tidur lepas balik kerja tu, pukul 9.30 malam saya dah mengantuk. Langsung tak boleh buka mata. Banyak urusan rumah terbengkalai yang husband terpaksa take over.

HAMPIR GILA MEROYAN

Saya pulak bila keletihan selalu jadi moody, stress, asyik naik angin je. Selalu lepas kemarahan kat anak-anak. Lepas terlepas marah, menangis pulak sebab menyesal. Kejap marah, kejap sayang, kejap nangis. Dah jadi petanda nak kena postnatal depression (gila meroyan) juga camtu. :'(

Bila beberapa kali jadi camtu, saya fikir tak boleh jadi ni... Teruk sangat kesannya.

AKHIRNYA JUMPA PENYELESAIAN

Masa dok fikir nak pergi berubat ke.. nak try ambil jamu ke.. terus teringat untuk ambil semula supplement..

Laa... Macam mana la boleh tak terfikir sedangkan dah jadi member bertahun sejak tahun 2005 kot..ishh ishh...

So the next day terus pergi branch untuk beli B-Complex dan Ostematrix (dulu namanya calcium magnesium). Dan terus makan.

Memang lupa sungguh. Sedangkan memang dah tahu B-complex memang bagus untuk bantu atasi stress, keletihan, sakit kepala/ migrain. 


Dan Ostematrix pun bantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti. Bangun tidur rasa segar je. Maklumlah baby breastfeeding kan selalu terjaga malam untuk menyusu..

Tau tapi tak ingat. Hihiii...

Lepas amalkan B-Complex dan Ostematrix tu, Alhamdulillah.. betul-betul terasa perbezaan pada badan masa tu. Dah jarang-jarang mengantuk lepas kerja so Alhamdulillah tak tertinggal solat Maghrib dah..

Dan boleh juga berjaga uruskan hal rumahtangga sampai jam 12.00 malam.. dah takde kisah tidur 9.30 malam dah :)

Syukur syukur syukur...

PENTINGNYA KEKAL SIHAT

Bila dah alami pengalaman macam ni, baru fikir memang sangat penting untuk amalkan supplement. Bukan sekadar untuk orang sakit, bermasalah je..

Orang perempuan lebih-lebih lagi patut amal supplement. Hamil, menyusu, bekerja.. banyak juga tekanan dan kadang-kadang kita tak jaga pun pemakanan atau kesihatan diri. Sedangkan kita ni pada saya adalah orang terpenting dalam keluarga.

Kalau orang terpenting ni sakit, emosi terganggu, pasti seluruh isi keluarga akan rasa tempiasnya kan..

So sekarang saya dah mula mengambil supplement secara konsisten. Untuk kesejahteraan dan kepentingan 4 anak, suami dan keluarga saya, saya bertanggungjawab untuk jaga kesihatan saya.
Kan saya orang terpenting dalam keluarga saya..


Anda bagaimana?? :)


2 comments:

  1. Assalamualaikum, sis..nasib baik, lah sis sedar cpt2..Gila meroyan tue, bahaya..tahniah, sis. i' m happy for u.. Alhamdulillah..wassalam :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kinah.
      betul memang bahaya. so lepas bersalin memang selalu kena jaga juga kesihatan badan dan emosi :)

      Delete