Showing posts with label 3rd Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 3rd Pregnancy. Show all posts

Wednesday, 15 October 2014

Hampir Gila Meroyan Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan hello :)

Hmm diam tak diam minggu depan dah habis cuti bersalin 60 hari. Sekejap aje masa berlalu.. Kalau permanent staff ni memang dah confirm ambil cuti 90 hari. Tapi disebabkan hanya contract staff terpaksa la cuti 60 hari je sebab cuti bersalin kami ni cuti tanpa gaji tsk tsk..

KELETIHAN MELAMPAU

Teringat masa lepas bersalin Aliff Rayyan tahun 2009 dulu. Masa mula jadi staf kontrak dulu baru mengandung 2 bulan so bersalin as staff kontrak (tanpa gaji) lah kan..

Since takde gaji, decide masa tu just ambil cuti bersalin 45 hari je. Then terus masuk kerja balik. Nak buat macam mana kan.. komitmen dah banyak..

Nak tak nak masuk juga kerja walaupun terasa badan tu belum cukup segar dan kuat.

Awal-awal dah masuk kerja tu memang rasa keletihan melampau juga. Tiap-tiap hari balik kerja biasa sampai Sunway lebih kurang jam 6.30. Ambil anak-anak ding dong ding dong dalam pukul 7.00 malam sampai rumah.

Selalu bila sampai rumah terus collapse. Pengsan. Mengantuk dan letih tahap gaban orang kata :)
Memang selalu tertidur atas

Friday, 11 July 2014

Cara Nak Buat Sendiri Ujian BSP (Blood Sugar Profile) Di Rumah ~ atau di mana sahaja :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nak share pasal ujian BSP atau Blood Sugar Profile Test.  Ujian ni time pregnant kalau MOGTT sangkut memang terpaksa buat gak lah.. Kalau keputusan ujian BSP pun sangkut, rutin BSP test ni memang jadi kerap.. macam setiap 2 minggu.. 

So kalau taknak kerap kena buat ujian BSP ni, haruslah pastikan dapat keputusan yang memuaskan :). Barulah ujian jadi sebulan sekali aje... :)

UJIAN BSP KU FAIL!!

Masa mengandungkan Ammar, mula-mula tu tak tahu macam mana diet pemakanan sebenar untuk ibu-ibu mengandung yang ada GDM (diabetes semasa hamil) ni.. So hari 1st test gi pulak belasah mee kicap dengan air teh O ais.. 

Sudahnya keputusan ujian yang pukul 10 pagi tu tak lepas... so terpaksa lah buat lagi test 2 minggu selepas tu..

Lepas jumpa pakar pemakanan dan cari maklumat tentang GDM di website, saya dah tahu macam mana pemakanan yang saya boleh ambil dan yang mana perlu elakkan terutamnya masa mengandung ni...

MASALAH SUNGGUH NAK BUAT UJIAN BSP

Lagi satu masalah nak buat ujian BSP ni adalah nak kena berulang alik ke klinik. Ye lah, dah kena ujian 4 kali sehari kan.. pukul 8pagi, 10pagi, 2petang dan 8malam.  Paling haru yang 8malam tu. 

Dulu ada sekali pergi Klinik 1 Malaysia nak buat BSP test 8malam. Tengok-tengok nurse kata takde buat. Dia suruh pergi cari farmasi.. bayarlah RM8

Sekali tu lagi test yang malam jugak.  Malam tu majlis nikah adik lelaki saya di Tanjung Malim. Pusing punya pusing, jumpa farmasi, tapi takde servis buat test BSP. Round lagi sana sini dapatlah jumpa satu-satunya klinik swasta yang buka malam tu. Dapatlah buat test. Tapi lagi mahal kena bayar... RM15 derrr..

Sudahnya saya decide beli aje la BSP test kit ni.. sebab masa tu ada hari ujian yang clash dengan hari nikah adik ipar saya di Papar, Sabah.  Fikir-fikir nanti susah nak cari farmasi/klinik yang buka malam-malam tu kat sana, baik beli aje test kit ni..

BSP TEST KIT SAYA PUNYA :)

So kat sini saya nak share je cara nak buat BSP test sendiri di rumah/ di pejabat/ di dalam kesesakan lalulintas (dalam kereta) :)

Saya beli BSP test kit model Accu-Check Active. Beli di Caring Pharmacy.

Dalam kotaknya ada dah instruction macam mana nak guna. Ni version simplified je ye... :)

CARA NAK BUAT BSP TEST SENDIRI DI RUMAH/ PEJABAT/ MANA-MANA LAH

Ni adalah alat-alat yang diperlukan
meter, test strip, lancet dan lancet device
mula-mula cabut penutup untuk isi lancet (jarum)
yang putih tu lancet tapi masih bertutup
slot masuk lancet ke dalam ruangannya sampai bunyik klik

pusingkan hujung lancet yang bulat tu untuk tanggalkan penutup lancet, baru la nampak jarumnya

Tutup semula lancet device. Pastikan 'lengkuk kecil' di penutup adalah selari dengan tanda di gambar atas

Di penutup tu ada nombor. Kalau di klinik biasanya guna no. 4. Ikut ketebalan kulit jari kita.
Pusingkan ikut nombor mana yang nak. Saya selalu  guna nombor 3.5 sebab kalau 4 rasa sakit sangat jari tu macam terlebih cucuk. Kurang dari 3.5, tak keluar darahnya... 3.5 ok untuk saya...

Dah siap pasang

Tekan atas lancet device tu macam pen tekan

Tekan sampai habis. Warna bulat situ akan tukar jadi kuning. Bermaksud dah sedia digunakan
Dah ready untuk digunakan. Ketepikan. Nak guna nanti tekan butang kuning tu je
Sekarang beralih kepada Meter.  Setiap botol test strip ada kod yang berbeza dan ada cip yang disediakan untuk slot di bahagian anak panah merah tu

slot kan cip tu ke dalam ruangan yang disediakan

Buka botol test strip dan ambil satu strip
masukkan test strip ke slot yang disediakan - anak panah menghala atas

Meter akan display kod di screen. Pastikan kod di screen adalah sama dengan kod di botol

Lepas tu akan keluar blink-blink gambar titisan darah. Maksudnya dah boleh letak sampel darah atas strip di bahagian warna hijau tu

Letak lancet device menyerong di tepi jari tengah atau jari manis.  Tekan 'butang kuning'.
p/s: saya pilih jari ni sebab rasanya kurang sikit sakit berbanding tempat lain

Picit-picit sikit jari bagi darah keluar



Titiskan/sentuh kan darah ke bahagian berwarna hijau. Kena buat dalam masa 2 minit sebelum blink-blink tu hilang.

Tunggu sebentar sampai keluar result di screen
Apa lagi?? tulis la result nya kat buku pink hihiii

Sekarang ada promo kat Caring Pharmacy.. rm99 je untuk satu set BSP kit

Dalam box tu ada semua benda-benda ni..
Sekian...
Terima kasih kerana membaca :)

Sunday, 22 June 2014

Cergas Bertenaga Berpuasa Walaupun Ketika Hamil & Menyusu Bayi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. tak lama lagi kita akan dipertemukan dengan Ramadhan.. insyaAllah..

Saya doakan Allah panjangkan umur saya dan rakan-rakan untuk meraikan Ramadhan tahun ini dan tahun-tahun akan datang..

Bulan Ramadhan memang ditunggu-tunggu kedatangannya. Sebabnya bulan ni bulan yang dijanjikan BONUS PAHALA yang berganda-ganda banyaknya..

Justeru, kebanyakan kita akan berlumba-lumba merebut BONUS itu dengan menambah pelbagai amalan seharian seperti memperbanyakkan membaca Al-Quran, bersedekah, melaksanakan solat-solat sunat, qiamullail dan pelbagai lagi.

PENGALAMAN SAYA BERPUASA KETIKA HAMIL & MENYUSU

Kalau diikutkan pengalaman berpuasa ketika kehamilan/ menyusu lepas, saya WAJIB bersahur dengan hidangan berat seperti nasi. Kalau terlepas sahur atau hanya makan hidangan ringan, selalu tak dapat bertahan.

Biasanya mulai jam 9.00 pagi saya dah mula muntah-muntah berkali-kali sampai badan 'flat'.  Jadi kadang-kadang saya terpaksa juga mengambil rukhsah dengan berbuka puasa.



Kalau menyusu pula lain pula cabarannya. 

Ini disebabkan ibu menyusu perlu minum air secukupnya iaitu lebih kurang 3 liter sehari untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi setiap hari.

Tapi bila bulan puasa, sukar juga untuk mencapai target 3 liter air tu.. Sudahnya, badan akan kekurangan air, merasa lebih lapar dan dahaga, lebih mudah mengantuk di waktu siang serta mengalami sembelit.



Bila badan lemah, stress, kurang air, keletihan, semuanya akan menyumbang kepada kekurangan stok susu.

Masa saya berpuasa ketika menyusu dulu, saya akan paksa diri untuk minum sebanyak yang boleh semasa sahur dan selepas berbuka.  Sebab memang penting untuk ibu menyusu!

PUASA TAHUN INI

Tahun ini saya akan berpuasa ketika hamil 30 minggu.  InsyaAllah jika mengikut tarikh jangkaan bersalin adalah 4minggu selepas Aidilfitri.


Jadi kalau mengikut logik, pasti saya dapat berpuasa penuh.. Saya berdoa Allah izinkan saya berpuasa penuh tahun ini.

Sebagai persediaannya, saya telah standby Set Mighty 3 Gems Shaklee yang terkenal kerana khasiatnya dapat menjadikan tubuh kita kekal CERGAS BERTENAGA walaupun berpuasa.

Ya, saya pun macam kawan-kwan juga, mahu kumpul BONUS PAHALA bulan Ramadhan ini walaupun sedang HAMIL :)

SET MIGHTY 3 GEMS SHAKLEE


Jom tengok apa yang ada dalam set ini :)

1) Performance Drink

  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehidrasi seperti fungsi minuman isotonik.
  • Membekalkan tenaga serta merta dan berterusan tanpa menggangu kestabilan gula dalam darah.
  • Sesuai untuk semua golongan terutamanya yang bekerja di tengah panas dan kerap berpeluh. 
  • Kanak-kanak demam pun elok ambil, sebab biasanya kanak-kanak bila demam, selera makan dan minum mereka berkurangan. Ia membantu mencegah dehidrasi.

2) Energizing Soy Protein (ESP)

  • Ia membekalkan protein berkualiti tinggi dan kalsium pada badan.
  • Komponen terbesar dalam susu ibu ialah protein, kalsium dan air.  Jadi pengambilan ESP sangat membantu menjadikan susu ibu lebih pekat dan baby pun cepat kenyang.
  • Ia juga membantu mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa jika diambil semasa bersahur.

3) Mealshake

  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting.
  • Instant meal yang sangat sesuai bagi yang bersahur secara ekspres.
  • Sesuai bagi menu bersahur kanak-kanak yang baru belajar berpuasa, kerana dapat membekalkan nutrisi dalam badan dan rasanya yang sedap seperti aiskrim vanila.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca :)

Sila 'like' dan 'share' jika artikel ini memberi manfaat kepada anda dan rakan..

Saturday, 19 January 2013

{{ Ammar Naufal bin Abdullah }}

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah atas tiap kurniaan dan rezeki yang dilimpahkan kepada kami..

Alhamdulillah, saya ingin memperkenalkan ahli baru keluarga kecil kami...

Nama diberi : Ammar Naufal bin Abdullah
Tarikh lahir : 14 Januari 2013 @ jam 1.05 pagi
Berat lahir : 3.49 kg
Tempat lahir : PPUKM

Nama dan kombinasi Ammar Naufal ni sepenuhnya dipilih oleh my husband.. Maksud disebalik nama:

Ammar : Yang memakmurkan, yg kuat iman, yg lemah lembut
Naufal : Pemurah, dermawan

semoga sifat nama itu terserlah dalam keperibadianmu wahai anakku..
:: still in labour room ::

:: 3 beradik ::
antara 3 kelahiran, saya rasa kali ni paling mencabar... 
ada masa nanti baru boleh cerita :).. 

Friday, 11 January 2013

Penantian itu adalah.... sangat boring!

Salam Jumaat..

38minggu (or 37minggu 5hari ikut EDD HUKM)..arrgh tak kesah la kan... beza 2 hari aje pun..

ok, still belum bersalin.. huhu.. ini le tempoh pregnancy paling lama yg pernah dilalui hehe.. ek eleh orang lain siap overdue takde hal pun :).. saya tak pernah melepasi 37 minggu so bila experienced sampai 38 minggu ni mak aiii dasat gak perasaan nye.. sekarang dah merasa semua kesakitan kat badan ni. Jalan pun ala-ala penguin dah.. turun naik tangga macam penyiksaan je sekarang ni..

Rasa nak apply cuti awal aje.. Dalam keadaan tak larat ni pun bos kecik besar macam buat taktau aje.. siap macam berkejar2 nak bagi kerja soh setelkan sebelum bersalin. Jadi stress pulak. Bagi hari ni nak siap esok, nak segera. Grrr geram lak.. Soh baby A kuar awal sikit, die cam takmo dengar lak..

Minggu ni over stress sikit hal kerja.. siap orang2 dirumah terkena tempias jugak la dengan angin puting beliung saya minggu ni.. sorry lah yer.. huhuu..

yeay! hari ni husna dapat uniform tadika :D (eh tetibe lak ;p)

Monday, 7 January 2013

Persediaan bersalin : checklist beg hospital

Salam Isnin.. :)

Hari ni kandungan berusia 37minggu 1 hari.. belum bersalin.. 
Kalau ikutkan masa camni Husna & Aliff dah selamat dilahirkan.. so bila yg 3rd ni rasa lambat la pulak :)
Husna dan Aliff pun hari2 dok tanya "bila baby nak keluar..", "lambatnye baby kuar".. hmmm

Alhamdulillah.. pam Medela Harmony yang sebelum ni hilang dah selamat dijumpai dalam salah satu beg dalam 'stor' hehe.. syukur, selamat rm269 ku hihiii...

blur sikit masa listkan barang2 untuk persediaan bersalin ni..haihh padahal ni dah anak ke-3 ni hehe.. masa Aliff dulu ade tulis checklist dlm diari.. ditambah baik dengan kemudahan pakcik google.. jumpa baanyak checklist dr mommies semua..

sebelum2 ni saya tak bersalin di hospital gomen so kebanyakan barang macam set mandian, towel, baju + kain dah ade dlm pakej bersalin.. kali ni nak cuba di gomen lak.. tak berapa pasti apa yg disediakan/tak disediakan..

Maklumat dr web HUKM :

Keperluan Asas Semasa Kemasukan Pesakit Ke Wad
  1.     Sepasang baju dan seluar
  2.     Tuala besar
  3.     Tuala kecil
  4.     Berus gigi & ubat gigi
  5.     Sabun mandi
  6.     Sikat
  7.     Bedak
  8.     Cawan
  9.     Termos flask / bekas air
  10.     Sepasang selipar
Pengunaan Alatan Di Bawah Adalah Dilarang
  1.     Telefon Bimbit
  2.     Kerusi Malas
  3.     Peralatan Elektrik (TV, radio, "charger" telefon bimbit)
  4.     Tindakan akan diambil sekiranya anda melanggar peraturan.
Pesakit Tidak Dibenarkan
  1.     Keluar dari wad tanpa kebenaran Jururawat yang bertugas.
  2.     Menggunakan sinki dan tisu yang terdapat di wad. Sinki dan tisu adalah untuk kakitangan wad  sahaja. (so kena bawa tisu sendiri la kan.. kalau nak la..)
  3.     Membawa makanan dari luar / rumah tanpa keizinan dari jururawat yang bertugas dan sekiranya kebenaran diberi, bekas makanan mestilah dicuci di rumah. Sisa makanan hendaklah dibuang dalam tong sampah. Jangan sekali-kali menbuang ke dalam singki.
  4.     Membawa wang dalam jumlah yang banyak serta jangan memakai barang kemas semasa berada di dalam wad. Kakitangan PPUKM tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan
Dari pelbagai sumber :

Documentation:
  1. Buku pink
  2. Guarantee Letter (GL) - utk yg keje gomen
  3. Kad pengenalan

Ibu :
  1. T-shirt longgar/ ade butang kat depan
  2. Stoking
  3. Kain batik
  4. Sweater
  5. Set mandian (towel, sabun, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, syampu, sikat, bedak etc)
  6. Tuala wanita (utk materniti / heavy flow/ night)
  7. Selipar
  8. Seluar dalam banyak2 sikit (pakai buang pun ok tp saya pernah beli masa bersalin Aliff, tak muat kat bhgn peha hehe..gemuks)
  9. Nursing bra
  10. Tudung
  11. Breastpump manual + botol

Baby:
  1. set baju + mitten + booties (saya suka jenis one suit tu je / long romper takyah bawak mitten/booties segala)
  2. diaper
  3. bedung / selimut hooded

:: rasa-rasa dah complete ni ::
Ni je yang macam sesuai nak letak dlm beg hospital tu.. takde la rasa nak bawak banyak2 kot.. hmm entahla.. perlu ke bawak berpasang2? Baju2 untuk ibu/baby ni just 1 pasang aje kan?? (untuk pakai  masa keluar hospital)? 

update : 
baju baby + diaper kena bawak berpasang2 ikut bilangan hari kita kat wad. diorg takde uniform spital cam mommies :)


Friday, 4 January 2013

Quick Update...

Assalamualaikum...
Hari ni Jumaat penuh barakah 4 Januari 2013 jam 2.34pm..

Pregnancy :
ikut doktor KK today 37weeks, doktor HUKM tukar tolak 2 hari so 36weeks 5days..

Status :
baby A still selesa berada dalam womb ummy die :D. 
ini bermakna, saya belum bersalin..

Ummy's condition :
fuhhhh... rasa tak larat sangat dah... peha dah start sakit balik bila berjalan. jadi berdingkit2 dah berjalan tu.. perut keras2 dengan hebat gak.. paling tak tahan kalau masa tengah drive.. urgghh..

Preparation :
Rumah memang out la.. still in 'kapal pecah' condition..

Beg hospital - insyaAllah almost siap.. the only thing yg takde is my Medela Harmony saya ntah manela hilang nye pulakkk.. tak jumpa lagi.. 
Tonight's mission : cari dlm 'stor'. If tak jumpa gak, gi beli baru je huhuuu...

:: abang aliff & kakak husna.. later tambah Baby A pulak :D ::

Thursday, 27 December 2012

Booking hospital & Survey set bersalin

Assalamualaikum...


Yeeehhoooo.. selamat jugak perjalanan saya untuk booking hospital bersalin.. hari isnin baru ni.. nervous memang tak ingat la kan.. takut tragedi 2007 berulang hihii... syukur alhamdulillah, perjalanan hari isnin tu dipermudahkan Allah.. dari trafik, parking, check up.. semua2 la kan... syukur selesai... pening jugak menjawab soalan student a.k.a bakal2 doktor tu.. banyak betul soalan interviewnya.. masa student tu check sempat jugak saya cadangkan kat dia untuk ambil O&G sebagai option die sebab kita sebagai perempuan muslim yang amat2 perlu pada doktor perempuan muslim yang uruskan aurat kita kan.. :D

Semalam entah kenapa dok terfikir nak guna set bersalin apa nanti.. 2 kali sebelum ni my mom just beli dari bidan kat kampung je.. tapi kali ni tetiba rasa nak try set lain la pulak.. survey rege2 set bersalin ni mak oiii dasat gak harganya...

Tapi banyak2 set bersalin, terberkenan dengan satu ni.. Tanamera Postnatal Set. Ada beberapa produk dalam set tu yang saya berkenan nak cuba.. Review pun kebanyakan ok.. Rege 1 set rm360. Kalau boleh beli asing2 kan bagus.. sebab bengkung dah ade 2, tak kuasa nak tambah koleksi pulak.. tapi cam takde jual asing2 la.. Terfikir jugak just ambil Herbal Bath, Feminine Herbal wash, Massage Oil, Cold Press VCO, Brown Soap & Boreh Scrub.. and lain2 macam pilis, paste tu beli aje kat bidan kampung macam sebelum ni.. lagi murah.. bengkung pun dah ada yang atok jahitkan (yg panjang bermeter2 tu) dan bengkung moden Leesa tu ade lagi.. tapi fikir2, takpela just try aje 1 whole set. Lagipun memang tiap kali pantang, saya akan guna/pakai la pilis and segala mak nenek yang selalu orang kampung guna tu.. means takde la pantang koboi ke..so dari segi pembaziran rasa2nya takde kot..(harap2 la..kan :))

pic from tanamerapostnatal.com
So semalam dah inform mak tak perlu order kat bidan kampung tu kali ni.. sebab saya dah beli.. tapi tak sempat nak bagitau mak plan saya untuk berpantang kat rumah sendiri.. dengan senarai alasan2 saya sendiri la..berdasarkan pengalaman2 saya pantang 2 kali sebelum ni..  tapi saya nak rasa selesa pantang kali ni.. demand lebih pulak eh :).. alaaaa lagipun bukanlah jauh mana pun rumah saya dengan mak saya. Naik motor 5 minit aje ponn..

Berpantang kali ni pun saya akan ambil cuti tanpa gaji 44 hari saje ngam2 habis pantang (sebagai pegawai kontrak CFS walaupun berkhidmat dengan gomen kami takde diberi cuti bersalin). Hari ni dapat email kata penyambungan kontrak sehingga Disember 2013.  Alhamdulillah.. saya akan teruskan kontrak sambil cari kerja lain la.. cukup kot 4 tahun lebih.. saya rasa Allah sebenarnya dah tunjukkan jalan kerja ni bukan yang terbaik untuk saya (dengan 2kali interview SPA semasa berkhidmat ni gagal). Allah mahu saya berhijrah..  :D

Friday, 21 December 2012

Tanda hampir bersalin

Assalam...
Hari ni genap 35 minggu..

Kalau diikutkan sejarah, Husna lahir masa pregnant 35 minggu++, Aliff pula 36 minggu++.. So macam ala-ala tunggu hari aje la kan.. :D

Keadaan saya kebelakangan ni, kene UTI in pregnancy cuma simptom tak sama cam yg standard (kerap kencing /sakit time kencing). Saya demam & muntah2 lebih dr 24jam, siap kena masuk air.  Doktor ada sebut UTI pun boleh jadi penyebab kelahiran awal.. Perut memang kerap mengeras sampai rasa senak. Baru2 ni bila mengeras tu terasa ngilu sampai ke miss V.  Harap2 bukan la tanda nak bersalin...

Dan 2 minggu kebelakangan ni, saya banyak dapat statement camni..

"tunggu hari ke ni?".. bila dikata due bulan 1, keluar pulak ayat macam..
"lama lagi tapi besarnyee perut.. kembar ke?".. "kembar lemak..hehe" gitu aje la jawab saya.
ade jugak yg kata "perut dah turun dah tu, macam tunggu hari je ni.." 
huhu...speechless

sape2 je yang saya jumpa/berurusan mesti akan tegur tak kira la kawan ofis ke, kawan U ke, bos, kakak jual nasi lemak luar pagar, uncle yg jual tikar getah, auntie kat kedai kain nagoya.. hadoii hadoii.. lagi banyak yang tegur, lagi la rasa macam panik..

tp bila dikenangkan balik pregnancy sebelum ni memang la perut saya besar ya amat.. memang takmo la nak posing2 depan kamera sebab kembang semacam..

:: masa pregnant husna (2007) : husband ambil gambar curi, ciss ~ 2 weeks sebelum bersalin ::
:: pregnant aliff : aidilfitri 2009 ~ lebih kurang 2 minggu sebelum bersalin ::
kalau ditanya tanda2 hampir bersalin saya, memang la tak berapa nak perasan pun selama ni... sebab tau2 aje ketuban pecah, air ketuban keluar tak henti2.. wajiblah kan terus ke hospital :).. kali ni tak dapat nak bajet camne pulak... tapi instinct saya rasa macam akan bersalin awal jugak.. tapi dah pesan kat baby, nak lahir biarle cukup minggu..paling awal pun after 36weeks le.. paling tidak pun lepaskan hari Isnin depan 1st appointment utk booking hospital and maybe checkup ke...

teringat kisah Husna, datang hospital Jumaat 24 Ogos 2007 nak booking bersalin, nurse suruh checkup lagi sekali kat klinik yg saya selalu pergi (sebab 1bulan gap dr tarikh saya gi hospital) dan bagi tarikh 1st appointment Isnin 27 Ogos 2007.. gi la checkup kat klinik tu Sabtu 25 Ogos 2007.. awal pagi tu pecah ketuban pulak masa tengah tidur, 26 Ogos 2007 Husna lahir.. kat klinik tu je la... takut lak hospital reject sebab tak sempat booking tu.. huhuu...

Semoga sempat booking hospital sebelum keluar tanda2 nak bersalin.. amiiiinnnn.....

So ape tanda hampir bersalin?? Yang standard dalam mana2 buku/artikel biasa mention :

1. Show/ Bloody show - ala2 lendir campur darah.
- tak pernah experienced yg ni.. org panggil kembar darah. kononnya kalau kembar darah memang sakit la tapi pada saya contraction bersalin tu memang sakit ya amat tak kira la kembar darah ke kembar air ke..same je :)

2. Kerap buang air besar dan ala2 cirit birit/loose stool
- tak pernah jugak experienced yg ni.. even 3rd baby ni lagi kerap sembelit je hehe... tapi nampak gaya start dr semalam sampai hari ni banyak kali gak membuang.. adakah tanda nak bersalin or sebenarnya sisa buangan dah kumulatif dlm usus sebab sembelit aje sebelum ni hehe...

3. Contraction
- saya tak pasti rasa contraction yang camne sebab pengalaman saya 2 anak sebelum ni pecah ketuban dulu baru le mula contraction nye... hehe... tp biasanya contraction yg sebenar adalah kerap, jangkamasa lama, dan jarak masanya seragam. sakit pun makin lama akan makin sakit...

4. Sakit pinggang
- saya sakit pinggang dah lamaaaa dah... so yg ni susah nak bajet.. tapi kalau biasa2 takde, tapi tiba2 sakit yg keterlaluan, baik gi check doktor... confirmkan je..

5. Pecah ketuban
- ni memang confirm la kene gi hospital. sama ada keluar sikit2 or sekali bedebushhh camtu.. tak henti2 air keluar.. kalau keluar sikit2 tu maybe belum masa nak bersalin but kene gi check jugak sebab akan jadi infection kalau dibiarkan... air ketuban warna die jernih aje dan baaaanyaakkk... kalau warna tu dah jadi kehijauan maksudnya baby dah berak dlm rahim tu. jangkamasa baby nak keluar lepas air ketuban pecah tu pun tak tentu.. masa husna, 3.00 pagi pecah ketuban, 7.25mlm baru die lahir..tu pun kene induce sebab doktor kata baby dah berak (ntah ye ke tak ntah..).. masa aliff pulak ketuban pecah 9.30pagi, aliff lahir 1.06petang.. no induce..

so nasib la kan...

:: pregnant Baby A : mid november 2012 @ kota kinabalu ~ wedding BIL ::
baby kali ni?? wa tatawuuu... huhu nebes makcik :)


Thursday, 13 December 2012

33 weeks and counting...

33 minggu  6 hari.. ye, saya belum bersalin lagi hihi..

Uhuhuhuu.. ni waktu yg rasa macam lamaaaaa bergerak.. perasaan tu rasa macam kalau boleh cepat2 le bersalin.. serius memang kali ni sangat letih.. jalan pun ala-ala siput aje..

Dan the worst part start minggu lepas tiba2 datang balik morning sickness.. muntah2 kat ofis sampai flat gile rasa badan.. nak berlari gi toilet untuk muntah pun tak sempat. tak pasal2 pantry jadi mangsa.. jenuh la dok cuci sinki tu tiap kali muntah..

Perut pulak membesar bagai johan.. ramai tegur cakap macam dah tunggu hari sangat.. sedangkan next month due nye.. 

Alhamdulillah, buat masa ni GDM masih terkawal. Bengkak tangan / kaki nampak mcam takde sangat.. muka aje la sembap gilos. Tidur langsung tak lena sangat. Asyik terjaga je sebab tak selesa. Perut keras dengan sangat kerap tapi bukanla petanda nak bersalin pun. Solat pun sekarang kena duduk sbb perut dah besar sangat menekan dada sampai tersesak la nafas. Dah beberapa kali jugak kaki cramp tengah2 tidur tu.. Lower back pain masih lagi, jadi teruk if lama berjalan/berdiri. Kalau tahap teruk tu, kaki macam tak boleh nak support badan, tak dpt nak berdiri. Berjalan memang kena en.suami pegang/papah. Ingat lepas bersalin nak gi check tulang belakang la.. kot problem lain.. Bersalin kat mana pun belum decide lagi.. buat masa ni macam nak ke HUKM. Walaupun PPUM paling dekat dengan rumah/rumah mak but husband tak leh masuk labour room, takmo. Saya lebih suka husband ada memberi sokongan masa bersalin. 

Barang2 belum habis prepare. Beg hospital ke, barang lepas baby lahir ke, untuk pantang ke... bukan tak excited nak sediakan utk baby kali ni tapi tiap kali balik kerja macam dah hilang kederat dah.. rumah pun tak terurus. Harapkan ihsan en.suami aje la..(tq abang :))

Semoga semuanya dipermudahkan Allah...

Thursday, 8 November 2012

Sakit mata : tragedi berulang isk isk...

Assalamualaikum...

Lama tak update blog..

Last week whole week on MC sebab sakit mata. Acute Conjunctivitis, doktor tu tulis kat surat MC tu..
By end of the week nampak dah kurang merahnya, tapi sejak pagi semalam nampak bertambah-tambah pulak merah kat mata ni.. nampak gaya kena extend MC lagi kot?

Kat rumah, saya je yang kene sakit mata ni.. alhamdulillah lain2 tak kena... saya pun taktau dari mana jangkitnya.. cuma syak dari ofis sebab masa saya mula MC tu, ade lagi sorang member yg MC sama sebab sakit mata jugak (jangkit dr baby dia).. syak saje tapi tak tau la betul tak.. 

Huh malas sangat nak gi klinik/hospital balik... Klinik yang pergi last week asek kena bayar untuk extend MC tu.. last year punya klinik takde lak nak bayar2 MC.. ni dah jadi macam beli MC lak sedangkan dah bayar untuk treatment & ubat kat sana..isk isk...

Nak ke hospital cam tahun lepas? alahaiiii.... lama sangat nak menunggu.. sakit pinggang + kematu montot duduk berjam-jam just untuk check 5-10 minit.. lama betolll.. 

Tengah preggy 27weeks ni, tak larat sangat nak duduk/berdiri/berjalan lama-lama... akan sakit kat lower back+peha.  ni memang problem saya utk every pregnancy starting 6months onwards.. doktor advice jaga postur tapi kalau dah sakit sambil jalan/drive/baring, dah ke laut la postur2 ni...

Hmmmmm nak gi, taknak gi, nak gi, taknak gi... 

:: gambar from FBpage Jari Jemari Events (gambar sendiri lom transfer dr kamera lg) ::

Takmo letak la gambar sakit mata ye tak? hehe... so letak gambar kek aje..aci tak? :)

Since whole week saya MC, ada masa untuk rehat badan + cukup time utk prepare wedding tier cake untuk my brother. Majlis bertandang pada 4 November 2012.. (next time baru cerita pasal majlis ni ye..)

fuhh dengan perut memboyot ni mengah jugak nak menguli fondant untuk cover cake ni.. semput makcik... kek bawah je yang kek betul, 2 tier kat atas dummy only.. sebab tak buat semua kek? nak elak pembaziran.. kek bawah 14", tengah 11" & atas 8".. saya dah decide nak display kek dummy tu kat rumah saya, tapi my dad dah gi buang fondant cover nye tu.. alahaiiii bapakuuuu... rugi rugi rugi...

Friday, 12 October 2012

Biggest luck in my life

Salam Jumaat...

Rabu lepas 10/10/12 saya ada temujanji dengan Pakar Pemakanan di KK.

Boleh tahan juga bilangan ibu2 yang kena Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau diabetes ketika hamil. Masa sesi saya pun ade 5 org pregnant mommies yang kena jumpa pakar pemakanan disebabkan hal GDM dan seorang sebab kenaikan berat badan mendadak setiap bulan + Hb rendah.

Saya teringat pakar tu ada sebut :

'maybe ada ibu2 rasa.. alaa.. sebelum ni ade diabetes tapi takde pape masalah pun.. baby pun ok je.. sihat je...
tapi MUNGKIN masa tu cuma LUCK sahaja sebab tak jadi apa2 masalah. TAPI kalau ibu tu masih buat tak kisah dengan diabetes untuk pregnant kali ni, kesan buruk tu akan jadi pula...'

Ya, saya setuju dengan apa yg dikata.

Pregnant sebelum ni saya kurang endah dengan keadaan saya. Semua benda rasa nak makan, saya belasah. Maklumlah guna tiket 'ibu mengandung' kan... Saya hanya dapat detect tentang GDM bila kandungan masuk minggu ke-36.  Saya sebelum ni tak ambil tahu apa kesan GDM pada ibu/bayi. Yang saya tau, baby akan besar. Tapi masa tu saya rasa ok je kalau baby besar pun...


Bila 3rd pregnancy ni saya ambil tau banyak tentang GDM sebab saya tau kemungkinan besar akan kene GDM kalau dah ada history. Dan saya rasa sangat menyesal sebab tak ambil kisah sebelum ni dan rasa terlalu bersyukur sebab Aliff lahir sihat dan masih sihat sehingga kini.. syukur Alhamdulillah...

Jadi seperti kata pakar pemakanan tu, saya turut merasakan Aliff Rayyan adalah saya punya LUCK dalam hidup.. 

Tiap kali memandang Aliff mesti saya rasa sayu sangat.. kalaulah apa-apa jadi padanya dulu disebabkan ignorance saya, hmm entahlah.. menyesal seumur hidup pun takde guna lagi... 

Aliff Rayyan

Terima kasih Ya Allah kerana masih beri daku peluang... 
Terima kasih Aliff sebab lahir dan membesar dengan sihat..
Ya Allah, lindungilah anak-anakku dan jauhkan daku dari alpa dengan tanggungjawabku sebagai ibu mereka.. 


Kesan diabetes jika tidak dirawat,

Kesan kepada ibu:


  1. Hyper/hypoglycaemia (kandungan glukos berlebihan/berkurangan dalam darah)
  2. Jangkitan kuman di vagina yang kerap
  3. Keguguran
  4. Polihydramnios (air mentuban berlebihan)
  5. Pre-eklampsia (hipertensi teruk)
  6. Komplikasi diabetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang


Kesan kepada bayi:


  1. Berat bayi melebihi 4kg
  2. Mati dalam kandungan (IUD)
  3. Hypoglycaemia (kurang gula dalam darah)
  4. Lemas semasa lahir
  5. Kecederaan pada saraf di bahagian bahu
  6. Stillbirth









Thursday, 11 October 2012

Result MOGTT.. BSP test & HbA1c pulak dahhhh...

... bersambung dari entri sebelum ni 

25/9 (Selasa) - MOGTT test (minum air gula)

27/9 (Khamis) jam 16:49, dapat panggilan telefon dari klinik ibu/anak..

- result MOGTT 

Fasting Blood Sugar (FBS) = 3.9
2-hour Post Prandial (2HPP) = 7.8



nurse cakap border aje 7.8 tu and kene datang KK hari Jumaat (28/9) ambil darah lagi untuk ujian Glycated Haemoglobin (HbA1c) (ayat simple nurse tu, check pattern gula dlm darah utk 3 bulan sebelum ni) dan kene buat ujian Blood Sugar Profile (BSP). 

Fuhhhh berpeluh den mendengarnya...

So malam tu start puasa balik dari jam 10.00 malam untuk test esoknya... haihhh 2 kali dah ni untuk minggu yg sama...

28/9 (Jumaat) 
- sekali lagi 6.30 keluar rumah gerak ke KK. Jam 8.00 pagi nurse panggil untuk BSP test untuk FBS. 1st reading = 4.1mmol/l.  Nurse soh gi makan then pergi ambil darah kat Makmal, pukul 10.00 datang balik untuk 2nd reading.  

hmmm... merah lagik.
Terhegeh-hegeh gi Medan Selera berdekatan. Pusing-pusing takde tempat duduk. Tak sempat pulak nak prepare bekal kat rumah.. Dapat duduk, order mee kicap & tehO es.. hehe.. bukan main ye.. hari BSP test makan/minum ntah hape2 lak tu... siap makan dlm 8.45, gi Makmal, serah borang.  No. giliran 4039 (masa tu no 4033).. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. mak aiiii lamanya.... siap terlelap lagi kat kerusi.. Bila tersedar, nombor giliran dah 4042 hehe... buat muka slamber terus masuk ambil darah. 

Lepak sambil menunggu pukul 10.00 kat klinik ibu/anak..

amek darah lagi...
Pukul 10.00 bagitau nurse, terus gi buat BSP test.. 2nd reading = 7.0mmol/l.. nurse komplen tingginya (patut kurang 6.0mmol/l). Sambil dibebel2 tu terdengar nurse sebut pasal pastikan test 2jam lepas makan .  Congak2 memang tak cukup pun 2jam masa tu.. ada dalam 1jam suku aje.. Ingatkan ikut jadual yang die tulis tu kena test pukul 8pagi, 10pagi etc.. serius TAK TAU.. tapi diam aje laa... nurse yg ambil reading kol 8pagi tu pun tak cakap, just cakap kol 10 datang balik... nasib nasib...

huhu... terus nurse tukar sticker depan tu jadi color kuning.. aiyooo..

Since haritu jumaat, nurse suruh datang semula pukul 3.00pm and makan lewat sikit (sbb jumaat lunch break lama kan..).. So lunch beli 12.30, makan siap pukul 1pm. So ngam-ngam 2 jam.. lunch nasi goreng + ayam goreng + kerabu + sambal tempe + air masak & multivitamin.  Gi klinik, 3rd reading = 4.9mmol/l.. Nurse pelik dah.. emm tak sure if multivitamin tu ke yg sebabkan reading turun.. donno... nurse soh buat test malam kat Klinik 1 Malaysia atau mana2 la.. kalau klinik 1 Malaysia bayar rm1 aje katanya..

balik kerja rushing sebab nak kena makan cepat kan.. bajet pukul 8.00mlm buat last BSP reading tu... makan roti wholewheat gardenia 2 keping + salad + burger patties + air masak.. Pastu gatal tangan + tekak gi makan coklat whittaker almond gold 1 bar kecik.. hehe mentang2 baru balik Langkawi ade stok coklat kat fridge.. memang kerja gile la... siap makan 6.30ptg.. 

8.15pm sekeluarga kuar rumah cari Klinik 1Malaysia berdekatan. Ade la kat Kg. Lindungan tu... cakap nak buat BSP test.. nurse kata takde buat kat situ.. kalau BP test ade la.. lerrrr.....  nurse suruh gi farmasi kat deret belakang klinik tu.. So buat kat situ, lebur la rm8. last reading = 8.4mmol/l... Perghhhhh... ni penangan coklat tadi kottt... aiyooo nyesal pun tak guna.. tetiba down gile pastu...

Ajak hubby jalan2 melayan rasa frust tu.. gi Carrefour Subang (sbb tutup kol 11.00mlm kan..:)).. ntah beli apa2 ntah, Husna cakap lapar.. nak makan Mekdi.. so kitorg lepak kat Mekdi utk late dinner/supper.. Baru je buat BSP test dah gi balun Mekdi, serius mak buyong ni tak paham bahasa kot haha!!

Isnin nya (1/10) kene jumpa doktor.. huhu.. nasib la.. tadah telinga aje ye... sape soh tak jaga makan hehe :)

Tiba-tiba rasa nyesal lak pergi check up kat gomen, 
dah jadi pengunjung setia pulak dah.. huhu...

Wednesday, 10 October 2012

1st time ada buku pink hihi...excited pulak :)

Fuhh...

Serabut gak otak ku bila decide kali ni nak check up kat klinik kerajaan.. Pregnancy sebelum-sebelum ni check kat klinik ibu mengandung swasta aje.. 

Reason : tak berapa suka gi klinik time waktu kerja + masa menunggu yang over lama. Owh.. saya memang bukan penunggu setia/ sabar.. Biasa2 boleh bertenang 30 minit aje sebelum jadi gelisah dan rasa nak marah..

Tapi nampak gaya kena la train diri sendiri untuk bersabar huhu...

1st time visit pada 18/9 ke KK dekat dengan ofis dengan member ofis, Linda.  Hehe.. punye la nak berteman sebab cam takut2 sikit nak gi sorang2.. walaupun hari2 dah kene bebel dengan hubby pasal tak pergi2 lagi KK untuk buka buku pink tu.

Datang2 aje kene bebel gak sebab late booking. Emm masa tu dah 21wks pregnant.  Nurse ckp mesti buka buku sebelum baby 12weeks.. err sorry nurse, mane la saya tau hehe... Bila bgtau sebelum ni check kat swasta, nurse lain cam ala-ala perli lak tanya napa tak teruskan aje swasta.. ehhh suka ati saya la.. tak leh ye. Ok la saya tak jawab camtu pun.. jawab baik2 sambil buat muka innocent :)

excited pulak ade buku ni :) 1st time ye..so agak jakun

Reason saya nak tukar ke KK? Tak berapa puas hati dengan check up kat klinik sebelum ni. Actually time Aliff kat sana jugak tapi masa tu doktor lain. La ni doktor tu dah takde. Check up biasa2 aje macam ala kadar aje.. Bayo maintain mahal jugak.. Saya agak concern dengan sejarah GDM saya masa pregnant Aliff tapi check up macam takde pape aje yang berlaku aje.. takde check darah, takde minum air gula, takde dan takde.. check macam normal pregnancy...

Ok, hari tu just dapat tarikh aje.. nurse nak buat cepat MGTT tu sebab late booking tapi 19/9-21/9 saya ada meeting kat Langkawi.. so dapat la tarikh 25/9 untuk buka buku & buat MGTT terus sebab GDM history..

So 24/9 kene start puasa dari jam 10.00malam.. Pagi2 25/9 pukul 6.30 dah gerak gi KK. Sampai jam 7.10 ermm orang 1st hehe.. 7.30am, klinik ibu/anak buka, ambil borang utk MGTT tu, gi Makmal. Serah borang kat kaunter dan tunggu turn.. 8.25am ambil darah, terus minum air gula perghh manis nyeee.. dok diam2 kat kerusi lab tu.  Pukul 8.45 tiba2 datang nurse dr klinik ibu/anak cari saya.  Tanya dah ambil darah ke? Dah.. err rupanya dia kata tertinggal nak suruh ambil darah saringan antenantal tu (utk check blood count, group dll).  Ikut nurse gi klinik ibu, kene interview sambil2 dia isi dalam buku pink tu.. hmm ade tulisan biru ada tulisan merah.. aiseyman.. awal2 dah ade merah2 pulak... ciss..

10.25am pergi balik Makmal untuk ambil darah lagi. Tunjuk kat pegawai situ borang kene ambil darah utk saringan antenantal tu.. hmm kene bebel gak lagi.. tanya baru booking nape dah terus buat MGTT, sape suruh dll.. jawab je apa2 yg patut. So this time beso la lagi tiub utk isi darah tu.. perghh...  

dah siap, gi balik klinik ibu tu ambil buku pink then boleh balik ofis and gi makan.. yeehoo... 

my bekal prepared from home sweet home

berdebar tunggu result MGTT lak.. huhu...

.. bersambung kat sini --> Result MOGTT... BSP test & HbA1c pulak dahhh..


Monday, 23 July 2012

Hari ke-3 Ramadhan & Resipi Homemade Ice Cream ~ iyo lah..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. telah hari ke-3 bulan Ramadan hari ni.. syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kita berjumpa Ramadhan kali ni... Selamat berpuasa semua umat Islam dimana sahaja :)

Kali ni kali kedua pengalaman berpuasa semasa hamil tapi masa Aliff dah penghujung kehamilan. Kali ni awal kehamilan (trimester pertama). 

Agak mencabar jugak. Mujur hari pertama puasa hari cuti tapi memang melepek aje kat katil. Menjelang petang rasa macam nak tumbang dah. Hari pertama en.somi dah siap beli nasi bungkus malam sebelumnya untuk dibuat sahur.
Berbuka kedua-dua hari di rumah mak. Mak pun sarankan berbuka aje dirumahnya hari-hari..

Hari kedua lagi lemah badan. Mungkin terkocoh-kocoh memasak sahur membuatkan badan sangat lemah lepas tu.. Petang pukul 6 muntah pula, muntah angin yang kuning/pahit tu erkk.. sampai rumah mak pukul 7 tu belum sempat parking betul2, terus bukak pintu kereta muntah lagi... 

Hari ni dah hari ke-3, bekerja pula.. Berdoa banyak2 Allah beri peluang untuk terus berpuasa.. Saya tahu ada rukhsah untuk ibu-ibu hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang memudaratkan diri/ bayi dalam kandungan.. Tapi selagi diizinkan Allah dan badan rasa masih boleh teruskan, saya akan cuba teruskan.. Kita sendiri tahu tahap kesihatan kita macam mana kan? :) 

Okla, jauh melalut ni...
Kali ni just nak share resipi aiskrim buatan sendiri dirumah. Inspirasi dari resipi aiskrim pulut hitam CMG lah.. tapi tukar perisa kepada jagung & milo campur2 hehe...

aiskrim jagung

Aiskrim Jagung

Bahan-bahan:

  • 150g Non-dairy whipping cream
  • 425g Jagung krim dalam tin - ayam brand


aiskrim Milo & cookies




Aiskrim Milo & cookies (nama suka suki)

Bahan-bahan :

  • 150g Non-dairy whipping cream
  • Milo 
  • Mini chipsmore (1 peket kecil)
  • Chocolate chip
  • Chocolate syrup Hershey's

Sukatan tepat tak letak sebab ikut suka nak letak banyak mana.. Saya guna Topping Pride whipping cream sebab tu aje yang ade dalam freezer.  Kalau nak whipping cream yang lebih sedap boleh guna brand Rich Gold...

non-dairy whipping cream yg saya guna



pastikan whipping cream dalam keadaan cair sepenuhnya & sejuk . Boleh simpan whipping cream dengan bowl & whisk dalam peti sejuk seketika sebelum diputar.

Putar whipping cream pada kalajuan tinggi sehingga kental. Saya putar sekaligus semua 300g whipping cream.

Whipping cream dibahagikan kepada 2 bekas sama rata. Saya guna bekas aiskrim lama aje..

Campurkan semua bahan dan kacau dengan sudu sampai sebati.
Sebelah kiri : campuran milo, choc chip, hershey's syrup & chipsmore yg dipecah-pecahkan
Sebelah kanan : hanya dicampur dengan jagung krim  

Dan setelah siap, simpan dalam freezer sehingga beku. Siap untuk dihidang :)

nota kaki: 
Saya dapati tekstur aiskrim jagung sedikit keras berbanding aiskrim milo. Mungkin disebabkan jagung krim mempunyai banyak cecair. Tekturnya lebih sesuai sekiranya dijadikan aiskrim batang.  Sekiranya nak jadikan aiskrim scoop ni perlu kurangkan kandungan cream tu, mungkin guna separuh tin sahaja memadai.