Yeeehhoooo.. selamat jugak perjalanan saya untuk booking hospital bersalin.. hari isnin baru ni.. nervous memang tak ingat la kan.. takut tragedi 2007 berulang hihii... syukur alhamdulillah, perjalanan hari isnin tu dipermudahkan Allah.. dari trafik, parking, check up.. semua2 la kan... syukur selesai... pening jugak menjawab soalan student a.k.a bakal2 doktor tu.. banyak betul soalan interviewnya.. masa student tu check sempat jugak saya cadangkan kat dia untuk ambil O&G sebagai option die sebab kita sebagai perempuan muslim yang amat2 perlu pada doktor perempuan muslim yang uruskan aurat kita kan.. :D
Semalam entah kenapa dok terfikir nak guna set bersalin apa nanti.. 2 kali sebelum ni my mom just beli dari bidan kat kampung je.. tapi kali ni tetiba rasa nak try set lain la pulak.. survey rege2 set bersalin ni mak oiii dasat gak harganya...
Tapi banyak2 set bersalin, terberkenan dengan satu ni.. Tanamera Postnatal Set. Ada beberapa produk dalam set tu yang saya berkenan nak cuba.. Review pun kebanyakan ok.. Rege 1 set rm360. Kalau boleh beli asing2 kan bagus.. sebab bengkung dah ade 2, tak kuasa nak tambah koleksi pulak.. tapi cam takde jual asing2 la.. Terfikir jugak just ambil Herbal Bath, Feminine Herbal wash, Massage Oil, Cold Press VCO, Brown Soap & Boreh Scrub.. and lain2 macam pilis, paste tu beli aje kat bidan kampung macam sebelum ni.. lagi murah.. bengkung pun dah ada yang atok jahitkan (yg panjang bermeter2 tu) dan bengkung moden Leesa tu ade lagi.. tapi fikir2, takpela just try aje 1 whole set. Lagipun memang tiap kali pantang, saya akan guna/pakai la pilis and segala mak nenek yang selalu orang kampung guna tu.. means takde la pantang koboi ke..so dari segi pembaziran rasa2nya takde kot..(harap2 la..kan :))
pic from tanamerapostnatal.com |
So semalam dah inform mak tak perlu order kat bidan kampung tu kali ni.. sebab saya dah beli.. tapi tak sempat nak bagitau mak plan saya untuk berpantang kat rumah sendiri.. dengan senarai alasan2 saya sendiri la..berdasarkan pengalaman2 saya pantang 2 kali sebelum ni.. tapi saya nak rasa selesa pantang kali ni.. demand lebih pulak eh :).. alaaaa lagipun bukanlah jauh mana pun rumah saya dengan mak saya. Naik motor 5 minit aje ponn..
Berpantang kali ni pun saya akan ambil cuti tanpa gaji 44 hari saje ngam2 habis pantang (sebagai pegawai kontrak CFS walaupun berkhidmat dengan gomen kami takde diberi cuti bersalin). Hari ni dapat email kata penyambungan kontrak sehingga Disember 2013. Alhamdulillah.. saya akan teruskan kontrak sambil cari kerja lain la.. cukup kot 4 tahun lebih.. saya rasa Allah sebenarnya dah tunjukkan jalan kerja ni bukan yang terbaik untuk saya (dengan 2kali interview SPA semasa berkhidmat ni gagal). Allah mahu saya berhijrah.. :D
harap selamat semuanya.. :)
ReplyDeletenanti da pakai tanamera ni,bagi review eks..hehe..macam menariks la..kot la nanti nak ngetest gaks...
ReplyDeleteNanti leh la review pasal set bersalin tu. Moga semuanya selamat ya.
ReplyDelete