Skip to main content

Aliff Rayyan melihat duniaaa...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. dah 45 hari berlalu selepas kelahiran Aliff Rayyan ke dunia..

Aliff Rayyan
Bayi lelaki yang kami namakan Aliff Rayyan ni lahir pada 4 Oktober 2009 jam 1.06petang.. waktu azan zuhur berkumandang.. mulanya tarikh jangkaan adalah 27 Oktober 2009 tapi baby nak kuar awal.. cam kakaknye jugak yang lahir pada usia 35minggu. Aliff pulak 36 minggu..
Berat semasa lahir 3.9kg..lahir secara normal lagi.. actually tak tau pun berapa berat baby mase preggy.. dah bersalin baru tau baby besar..

Camne leh bersalin awal?..

Lanjutan yang kes kene masuk wad sebelum tu (yg driver jabatan tolong antar balik tu ;D) [klik sini], doktor suspek aku ade diabetes sebab baby cam besar.. so hari jumaat tu dapat call dari klinik suruh datang malamnye sebab memang confirm ade diabetes.. tinggi pulak bacaannye dalam 13 camtu.. 

baru umur sehari tapi dah pandai keluarkan tangan ye
So jumpe doktor malam tu, dengar penerangan bagai..pastu die check bukaan, dah ade bukaan 2jari pulak dah.. pastu kuar pulak sikit air ketuban..aiyoo..so kene tahan wad.. doktor bajet bersalin malam tu.. 

Dahtu malam berlalu tanpa ape2..sebab air ketuban dah tak kuar, sakit pun takde.. 

But disebabkan ade diabetes, kene pulak check darah berkali2 sehari dengan suntikan insulin lagi.. jumaat berlalu, sabtu pun berlalu camtu.. doktor cakap boleh balik hari ahad..pulak dah.. aku dah frust sangat dah.. dahler sabtu tu aku ngan adik2 aku plan buat bbq kat umah..so aku sorang2 dok hospital sambil family2 aku bersuka ria..isk isk..

Pagi ahad tu mase mandi saya cakap ngan baby, "Baby, kalau nak kuar, kuar lah hari ni.. takmo masuk kuar wad lagi.. ummy takde bajet hehe.."

mata sepet :)
So tengah2 berehat, tak semena2 jam 9.40am dushhh.... pecah air ketuban.. cam mase husna.. memang dah sah akan bersalin hari tu.. Terus call husband bagitau.

Terus panggil nurse bagitau air ketuban dah pecah.  Nurse bagitau tunggu kejap sampai dah stop keluar air yang menderu-deru tu.. So lepas tukar kain, dibawa pergi ke bilik bersalin.  Masa tu dalam pukul 11 lebih.  Pasang alat CTG untuk check heartbeat baby semua sambil tunggu bukaan lebih besar. 

Masa contraction awal-awal boleh la lagi tahan sakit. Tapi bila bukaan masuk 6cm memang dah tak tertahan dah.  Klinik takde bagi injection tahan sakit. Yang ada just gas untuk sedut tiap kali sakit je.. Memang aduuhhh tak tahan sungguh. Bersungguh-sungguh sedut gas tu. Walaupun kesannya tak la kuat sangat tapi kadang-kadang terkhayal jugak lah.. 

Husband pun ada sama dalam bilik bersalin tu.  Memang saya nak dia ada setiap kali saya lahirkan zuriatnya. Mujur juga husband bukan seorang yang mabuk darah ke.. kalau tak mau pengsan dalam bilik bersalin :)

Ayah azankan
Bila contraction dah kuat sangat sampai terasa nak uk-uk (cam nak buang air besar), saya bagitau nurse. Tapi dihalang dari teran sebab katanya bukaan belum penuh lagi. Aduh terpaksa tahan la pulak. Beberapa ketika baru nurse bagi teran. Doktor pun dah bagi green light untuk teran, teran lah kan..

Tapi aduhai saya ni nama je dah pernah bersalin. Tapi rupanya tak pandai teran. Banyak kali kena marah dengan nurse.. "bukan macam tu, bukan teran kat mulut, salah! salah!".. adoiii

Rupanya saya salah teknik teran. Patutla selalu jadi lama je tempoh nak bersalin tu.. nurse ajarkan nak teran macam nak buang air besar/ macam sembelit hehe. Tumpukan tenaga teran tu kat 'bawah' bukan kat dada/mulut. 

Dah entah berapa kali cuba tak dapat gak baby keluar, husband dok jerit "sikit lagi, sikit lagi.. dah nampak rambut".. etc.. tapi tak jadi balik... Sudahnya doktor cakap, "kalau pukul 1 tak bersalin gak, kena guna forsep & vakum lah ye..kalau guna forsep lagiiii sakit tau".. seakan-akan menakutkan saya juga doktor ni...

Aliff with nenek & Nyang
 
So saya tekadkan dalam hati, bisikkan kat baby, 'kita kena berjaya jugak tanpa guna forsep!' So lepas tu cuab lagi.. Akhirnya pukul 1.06pm berjaya juga lahirkan baby. Doktor takde buat episiotomi kali ni so kira natural birth lah kan.. keluar-keluar je baby, nurse jerit.. "Besarnya baby, besarnya baby!".. cepat-cepat nak bawa timbang.. lepas tu dia jerit "3.9kg!! patutlah susah nak keluar!"

So begitulah kelahiran Aliff Rayyan yang seberat 3.9kg.. baby sebesar ni memang sedapp aje pegang. Keras mantap tak lembik.. so tamatlah kisah menunggu nak bersalin.. bermulalah episod kurang tido malam sebab jaga baby hehe...

Sekian...

Comments

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …