Friday, 12 October 2012

Biggest luck in my life

Salam Jumaat...

Rabu lepas 10/10/12 saya ada temujanji dengan Pakar Pemakanan di KK.

Boleh tahan juga bilangan ibu2 yang kena Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau diabetes ketika hamil. Masa sesi saya pun ade 5 org pregnant mommies yang kena jumpa pakar pemakanan disebabkan hal GDM dan seorang sebab kenaikan berat badan mendadak setiap bulan + Hb rendah.

Saya teringat pakar tu ada sebut :

'maybe ada ibu2 rasa.. alaa.. sebelum ni ade diabetes tapi takde pape masalah pun.. baby pun ok je.. sihat je...
tapi MUNGKIN masa tu cuma LUCK sahaja sebab tak jadi apa2 masalah. TAPI kalau ibu tu masih buat tak kisah dengan diabetes untuk pregnant kali ni, kesan buruk tu akan jadi pula...'

Ya, saya setuju dengan apa yg dikata.

Pregnant sebelum ni saya kurang endah dengan keadaan saya. Semua benda rasa nak makan, saya belasah. Maklumlah guna tiket 'ibu mengandung' kan... Saya hanya dapat detect tentang GDM bila kandungan masuk minggu ke-36.  Saya sebelum ni tak ambil tahu apa kesan GDM pada ibu/bayi. Yang saya tau, baby akan besar. Tapi masa tu saya rasa ok je kalau baby besar pun...


Bila 3rd pregnancy ni saya ambil tau banyak tentang GDM sebab saya tau kemungkinan besar akan kene GDM kalau dah ada history. Dan saya rasa sangat menyesal sebab tak ambil kisah sebelum ni dan rasa terlalu bersyukur sebab Aliff lahir sihat dan masih sihat sehingga kini.. syukur Alhamdulillah...

Jadi seperti kata pakar pemakanan tu, saya turut merasakan Aliff Rayyan adalah saya punya LUCK dalam hidup.. 

Tiap kali memandang Aliff mesti saya rasa sayu sangat.. kalaulah apa-apa jadi padanya dulu disebabkan ignorance saya, hmm entahlah.. menyesal seumur hidup pun takde guna lagi... 

Aliff Rayyan

Terima kasih Ya Allah kerana masih beri daku peluang... 
Terima kasih Aliff sebab lahir dan membesar dengan sihat..
Ya Allah, lindungilah anak-anakku dan jauhkan daku dari alpa dengan tanggungjawabku sebagai ibu mereka.. 


Kesan diabetes jika tidak dirawat,

Kesan kepada ibu:


  1. Hyper/hypoglycaemia (kandungan glukos berlebihan/berkurangan dalam darah)
  2. Jangkitan kuman di vagina yang kerap
  3. Keguguran
  4. Polihydramnios (air mentuban berlebihan)
  5. Pre-eklampsia (hipertensi teruk)
  6. Komplikasi diabetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang


Kesan kepada bayi:


  1. Berat bayi melebihi 4kg
  2. Mati dalam kandungan (IUD)
  3. Hypoglycaemia (kurang gula dalam darah)
  4. Lemas semasa lahir
  5. Kecederaan pada saraf di bahagian bahu
  6. Stillbirth









4 comments:

  1. Alhamdulillah, Aliff sihat. Rezeki Allah. Liza pun takut dgn gula gak. Selalu berjaga-jaga kalau tak pregnant pun..

    ReplyDelete
  2. Betul liza.aku setuju gaks.
    Pregnant ni kene sentiasa aware.
    Walaupun semua tu rezki,kita try wat yang terbaik...

    Cam aku lah..tak sangkakan..padahal ngandung pertama lgsg takde massalah...tak pernah kira pun gerakan baby..asal gerak..
    Bila da kedua tu,mmg tak la mengira,tau tau da tak gerak..
    Yang ketiga...hari hari aku kira..keke..

    Papepun aku doakan sentiasa sihat ibu dan baby k..anak2 lain juga..

    Btw..haha.jgn makan pavlova.super manis...hehehe

    ReplyDelete
  3. @liza :
    betul, rezeki Allah..
    syukur Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. @ashra :
    kadang2 time kita alpa tu la Allah tunjuk.. supaya kita sentiasa ingat pada Dia..

    hehe.. tau pavlova tu super manis so takuuut nak try.. nanti tunggu habis pantang lah kot kalau teringin sangat :)

    ReplyDelete