Friday, 2 January 2015

11 Peringatan Buat Si Ibu Bapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Saya terima perkongsian ni dari seorang sahabat lama. Pemilik asalnya adalah rakan beliau sendiri tapi enggan pula diberikan nama untuk diletakkan kredit.. Katanya just letak 'Hamba Allah'aje..

Perkongsian ni memang menjentik hati saya. Memang satu reminder untuk orang-orang yang mudah lupa seperti kita..

Saya rasakan bersalah kalau saya tak share kan dengan semua. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dalam usaha menjadi ibu bapa yang terbaik dan mendidik anak-anak seperti yang dianjurkan dalam Islam..

Berikut adalah perkongsiannya..

Di majlis ilmu parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi di Surau Al-Kauthar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. 1 Januari 2015.

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak, bersabarlah. 



Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 mukasurat sehari, puasa sunat Isnin Khamis dan sebagainya.. tambah-tambah lagilah untuk mendidik orang lain.. maka bersabarlah dalam mendidik.

Dalam banyak keadaan, matlamat kita untuk anak-anak sudah benar, tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah Ilmu Berterusan

Walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jangan melabel anak

Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yang baik sebab itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak. 

Misi & Visi = Jadi hamba Allah yang baik. 

Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yang baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. 

Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tapi AMANAH kepada kita. 

Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jangan bawa anak-anak kepada kita, bawalah anak-anak kepada Allah.

6. Ibu SAMA dengan Ramadhan. 



Sebab ibu adalah madrasah anak-anak dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.

Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah untuk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. 



Yang sudah berkahwin dan ada anak-anak tidak terlambat untuk membuat kebaikan..didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dengan Al-Quran. 

Ibnu Sina hafiz pada masa umurnya 7 tahun. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah didik oleh ibu yang hafizah.

Kita bukan hafiz..tapi pastikanlah anak-anak sekurang-kurangnya kenal huruf Al-Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kepada anak-anak. 

Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak-anak. Sekarang ni anak-anak tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya..akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya. 

Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dalam rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama daripada dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yang mencintai suaminya tapi tidak mempercayainya..

Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dengan membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

10. Niatkanlah kebaikan yang kita lakukan seperti sedekah banjir dan sebagainya sebagai tawasul anak-anak menjadi baik

Contoh: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak-anakku..

11. Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. 

Cth: kita jadikan anak-anak kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war-warkan..anak yang tak dapat elok didiamkan dan dimarah kerana memalukan kita..

Jangan membezakan anak-anak yang pandai dengan yang kurang pandai..

Sedikit perkongsian untuk kebaikan bersama. 

#Hamba Allah




Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

No comments:

Post a Comment