Assalamualaikum dan hello :)
Didoakan agar semua pembaca sentiasa dalam redha dan rahmat Allah SWT. Selamat tahun baru juga.. Tahun baru ni bermula dengan promo-promo yang hebat-hebat.. Dan salah satunya ialah kembalinya satu produk yang dah lama saya tunggu-tunggu.. Nak tau apa dia???
Okay, saya perkenalkan 'si dia'!!
Inilah dia, multivitamin Shaklee yang dirumuskan khas untuk kanak-kanak. |
Familiar tak?? Siapa yang dah kenal Shaklee lebih dari 3 tahun, pasti kenal. Tapi siapa yang baru-baru join dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ni macam saya, confirm tak pernah jumpa..
VITA-LEA FOR CHILDREN
Dulu-dulu masa saya mula kenal Shaklee tahun 2005, memang ada produk ni. Tapi masa saya join Shaklee bulan Mac 2014 baru ni, saya tak pernah nampak dah Vitalea For Children ni. Sebab masa tu, Vitalea For Children dah dihentikan jualannya buat sementara waktu kerana Shaklee improvise formula untuk multivitamin ni.
Selalunya kalau nak improvise sesuatu produk tu, segala macam proses kelulusan KKM dan proses mendapatkan pensijilan halal produk tersebut perlu dilakukan sekali lagi sama seperti produk baru. Dan setelah lama menunggu, akhirnya pada 1 Januari 2015, Shaklee mengumumkan Vitalea For Children telah kembali di pasaran with Improved Formula!!!
PERLU KE VITAMIN UNTUK ANAK?
Ramai tertanya-tanya, perlu ke kanak-kanak diberikan vitamin? Kebanyakan pakar berpendapat keperluan vitamin sebahagian besarnya boleh didapati dari pemakanan yang sihat contohnya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang banyak.
Tapi persekitaran kita sekarang ni boleh kata anak-anak kerap makan makanan diluar/ restoran/ gerai/ fast food. Memang gaya hidup ibu bapa sekarang yang masing-masing bekerja, kesuntukan masa kadang-kadang terpaksa kita untuk beri anak makanan-makanan sebegitu. Makanan tersebut bukan sahaja kurang sihat, malah kualiti, kesegaran atau kebersihan makanan juga tidak dapat dipastikan.
Tapi mungkin tak semua masa anak-anak disajikan dengan makanan luar. Mungkin ada ibu-ibu yang berusaha sebaik mungkin memastikan anak-anak makan hasil tangan ibunya sendiri. Tapi dirumah, memang kita boleh kawal.. Di sekolah??
Di kantin sekolah macam sekolah anak saya, boleh saya katakan, makanan-makan yang dijual bukanlah makanan yang saya biasa akan saji di rumah. Di kantin dijual sosej/ hotdog, nugget, fishball memang biasa selain nasi lemak, bihun goreng..
Husna sendiri kalau ditanya apa yang dibeli di kantin, mesti hari-hari pun jawab "sosej" atau "nugget". Emm... walaupun kadang-kadang bila sempat, saya bekalkan apa-apa, mesti tetap juga beli sosej/ nugget/ ais krim pop.
Nak buat macam mana? Di luar kawalan, walaupun dah dipesan hari-hari.
Bila anak-anak kurang mendapat nutrisi yang diperlukan dalam proses tumbesaran mereka, mudahlah pula mereka dijangkiti penyakit. Kalau anak-anak kita sering demam, selsema dan batuk, ia salah satu tanda antibodi mereka lemah disebabkan kekurangan sebilangan vitamin yang menyokong keperluan antibodi tubuh seperti kalsium, vitamin C, vitamin B dan sebagainya.
Sebab tu sangat penting bagi kita sebagai ibu bapa ambil berat tentang apa yang anak-anak kita makan setiap hari. Dengan adanya multivitamin ini, kita ibu bapa boleh menarik nafas lega kerana suplemen multivitamin Shaklee membantu melengkapkan (bukan menggantikan ya) kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita.
KELEBIHAN VITA-LEA FOR CHILDREN SHAKLEE
Jom kita tengok apa yang terkandung di dalam VITA-LEA For Children.
PERBEZAAN DENGAN PRODUK LAIN DI PASARAN
Vita-Lea for Children Shaklee memang berbeza dari produk-produk lain di pasaran. Sangat-sangat sesuai kepada anak-anak saya. Multivitamin ni juga baik diambil oleh anak-anak autism kerana mereka memang sangat-sangat digalakkan untuk consume makanan yang GLUTEN FREE.
Yang paling penting produk Shaklee semuanya 100% semulajadi. Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet atau pemanis tambahan. Rasa semulajadi anggur yang sedap, anak-anak kita pasti suka. Multivitamin untuk kanak-kanak memang untuk dikunyah, so tak risau macam mana nak telan. Dan sebab rasa manis tu semulajadi, kaviti tidak akan terbina. Jangan risau ok :)
Dan the best part, bukan setakat tu aje. Bulan Januari 2015 ade promo pulak tu. Siapa BELI 3 DAPAT FREE 1. So siapa yang BELI 6, DAPAT FREE 2!!! PROMOSI BERAKHIR PADA 31 JANUARI 2015.
Bayangkan kalau anak-anak kerap sakit, kita pun terpaksa selalu ambil cuti, kerja pun tak tenang, kos perubatan pun bertambah-tambah.
So ni peluang pelaburan kesihatan untuk anak-anak kita. Bila anak-anak sihat, ibu bapa pun ceria kan.
Tapi kalau anak-anak anda jenis yang tak reti kunyah atau tak suka makan gula-gula (hmm.. ade ke yang tak suka makan gula-gula? Hehehe....), jangan risau. boleh gantikan Vita-Lea for Children dengan Meal Shakes Shaklee yang juga suplemen multivitamin, sesuai untuk kanak-kanak tetapi dalam bentuk bancuhan.
Siapa yang rasa nak try multivitamin untuk anak masing-masing, boleh hubungi saya okay.
MAK, AYAH, JOM BORONG!!!
Nak tau vitamin-vitamin lain yang terbaik untuk kanak-kanak, boleh klik di link ini ya.
Thanks for reading!
Terima kasih kerana sudi membaca :)
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
No comments:
Post a Comment