Assalamualaikum dan hello :)
Semoga sihat, sihat, sihat semuanya :)
Ni cerita Kidzania. Hari Krismas baru-baru ni, bawa Husna, Aliff dan makcik-makcik kegemaran diorang (Tisya dan Jeehan) ke Kidzania. Husband tak nak ikut, so Ammar kena lah tinggal.
Ikutkan Jeehan dan Tisya dah tak perlu ada adult ikut sebab diorang dah lebih dari 8 tahun. Tapi disebabkan Husna dan Aliff masih 'bawah umur', kenalah ummy nya ikut masuk dalam tu. Dah ummy pergi, Zara pun kenalah angkut sekali :)
Saya dah siap beli tiket secara online sebab bila call Kidzania, staff tu bagitau tiket kat kaunter lebih mahal. Lagipun takut tiket habis pula kalau beli walk-in.. Ok fine! beli online je..
Janji dengan Tisya & Jeehan tunggu di lobi. Dah jumpa terus beratur ke kaunter untuk ambil tiket dan pakai 'gelang'. Then masuklah ke Kidzania nya...
Jom tengok aktiviti dalam ni... :)
Mula-mula, pergi CIMB Bank dulu keluarkan duit. Kata nak bekerja dan berbelanja :)
Plan buat aktiviti kat tingkat atas dulu.. lemah lutut nak angkat stroller naik tangga. Minta Jeehan pegangkan Zara dulu, ummy gi angkat stroller tu naik atas. Bila ronda-ronda, jumpa lif untuk disable/wheelchair naik atas tapi macam berkunci, kena minta staff buka. Dan memang tak nampak pun sesiapa yang guna lif tu sebab macam agak tersorok pun.
AIR ASIA
Tempat 1st yang jadi pilihan diorang confirm lah Air Asia!!. Aliff standard lah nak jadi pilot (Air Asia Flight Simulator). Husna dan Tisya pilih jadi pramugari (Air Asia Flight Attendant.
Barisan menunggu untuk jadi pilot tu mak aii panjangnya lah.. Husna dan Tisya dah selesai kerja pramugarinya tapi Aliff masih tunggu giliran. Kot 4 kali sesi baru sampai giliran Aliff.
Jeehan tak join ni, dia bawa diri sorang-sorang gi KPJ nak jadi doktor. Kakyong doakan Allah makbulkan cita-cita Jeehan nak jadi doktor tu ya.. in syaa Allah :)..
Ummy dengan Zara, jadilah penunggu setia yang boring hikhik...
selfie jap ;) |
GERAI MAKANAN
Ada beberapa gerai yang jual snek macam ni.. Harga boleh tahan mahal la juga. Kalau lapar memang terpaksa gak beli lah sebab makanan memang tak boleh nak bawa masuk. Air masak boleh la.. Set popcorn + air mineral + cotton candy = RM10. Terdengar seorang akak tu tanya nak beli vitagen sebotol, harganya RM3.50. Sebotol aje tau, bukan satu pek (5 botol) :)
Ada beberapa gerai yang jual snek macam ni.. Harga boleh tahan mahal la juga. Kalau lapar memang terpaksa gak beli lah sebab makanan memang tak boleh nak bawa masuk. Air masak boleh la.. Set popcorn + air mineral + cotton candy = RM10. Terdengar seorang akak tu tanya nak beli vitagen sebotol, harganya RM3.50. Sebotol aje tau, bukan satu pek (5 botol) :)
LIFEBUOY
Sambil-sambil menunggu Aliff yang tak setel lagi jadi pilot tu, Jeehan, Husna dan Tisya masuk Lifebuoy pulak. Dari luar nampak macam diajar cara-cara nak cuci tangan yang betul. lain-lain taksure hehe...
VITAGEN
Selesai di Lifebuoy, pusing ke tempat Oreo Cookie Factory. Ramai. Pergi pulak ke Cadbury Chocolate Factory. Ramai jugakk. Pusing lagi ke Vitagen Marigold Milk Factory. Grrr... Ramai juga.
Tapi Husna dan Aliff berkeras nak jugak masuk Vitagen. Ok lah.. beratur aje lah.. terpaksa lah tunggu 2 sesi. Fuhhh... anak punya pasal ikutkan aje lah...
Selesai di Lifebuoy, pusing ke tempat Oreo Cookie Factory. Ramai. Pergi pulak ke Cadbury Chocolate Factory. Ramai jugakk. Pusing lagi ke Vitagen Marigold Milk Factory. Grrr... Ramai juga.
Tapi Husna dan Aliff berkeras nak jugak masuk Vitagen. Ok lah.. beratur aje lah.. terpaksa lah tunggu 2 sesi. Fuhhh... anak punya pasal ikutkan aje lah...
Ummy dan Zara membawa diri cari tempat duduk. Alhamdulillah ada lah juga meja dan kerusi menunggu berdekatan TV3, ntv7, 8TV, and TV9 TV Studio. Susukan Zara dan main-main. Zara pun nampak tak berapa selesa sangat duduk lama-lama dalam stroller. Even dia tak mahu tidur pun. Myabe tak selesa.
Jeehan sekali lagi masuk KPJ Specialist Hospital. Hihii.. Lain kali nak suruh budak-budak ni masuk Studio la pulak. Dah 3 tahun pergi tak pernah cuba lagi.
MARRYBROWN
Dah selesai sesi di Vitagen, masing-masing dah lapar. So turun level bawah. Ingat nak pergi sesi di Sushi King. Ramai juga. Nak buat sandwich di Ayam Brand Cooking School. Pun ramai. Adoii.
Shoot pergi Marrybrown Burger Shop. Rezeki. Tinggal 1 sesi nak tunggu. Ok not bad lah.. So beratur situ.
Shoot pergi Marrybrown Burger Shop. Rezeki. Tinggal 1 sesi nak tunggu. Ok not bad lah.. So beratur situ.
Aliff mula-mula nak join buat burger tapi lepas tu tak nak join pulak. Kecewa ummy yang kelaparan ni. hihii.. So Jeehan bawa Aliff pergi tempat lain, pilihlah apa-apa yang Aliff nak. Diorang pergi ke Z Mart jadi cashier dan pelanggan. Gambar takde sebab ummy tak join.
Husna dan Tisya aje yang buat burger. Dapatlah 2 biji burger untuk dimakan :)
PAINTING SCHOOL
Patah balik ke Sushi King & Ayam Brand School. Masih ramai. Tak boleh jadik ni.. So decide je masuk aje mana-mana yang kurang orang. So dapat chance masuk Painting School.
Lepas Husna dan Tisya keluar, Aliff baru siap kerja di Z Mart. Dia pun nak masuk Painting School jugak. So beratur lah..
Mula-mula Aliff tengok budak-budak lain warna guna tangan kanan. So dia pun cuba tangan kanan. Tapi nampak kekok aje.. then Aliff tukar tangan kiri balik. Terseyum aje ummy tengok dari luar. Dah tau diri tu kidal, nak pulak tiru orang lain hehe.. Aliff oh Aliff...
JEWELLERY
Husna dan Tisya lepas Painting School pergi nak buat gelang. Masuklah Karatz Jewellery ni. Memang dari mula masuk Kidzania Husna dah cakap nak buat gelang sebab tahun lepas dia tak dapat buat.
Sambil tunggu diorang selesai, ummy dan Zara ke toilet dulu tukarkan diaper Zara then ke surau dulu solat Zuhur. Dah selesai, cari diorang tak jumpa. Habis round akhirnya jumpa depan Marrybrown balik. Lepas diorang solat semuanya, baru gerak balik sebab dah nak habis sesi pagi tu.
Sebelum ni tak tahu pun duit Kidzos yang diorang dapat masa 'bekerja' tu boleh beli barang kat Kidzania's Department Store ni. Tapi barangnya mahal-mahal lah.. paling murah 500 kidzos, dapat pen aje rasanya.
Tapi tak beli apa-apa sebab masa suntuk dan rasanya tak cukup pun duitnya.
Selesai semuanya.. dah boleh bertolak balik.. Nak keluar pun bersesak-sesak.. fuhh...
Ni lah peneman ummy yang paling baik. Tak meragam pun.. Setia aje.. :)
MENYESAL WEHH..
Kesimpulannya, tobat tak nak dah pergi Kidzania masa cuti sekolah. 4 jam hanya dapat 6 je pekerjaan??. Masa terbazir dengan menunggu, menunggu, menunggu sahaja.
Ummy ni dah la memang tak minat bersesak-sesak ni. Sebab nak penuhkan impian anak-anak aje lah ummy gagahkan diri juga.
Masa tu pulak ada promo Groupon dapat diskaun lagi untuk tiket masuk tapi hanya untuk sesi petang. Mula-mula nak beli Groupon tu. Alhamdulillah tak jadi. Sebabnya masa balik tu, tengok barisan nak ambil tiket untuk sesi petang panjangnya sampai ke luar. Fuhhhh... selamatttt....
TRIP KIDZANIA TAHUN 2013
Tahun 2013 pergi sehari sebelum Pilihanraya so sebab ramai yang balik kampung nak mengundi so Kidzania memang agak lengang. Even most tempat yang kami masuk memang hanya budak-budak berempat ni aje. Tak cukup korum pun.
Dapat lah 10 pekerjaan. Siap sempat lepak-lepak makan dulu sushi, sandwich yang budak-budak ni buat. So bila baru ni pergi sesak camtu, terasa perbezaannya..
Bila tengok kawan cerita bawa anaknya ke Kidzania hari pertama sekolah yang confirm lah lengang, rasa memang best lah..
In Syaa Allah, 1sy day school Tahun 2016!! :D
I baru fikir nak bawa superkids g sana, tapi kalau menunggu lama macam tak nak la...
ReplyDeleteAnyway nice sharing ^_^
Boleh je nak pergi tapi bukan cuti sekolah.. Anak-anak memang seronok pergi Kidzania ni. Banyak benda mereka boleh belajar :)
Delete