Assalamualaikum dan hello :)
Semoga kita semua sentiasa diberi keberkatan usia keberkatan rezeki...
Alhamdulillah.. nampaknya keadaan banjir dah makin bertambah baik. Lewat malam kelmarin start dari jam 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi tadi, merupakan jadual saya bertugas di Bilik Gerakan Bencana (BGB).
Malam kelmarin saya bawa teman ke pejabat tau.. puteri-puteri kesayangan saya Husna & Zara :). Putera-putera tinggal dengan ayah ..
BILIK GERAKAN BENCANA
Sejak tahun 2009 saya bertugas di CSFJ, memang tak dinafikan tahun ni merupakan banjir terburuk yang pernah kami kendalikan. sepanjang masa BGB beroperasi, memang telefon tak berhenti-henti berdering. Ada aje call masuk. Baru letak telefon, tak sempat ambil nafas dah ada call lagi..
Tahun-tahun sebelum ni jarang juga orang awam yang call selepas 10 malam. Tapi tahun ni memang pukul 3, 4 pagi pun masih ramai yang call.
Bila BGB beroperasi 24jam, kami staff CSFJ, CSFB, CKC dibahagi kepada 3 syif. 8am-4pm, 4pm-12am, 12am-8am. Tahun ni ada tambahan staff di BGB pula iaitu dari KKR dan Komunikasi Korporat yang menguruskan soalan-soalan dan info di media sosial iaitu laman FB dan Twitter.
Sekreteriat yang menguruskan BGB yang terdiri dari staff CSFJ sendiri komited berada sepanjang masa di BGB. Malah ada yang tak henti 24jam bekerja. Makan tidur di ofis aje. Mujurlah kebanyakan sekreteriat BGB bujang-bujang :)
Untuk pengetahuan, BGB kami hanya menyampaikan maklumat berkaitan jalan-jalan yang boleh dilalui atau yang ditutup disebabkan tenggelam akibat banjir. So mana-mana pihak seperti media massa, orang awam, pihak sukarelawan atau yang ingin menyampaikan bantuan banjir biasa mendapatkan maklumat jalan yang boleh dilalui dari BGB kami.
Tapi ada juga pemanggil yang bertanya soalan yang mencabar minda. Tak tau nak gelak ke nak nangis. Tapi kami layan dan bantu sebaik mungkin.
PANGGILAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN
Antara yang menyentuh hati saya bila seorang pemanggil dari KL call jam 2.30 pagi. Beliau dengan suara bergetar seolah-olah sedang menahan tangisan, mengadu sebab dah tak tau nak contact siapa. Hanya BGB kami je yang angkat call. Beliau mohon untuk dapatkan bantuan untuk hantar pasukan penyelamat ke rumah ayahnya di Tanah Merah. Ayahnya yang separuh lumpuh dengan adik-adik perempuan serta ada 2 baby terperangkap di rumah sendiri. Risaukan air yang semakin naik, tu yang beliau usahakan untuk contact pasukan penyelamat tapi gagal.
Saya pun buntu juga masa tu sebab memang saya sendiri pun tak tahu nak tolong macam mana. Sambil bincang-bincang dengan team yang bertugas masa tu, kami usahakan juga untuk dapatkan bantuan tapi memang kebanyakannya gagal dihubungi. Saya hanya dapat bercakap dengan Bilik Gerakan Banjir Kelantan dan IPK Kelantan. Pegawai yang saya dapat bercakap tu pun katanya mereka sendiri tak dapat hubungi pegawai-pegawai mereka di Tanah Merah. Terputus terus hubungan.
Saya tak nafikan sebab keluarga suami saya sendiri berada di Tanah Merah. Walaupun rumah mertua tidak banjir tapi kami sendiri gagal hubungi mereka di kampung. Kalau ikutkan kakak ipar saya bagitau, kalau nak dapat call, mereka kena ke Machang baru ada talian telefon.
Jadi untuk pemanggil tadi, saya cuma dapat berikan nombor-nombor telefon pihak MKN, Rescue SUK untuk mereka cuba hubungi kemudiannya (sebab saya call tak dapat).. dan tak putus doa agar keluarga pemanggil tu dapat dipindahkan secepat mungkin.
Itu sebabnya saya agak sedih bila ada kawan-kawan FB yang masih boleh upload gambar masih landing atas katil dengan air banjir dah sampai kaki katil. COnfuse!!
Saya sentiasa nasihatkan rakan-rakan saya yang mana ada keluarga di kawasan banjir untuk segera berpindah bila diarahkan. Bukan bila air naik tak terkawal.
Saya sendiri tengok status kawan bilamana beliau berpindah awal-awal, lebih teratur. Dapat bawa baju, pampers, makanan, keperluan secukupnya. Daripada berpindah lewat, meredah air banjir sehelai sepinggang dan terpaksa menunggu bantuan sumbangan orang ramai. Bila lewat dan terpaksa bercatu, masing-masing luahkan tak puas hati pula...petugas sukarelawan jadi mangsa melepas rasa.
SERONOK BERTUGAS
Sebenarnya saya seronok bertugas di BGB. Sebab bila bertugas tu kita bantu orang, menyempurnakan hajat orang, beri info bermanfaat, bantu dan beri yang terbaik. Tanpa mengharapkan balasan, atau pujian, atau penghargaan. Petugas-petugas BGB ni di mana-mana agensi, negeri semuanya melaksanakan tugas sebaik mungkin dengan penuh ikhlas. Walaupun mungkin ada diantara kami sediri merupakan mangsa banjir, penat tak cukup tidur, tinggalkan baby, tapi puas hati :)
Walaupun kadang terasa hati bilamana orang tak henti-henti mengutuk mengeji komplen itu ini, kami tetap jalankan tugas kami. Tak apa lah tak dihargai manusia.. Saya yakin Allah pasti beri ganjarannya :D
Saya doakan setiap jiwa yang membantu urusan banjir tahun ni dan tahun-tahun sebelum ni dikurniakan rahmat, dilimpahkan rezeki yang berkat, dipermudahkan urusan, diampunkan segala dosa dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.. aamiin...
Walaupun kadang terasa hati bilamana orang tak henti-henti mengutuk mengeji komplen itu ini, kami tetap jalankan tugas kami. Tak apa lah tak dihargai manusia.. Saya yakin Allah pasti beri ganjarannya :D
Saya doakan setiap jiwa yang membantu urusan banjir tahun ni dan tahun-tahun sebelum ni dikurniakan rahmat, dilimpahkan rezeki yang berkat, dipermudahkan urusan, diampunkan segala dosa dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.. aamiin...
Terima kasih kerana sudi membaca :)
* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
No comments:
Post a Comment