Hari Isnin lepas, adik saya Hani a.k.a Nani sms bertanyakan permintaannya.. Sebelum ini Nani minta tolong saya atau en.suami untuk lukiskan layout floor plan dan 3D view kedainya.
Oh, bukan kedai betul-betul tapi mungkin projek tahun akhir untuk kursusnya Business Management. Dia minta untuk lukiskan menggunakan Autocad. Ya lah kan.. kalau lukis guna komputer lebih elok lah nampak berbanding hand drawing kan... Dia minta tolong dan dah emel dah lamaaaa sangat tapi kakaknya yang sibuk sangat ni tak ingat. So last minute baru terkejar-kejar nak buatkan. Nak download Autocad tak dapat pula. Jadi untuk floor plan saya cuma guna Microsoft Visio saja.
Cuma dengan Visio saya tak dapat lukis 3D image tu, so saya cuba surf mana-mana drawing software yang ada. Akhirnya, saya terjumpa Sketchup. Memang ni kali pertama dengar la.. Sorry lah sebab tak pernah/perlu menggunakan software begini jadi memang tak tau :)
So saya download..dan install.. Buka dan cuba nak buat.. perghh... tak reti.. Cari tutorial.. tengok video basic nya.. ok, jadi la.. basic aje..
gambar asal yang nak ditiru |
.
.
.
.
.
.
.
.
.
siap dilukis!! bilangan aras hanya 2 tingkat as instructed ;) |
No comments:
Post a Comment