harini tengah2 kurang busy, dengar ceramah Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah download dr internet version tak ori so kene tolak 2 petua nya sebab takde dlm recording tu..
Since anak2 semakin membesar memang banyak betul cabaran nak menangani perangai sorang2 ni.. terutamanya part komunikasi yang berkesan. Sebelum ni saya tengok video Wardina pasal tips didik anak yg beliau amalkan. nanti saya rumuskan kat sini.. but kali ni saya just letak petua dari Dato' DMFK aje ye..
Saya memang mengaku sekarang masalah mendidik anak makin mencabar. Walaupun Husna & Aliff tu masih kecil tapi saya taknak mengabaikan hal komunikasi cemerlang ni. Saya nak jadi ibu yang dianggap best friend forever oleh anak2 saya. Seriously susah nak praktikkan.. but will try better every single day.. =D
ambil notes sambil2 dengar ceramah |
And saya simplified aje ni okess..
rule : IBU BAPA KENA SENTIASA FIKIR POSITIF!!!
1. Jangan perkecilkan kebolehan anak
- didik anak dengan tanggung jawab yang boleh/mampu dia buat - ikut tahap anak
2. Jangan sebut perkataan negatif
3. Padam rekod lama yang terbentuk dalam pemikiran anak
how?
doakan dan hembus ke kepala anak - doa-doa untuk membugarkan minda/ merangsang minda
minta maaf kat anak sebab dulu-dulu tersasul cakap perkataan negatif
4. Banyakkan belaian positif, kaedah yang menyeronokkan anak-anak
- puji-pujian yang ikhlas dengan contoh2 yang nyata
- hadiah2 yang munasabah dan berpatutan
- 80% kaedah yg menyeronokkan (at-tarrib) dan only 20% kaedah at-tarhib (marah, hukum, rotan, potong elaun)
5. Dengar dengan aktif dan teliti setiap gelagat anak/ tindak tanduk anak
- dengan mata -> hati & emosi -> secara intelektual -> telinga
- beri perhatian sepenuhnya
- kanak2 tak sabar so dahulukan anak if anak nak cakap dgn kita, minta excuse dgn org lain.
6. Gunakan teknik penyampaian yg berkesan bila komunikasi dengan anak
- khusus & jelas
- nyatakan serta merta (ganjaran/teguran), bukan pendam perasaan supaya takkan mengusik emosi anak
- jangan buat penilaian awal sebelum dengar sepenuhnya penyampaian anak
- cakap/ tindakan konsisten/ istiqomah supaya anak tak keliru
- selaraskan maklumat/ isi disampaikan dengan cara yang betul
cth : kalau kata 'sayang', cakap dengan lembut (melambangkan betul2 sayang), bukan dgn nada kasar/marah
7. Selesaikan masalah keluarga bersama
- belajar maksud syura/mesyuarat
- buat apa2 bersama untuk barakah
8. Nyatakan 'tak boleh'/ tentangan kita secara berhikmah
- beri penerangan kenapa 'tak boleh'
- beri alternatif lain
9. Perlu 'cakap serupa bikin'
10. Didik anak ambil kira perbezaan anak
-anak dilayan dengan berbeza ikut keadaan, jantina, umur dll
11. Doa secara khusus untuk menyokong/ rangsang komunikasi dengan cemerlang, doakan anak
Apa yang ibu bapa FIKIR adalah doa
Apa yang ibu bapa SEBUT adalah doa
Apa yang DIULANG akan jadi REALITI
lastly kesimpulan yang Dato' DMFK berikan, dipetik dr kata-kata ulama,
Kalau kita melayan seseorang seperti adanya, dia akan begitu selamanya, tetapi kalau kita melayan seseorang dengan cemerlang, dia insyaAllah akan jadi cemerlang..
No comments:
Post a Comment