Showing posts with label Resipi : Nasi. Show all posts
Showing posts with label Resipi : Nasi. Show all posts

Tuesday, 11 October 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Bubur Nasi Ayam

Assalamualaikum dan hello :)

Kali ni cerita masak dengan PHILIPS Pressure Cooker (PPC) lagi. Jangan jemu dehh...

Actually dah baaaaanyak masak memasak guna PPC ni. Sekarang rice cooker jarang guna, dapur jarang berasap hihi.. Tapi masih memasak ye. Guna PHILIPS Pressure Cooker lah..

Kali ni nak share resipi bubur nasi ayam. Simple version ok.  Simple pun sedap ape.. ala-ala McDonald je rasanya ;D.  


Masak bubur ni pun sebab Aliff tak sihat dok muntah-muntah tak tahu apa silap makan. So ingat nak masak benda yang mudah hadam. Aliff request belikan bubur McD tapi fikir baik buat sendiri aje lah. nak siap-siap tukar baju lagi, start kereta drive gi McD pun dah kot lebih setengah jam. Dah sampai takkan la nak beli bubur aje kan.. mau anak-anak lain nak juga order itu ini huhu.. Baik masak sendiri aje lah :D

Ikut pengalaman sebelum ni masak bubur guna pressure cooker stove-top Trio tu, masak 1 cawan tak cukup masa tu. Siap kena masak 2 kali untuk anak-anak pulak. So kali ni decide masak 2 cawan beras terus. Tapi end up jadi banyak la pulak hehe... 

Si lepas-lepas ni rasanya akan stick pada 1 cawan beras sahaja. Or paling banyak 1.5 cawan beras. For the whole family of 6 :D

Ok saya share kan resipinya ok :)

Bubur Nasi Ayam PHILIPS Presssure Cooker
oleh : Norliza Othman

Bahan :
2 cawan beras
12 cawan air
1 inci halia - hiris kasar (mudah nak asingkan selepas masak)
dada ayam - beberapa ketulan besar (akan dicarik-carik selepas masak)
1/2 batang lobak merah - hiris mancis (*optional)
1 1/2 tsp stok ayam
2 tsp garam
1/2 - 1 tsp serbuk lada hitam kasar

Cara :
  1. Masuk semua bahan ke dalam inner pot PHILIPS Pressure Cooker
  2. On Mode 'Congee' default 13 minit (*baca Nota)
  3. Tunggu siap masak. Off suis/plug PPC
  4. Biarkan pressure natural release (jangan pusing knob ke vent)
  5. Bila floating valve dah drop, buka penutup, keluarkan isi ayam dan carik-carikkan
  6. Hidangkan bubur nasi bersama isi ayam, daun bawang, minyak bijan dan bawang goreng.


Nota:
  1. Nisbah beras : air adalah 1 cawan beras : 6 cawan air (tak kisahlah cawan apa pun ;))
  2. Saya set kan masa memasak KPT 20 minit. Tekstur bubur sangat hancur dan air diserap sepenuhnya (tak berkuah). Saya rasa default timer 13 minit memadai kot :D
  3. Lepas masak, tak boleh pusing knob terus dari 'sealed' ke 'vent' sebab bubur akan tersembur keluar dari knob tu. Kalau masak sup/ berkuah yang banyak/ bubur disaran untuk biar pressure natural-release.
  4. Kalau nak percepatkan sikit pressure keluar, lepas off PPC, boleh cuba perlahan-lahan tolak sikiiiiiiiittttt aje knob tu bagi wap keluar sikit, bunyi berdesing sikit gitu. Sikiiiiiittttt aje tau.
  5. Pastikan paras maksimum inner pot PPC ditepati. Ada level maximum kan yang ditanda. Jangan melebih tanda maksimum tu, takut akan overflow.

Itu aje.. selamat mencuba :D


PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik..

Friday, 23 September 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Pulut Durian

Assalamualaikum dan hello :)

Busy minggu ni. Dah selesai kerja berkaitan audit dalaman, sekarang kena concentrate untuk anugerah pejabat pula.  Mula-mula nak marah juga bila dapat task yang sama ni, bertahun. Sebab dah bagitahu bos awal-awal bagi pada staf lain sebab asyik-asyik liza, asyik-asyik liza. Kerja pecah kepala je bagi kat liza emmm.. Lagipun idea sama, tak fresh. Kalau bagi pada staf lain, idea berbeza, nampak lah kelainannya, inovasinya, kreativitinya yang lain dari biasa. Tapi dah SYMP, terpaksa terima juga. Nak buat macam mana? kulikutif je :).


Ok, kali ni just nak share percubaan masak pulut durian. Honestly, saya tak pernah makan pulut durian. Dan actually, pulut sendiri pun saya kurang gemar sebenarnya. Tapi anak-anak saya memang suka makan pulut. Maybe ikut selera ayah mereka kot. Durian, saya suka. Tapi anything yang masak bersama durian, saya tak suka hehe... 

Husband request masakkan pulut durian masa cuti Aidiladha haritu. Pening juga nak layan permintaan masakan yang saya tak pernah masak/ makan ni. Tapi jarang sangat (or tak pernah) saya kata 'no' bila husband/ anak request nak makan itu ini. Kalau boleh diusahakan, saya usahakan juga lah. So lepas google sana sini, husband pun guide sikit-sikit... Taraaaa.... inilah hasilnya. 


Dah siap tu saya cuba juga makan, tapi emmmm tak lalu tekak lah. Maaf huhu... Saya cakap dengan husband, tak makan tak apa kan.. janji apa yang dia nak makan, saya boleh buatkan...hehe... 

Pulut Durian ni saya masak guna PHILIPS Pressure Cooker sahaja. Memang mudah sangat dan cepat. Pulut jadi lembut dan gebu sampai ke malam pun masih lembut lagi. Saya makan dengan sambal ikan bilis baru lalu hehe...


Mudah je..

Pulut Durian PPC
oleh : Norliza Othman

Bahan :
4 cawan pulut
4 cawan air
(nisbah pulut : air = 1 : 1, jadi boleh kurangkan ikut suka)

Cara :
Pulut dibasuh, tos dan masukkan dalam inner pot (tak perlu rendam)
Masukkan air ikut sukatan
On mode 'steam/stew'
Ubah KPT (Keep Pressure Time) kepada 7 minit
Knob di 'sealed'
Lepas siap masak, boleh gembur dan hidangkan.

Bahan lain:
Gula melaka/ gula kabung/nisse yang diparut
Santan segar dimasak sebentar dengan sedikit garam
Isi durian




Pulut 4 cawan sebenarnya terlalu  banyak untuk kami sekeluarga. Biasanya kalau masak nasi pun maksimum 2 cawan beras dah memadai. Ni sebab nak habiskan stok pulut yang ada :)
Jadi sukatan pulut tu ikutlah biasa makan banyak mana hehe....

Ada kawan yang bagitahu, pulut yang dia masak ada yang jadi kurang masak. Saya tak pasti jenis-jenis pulut yang ada kot berbeza-beza. Pulut ni saya beli dah siap timbang (pre-pack) di Hero Market je. Belum cuba lagi pulut jenama lain. :D

Apapun saya bersyukur sebab berbaloi adanya PHILIPS Pressure Cooker di rumah sekarang. Even husband  pun puas hati gadjet ni digunakan sepenuhnya hehe... Terima kasih abang sebab sponsor :).. Lepas ni boleh sponsor Air Fryer pulak hihihiii....

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik.. 

Friday, 9 September 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Nasi Goreng Fishcake & Sosej Lada Hitam dan Tips

Assalamualaikum dan hello :D

Baru dapat bersiaran. Minggu ini kesibukan dengan urusan audit dalaman di CSFJ. Selaku urusetia, kena jadi auditee juga. Banyak yang perlu diuruskan. Tapi itu hal di pejabat lah. Sampai rumah, dah perlu tukar 'topi' dan 'uniform' juga. Jadi mak, chef dan lain-lain :).

Nak buat pengakuan, sejak dapat dan guna Philips Pressure Cooker (PPC), rasa macam malas pula nak masak dengan dapur gas. Pulak dah hehe... Senang kerja sangat bila guna PPC ni. Even, masa penyediaan lagi lama dari masa masak. 

Ok kali ini nak share resipi masak Nasi Goreng Fishcake & Sosej Lada Hitam guna PPC. Dua menu ni masak sekali jalan tau. Siap 2 menu dalam 7 minit sahaja. Amacam? :). Nasi goreng fishcake ni dilihamkan dari menu Nasi Goreng Yong Chow kat Orchid Bistro. Actually macam nasi goreng cina aje pun.

 

Macam mana masak sekali jalan? 

Senang aje. Masak 2 layer. Bahagian bawah (dalam periuk PPC) masa nasi goreng, atas masak sosej lada hitam ala-ala teknik kukus. Untuk masak macam tu kena ada peralatan tambahan iaitu mangkuk tahan panas macam stainless steel, pyrex, seramik dan lain-lain. Dan satu lagi alatnya adalah pelapik periuk, lapik pengukus atau 'trivet'.

Saya guna lapik periuk yang dibeli di Aeon Big bahagian alat memasak. Kena ukur dulu diameter dalam periuk takut nanti tak muat. Dan kakinya kena cari yang 'bulat' atau tak tajam so tak akan mencalarkan dasar periuk PPC.



Ok jom kita tengok resipi sempoi ni. Jangan lupa baca Nota/Tips yang ada ye.

Sosej Lada Hitam PPC
oleh : Norliza Othman


4 batang sosej ayam (hiris) - kalau beku pun tak apa. Tak perlu thaw :)
2 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 labu bawang besar (potong baji)
3 biji cendawan shitake kering (basuh dan potong)
1/2 biji tomato (potong baji)
daun bawang (potong 1inci)

Cara :
1. Gaul semua bahan dalam mangkuk tahan panas (kecuali tomato & daun bawang).
2. (Lihat langkah no.5 - 9 dalam resipi Nasi Goreng Fishcake)


3. Dah siap masak, masukkan hirisan tomato dan daun bawang, gaul-gaul. Boleh biarkan sekejap untuk bagi haba yang tinggal memasakkan tomato & daun bawang.

Nasi Goreng Fishcake PPC
oleh : Norliza Othman


Bahan-bahan:
2 cawan beras
2 cawan air (bergantung pada beras yang digunakan)
1/2 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 cawan hirisan kobis
1/2 batang lobak merah (hiris batang mancis)
Fishcake (yang bergoreng) hiris - kalau guna yang panjang boleh guna 2 batang
Garam
Serbuk Lada hitam

Cara-cara:
1. On PPC, tekan mode 'steam/stew', set 'keep pressure time (KPT)' sehingga 7 minit. Tekan 'start'. PPC akan mula pemanasan/ 'heating'. Masa ni kita boleh tumis-tumis apa yang patut.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih sekejap.
3. Masukkan hirisan fishcake dan kacau sebentar.


4. Masukkan beras, air, lobak merah & kobis. Rasakan garam, lada hitam.
5. Letakkan pelapik periuk/ 'trivet'

6. Letakkan mangkuk tahan panas (berisi sosej) ke atas pelapik tadi.
7. Tutup PPC, pastikan valve di 'sealed/pressure'.
8. Tunggu... sampai masak :)

9. PPC bunyi (tanda masa memasak tamat) dan akan automatik ke fasa 'keep warm'. Pusing valve ke 'vent' perlahan-lahan untuk keluarkan wap/tekanan. Berhati-hati dengan tangan anda ya, wap panassss :D


10. Gaul-gaulkan nasi. Boleh dihidangkan.

NOTA / TIPS MEMASAK DENGAN PHILIPS PRESSURE COOKER (PPC)
  1. Sekiranya PPC dah mula tunjukkan masa memasak walaupun penutup PPC belum dipasang, off semula PPC dan set semua 'steam/stew', KPT 7 minit dan tekan 'start'.
  2. Semasa proses pemanasan/'heating', panel PPC akan tunjuk 'pusing-pusing' je. Belum tunjuk masa lagi. 
  3. Proses 'heating' dan 'build up pressure' akan mengambil masa bergantung kepada jumlah bahan/cecair di dalam PPC. Harap bersabar ye sebelum anda melihat masa memasak 7 minit terpapar di panel PPC :D
  4. Sukatan untuk masak nasi dalam PPC biasa dicadangkan nisbah 1 beras : 1 air.  Tapi pastikan juga paras air dapat menutupi/sama paras dengan beras. Rata-ratakan beras dalam periuk. Sekiranya dengan nisbah 1:1, beras lebih tinggi dari air, cuba tambahkan air sekadar beras dapat tenggelam. Sebabnya kadang-kadang bahagian atas nasi tak cukup masak.
  5. Sekiranya nak letak sayur yang cepat masak/lodoh cth: sayuran berdaun, elak dari masukkan terlalu awal. Disarankan selepas masa memasak tamat dan wap telah dikeluarkan, masukkan sayuran tersebut, gaul-gaul dan tutup semula penutup PPC sebentar. Haba yang masih ada akan memasakkan sayuran tersebut.
  6. Masa nak pusing valve ke 'vent', pastikan tangan anda tak berada di atas lubang yang akan mengeluarkan wap panas itu. Boleh tolak perlahan-lahan guna senduk. Elak dari pusing valve sepenuhnya. Terkejut nanti dengan wap tu. Biar keluar perlahan-lahan. Boleh juga letakkan kain lembap atas lubang wap untuk elak air terpercik merata-rata (terutamanya kalau masak berkuah).
  7. Bila nasi dah masak, boleh segera hidangkan dalam bekas lain atau keluarkan dari periuk PPC. Sebab haba yang ada masih boleh memanaskan nasi dan seterusnya menjadi berkerak.
Ok selamat berPPC :D

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik..

Tuesday, 16 August 2016

Resipi : Nasi Kerabu Kelantan Yang Memang Super Sedap

Assalamualaikum dan hello :)

Last last weekend saya menerai (try) resipi "nasi kerabu terlajak sedap" dari blog kak Azie Kitchen.  Hasilnya memang marvelous lah.  Jangan tanya berapa pinggan saya makan haha!! Tuan resipi dah kata terlajak sedap, saya dah try memang terbukti super sedap lah.. Habis punah dietku setahun lepas. Lepas bersalin ni kena gigih dapatkan balik berat ideal hehehe...

Save resipi dah lama dah pun simpan dalam Evernote dalam phone sejak dok belajar masakan-masakan Kelantan ni. Tapi belum berkesempatan nak buat. 


Ni lah pun masalahnya bila pregnant ni macam-macam makanan rasa nak makan. Haritu malam-malam dok tanya husband, ade tak orang jual nasi kerabu malam-malam.. husband cakap kat Kelantan pun nak cari nasi kerabu tengah hari pun susah, ni pulak nak cari malam-malam hihii.. 

Since minggu tu membuak-buak rasa nak makan nasi kerabu, cakap dengan husband nak masak sendiri lah. List kan semua bahan-bahan yang nak dibeli Jumaat tu, tapi bila balik kerja dok cari ikan sardin semua kedai habis. So pagi-pagi Sabtu lah shopping barang.

Nasi kerabu ni memang pada saya renyah juga nak membuatnya. Ambil masa yang lama kalau nak hadap 1 hari. So ingat Jumaat malam nak masak sambal tumis dengan sambal ikan. Tapi dek ikan takde, just dapat masak sambal tumis aje lah malam tu. Dan siapkan kopek bawang segala.

Saya memang ikut semua sukatan yang kak Azie share cuma nasi je saya masak 3.5 cawan sebab periuk nasi kecil. 

Saya copy paste resipi Kak Azie kat sini untuk mudahkan saya cari balik nanti. Apapun terima kasih :D



Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak

Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.

Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam

Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Sambal kelapa ini sedap juga makan dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.

Sambal Cili (saya tak guna resipi ni sebab dah memang ada sambal lada kat rumah)
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya.



Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan (saya tak guna sebab takde stok kat kedai huhu)
Tauge (saya tambah)

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 



Nasi
5 1/2 pot beras (saya masak 3.5 cawan beras)
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru) (saya guna pewarna kuning 4 titis sahaja)
2 helai daun pandan (saya gantikan dengan serai & daun limau purut)

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 


Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Daging bakar
Solok lada
 
Untuk daging bakar ni, saya still gunakan resipi kak Azie tapi taklah sampai 1kg daging. Just dalam 300g je. So saya bahagi resipi pada 3 untuk sukatan yang sesuai. Dan disebabkan masa kurang, saya tak perap lama-lama pun. Just gaul-gaul bahan, masukkan semua daging, bahan perapan dan air dalam pressure cooker dalam 15-20 minit. Masa tu daging dah just nice empuk, saya bakar sekejap atas non-stick pan bagi kesan 'hangus-hangus' sikit. 
Dah siap masak, hiris nipis.

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging
2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
5 biji cili kering
3 biji bawang besar
2 sb jintan putih
1 sb jintan manis
6 batang serai
2 1/2 sb gula pasir (lagi sedap guna gula Melaka)
11/2 sb garam

Cara cara:
Basuh daging dan tos dalam 2 jam supaya air benar benar kering.

Kisar semua dengan menggunakan sedikit sahaja air untuk menggerakkan blender.

Perap selama 2-3 jam sebelum daging dibakar di atas dapur arang. Semasa dibakar, renjiskan sedikit minyak. Selepas masak, hiriskan daging nipis nipis dan dihidangkan dengan nasi kerabu.
 


Solok lada ni saya belajar masa balik raya di Kelantan baru ni. Silap juga tak tengok betul-betul sukatannya. Just ingat bahan-bahan je. Kalau nak sedap mertua dan ipar saya kata guna kelapa parut dari kelapa yang masih muda. Tapi kalau kat kampung boleh la nak kait kelapa gitu. Pokok kelapa belakang rumah je. Kat KL ni kelapa parut standard je yang dijual kat kedai-kedai hihi..

Kita guna aje lah sumber yang ada. Takyah nak susah-susahkan diri.

Solok Lada
Oleh : Norliza Othman

5 biji cili hijau cerah
1/2 biji kelapa parut
2 ekor ikan sardin
1/2 batang serai
2 cm halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Asingkan isi ikan sardin mentah (tak perlu masak) dan tumbuk halus dengan lesung batu dan masukkan dalam mangkuk besar.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, serai dan masukkan dalam mangkuk yang sama.
Tumbuk kelapa parut (tak perlu sehingga halus) dan masukkan dalam mangkuk.
Gaul semua bahan dalam mangkuk.
Tambah gula dan garam secukup rasa.
Cili hijau dibelah memanjang dan dibuang biji.
Sumbatkan inti kelapa kedalam cili dan susun dalam pengukus.
Kukus hingga masak.


Ok lah dah siap masak.. Jemput makan semua :D..
Jangan lupa baca doa makan ye hehe...

Monday, 19 May 2014

Homecooked Ala-ala western :) : Resipi Mixed Herbs Roasted Chicken, Sos Black Pepper, Grilled Vege, Mediterranian Rice & coleslaw


Assalamualaikum...

Dah lama tak masak set ala-ala Nandos.  Dulu-dulu pernah try buat set ala-ala Nandos ni [klik sini].  Kali ni teringin nak buat tapi tukar style sikit.  Kali ni tak guna sos Nandos, ganti dengan sos black pepper pulak.  


 Aliff Rayyan memang pandai ambil hati Ummy dia ni.. asyik cakap "sedapla ummy masak, terima kasih ummy".. suruh dia tukar, cakap Alhamdulillah dulu, syukur pada Allah dulu baru berterima kasih pada makhluk.. walaupun ibu sendiri :D

Ammar Naufal pun berselera makan (Ammar memang suka makan). Tapi yang paling dia suka, coleslaw! Siap kena sorok bawah meja (kami makan bersila, meja rendah ala-ala jepun).  Ammar nampak coleslaw dalam pinggan orang lain pun dia boleh 'kaut' terus masuk mulut.. hihiii..

So saya share resipi disini.. boleh olah ikut selera masing-masing :)

Resipi ni Alhamdulillah boleh kata ngam-ngam untuk kami 2 dewasa 3 kanak-kanak. Cuma nasi ada berlebih sikit. Semua pakat ratah lauk je :)

###################


Mixed Herbs Roasted Chicken

Tak pasti nak bagi nama roasted ke grilled.. Tapi saya masak guna pemanggang/kuali ajaib HIG tu


1/2 ekor ayam - potong 2 bahagian
1 tbsp herba campuran kering (mixed herbs)
1 tbsp serbuk bawang putih
2 tbsp sos tiram
sedikit garam

Cara :
Gaul/ratakan ayam dengan bahan perap
Masukkan dalam pemanggang ajaib, tutup dan masak dengan api perlahan
Selepas dalam 8 minit, terbalikkan dan teruskan memasak sehingga ayam masak sepenuhnya

Notakaki : Boleh potong kecil semasa menghidang macam style nasi ayam atau biarkan je seketul besar. 

Mixed Herbs - beli kat Tesco. Serius saya rasa memang sedap buat perap ayam atau apa-apa western food


###################
Black Pepper Sauce

  

1 peket Perencah Berlada Hitam (Black Pepper Mix) Maggi
2.5 cawan air
2 tbsp sos tiram
1 tbsp sos tomato
1 tbsp tepung jagung + 2 tbsp air (optional)

Campurkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung (sekiranya guna), dan masak sehingga mendidih.
Kecilkan api dan biar reneh dalam 5-8minit sehingga agak-agak pekat.

Notakaki: sos nampak cair bila panas. tapi akan lebih likat/pekat bila dah sejuk 

Kalau buat sos black pepper saya suka guna yang ni berbanding yang botol. Tak pun buat from scratch je.. Sos lebih tu boleh simpan makan ngan burger ke..sandwich ke.. masak daging black pepper ke..


###################

Grilled Vege


1 batang timun jepun (zucchini) - hiris
1 batang lobak merah saiz kecil - hiris
1 labu bawang holland (bawang besar kuning) - potong dadu besar
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu besar
2 ulas bawang putih - cincang/tumbuk
1 tbsp mentega
secubit garam
secubit serbuk lada hitam

Panaskan mentega dan tumis bawang putih dalam pemanggang ajaib dengan api sederhana kecil
Masukkan semua bahan lain dan gaul rata
Tutupkan pemanggang ajaib, kecilkan api dan biar masak dalam 3-5 minit sehingga agak-agak layu sikit.

###################




Mediterranian Rice

2.5 pot beras - dibersihkan
Air secukupnya - seperti masak nasi biasa
1 cawan sayur campuran beku (frozen mixed vege)
1 tsp serbuk stok ayam (optional)
3 tbsp mentega
2 ulas bawang putih - cincang/tumbuk
Setitik pewarna kuning telur (optional)
Garam secukup rasa

Cairkan mentega dan masukkan bawang putih
Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak seperti biasa.

Coleslaw

Kobis - hiris halus
Lobak merah - hiris batang mancis halus
Mayonis - secukupnya
Gula - secukup rasa

Gaulkan semua bahan
Simpan dalam peti sejuk sehingga masa menghidang

Notakaki : coleslaw sedap dihidang semasa sejuk

###################

Tu aje :D
Selamat mencuba..

Wednesday, 17 October 2012

Bibimbap ~ Nasi campur versi korea.. we luv it! :)

Salam Rabu...
Kebanyakan orang buat wordless wednesday ya? Tapi saya hari2 cakap banyak so takpe kan.. hehe...

Dinner semalam saya prepare sejenis masakan korea yang agak glemer la kan.. Bibimbap.  Puasa aritu husband ade request bibimbap untuk buka puasa tapi saya tak buat pun maybe sebab ambil masa lama sikit  (pasal sambil masak kene baca resipi hehe) + tak lalu nak masak sebab still mabuk :)

But semalam berjaya buat yeehaa.. 

1st time buat bibimbap ni ada bulan Mac lepas (belum pregnant lagi time tu :)). Even siap pack untuk adik bongsu yang die-hard fan dengan korean thingy hehe..

So apa tu bibimbap? Maksud perkataan :

Bibim = campur / mencampurkan
Bap / bab = nasi
jadi Bibimbap = nasi campur

to be exact bibimbap ni : nasi yang dicampur dengan daging, pelbagai sayur-sayuran, telur mata kerbau, pes cili/sambal cili



did this on March 2012 :)
this one : last night dinner :). Sup tu 'sup telur' utk Husna & Aliff (resepi ada kat bawaaaaah skali)
Untuk menghasilkan Bibimbap kita perlukan :

1. Nasi yang telah dimasak. 
2. Sayur-sayuran (tauge, spinach, lobak merah, zucchini, kosari, cendawan shitake)
3. Daging 
4. Telur mata
5. Pes cili/ sambal cili
6. minyak bijan

* Jenis sayuran tu bukan wajib seperti dalam resipi ni. Boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing-masing. Boleh guna bendi, lada benggala, salmon, cendawan tiram, bayam dll..


dan... Sediakan pinggan yang cukup besar (big platter) untuk isi benda2 semua lah.. macam kat bawah ni...

need 1 big platter :)..
ok let see.. tengok dr tauge kat atas nun (arah jam) : tauge,  cendawan shitake, zucchini, daging kisar, lobak merah, kosari, spinach.
Nak masak bibimbap ni tak guna banyak bahan pun. Bahan asasnya cuma bawang putih, minyak bijan, kicap cair, garam, gula, serbuk lada hitam. So boleh siap-siapkan semua ni atas meja dengan sudu matrik (tsp & tbsp) untuk lebih mudah..

Resipi ni saya ambil dari web Maangchi.  Resipi untuk 4-6 hidangan..

Nasi
bahan
Beras (Kalau nak feel nasi sebenar, guna beras short grain/ calrose rice/ beras sushi)
Air 

Cara:
Masak nasi guna rice cooker aje. sukatan air ikut cara kita masak nasi biasa.
......................................................................................................................................
Tauge 
bahan:
2 genggam (longgar) tauge
1 cawan air
1 tsp garam
1 ulas bawang putih - dicincang
sedikit minyak bijan

Cara :
Bilas tauge 3 kali.
Masukkan tauge ke dalam periuk bersama air & garam. Rebus dalam 20 minit.
Toskan.
Gaul dengan bawang putih, minyak bijan & secubit garam
Susun di atas platter.
......................................................................................................................................


Spinach
bahan:
1 pek spinach
secubit garam
1 tsp kicap cair
1 ulas bawang putih - dicincang
sedikit minyak bijan

Cara :
Masukkan spinach ke dalam periuk dengan air mendidih. Kacau 1 minit.
Bilaskan dalam air sejuk/air paip beberapa kali dan perah perlahan.
gaul bersama garam, kicap cair, bawang putih dan minyak bijan.
Susun di atas platter.
......................................................................................................................................


Zucchini
Bahan:
1-2 batang zucchini - dipotong mancis /guna penyagat je
secubit garam

Cara:
Gaul zucchini dengan secubit garam. Biar beberapa minit.
Saute zucchini dalam non-stick pan dengan api kuat sehingga agak layu.
susun di atas platter.
......................................................................................................................................


Kosari / fernbrake
bahan :
2-3 cawan kosari - dipotong 5-7cm panjang
1 tsp minyak masak
1/2 tbsp gula
1 tbs kicap cair
sedikit minyak bijan

Cara:
Panaskan minyak masak dlm non-stick pan. Saute kosari sekejap.
Masukkan kicap cair & gula. kacau 1-2 minit.
Tambahkan minyak bijan, gaul dan susun dalam platter.

*Kosari ni ada dijual di kedai grocery korea dalam bentuk kering dan telah siap direndam. 
Kalau beli jenis kering, perlu rebus dulu dalam air mendidih selama 30 minit dan kemudian 
biar terendam selam 6-8jam. (1 cawan kosari kering = 20 cawan air)
......................................................................................................................................


Cendawan Shitake
Bahan :
5-7 biji cendawan shitake segar/ kering - dihiris nipis
1 tsp minyak masak
2 tsp kicap cair
1-2 tsp gula
sedikit minyak bijan

Cara:
Saute cendawan bersama minyak masak (dlm non-stick pan)
Masukkan kicap cair, gula & kacau selama 2 minit.
Tambahkan minyak bijan dan kacau sekejap.
Susun dalam platter.
......................................................................................................................................


Daging cincang/kisar
Bahan:
200g daging cincang/kisar - saya guna daging kisar Ramly tu je, sekeping ngam2 200g.
sedikit minyak masak
4 ulas bawang putih - dicincang
1 tbsp kicap cair
1/2 tbsp gula
sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak bijan

Cara:
saute daging bersama minyak masak.
masukkan bawang putih, kicap cair, gula, serbuk lada hitam & minyak bijan.
Kacau hingga masak.
Susun dalam platter.
......................................................................................................................................


Lobak merah
Bahan:
1 batang lobak merah (saiz kecil) - dipotong mancis/ guna penyagat je

Cara:
Saute lobak merah dalam non-stick pan selama lebih kurang 30 saat.
Susun dalam platter.
......................................................................................................................................


Telur mata kerbau
- errr ni tau buat kan :) tapi sesetengah org just pecahkan aje telur tu dalam mangkuk (makan telur tu mentah2 je).. err ikut suka ya :)
......................................................................................................................................


Cara menghidang :
  1. Letak nasi dalam mangkuk yang besar.
  2. Ambil sikit2 semua sayur-sayuran & daging tadi dan susun di sekeliling mangkuk (atas nasi)
  3. Letak telur mata kat tengah-tengah
  4. Hidang bersama minyak bijan & pes/sambal cili

cara hidang sebenar : guna mangkuk la..

alah yang ni pun boleh la... hidang guna pinggan aje.. gaul/makan dgn tangan je

akhir skali, kacau semua bahan dalam mangkuk dan makan! :)

dah kacau :)
Sekiranya tak minat nak makan dengan pes/sambal cili, boleh cuba sos ni..
......................................................................................................................................


Sos Yangnyeomjang :
Bahan:
4 batang daun bawang - dihiris nipis
1/2 cawan kicap cair
1 tbsp bijan
2 tsp gula
1 tbsp minyak bijan

Cara:
Kacau semua bahan dalam mangkuk dan hidang.
......................................................................................................................................


atau sup telur (saya buat ni untuk Husna & Aliff)
......................................................................................................................................


Sup telur :
Bahan :
2 biji telur - dikacau (saya guna 1/2 biji je)
1 tin stok ayam (takde so saya guna kiub ayam dlm suku je)
2 tin air (guna tin yg sama) (saya letak dlm 2 cawan)
2 batang daun bawang - dihiris nipis (saya guna 1 batang je)
garam 
(saya tambah sikit serbuk lada putih)

Cara:
Didihkan air & stok ayam.
Masukkan telur sambil dikacau perlahan.
Tambahkan garam & serbuk lada putih secukup rasa
Hidang sup dan taburkan daun bawang ke atas sup.


aliff susun sendiri semua ni :)
 Sekian... 

Tuesday, 16 October 2012

Homemade Dinner ala Nando's : Resipi ~ Ayam Bakar, Mediterranian Butter Rice, Potato Salad, Coleslaw, Grilled Vege & Jagung Bakar


Assalamualaikum...

Salah satu my fav tempat makan adalah di Nando's.  Tapi makan selalu boleh rabak poket :)
So cuba nak buat sendiri set ala Nando's.  

Definitely tak boleh kata sejibik 100% rasa serupa macam di restoran tapi yang pasti tak perlu nak pergi restoran dah :)

Tapi yang pasti perlu ada sos peri-peri Nando's baru la ada feel yang sama :)


Dinner set saya ni ada half chicken, mediterranean rice, potato salad, coleslaw, grilled vege & jagung bakar.. dan yang tak masuk dalam gambar adalah ice lemon tea :)

Saya share kan resipi untuk dicuba.. tapi maaf kalau takde sukatan tepat.  Biasalah kita ni masak banyak campak2 je :)

Ayam bakar ala nando's


Bahan-bahan :
Setengah ekor ayam - dibersihkan
Sos garlic peri-peri nando's - 1/4 - 1/3 cawan
Perahan dari 1/2biji Lemon
Garam & gula secukup rasa

Cara :
Perap ayam dengan semua bahan. Lagi lama lagi bagus.
Bakar ayam sampai masak.
Tuang sos peri-peri di atas ayam semasa menghidang..


*Saya bakar ayam atas dapur gas menggunakan kuali/pemanggang ala-ala pemanggang ajaib. Saya beli di Hj Ismail Group (HIG), Langkawi. Guna api kecil aje.

Mediterranean Butter Rice (4-5 org)

Bahan :
5 cwn beras (saya cuma buat 2 cawan)
5 tbsp mentega (saya guna 5 tbsp juga)
2 mangkuk mix vege (ikut suka nak letak banyak mana)
2 tsp garam (atau secukupnya)

Cara
Basuh beras dan sukat air seperti memasak nasi biasa. 
Masukkan mentega, mix vege & garam kedalam periuk nasi.
Masak nasi seperti biasa.

Potato Salad

Bahan-bahan:
5 biji kentang saiz sederhana (jenis kulit licin & coklat kekuningan)
garam 
mayonis
1-2 helai daun bawang - dihiris halus

Cara :
Kentang dicuci bersih (tak perlu kupas kulit) dan dipotong dadu 1inci.
Rebus kentang bersama garam
Bila kentang dah empuk, toskan kentang dan alirkan air paip ke atas kentang. Toskan.
Gaul kentang bersama mayonis dan hirisan daun bawang.
Simpan potato salad dalan fridge sehingga masa serving.


Simple Coleslaw

Bahan :
Kobis
Lobak merah
Sos coleslaw / mayonis + gula

Cara:
Kobis & lobak merah di sagat halus. 
Gaul bersama sos coleslaw atau mayonis + sedikit gula

Grilled Vege

love this! :D
Bahan :
1 biji lada benggala hijau - didadu kasar
1 biji bawang besar kuning/holland - didadu kasar
1 batang lobak merah (saiz sederhana) - hiris kasar
1 batang zuccini - hiris kasar
beberapa kelopak kobis bunga
2-3 tbsp mentega
sedikit serbuk lada putih & lada hitam
garam

cara :
Panaskan mentega dalam non-stick pan. Campurkan semua sayur dan balik-balikkan sehingga agak layu.
Masukkan serbuk lada hitam & lada putih & garam secukupnya.
* Saya guna kuali HIG tu juga. Dah gaul2 butter & sayur tu, saya tutup kuali tu dan biarkan kejap then last baru letak garam & serbuk lada hitam/putih tu..

Jagung bakar


Bahan :
2 biji tongkol jagung - potong 3
mentega
garam

Cara :
Rebus tongkol jagung.
Golekkan jagung + mentega + garam di dalam non-stick pan dengan api sederhana..
*saya guna kuali HIG tu jugak ;)

makan sampai puas.. but tak terhabis pun... :)

kuali HIG ala-ala pemanggang ajaib yag famous tu..