Showing posts with label Resipi : Ayam. Show all posts
Showing posts with label Resipi : Ayam. Show all posts

Wednesday, 14 September 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Ayam Bakar (Cubaan Pertama)

Assalamualaikum dan hello :)

Salam Aidiladha..
Mesti ramai yang masih bercuti tapi since saya hanya beraya di Selangor je tahun ni (sebab tengah sarat mengandung), hari Selasa dah masuk pejabat :). Tak ramai pun yang ada. 5 orang je kat Tingkat 10 ni.

Tapi yang bagusnya jalan tak jem.. hoorayy.. pergi balik kerja laju aje drive hehe...
Balik kerja sampai rumah pun kira awal lah juga. Boleh lah nak masak dinner. Time sarat tak sanggup nak berdiri lama kat dapur. Sejak anak 2nd bila kandungan besar aje, adalah lower back pain bila berdiri lama-lama ni.

Tapi bersyukur dengan adanya PHILIPS Pressure Cooker ni, just campak-campak, tekan-tekan, beep... dah masak :). Dapur pun tak berkecah dah.  

Semalam kali pertama nak guna function 'Bake' dan nak guna preset timer yang dah di set kan. Cuba try test :D. So menu yang nak dicuba adalah Ayam Bakar. Bahan apa yang ada dalam peti ais sahaja. Ayam pun cuba yang masih beku lagi. Tak thaw.

Set dinner. Tak masuk dalam gambar, Oregano Buttered Rice dan Sos lada hitam

Ayam Bakar PPC
oleh : Norliza Othman

Bahan-bahan:
2 ketul peha ayam (whole leg)
3 ulas bawang putih (cincang) 
3 tbsp herba campuran (mixed herbs)
3 tbsp sos tiram
2 tbsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada hitam
sedikit garam

2 biji kentang (potong 4)
1 biji bawang besar (potong 4)
1 batang lobak merah (potong besar2)
Cara-cara :
  1. Gaul ayam dengan semua bahan-bahan.
  2. Masukkan dalam PHILIPS Pressure Cooker
  3. Tekan 'Bake - Chicken' (masa secara automatik ditetapkan pada 18 minit)
  4. Tombol/knob/valve di posisi 'Bake' (kiri sekali)
  5. Tekan 'start'
  6. Tunggu siap.
ayam nampak togel sebab kulit ayam dah kena cilok dengan Ammar.. tak sabar nak makan dah hehe

Saya hidang dengan Oregano Buttered Rice (Nasi Mentega Oregano) yang juga dimasak dalam PPC selepas ayam siap masak. Dan coleslaw serta sos lada hitam.  Tapi tak snap pula sebarang gambar hehe...

HASIL :
  1. Hasil Ayam Bakar PPC ni, rasanya sedap! Walaupun bahan tidaklah banyak dan canggih mana.
  2. Dan ayam cukup masak dan lembut walaupun ayam tu beku-beku masuk dalam PPC :). 
  3. Cuma sayuran memang terlajak masak, jadi terlalu lembut kentang, lobak merah dan bawang, ada juga yang hangus sebelah hehe. 
  4. Ayam terlebih browned/charred (hangus) di sebelah sahaja sebab tak terbalikkan ayam dari mula memasak.
Ada bahagian kentang yang terlajak hangus hehe... tak apa kita perbaiki lagi.. tapi rasa mantop

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
  1. Sayuran tak dimasukkan bersama ayam pada awal masa memasak untuk elak terlebih masak/hangus.
  2. Mungkin boleh masukkan sayuran di pertengahan masa memasak = 9minit.
  3. Terbalikkan ayam supaya kesan 'hangus/charred/browned' itu sekata juga di pertengahan masa memasak = 9minit.

Ok, boleh cuba lagi buat ayam bakar lepas ni yeayyy!!! Kita cuba dengan cadangan penambahbaikan ni dan tengok macam mana pula hasilnya ye :D

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik.. 

Monday, 19 May 2014

Homecooked Ala-ala western :) : Resipi Mixed Herbs Roasted Chicken, Sos Black Pepper, Grilled Vege, Mediterranian Rice & coleslaw


Assalamualaikum...

Dah lama tak masak set ala-ala Nandos.  Dulu-dulu pernah try buat set ala-ala Nandos ni [klik sini].  Kali ni teringin nak buat tapi tukar style sikit.  Kali ni tak guna sos Nandos, ganti dengan sos black pepper pulak.  


 Aliff Rayyan memang pandai ambil hati Ummy dia ni.. asyik cakap "sedapla ummy masak, terima kasih ummy".. suruh dia tukar, cakap Alhamdulillah dulu, syukur pada Allah dulu baru berterima kasih pada makhluk.. walaupun ibu sendiri :D

Ammar Naufal pun berselera makan (Ammar memang suka makan). Tapi yang paling dia suka, coleslaw! Siap kena sorok bawah meja (kami makan bersila, meja rendah ala-ala jepun).  Ammar nampak coleslaw dalam pinggan orang lain pun dia boleh 'kaut' terus masuk mulut.. hihiii..

So saya share resipi disini.. boleh olah ikut selera masing-masing :)

Resipi ni Alhamdulillah boleh kata ngam-ngam untuk kami 2 dewasa 3 kanak-kanak. Cuma nasi ada berlebih sikit. Semua pakat ratah lauk je :)

###################


Mixed Herbs Roasted Chicken

Tak pasti nak bagi nama roasted ke grilled.. Tapi saya masak guna pemanggang/kuali ajaib HIG tu


1/2 ekor ayam - potong 2 bahagian
1 tbsp herba campuran kering (mixed herbs)
1 tbsp serbuk bawang putih
2 tbsp sos tiram
sedikit garam

Cara :
Gaul/ratakan ayam dengan bahan perap
Masukkan dalam pemanggang ajaib, tutup dan masak dengan api perlahan
Selepas dalam 8 minit, terbalikkan dan teruskan memasak sehingga ayam masak sepenuhnya

Notakaki : Boleh potong kecil semasa menghidang macam style nasi ayam atau biarkan je seketul besar. 

Mixed Herbs - beli kat Tesco. Serius saya rasa memang sedap buat perap ayam atau apa-apa western food


###################
Black Pepper Sauce

  

1 peket Perencah Berlada Hitam (Black Pepper Mix) Maggi
2.5 cawan air
2 tbsp sos tiram
1 tbsp sos tomato
1 tbsp tepung jagung + 2 tbsp air (optional)

Campurkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung (sekiranya guna), dan masak sehingga mendidih.
Kecilkan api dan biar reneh dalam 5-8minit sehingga agak-agak pekat.

Notakaki: sos nampak cair bila panas. tapi akan lebih likat/pekat bila dah sejuk 

Kalau buat sos black pepper saya suka guna yang ni berbanding yang botol. Tak pun buat from scratch je.. Sos lebih tu boleh simpan makan ngan burger ke..sandwich ke.. masak daging black pepper ke..


###################

Grilled Vege


1 batang timun jepun (zucchini) - hiris
1 batang lobak merah saiz kecil - hiris
1 labu bawang holland (bawang besar kuning) - potong dadu besar
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu besar
2 ulas bawang putih - cincang/tumbuk
1 tbsp mentega
secubit garam
secubit serbuk lada hitam

Panaskan mentega dan tumis bawang putih dalam pemanggang ajaib dengan api sederhana kecil
Masukkan semua bahan lain dan gaul rata
Tutupkan pemanggang ajaib, kecilkan api dan biar masak dalam 3-5 minit sehingga agak-agak layu sikit.

###################




Mediterranian Rice

2.5 pot beras - dibersihkan
Air secukupnya - seperti masak nasi biasa
1 cawan sayur campuran beku (frozen mixed vege)
1 tsp serbuk stok ayam (optional)
3 tbsp mentega
2 ulas bawang putih - cincang/tumbuk
Setitik pewarna kuning telur (optional)
Garam secukup rasa

Cairkan mentega dan masukkan bawang putih
Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak seperti biasa.

Coleslaw

Kobis - hiris halus
Lobak merah - hiris batang mancis halus
Mayonis - secukupnya
Gula - secukup rasa

Gaulkan semua bahan
Simpan dalam peti sejuk sehingga masa menghidang

Notakaki : coleslaw sedap dihidang semasa sejuk

###################

Tu aje :D
Selamat mencuba..

Tuesday, 16 October 2012

Homemade Dinner ala Nando's : Resipi ~ Ayam Bakar, Mediterranian Butter Rice, Potato Salad, Coleslaw, Grilled Vege & Jagung Bakar


Assalamualaikum...

Salah satu my fav tempat makan adalah di Nando's.  Tapi makan selalu boleh rabak poket :)
So cuba nak buat sendiri set ala Nando's.  

Definitely tak boleh kata sejibik 100% rasa serupa macam di restoran tapi yang pasti tak perlu nak pergi restoran dah :)

Tapi yang pasti perlu ada sos peri-peri Nando's baru la ada feel yang sama :)


Dinner set saya ni ada half chicken, mediterranean rice, potato salad, coleslaw, grilled vege & jagung bakar.. dan yang tak masuk dalam gambar adalah ice lemon tea :)

Saya share kan resipi untuk dicuba.. tapi maaf kalau takde sukatan tepat.  Biasalah kita ni masak banyak campak2 je :)

Ayam bakar ala nando's


Bahan-bahan :
Setengah ekor ayam - dibersihkan
Sos garlic peri-peri nando's - 1/4 - 1/3 cawan
Perahan dari 1/2biji Lemon
Garam & gula secukup rasa

Cara :
Perap ayam dengan semua bahan. Lagi lama lagi bagus.
Bakar ayam sampai masak.
Tuang sos peri-peri di atas ayam semasa menghidang..


*Saya bakar ayam atas dapur gas menggunakan kuali/pemanggang ala-ala pemanggang ajaib. Saya beli di Hj Ismail Group (HIG), Langkawi. Guna api kecil aje.

Mediterranean Butter Rice (4-5 org)

Bahan :
5 cwn beras (saya cuma buat 2 cawan)
5 tbsp mentega (saya guna 5 tbsp juga)
2 mangkuk mix vege (ikut suka nak letak banyak mana)
2 tsp garam (atau secukupnya)

Cara
Basuh beras dan sukat air seperti memasak nasi biasa. 
Masukkan mentega, mix vege & garam kedalam periuk nasi.
Masak nasi seperti biasa.

Potato Salad

Bahan-bahan:
5 biji kentang saiz sederhana (jenis kulit licin & coklat kekuningan)
garam 
mayonis
1-2 helai daun bawang - dihiris halus

Cara :
Kentang dicuci bersih (tak perlu kupas kulit) dan dipotong dadu 1inci.
Rebus kentang bersama garam
Bila kentang dah empuk, toskan kentang dan alirkan air paip ke atas kentang. Toskan.
Gaul kentang bersama mayonis dan hirisan daun bawang.
Simpan potato salad dalan fridge sehingga masa serving.


Simple Coleslaw

Bahan :
Kobis
Lobak merah
Sos coleslaw / mayonis + gula

Cara:
Kobis & lobak merah di sagat halus. 
Gaul bersama sos coleslaw atau mayonis + sedikit gula

Grilled Vege

love this! :D
Bahan :
1 biji lada benggala hijau - didadu kasar
1 biji bawang besar kuning/holland - didadu kasar
1 batang lobak merah (saiz sederhana) - hiris kasar
1 batang zuccini - hiris kasar
beberapa kelopak kobis bunga
2-3 tbsp mentega
sedikit serbuk lada putih & lada hitam
garam

cara :
Panaskan mentega dalam non-stick pan. Campurkan semua sayur dan balik-balikkan sehingga agak layu.
Masukkan serbuk lada hitam & lada putih & garam secukupnya.
* Saya guna kuali HIG tu juga. Dah gaul2 butter & sayur tu, saya tutup kuali tu dan biarkan kejap then last baru letak garam & serbuk lada hitam/putih tu..

Jagung bakar


Bahan :
2 biji tongkol jagung - potong 3
mentega
garam

Cara :
Rebus tongkol jagung.
Golekkan jagung + mentega + garam di dalam non-stick pan dengan api sederhana..
*saya guna kuali HIG tu jugak ;)

makan sampai puas.. but tak terhabis pun... :)

kuali HIG ala-ala pemanggang ajaib yag famous tu..

Thursday, 12 July 2012

Resipi : Mapadubu/Mapa tofu (마파두부)

Assalamulaikum...
Khamis sudah.. bulan puasa pun dah dekat sangat dah :)

Hari ni just nak share dengan semua salah satu makanan Korea yang menjadi kegemaran saya dan en.somi.  Namanya Mapadubu/Mapa tofu (마파두부).  Resipi ni saya ambil dari web Maangchi yang memang terkenal lah kepada peminat-peminat makanan Korea seluruh dunia.. Memang mostly omputih la yg visit web dia ni.. 

Dah beberapa kali saya masak Mapadubu ni (sebelum pregnant lah ye.. sekarang cuti panjang tak memasak :)).  Bahan utamanya adalah Dubu (두부) iaitu tofu atau dalam bahasa kita tauhu lah cuma bukan jenis yang keras yang selalu ada kat kedai yang 30sen sebiji tu.  Ada satu lagi jenis tauhu (kat kedai jugak) tapi dia agak lembut sikit atau 'medium firm'. Haaa, jenis yg ni lah yang sesuai.. Jap, saya letak gambo..

:: tauhu ni memang best!! ::
Haaa... tauhu cam kat atas ni la ye.. saya memang beli jenis ni aje, tak keras sangat & tak lembik sangat. Buat tauhu sumbat pun memang terbaik!! :). Since kami suami isteri memang sangat suka makan tauhu especially en.somi ku sayang :), Mapadubu ni memang menepati tekak kami :)..



So back to recipe, saya terjemahkan dalam bahasa melayu lah kali ni... kalau nak english version berserta video memasaknya, boleh lawat web Maangchi di sini.

Mapadubu/Mapa tofu (마파두부).

Bahan-bahan:

Bahan A : dipotong dadu besar-besar saiz ½inci
1 pek (400g) tauhu lembut/tofu
230g dada/isi ayam
¾ cawan lobak merah
1 biji bawang besar kuning/holland

Bahan lain :
1-2 sudu besar minyak sayuran/ minyak masak biasa
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil halia (dicincang)
½ cawan kacang walnut
7 batang daun bawang (hiris ¼ inci panjang),
1 biji cili hijau (hiris)
1 biji cili merah (hiris)
3 biji cili kering
¼ cawan sos tiram
1 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung jagung (dilarutkan dengan 1 sudu besar air)
1 sudu kecil minyak bijan

Cara memasak (2-4 servings):
Masa memasak: 40-50 minit

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan cili kering, bawang putih & halia. Kacau 10-15 saat.
  3. Masukkan dada/isi ayam. Kacau beberapa minit.
  4. Masukkan lada hitam, lobak merah, bawang, walnut, sos tiram dan air.
  5. Biarkan ia masak selama 8-10 minit sampai ayam masak sepenuhnya
  6. Masukkan tofu/tauhu. Kacau perlahan supaya tauhu tak pecah.
  7. Masukkan daun bawang, cili hijau & cili merah
  8. Kacau sekali-sekala, biarkan masak beberapa minit.
  9. Masukkan tepung jagung yg telah dilarutkan dgn air tadi.
  10. Akhir sekali masukkan minyak bijan dan kacau perlahan.
  11. Siap!. Boleh dihidangkan.

Makan satu lauk ni dengan nasi panas dah mencukupi sebab dia dah ada sayur & ayam sekali dalam satu hidangan. Lengkap & perfect!.