Assalamulaikum...
Khamis sudah.. bulan puasa pun dah dekat sangat dah :)
Hari ni just nak share dengan semua salah satu makanan Korea yang menjadi kegemaran saya dan en.somi. Namanya Mapadubu/Mapa tofu (마파두부). Resipi ni saya ambil dari web Maangchi yang memang terkenal lah kepada peminat-peminat makanan Korea seluruh dunia.. Memang mostly omputih la yg visit web dia ni..
Dah beberapa kali saya masak Mapadubu ni (sebelum pregnant lah ye.. sekarang cuti panjang tak memasak :)). Bahan utamanya adalah Dubu (두부) iaitu tofu atau dalam bahasa kita tauhu lah cuma bukan jenis yang keras yang selalu ada kat kedai yang 30sen sebiji tu. Ada satu lagi jenis tauhu (kat kedai jugak) tapi dia agak lembut sikit atau 'medium firm'. Haaa, jenis yg ni lah yang sesuai.. Jap, saya letak gambo..
:: tauhu ni memang best!! :: |
Haaa... tauhu cam kat atas ni la ye.. saya memang beli jenis ni aje, tak keras sangat & tak lembik sangat. Buat tauhu sumbat pun memang terbaik!! :). Since kami suami isteri memang sangat suka makan tauhu especially en.somi ku sayang :), Mapadubu ni memang menepati tekak kami :)..
So back to recipe, saya terjemahkan dalam bahasa melayu lah kali ni... kalau nak english version berserta video memasaknya, boleh lawat web Maangchi di sini.
Mapadubu/Mapa tofu (마파두부).
Bahan-bahan:
Bahan A : dipotong dadu besar-besar saiz ½inci
1 pek (400g) tauhu lembut/tofu
230g dada/isi ayam
¾ cawan lobak merah
1 biji bawang besar kuning/holland
Bahan lain :
1-2 sudu besar minyak sayuran/ minyak masak biasa
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil halia (dicincang)
½ cawan kacang walnut
7 batang daun bawang (hiris ¼ inci panjang),
1 biji cili hijau (hiris)
1 biji cili merah (hiris)
3 biji cili kering
¼ cawan sos tiram
1 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung jagung (dilarutkan dengan 1 sudu besar air)
1 sudu kecil minyak bijan
Cara memasak (2-4 servings):
Masa memasak: 40-50 minit
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Masukkan cili kering, bawang putih & halia. Kacau 10-15 saat.
- Masukkan dada/isi ayam. Kacau beberapa minit.
- Masukkan lada hitam, lobak merah, bawang, walnut, sos tiram dan air.
- Biarkan ia masak selama 8-10 minit sampai ayam masak sepenuhnya
- Masukkan tofu/tauhu. Kacau perlahan supaya tauhu tak pecah.
- Masukkan daun bawang, cili hijau & cili merah
- Kacau sekali-sekala, biarkan masak beberapa minit.
- Masukkan tepung jagung yg telah dilarutkan dgn air tadi.
- Akhir sekali masukkan minyak bijan dan kacau perlahan.
- Siap!. Boleh dihidangkan.
Makan satu lauk ni dengan nasi panas dah mencukupi sebab dia dah ada sayur & ayam sekali dalam satu hidangan. Lengkap & perfect!.
sedap & nmpk mudah nak buat... boleh try...
ReplyDeleteWah..sgt menyelerakan..hehe.
ReplyDeleteLagi tgh ngandung eh liza..
Yang cube tray tu,aku beli kat fabulous mom.actually tu tuk emb storage..hehe.ko masuk site tu,ko pi bahagian breastfeeding storage
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletelia :
ReplyDeleteyup senang aje :)
ashra:
ReplyDeletenyum nyum.. sedap :)
oo fabulous mom ye? sbb ia sangat cute. nanti leh terjah sana :). tq ashra..