Assalamualaikum dan hello :)
Salam Aidiladha..
Mesti ramai yang masih bercuti tapi since saya hanya beraya di Selangor je tahun ni (sebab tengah sarat mengandung), hari Selasa dah masuk pejabat :). Tak ramai pun yang ada. 5 orang je kat Tingkat 10 ni.
Tapi yang bagusnya jalan tak jem.. hoorayy.. pergi balik kerja laju aje drive hehe...
Balik kerja sampai rumah pun kira awal lah juga. Boleh lah nak masak dinner. Time sarat tak sanggup nak berdiri lama kat dapur. Sejak anak 2nd bila kandungan besar aje, adalah lower back pain bila berdiri lama-lama ni.
Tapi bersyukur dengan adanya PHILIPS Pressure Cooker ni, just campak-campak, tekan-tekan, beep... dah masak :). Dapur pun tak berkecah dah.
Semalam kali pertama nak guna function 'Bake' dan nak guna preset timer yang dah di set kan. Cuba try test :D. So menu yang nak dicuba adalah Ayam Bakar. Bahan apa yang ada dalam peti ais sahaja. Ayam pun cuba yang masih beku lagi. Tak thaw.
Set dinner. Tak masuk dalam gambar, Oregano Buttered Rice dan Sos lada hitam |
Ayam Bakar PPC
oleh : Norliza Othman
Bahan-bahan:
2 ketul peha ayam (whole leg)
3 ulas bawang putih (cincang)
3 tbsp herba campuran (mixed herbs)
3 tbsp sos tiram
2 tbsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada hitam
sedikit garam
2 biji kentang (potong 4)
1 biji bawang besar (potong 4)
1 batang lobak merah (potong besar2)
Cara-cara :
- Gaul ayam dengan semua bahan-bahan.
- Masukkan dalam PHILIPS Pressure Cooker
- Tekan 'Bake - Chicken' (masa secara automatik ditetapkan pada 18 minit)
- Tombol/knob/valve di posisi 'Bake' (kiri sekali)
- Tekan 'start'
- Tunggu siap.
ayam nampak togel sebab kulit ayam dah kena cilok dengan Ammar.. tak sabar nak makan dah hehe |
Saya hidang dengan Oregano Buttered Rice (Nasi Mentega Oregano) yang juga dimasak dalam PPC selepas ayam siap masak. Dan coleslaw serta sos lada hitam. Tapi tak snap pula sebarang gambar hehe...
HASIL :
- Hasil Ayam Bakar PPC ni, rasanya sedap! Walaupun bahan tidaklah banyak dan canggih mana.
- Dan ayam cukup masak dan lembut walaupun ayam tu beku-beku masuk dalam PPC :).
- Cuma sayuran memang terlajak masak, jadi terlalu lembut kentang, lobak merah dan bawang, ada juga yang hangus sebelah hehe.
- Ayam terlebih browned/charred (hangus) di sebelah sahaja sebab tak terbalikkan ayam dari mula memasak.
Ada bahagian kentang yang terlajak hangus hehe... tak apa kita perbaiki lagi.. tapi rasa mantop |
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
- Sayuran tak dimasukkan bersama ayam pada awal masa memasak untuk elak terlebih masak/hangus.
- Mungkin boleh masukkan sayuran di pertengahan masa memasak = 9minit.
- Terbalikkan ayam supaya kesan 'hangus/charred/browned' itu sekata juga di pertengahan masa memasak = 9minit.
Ok, boleh cuba lagi buat ayam bakar lepas ni yeayyy!!! Kita cuba dengan cadangan penambahbaikan ni dan tengok macam mana pula hasilnya ye :D
Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.
Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik..
Terima kasih share resepi dan experience
ReplyDeletesama-sama. moga bermanfaat :)
Delete