Assalamualaikum dan hello :)
Last last weekend saya menerai (try) resipi "nasi kerabu terlajak sedap" dari blog kak Azie Kitchen. Hasilnya memang marvelous lah. Jangan tanya berapa pinggan saya makan
haha!! Tuan resipi dah kata terlajak sedap, saya dah try memang terbukti super sedap lah.. Habis punah dietku setahun lepas. Lepas bersalin ni kena gigih
dapatkan balik berat ideal hehehe...
Save resipi dah lama dah pun simpan dalam Evernote dalam phone sejak dok belajar masakan-masakan Kelantan ni. Tapi belum berkesempatan nak buat.
Ni lah pun masalahnya bila pregnant ni macam-macam makanan rasa nak makan. Haritu malam-malam dok tanya husband, ade tak orang jual nasi kerabu malam-malam.. husband cakap kat Kelantan pun nak cari nasi kerabu tengah hari pun susah, ni pulak nak cari malam-malam hihii..
Since minggu tu membuak-buak rasa nak makan nasi kerabu, cakap dengan husband nak masak sendiri lah. List kan semua bahan-bahan yang nak dibeli Jumaat tu, tapi bila balik kerja dok cari ikan sardin semua kedai habis. So pagi-pagi Sabtu lah shopping barang.
Nasi kerabu ni memang pada saya renyah juga nak membuatnya. Ambil masa yang lama kalau nak hadap 1 hari. So ingat Jumaat malam nak masak sambal tumis dengan sambal ikan. Tapi dek ikan takde, just dapat masak sambal tumis aje lah malam tu. Dan siapkan kopek bawang segala.
Saya memang ikut semua sukatan yang kak Azie share cuma nasi je saya masak 3.5 cawan sebab periuk nasi kecil.
Saya copy paste resipi Kak Azie kat sini untuk mudahkan saya cari balik nanti. Apapun terima kasih :D
Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Sambal kelapa ini sedap juga makan dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.
Sambal Cili (saya tak guna resipi ni sebab dah memang ada sambal lada kat rumah)
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan (saya tak guna sebab takde stok kat kedai huhu)
Tauge (saya tambah)

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi
5 1/2 pot beras (saya masak 3.5 cawan beras)
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru) (saya guna pewarna kuning 4 titis sahaja)
2 helai daun pandan (saya gantikan dengan serai & daun limau purut)
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Daging bakar
Keropok goreng
Telur masin
Daging bakar
Solok lada
Untuk daging bakar ni, saya still gunakan resipi kak Azie tapi taklah
sampai 1kg daging. Just dalam 300g je. So saya bahagi resipi pada 3
untuk sukatan yang sesuai. Dan disebabkan masa kurang, saya tak perap
lama-lama pun. Just gaul-gaul bahan, masukkan semua daging, bahan
perapan dan air dalam pressure cooker dalam 15-20 minit. Masa tu daging
dah just nice empuk, saya bakar sekejap atas non-stick pan bagi kesan 'hangus-hangus' sikit.
Dah siap
masak, hiris nipis.
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg daging
2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
5 biji cili kering
3 biji bawang besar
2 sb jintan putih
1 sb jintan manis
6 batang serai
2 1/2 sb gula pasir (lagi sedap guna gula Melaka)
11/2 sb garam
Cara cara:
Basuh daging dan tos dalam 2 jam supaya air benar benar kering.
Kisar semua dengan menggunakan sedikit sahaja air untuk menggerakkan blender.
Perap selama 2-3 jam sebelum daging dibakar di atas dapur arang. Semasa dibakar, renjiskan sedikit minyak. Selepas masak, hiriskan daging nipis nipis dan dihidangkan dengan nasi kerabu.

Solok lada ni saya belajar masa balik raya di Kelantan baru ni. Silap juga tak tengok betul-betul sukatannya. Just ingat bahan-bahan je. Kalau nak sedap mertua dan ipar saya kata guna kelapa parut dari kelapa yang masih muda. Tapi kalau kat kampung boleh la nak kait kelapa gitu. Pokok kelapa belakang rumah je. Kat KL ni kelapa parut standard je yang dijual kat kedai-kedai hihi..
Kita guna aje lah sumber yang ada. Takyah nak susah-susahkan diri.
Solok Lada
Oleh : Norliza Othman
5 biji cili hijau cerah
1/2 biji kelapa parut
2 ekor ikan sardin
1/2 batang serai
2 cm halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Asingkan isi ikan sardin mentah (tak perlu masak) dan tumbuk halus dengan lesung batu dan masukkan dalam mangkuk besar.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, serai dan masukkan dalam mangkuk yang sama.
Tumbuk kelapa parut (tak perlu sehingga halus) dan masukkan dalam mangkuk.
Gaul semua bahan dalam mangkuk.
Tambah gula dan garam secukup rasa.
Cili hijau dibelah memanjang dan dibuang biji.
Sumbatkan inti kelapa kedalam cili dan susun dalam pengukus.
Kukus hingga masak.
Ok lah dah siap masak.. Jemput makan semua :D..
Jangan lupa baca doa makan ye hehe...
Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1