Monday, 9 June 2014

Ku ingin jadi Work-At-Home-Mom!

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah hampir sampai ke penghujungnya.  Tak lama lagi Husna dan Aliff akan mulakan semula persekolahan..

So minggu ni husband decide nak balik kampungnya.. ermm actually dia dah buat keputusan awal-awal lagi tapi dok diam-diam tak bagitau ;)

Saya lah rasa tersepit sikit sebab ikutkan full jadual setiap weekend.  

Macam 1st weekend ada kenduri aqiqah anak buah, baby Thaqif Naufal.  Sebab dah janji nak buatkan sikit cupcake dan takoyaki, kenalah tunaikan.. 


2nd weekend ada Shaklee National Conference (NC) di Sunway Pyramid Convention Centre.  Berhajat sangat nak pergi jumpa the team.  Lagipun dekat sangat dengan rumah parents.. Rugi rasanya tak ambil peluang yang datang setahun sekali je..

Our Team, The Most Happening Shaklee Team in Malaysia!!
CEO Shaklee, Roger Barnett
 Dan 3rd weekend dah register untuk hadir program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di MIECC Seri Kembangan. Hmm lagi lah tak boleh nak let go.  Dah register siap.

Mulanya memang dah cari jalan macam mana nak slot in lagi hal balik kampung. Tapi tak jumpa jalan terbaik. Sudahnya terpaksa let go NC.  Sambil berdoa agar Allah beri ganti yang terbaik sebab nak penuhi hajat suami dan mertua yang menggembirakan hati mereka sekeluarga. :)

Itulah dilema saya.. 

Rasa kasihan juga kat suami sebab saya yang tak boleh nak berlama-lama cuti.  Dah la balik sekali sekala aje.. Nak buat camne, bekerja makan gaji huhu.. cuti pulak sikit je..

Tengah-tengah cuti ni pun berdesup-desup emel dari bos masuk.. alahai... bikin stress!!

Kalaulah kerja saya fleksibel, tak terikat dengan waktu pejabat, cuti tahunan yang terhad.. tentunya saya tak kisah kemana-mana sahaja, bercuti je bila-bila masa..

Tapi bisnes tetap jalan.. sebab semua dihujung jari (online)
Gaji/pendapatan tetap masyuk..
Tanggung jawab sebagai isteri, ibu tetap sempurna..
Tanggung jawab sebagai hamba kepadaNya dapat di upgrade dari masa ke masa..

Tu yang menyebabkan saya lebih serius untuk lihat peluang menjadi work-at-home-mom.. 

.
Alhamdulillah Allah tunjuk jalannya melalui Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS).  Ia bermula pada saat saya menghabiskan  membaca ebook yang sangat memberi motivasi ini  [klik sini untuk download PERCUMA].

Saya telah dipertemukan dengan mentor yang banyak membantu saya dan team kami untuk mencapai impian kami..

InsyaAllah saya akan usahakan sebaik mungkin agar semua impian saya tercapai.. 
Pastinya dengan izin Allah..

Sekarang ni hari-hari pasakkan dalam minda..
"Saya adalah Work-At-Home-Mom yang Kaya, Berjaya & Bahagia!!"
InsyaAllah soon... :)
Mohon doakan :)

4 comments:

  1. insyaa Allah... ada rezki tu satu hari nanti.. kalau kene dengan cara nya.. Allah akan permudahkan jalan trsbut.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aty_Fared..
      in syaa Allah moga-moga terkabul impian tu :)

      Delete
  2. sy nak try tp tkde keyakinan la.. >_<

    leh tak sapa2 bantu sy .. :(

    salam singgah dari http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. afasz,
      tq sudi komen di blog. salam kenal :)
      afasz pun berminat nak jadi WAHM ye? same lah kita..
      jom bantu sama-sama..

      kalau tak keberatan boleh emel ke sy ye.. sy guide kan caranya illieaza@gmail.com
      tq :)

      Delete