Friday, 20 June 2014

Vitamin Untuk Kecantikan Kulit : Mana Lebih Baik? Makan vs Pakai?

Assalamualaikum...

Kulit yang sihat dan cantik selalu sinonim dengan keperluan nutrien tambahan seperti vitamin.  Biasanya mana-mana set penjagaan kulit harian pasti ada statement DIPERKAYA dengan VITAMIN bla.. bla.. bla...


Dan kita pun pasti akan cari set penjagaan kulit yang mempunyai vitamin tertentu kerana memang diketahui vitamin-vitamin ini memang penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Kalau tidak, manakan ada perkhidmatan untuk suntikan Vitamin C diwajah dan sebagainya..

Vitamin untuk kesihatan kulit ini antaranya adalah Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B dan Vitamin E. Masing-masing punya khasiat dan kebaikan yang tersendiri.  


Dan tahukah anda, vitamin-vitamin ini boleh dimakan dan boleh dipakai?? Tahu?? 
Ok.. jadi persoalan seterusnya adalah..

Mana lagi baik? MAKAN? PAKAI? atau KEDUA-DUANYA?

MAKAN??
atau PAKAI??

Cara mana yang memberi kesan yang lebih optimum??

Disini saya ada sertakan jawapan melalui artikel yang dikongsikan di www.prevention.com [sila klik untuk artikel asal]

Vitamin A


Secara oral (makan) : 
Kebanyakan dari kita boleh memperolehi vitamin A dari diet harian.  Namun begitu, kita masih boleh mendapatkan vitamin A dari pemakanan tambahan.  Cuma pastikan Vitamin A diambil tidak melebihi dos 5000 IU sehari.

Kebaikan/ khasiat : 
Vitamin A terbukti untuk membersihkan jerawat dan mengurangkan kemunculan liang (pore) dan garis-garis halus

Rumusan mana yang lebih baik:
PAKAI 
Vitamin A sangat efektif dalam bentuk preskripsi.

Vitamin B

Secara oral (makan) :
Vitamin B menunjukkan kesan perubahan ketara sekiranya kulit kita memang mengalami kekurangan nutrien yang diperlukan kulit. Kalau tak, tak berapa nampak kesan ketara.

Kebaikan/khasiat : 
Kajian menunjukkan bahawa Panthenol (B5) dan niacinamide (B3), ditambah kepada produk penjagaan kulit, membantu kulit terhidrat dan juga menyama-ratakan ton warna kulit.

Rumusan mana yang lebih baik : 
PAKAI.  

Vitamin C


Secara oral (makan) :
Mengambil vitamin C membantu dalam menangani kesan pendedahan matahari dengan mengurangkan kerosakan radikal bebas, yang boleh menyebabkan kedutan dan kanser.

Kebaikan/ khasiat :
Ia boleh mengurangkan kerosakan matahari dan meningkatkan pengeluaran kolagen jika vitamin C tersebut  dalam bentuk yang efektif dan stabil.

Cari perkataan "L-ascorbic acid," "ascorbic palmitate," atau "magnesium ascorbyl phosphate" pada label botol vitamin C anda.

Rumusan mana yang lebih baik : 
MAKAN DAN PAKAI. 
Makan 500mg hingga 2,000 mg sehari dan gunakan penjagaan kulit yang mempunyai kandungan vitamin C kepada kulit anda.

Vitamin E


Secara oral (makan):
Mengambil 400 IU vitamin E setiap hari boleh mengurangkan kedutan dan memperbaiki tekstur kulit. Cari produk vitamin E yang mempunyai perkataan "semula jadi" atau "d-alpha tocopherol" pada label.

Kebaikan/ khasiat :
Kajian awal menunjukkan bahawa vitamin E dapat membantu mengurangkan kerosakan kulit yang kronik akibat pendedahan kepada sinar UV.

Rumusan mana yang lebih baik:
MAKAN sekarang, PAKAI kemudian. 
Makan pil/kapsul vitamin E adalah cara terbaik untuk mendapatkan khasiat vitamin E, namun begitu pemakaian vitamin E pada kulit tetap menunjukkan kebaikan.


SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE

Nutrisi yang baik dan diet yang seimbang sebenarnya lebih banyak membantu dalam penghasilan kulit yang cantik.  Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioxidan adalah yang terbaik untuk keseluruhan badan terutamanya kulit.

Kesemua vitamin A, B Complex, C dan E ini boleh didapati di dalam diet seimbang. Tetapi jika anda tidak dapat mengamalkan cara pemakanan yang betul, anda sebenarnya boleh mendapatkan vitamin-vitamin yang diperlukan dalam bentuk suplemen.

Tapi pastikan anda ambil suplemen yang dihasilkan 100% daripada bahan-bahan semulajadi iaitu daripada sumber makanan dan bukan dari bahan kimia. Set Kecantikan Kulit Shaklee adalah jawapannya.

Vitamin-vitamin Shaklee adalah semulajadi dan selamat.  Ia SELAMAT DIMAKAN DAN DIPAKAI !! Ya memang benar, selain boleh dimakan, ia juga boleh digunakan sebagai facial mask (masker) pada wajah anda tanpa was-was..

Untuk mendapatkan hasil yang optimum dalam kecantikan kulit memerlukan masa.  Ia tidak mungkin dapat berubah dalam masa semalaman.. Mungkin perlukan 3 bulan hingga setahun untuk betul-betul nampak kesan. Berikan kulit anda masa untuk proses pembaikan tisu-tisu dan biarkan ia diperbaiki dari dalam.

Jadi, mulakan pengambilan vitamin dengan segera! :)


Thanks for reading dan selamat beramal!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! 

No comments:

Post a Comment