Skip to main content

My Mini Portugese Egg Tart =D


:: my portugese egg tart ::

Salam..
Dah lama teringin nak buat egg tart ni... Biasanya tak berapa suka egg tart sebab kuat sangat rasa telur tu. Tapi lepas cuba egg tart KFC rasa cam kene kat tekak ku.. so dok cari2 la resipi.. Kebetulan kat Resipi.net baru2 ni resipi ni jadi glemer lak, so mmg aim akan cuba buat. Kali pertama buat Jumaat malam yang lepas. 2nd time hari ni buat..

Saya suka resipi ni sebab mudah.. tak perlu buat puff pastry.. just buat filling je, tak banyak kerja.. =D

Tak google pulak camne cara nak handle puff pastry, so main belasah aje la.. puff pastry beli instant aje kat Carrefour jenama Kawan.

Saya guna tart mould dia. 7cm (kira cam mini tart). Kalau canai nipis, boleh dapat lebih kurang 20 mini egg tart tapi adunan filling kene ganda2 lah. Yang 1st time tu saya canai tebal sikit cam 5mm camtu, jadinye pastry die tebal and dapat isi sikit aje filling tu.. Harini saya buat separuh puff pastry and canai nipis lagi, guna kuning telur 5 biji, dapat 10 mini egg tart. Kurang rasa pastry nye tapi heaven rasa filling nye =D


PORTUGESE EGG TART

Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/722
Resipi sumbangan : skyblue@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 biji )
1 keping Puff Pastry

*Bahan-bahan A - filling*
1/4 cawan Gula Halus
1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
1/4 cawan Whipping Cream
3 biji Telur Kuning
1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara-cara

Panaskan oven, 200ºC.
Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan






:: husna dan aliff ::

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …