Assalamualaikum..
Saya nak share cerita member saya tentang suaminya yang memang sangat sangat sangat benci dengan rokok.
Pernah satu hari tu, ada seorang yang menumpang kereta suaminya minta untuk bukakan tingkap kereta belakang sebab dia duduk kat situ. Suami member tu ingatkan orang tu terkentut ke.. rupa-rupanya merokok!!
Memang pantang sungguhla kan... dah la suami member tu tak merokok dan tak suka rokok. Tiba-tiba ada orang lain dengan selamber badak aje merokok dalam kereta dia.. Nasib tak mengamuk aje.. Suami member tu terus berhentikan kereta dan suruh orang tu turun kalau nak merokok.. Hihiii...
Samalah dengan saya pun. Memang tak suka rokok dan bau rokok.
|
10,000 Rakyat Malaysia maut akibat rokok, termasuk menghidap kanser akibat rokok |
PEROKOK DALAM KELUARGA SAYA
Alhamdulillah, Allah makbulkan hajat saya supaya tak kahwin dengan seseorang yang merokok. Husband saya memang tak pernah merokok. Walaupun ayah mertua dan abang ipar masing-masing merokok, husband saya tak terjebak sekali.. Syukur..
Ayah saya pun tak merokok. Adik lelaki saya ada dua orang, sorang merokok dan sorang lagi tak. Adik lelaki saya (yang tak merokok) pernah cuba tapi katanya tak sedap, so dia tak lekat dengan rokok.. Alhamdulillah..
Yang sorang tu aje lekat maybe sebab pengaruh kawan-kawan rumah sewa masa belajar dulu... Alaaa.. mesti alasan macam, tak rugged la.. tak cool la... tak jantan laaa...
Whateverrrr...
Ayah saya disebabkan beliau tak merokok, memang dalam rumah, dalam kereta ke adalah kawasan larangan merokok. So adik saya yang merokok tu kalau nak merokok kena pergi jauh-jauh dari rumah. Pastu kena pastikan mulut tu dah tak berbau baru boleh masuk dalam kereta atau rumah kami..
Tegas juga ayah saya kan? :D
So dalam keluarga saya sendiri, sorang tu aje lah adik lelaki saya yang merokok. Tapi sejak isterinya mengandung anak pertama, adik saya dah berhenti merokok. Berkorban demi sayang pada keluarga.. Tu baru betulll...
APA KATA USTAZ?
|
Dah banyak sangat fatwa yang mengatakan rokok tu haram. Tapi....ermmmm |
LUAHAN HATI SANG ISTERI
Bulan puasa ni, banyak kali juga saya terbaca kat FB wall, rintihan keluhan rakan-rakan yang suami masing-masing perokok tegar.
Masing-masing sedih sebab asal masuk je waktu maghrib, husband masing-masing terus tak sabar-sabar nak merokok. Siap boleh habis satu kotak terus.. Dahsyat sungguh! Dan siap ada suami yang gelar rokok tu sebagai 'alat bantuan pernafasan'.. huhuuu
Nak marah, nak tegur maybe ada yang tak berani sebab alasan sayang.. tapi dalam hati menyampah betul! Siap ada buat lawak, rasa nak masak je rokok tu buat gulai ke lepas tu suap kat husband terus.. Hah! makan terus rokok tu.. hihii... geram sangat lah tu :)
Tapi pada saya, husband tu sebenarnya tak sayang pun anak isteri.. Kalau sayang, mesti sanggup berkorban untuk tidak merokok sebab semua orang tau kan, kesan rokok lebih teruk kepada orang sekelilingnya bukan takat perokok tu sendiri!
Tapi hakikat yang saya lihat ada kawan saya sendiri pula yang kena korbankan satu bilik khas + tandas khas untuk husband merokok dalam rumah. Aduhai...
Di pejabat saya sendiri pun ramai juga perokok tegar. Kalau kitorang outstation pergi satu kereta, tiap kali perokok tegar ni bernafas/ bercakap, masing-masing penumpang dalam kereta kena tahan nafas atau tutup hidung dengan kain. Busukk!
Macam manalah ahli keluarga boleh tahan? terutamanya isterinya?
Wallahua'lam..
MAAF... MAAF... MAAF...
Saya mohon maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa/ melenting. Saya memang tak boleh bau rokok. Nak muntah.
Dan saya juga kasihan pada ahli keluarga anda yang turut mendapat kesan negatif dari tabiat merokok anda.
Saya juga faham, ada diantara anda/ suami anda yang dah berusaha untuk berhenti merokok tapi tak mampu nak lakukannya..
KHAS BUAT ANDA YANG INGIN BERHENTI MEROKOK
Saya ingin cadangkan agar anda tonton video di bawah ni. Video ni adalah perkongsian seseorang yang berjaya berhenti merokok kerana 'terpaksa'. InsyaAllah amat bermanfaat.
Dan untuk seorang suami yang berhajat berhenti merokok, sokongan padu moral dari isteri adalah amat penting.
Perkongsian ni mungkin sahaja jalan dan penyelesaian yang anda cari-cari selama ni...
Mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk berubah? Terutamanya di bulan mulia ni, kita dapat mendidik diri untuk tidak merokok di siang hari.. Apa kata, Ramadhan ni sebagai motivasi untuk terus tidak merokok sampai bila-bila?
Why not?? Jom try VIVIX!
Dan untuk pengetahuan anda, bulan ni adalah bulan Promosi VIVIX.
It's safe. It's work and it' natural.
Saya doakan, semua mereka yang berhajat untuk berhenti merokok atau lihat suami/ayah masing-masing meninggalkan rokok, impian mereka tercapai dan dipermudahkan Allah...
TESTIMONI VIVIX UNTUK BERHENTI MEROKOK
|
rokok rasa pahit bila ambil VIVIX |
Daripada testimoni pengguna VIVIX, mereka yang minum VIVIX akan menyebabkan rasa rokok itu pahit bagai hempedu dan sudahnya 'terpaksa' berhenti merokok selepas mencuba VIVIX.
Ya, ini adalah satu ikhtiar yang boleh dilakukan. InsyaAllah dengan izin Allah..
Memanglah bercakap lebih mudah kan.. nak pulak saya bukannya seorang perokok. Namun, insyaAllah saya berdoa agar adalah seorang dua pembaca blog ini yang 'terpaksa' berhenti merokok selepas mencuba VIVIX.
Jom kita buat kira-kira...
Jika 1 hari 1 kotak = RM10. Boleh bayarkan harga sarapan dan lunch sehari.
Jika 1 bulan = RM300. Boleh bayar isi petrol kereta sebulan.
Jika 1 tahun = RM3600. Boleh bayar yuran sekolah anak setahun.
Jika 10 tahun = RM36000. Boleh guna suami isteri menunaikan haji termasuk duit belanja di sana..
BERHAJAT NAK CUBA?
Buat mereka yang ingin mencuba VIVIX, menghadiahkan VIVIX buat insan tersayang..
Boleh hubungi kami melalui sms/ whatsapp/ telegram/ emel dll.. di 019-2692977 / 019-2722977
Semoga apa yang saya kongsikan disini dapat memberi sedikit manfaat kepada anda..
SEDIKIT INFO VIVIX DAN FUNGSI VIVIX
Thanks for reading :)
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjanan pendapatan 4-5 angka sebulan dari rumah?
Hubungi kami untuk :
FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!