Thursday, 29 December 2022

Buka Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Anak-anak - Info Penting

 Assalamualaikum dan hello 🌸

Cuti sekolah Guru Besar dah remind dalam group whatsapp kelas untuk ibu bapa bawa anak-anak buka akaun bank. Macam sekolah anak-anak ni suggest Bank Simpanan Nasional (BSN) atau Hong Leong Bank. Tak tahu kalau memang syarat macam ni atau ikut sekolah. Dan Guru Besar maklum akaun simpanan mesti atas nama anak sahaja bukan nama bersama ibu/bapa.

Saturday, 24 December 2022

Mak & Anak5 Join Kelas Renang

Assalamualaikum dan hello 😀.

Dah makin yakin dengan air nampaknya.

It's our 4th swimming lesson today. Alhamdulillah Mak dan anak-anak masing-masing ada progressSlowly but surely orang kata.

Tahun 2019 pernah niat nak hantar anak-anak kelas renang tapi lepas tu hilang dari ingatan. Bila tengok status whatsapp cikgu sekolah anak Mac tahun ni, trigger balik nak hantar kelas. Tengok pula seorang lagi kawan sekerja up status kelas renang anaknya, lagi rasa berkobar nak daftarkan anak-anak. Tapi itulah survey punya survey tak daftar-daftar juga ðŸ¤­

Thursday, 22 December 2022

Menonton Mechamato The Movie - Hall MBO Kecil (Family / Kids Friendly Hall)

Mechabotttt Mechanize!!

Sebelum masuk hall

Ahad lepas bawa 12 rakyat jelata menonton Mechamato The Movie. Anak-anak dan sepupu-sepupu masing. (Missing Nauraa seorang).

Ramai 'rakyat' kecil-kecil so kami cari MBO Cinema, hall MBO Kecil (family friendly/ kids friendly hall). Hall MBO Kecil ni ada playground dalamnya. Lampu pun malap je tak gelap sepenuhnya. Cuma suasana riuh sikit la ramai budak-budak layan playground 😆

Tuesday, 20 December 2022

Elak Renjatan Elektrik Ketika Banjir

Assalamualaikum dan hello.

Sedih baca berita 3 beradik maut akibat renjatan elektrik semasa banjir. Lagi sedih bila ada yang rekod dan sebarkan video jenazah. Innalillahiwainnailaihirojiun, Al-Fatihah.

Dulu-dulu bila orang cakap jangan bagi anak-anak main air banjir, saya pun tak faham sangat kenapa. Mungkin tak nak jadi hanyut/ lemas atau isu penyakit bawaan air sahaja. Dan bila dengar TNB potong elektrik pun macam fikir kenapa ye kena potong?

Wednesday, 23 November 2022

1st Time Jadi Petugas Pilihan Raya Umum (PRU15)

 Assalamualaikum dan hello 😊

Berkhidmat untuk negara 💪

Tak pernah bermimpi lagi nak jadi petugas SPR di Pilihan Raya Umum (PRU).  Sebenarnya tak tahu pun macam mana cara nak apply jadi petugas ni.  Kebetulan ada kakak kelas Zumba offer sesiapa yang berminat nak jadi pengganti petugas kalau-kalau ada yang tarik diri. So volunteer bagi nama. Ada rezeki pula ada yang tarik diri saat akhir. Dapatlah pengalaman jadi Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM).

Friday, 4 November 2022

Family Camping @ Campsite Dusun PakNan, Batang Kali, Selangor | 29 -30 Oktober 2022

Assalamualaikum dan hello :)
 
 

Family Camping 2H1M di Dusun PakNan, Kampung Hulu Rening, Batang Kali, Selangor.
 
1st time join cousin camping bersama-sama. Biasa sendiri-sendiri je. Anak-anak seronok ada geng. Kalau tak, dok gaduh sesame sendiri je. Nak nya Ali memang kamceng dengan Naufal. Tau-tau hilang je main tubing sama-sama.

2nd day, 3 families datang untuk day trip/piknik (day trip/piknik ni kadar caj berbeza dari bermalam). 
 

Wednesday, 2 November 2022

Family Camping @Hulu Tamu Eco Resort, Batang Kali, Selangor | 23 - 25 Okt 2022

Assalamualaikum dan hello :) 

Hulu Tamu Eco Resort

1st time pacak khemah di Hulu Tamu Eco Resort (HTER) untuk tahun 2022. Last pacak Krismas 2021 @PD. Disebabkan lama nau tak pacak, barang dah merata tak tau kat mana. Then siap terlupa bawa macam-macam. Paling sadis tertinggal bahan masak utama untuk menu yang dah plan. Guna apa ada je la tapi masing-masing dok komen lapar 😅. CO kena buat mini market juga kot nanti sebab nak ulang alik meredah ladang kelapa sawit dan jambatan besi itu macam tiada kekuatan ðŸ˜†.