Monday, 30 June 2014

Husna, Aliff & Ammar Berbuka Puasa di Rumah Nyang

Assalamualaikum... 

1 RAMADHAN

Dah berlalu 1hb Ramadhan.. alahai sekejap aje dah masuk hari kedua..

Hari pertama berpuasa di rumah, agak mencabar juga rupanya.  Ditambah lagi dengan cuaca yang super panas, masing-masing berkurung aje dalam rumah :)

MENGGEMBIRAKAN IBU BAPA DI BULAN PUASA


Semalam baca entri seorang dari team MFMS kami Nimboking, berkenaan rutin bersahur dan berbuka di rumah ibu bapa atau mertua untuk menggembirakan mereka..

Ya memang betul pun.. 

Tapi peluang untuk berbuka/ bersahur dengan mertua mungkin susah sikit sebab jauh nun di Kelantan. Kalau di rumah mak ayah saya insyaAllah rasanya tiap-tiap hari bekerja memang 'terpaksa' akan berbuka di sana. 

Sebab anak-anak pun duduk rumah mak, husband pun pejabatnya berdekatan situ juga.  

Saya pulak balik bekerja pukul 5.30 petang.  Bulan tak puasa pun sampai rumah mak paling awal 6.40pm. Bulan puasa biasa lagi dahsyat traffic nya.. Tapi mana lah tau kot ok ok aje.. kita tengok petang ni :)

LUA.. LUA.. LUA.. :)

HUSNA, ALIFF & AMMAR BERBUKA PUASA DI RUMAH NYANG

Kalau weekend, kadang-kadang kami akan berbuka juga dengan atok (panggilan untuk nenek saya) di Kuala Selangor sambil ambil peluang ziarah.  Menggantikan mak.  Sebab saya tau mak saya susah nak balik kampung sepanjang puasa sebab biasanya ayah saya akan imamkan solat tarawih di masjid di rumah parents saya.  

seronok dengan nyang :)
Atok saya tu memang kadang-kadang ternanti-nanti siapa yang akan balik minggu tu untuk ziarah beliau. Kalau takde orang balik kampung, kadang-kadang boleh lemah aje badannya atau sakit-sakit.  Kalau ada yang balik badan boleh jadi segar balik.. Biasa lah kan.. orang tua :)

Bila husband tiba-tiba ajak berbuka di rumah atok di Kuala Selangor, aikk macam ada telepati pulak.. Sebab memang ada terfikir cuma tak cakap aje..

Lewat petang tu terus gerak ke Kuala Selangor.  Call dulu makcik (Alang Uji) bagitau kami nak berbuka sana. Dalam perjalanan singgah kejap bazar Ramadhan Kuala Selangor tapi banyak gerai dah habis jualan.. mana yang ada aje lah..

Sampai rumah atok pun dah hampir sangat nak azan maghrib.  Memang sampai takat nak makan aje hihiii...
Atok pun nampak sihat dan segar bugar aje.. Alhamdulillah..


Sebelum balik sempat juga rembat 1 pek kerepek pisang.. homemade punya :).  Makcik saya (Alang Uji) memang akan siapkan tempahan kerepek pisang, maruku dan kacang botak setiap kali Aidilfitri & Aidiladha.. 

Saya memang 'hantu' kerepek pisang/ pisang goreng/ cekodok pisang.  Tapi semua-semua tu kena menepati kriteria tertentu. Macam kerepek pisang saya tak suka yang tebal-tebal atau yang ter'kuning' sangat. 

Tapi yang ni memang marvelous!!! Mengunyah aje sepanjang drive balik rumah hihiii...

Kerepek Pisang Uji
Mertua saya memang suka makan Maruku Alang, so tahun ni sebab kami tak balik raya di Kelantan, kami akan pos kan Maruku Alang Uji ni.. :) 

Sape nak tempah?? Kerepek pisang ada.. Kacang botak ada.. Maruku pun ada!!!

Meh..  meh.. contact kami ehh :) [sempat promote ;D]

Sunday, 29 June 2014

Jadual Waktu Imsak, Berbuka Puasa dan Waktu Solat Ramadhan Tahun 2014/ 1435H

Assalamualaikum wbt...

Salam Ramadhan.. selamat berpuasa buat semua...

Didoakan kita semua mendapat barokah dari bulan mulia ini.. dan moga setiap ibadah kita diterima Allah...

Amiinnn......

Disini disertakan jadual waktu berbuka, sahur/imsak dan waktu solat bagi Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk panduan kita bersama...

Friday, 27 June 2014

Pengalaman Kena Urinary Tract Infection (UTI) Ketika Hamil : Simptom, Penyebab, Cara Mencegah

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal pengalaman kena Urinary Tract Infection (UTI) ketika hamil.


Sepanjang pregnant Husna dan Aliff tak pernah pulak kena UTI ni.. Tapi masa mengandungkan Ammar, didiagnos kena UTI.

APA ITU "UTI" ?

UTI atau nama penuhnya Urinary Tract Infection adalah jangkitan yang berlaku pada saluran pembuangan air kecil/kencing. 

sistem 
Simptom UTI ni biasanya adalah :

  • Kerap buang air kecil
  • Kencing tak lawas
  • Kencing rasa sakit/ngilu



Saya biasa dengar UTI ni kena pada wanita yang baru  berkahwin sebab doktor kata masa baru kahwin tu aktiviti 'bersama' suami tu agak kerap dan jika kita tidak kencing dan cuci selepas waktu 'bersama', jangkitan UTI ni mudah berlaku.

So pesanan untuk isteri, tiap kali selepas bersama suami terus gi buang air kecil dan cuci kemaluan bersih-bersih sama ada sebelum sesi ulangan  ;) atau tidur..

Biasanya doktor akan bagi ubat dalam bentuk serbuk yang dibancuh dengan air untuk diminum..

contoh ubat yang saya pernah dapat
PENGALAMAN SAYA : URINARY TRACT INFECTION (UTI) KETIKA HAMIL

Sebelum ni saya tak pernah dengar UTI semasa mengandung
Tapi bila kali pertama kena tu rasa pelik gak..

Saya takde simptom UTI yang biasa macam yang diterangkan kat atas tadi..
Memang Doktor tanya ada tak berlaku simptom2 tu?
Saya katakan takde..

Saya pergi ke klinik kesihatan tu pun disebabkan muntah-muntah yang tidak henti-henti selama 24jam. Memang sudahnya saya tak makan atau minum apa-apa sepanjang 24jam sebab semuanya keluar semula. 

Kalau tak silap masa tu kandungan dah 32 minggu.
Pelik juga masa tu.. takkan ada istilah late morning sickness kot kan? :)

So doktor suruh saya buat ujian urin.  Keputusan ujian memang menunjukkan UTI. Tapi doktor tak terangkan pada saya macam mana UTI semasa pregnant ni berlaku..

Daripada pembacaan saya, UTI untuk wanita hamil ni biasanya disebabkan perubahan hormon

Selain tu, bila baby membesar dalam rahim, baby akan menekan pundi kencing yang boleh menyebabkan bila buang air kecil, tak keluar habis sepenuhnya.  Jadi, urin yang tersisa tu boleh jadi penyebab jangkitan UTI. 

baby semakin membesar menekan pundi kencing

Kalau berlaku cepat-cepat dapatkan rawatan sebab kalau dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang pula..

Sudahnya saya terpaksa duduk di klinik kesihatan kena masuk air 1 botol sebelum balik.  Kalau ikutkan keputusan ujian, saya dah sepatutnya masuk wad hospital (sebab sangat dehydrated) untuk masuk air tapi macam biasa saya tak nak.  

So cuba dulu masuk air 1 botol di klinik kesihatan.  Kalau masih muntah-muntah, saya perlu serah diri ke hospital.  Alhamdulillah.. kesihatan makin baik lepas masuk air tu jadi tak perlu lah saya ke hospital..

Saya cari maklumat tentang UTI melalui pakcik Google..

UTI ni boleh je jangkit pada sesiapa tapi paling common berlaku kepada wanita terutamanya yang telah berkahwin/ kerap aktiviti persetubuhan dan wanita hamil..

MENGENALI SIMPTOM-SIMPTOM URINARY TRACT INFECTION (UTI)

Rupanya banyak juga simptom UTI

Antara simptom UTI adalah :

  1. Rasa sakit semasa buang air kecil
  2. Kerap rasa nak buang air kecil tapi yang keluar sikiiiiitttt aje
  3. Rasa sakit pada bahagian bawah perut
  4. Warna urin (air kencing) keruh, macam pink ke merah atau bau busuk
  5. Rasa sakit pada sebelah belakang tempat buah pinggang berada
  6. Ada demam
  7. Mabuk-mabuk dan muntah-muntah

sakit belakang di bahagian buah pinggang

Cepat-cepat berjumpa doktor bila ada simptom-simptom tersebut bila anda juga :

  1. Ada demam, mabuk dan muntah-muntah, atau sakit di belakang badan di bahagian buah pinggang
  2. Penghidap diabetes, masalah buah pinggang, atau sistem imun lemah
  3. Berumur melebihi 65 tahun
  4. Hamil

Doktor akan arahkan untuk buat ujian urin untuk check samada ada germs penyebab jangkitan bladder tak..

ujian urin boleh menentukan jangkitan ada atau tak

BAGAIMANA CARA MENCEGAH URINARY TRACT INFECTION (UTI) ?

  1. Buang air kecil setiap kali selepas melakukan persetubuhan (sexual intercourse) bersama suami
  2. Setiap kali samaada selepas buang air kecil atau air besar, basuh kemaluan dari bahagian depan ke belakang.  
  3. Minum banyak air untuk elak dehidrasi
  4. Minum jus cranberry atau mana-mana jus limau
  5. Gunakan jenis kontraseptif selain diaphragm dan/atau spermicidal jelly.
  6. Elakkan dari mandi buih sebab boleh menjadikan jangkitan tu lebih menyakitkan

minum banyak air untuk elak dehidrasi
AKHIR KATA :)

So itulah pengalaman saya pertama kali kena UTI semasa hamil.. Tak dapat dinafikan pengalaman tiap kali mengandung dan bersalin tu memang unik.  

Masing-masing anak dengan masing-masing ragam dan dugaannya.. Syukur Alhamdulillah.. pengalaman macam tu bila diingat-ingat semula akan buatkan kita rasa extra sayang kat anak.  

Betapa selama dalam kandungan macam-macam yang kita ibu ni berkorban dan sanggup lalui demi melahirkan zuriat yang sihat sempurna dengan izin Allah :)

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca :)

Sila 'like' dan 'share' sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat buat rakan-rakan lain :)

Tuesday, 24 June 2014

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..

Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Siap ada request dah malam sebelum usrah tu :)
Usrah keluarga kami setiap bulan, belajar Al-Quran & tajwid
Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkan takoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> Takoyaki Pan

Buat 5 batch takoyaki untuk Hari Ibu.. almost 100 biji.. puas masing-makan :)
 Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih besar dan cantik bentuknya tapi harga mak aihhh... 3 biji RM5.30?? hadoii.. buat sendiri la nampak gayanya.. lagi berbaloi

Jadi penonton kat stall TakoTao Sunway Pyramid.. Akak ni kata dia belajar 2 bulan untuk cekap memusing-musing takoyaki ball tu.. Memang laju jer..
Sepupu pun siap komplen yang beli tu dah tak terasa sangat isinya, banyak letak kobis aje... Dan resipi yang saya guna tu rasanya lebih sedap dari yang dibeli kat luar... 

Dari apa yang saya perhatikan kat kiosk takoyaki, rasanya kobis yang banyak tu yang buatkan bentuknya bulat cantik :) 

So balik kampung husband di Redland haritu, bersemangat dia nak perkenalkan takoyaki ni kat family nya pula hehe... Masing-masing pelik gak 'nate gapo pulok nih' hihii.. tapi Alhamdulillah masing-masing boleh terima rasanya :)...

Resipi masih guna seperti yang saya pernah post sebelum ini dari LittleJapanMama

Takoyaki dah siap masak, sedia untuk dihias

RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam. 
4. Sediakan bahan lain/inti pula.

BAHAN INTI :
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat..

CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang (Dulu saya guna tisu dapur dicelup dengan minyak, tapi tengok kat stall diorang guna botol sos cam gambar bawah ni aje.. lagi mudah)


Guna botol camni untuk sos takoyaki & minyak masak juga
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis.  Saya tengok kat stall letak banyak giler kobis
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas


Nak lebih jelas caranya, boleh tengok video runnyrunny999 atau di post saya sebelum ini [klik sini]..

Dah drizzle dengan sos takoyaki dan mayonis

BAHAN HIASAN ATAS :

Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis Japanese - saya guna Kewpie
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga..
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea


Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi

Ditabur dengan ao-nori (serbuk seaweed)
Resipi sos ni saya ubahsuai sikit dari yang jumpa di beberapa blog.  Saya pernah tanya staff kat Aeon Jusco, dia kata "Takde jual sos ni kak..Kena tempah.."

oooo ok... huhuu...

Makcik saya komen, sos ni lagi sedap dari kat stall takoyaki. Biasanya kat stall cair aje.. dan sos ni sesuai nak buat sebagai perapan ayam ke.. :)


RESIPI SOS TAKOYAKI / OKONOMIYAKI


sos takoyaki homemade

1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk  mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)

notakaki
Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit.  Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..

Tabur bonito flake/ katsuobushi.. Takoyaki dah perfect!!
Yeay!!! dah siap sedia untuk dingapp!! 
Opss... sabar... Jangan lupa baca doa makan dulu ;)

Sekian, selamat mencuba!! :D


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Monday, 23 June 2014

Hari sukan sekolah Husna ~ Teringat zaman sekolah pulak :)

Assalamualaikum...

Semalam merupakan hari sukan di sekolah Husna.  

Mulanya rasa macam pelik je kenapalah buat sukan hari Ahad. Sabtu dah ada sekolah ganti. Ahad kena datang lagi..
Berat betul rasa hati nak pergi. Almaklumlah, jarak sekolah dengan rumah je dalam 55km, paling kurang ambil masa 1jam nak sampai.

Itula siapa suruh sekolah jauh-jauh :)
InsyaAllah, memang perancangan akan tukarkan sekolah Husna dan Aliff. Cuma kalau camtu, ummy pun kena tukar tempat kerja. Sama ada kerja berdekatan atau WAHM!!

antara ibubapa yang hadir
cikgu-cikgu busy susun medal
Tapi sebab Husna sendiri dah ajak pergi, rasa tak sanggup nak kecewakan perasaan dia tu.  Dulu-dulu masa sekolah dah rasa perasaan kecewa tu bila parents tak nak pergi apa-apa event kat sekolah, takkan nak ulangi kot kan ? :)
 
Rumah sukan Husna adalah rumah biru atau rumah Nilam.  Dulu-dulu masa sekolah rendah kat Assunta 1, saya pun rumah biru, Samudera!!!

Asyrani Husna
So saya dan husband pakat-pakat pakai t-shirt biru yang dapat masa Mega Gathering X-UtmViking di Cherating Mei [klik sini] lepas.. Semuanya sebab nak bagi sokongan untuk Husna :)

Bila tengok khemah-khemah rumah sukan tu memang mengimbau kenangan masa lampau betullah!
Teringat masa zaman senior (alah darjah 6 aje pun), masa hari sukan terpekik terlolong lah depan khemah rumah sukan kan.. nak kasi support pada kawan-kawan se team. Mujur aje la Assunta tu sekolah perempuan je.. takdelah rasa malu terjerit-jerit tu hihii...

Khemah rumah sukan
Sementara menunggu ketibaan NYDP PIBG selaku tetamu kehormat, ada la pasang lagu-lagu.  Tiba-tiba ada lagu Bara Bara Bere Bere... Cehh, mulala rasa nak berbara-bara ni hihiii.  Agaknya ada cikgu yang pernah pergi program DAO kot :)

Hari sukan dimulai dengan perbarisan... diketuai dengan pelajar yang membawa bendera kejohanan, kemudian pasukan Puteri Islam, kemudiannya rumah sukan kuning (topaz), biru (nilam), hijau (green mermaid) dan merah (delima).

Bersedia untuk perbarisan
Tabik hormat
Puteri Islam
Antara semua rumah sukan ni rumah hijau paling menarik perhatian. Masing-masing pakai topi bentuk sotong dan siap ade mermaid yang diusung. Comel betul budak tu. Dan kredit untuk cikgu-cikgu sebab memang super kreatif lah.. thumbs up!!
Mermaid berambut pink dan sisik kuning :)
Lepas perbarisan, nyanyian lagu Negaraku sambil menaikkan bendera kejohanan. 
Dan kemudian ada persembahan kawad kaki oleh pasukan Puteri Islam.  Pasukan ni akan bertanding dalam pertandingan kawad kaki antara sekolah pada minggu ini. 1st time tengok persembahan kawad kaki. Menarik! :)

Ada persembahan tarian dari pasukan tarian pula. Dalam hati, kalau Husna ni memang kesukaan dia la part tarian ni..

Persembahan tarian
Dan kemudiannya acara sukaneka untuk Pra Sekolah.

Sukaneka pra sekolah
Biasanya kalau hari sukan camni, acara kemuncak aje macam olahraga/ balapan, perbarisan yang dipertandingkan.  Biasanya markah-markah dah siap terkumpul dari aktiviti sukan sebelum tu.. Yelah, kalau nak pertanding semua darjah, 3 hari 3 malam kot baru habis ;)

aiseyman... rumah nilam paling last ni...
Saya pun tak tunggu sampai semua acara habis, even tak tahu pun rumah sukan mana yang menang. Sebab pukul 12 tengah hari Husna dah ajak balik.. Dah keletihan, muka pun dah monyok + sunburn lagi.. letih sangat dah kot sebab 7 hari berturut-turut sekolah.. kesian dia...

Mujurlah hari ni sekolah ambil cuti peristiwa.  Dapatlah rehat sekejap walaupun petang dah kena pergi sekolah agama pula..

Dari sekolah, terus pergi ke kenduri kahwin rakan husband di Cheras.  Tidak pula diberitahu lebih awal sebab rupanya dia plan nak pergi sorang-sorang je.. macam orang bujang.. ;p

So saya takde bawa baju yang sesuai, baju anak pun sama.. Pakai aje lah t-shirt biru yang dah memang sedia pakai dan sudahnya satu keluarga ber t-shirt biru hihii... macam boria la pulak :)

Kami rumah biru!!
Sesudah kenduri, terus shoot balik rumah.  Masing-masing dah keletihan. Husna, Aliff dan Ammar terus lena sepanjang perjalanan.. :)

Sunday, 22 June 2014

Cergas Bertenaga Berpuasa Walaupun Ketika Hamil & Menyusu Bayi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. tak lama lagi kita akan dipertemukan dengan Ramadhan.. insyaAllah..

Saya doakan Allah panjangkan umur saya dan rakan-rakan untuk meraikan Ramadhan tahun ini dan tahun-tahun akan datang..

Bulan Ramadhan memang ditunggu-tunggu kedatangannya. Sebabnya bulan ni bulan yang dijanjikan BONUS PAHALA yang berganda-ganda banyaknya..

Justeru, kebanyakan kita akan berlumba-lumba merebut BONUS itu dengan menambah pelbagai amalan seharian seperti memperbanyakkan membaca Al-Quran, bersedekah, melaksanakan solat-solat sunat, qiamullail dan pelbagai lagi.

PENGALAMAN SAYA BERPUASA KETIKA HAMIL & MENYUSU

Kalau diikutkan pengalaman berpuasa ketika kehamilan/ menyusu lepas, saya WAJIB bersahur dengan hidangan berat seperti nasi. Kalau terlepas sahur atau hanya makan hidangan ringan, selalu tak dapat bertahan.

Biasanya mulai jam 9.00 pagi saya dah mula muntah-muntah berkali-kali sampai badan 'flat'.  Jadi kadang-kadang saya terpaksa juga mengambil rukhsah dengan berbuka puasa.



Kalau menyusu pula lain pula cabarannya. 

Ini disebabkan ibu menyusu perlu minum air secukupnya iaitu lebih kurang 3 liter sehari untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi setiap hari.

Tapi bila bulan puasa, sukar juga untuk mencapai target 3 liter air tu.. Sudahnya, badan akan kekurangan air, merasa lebih lapar dan dahaga, lebih mudah mengantuk di waktu siang serta mengalami sembelit.



Bila badan lemah, stress, kurang air, keletihan, semuanya akan menyumbang kepada kekurangan stok susu.

Masa saya berpuasa ketika menyusu dulu, saya akan paksa diri untuk minum sebanyak yang boleh semasa sahur dan selepas berbuka.  Sebab memang penting untuk ibu menyusu!

PUASA TAHUN INI

Tahun ini saya akan berpuasa ketika hamil 30 minggu.  InsyaAllah jika mengikut tarikh jangkaan bersalin adalah 4minggu selepas Aidilfitri.


Jadi kalau mengikut logik, pasti saya dapat berpuasa penuh.. Saya berdoa Allah izinkan saya berpuasa penuh tahun ini.

Sebagai persediaannya, saya telah standby Set Mighty 3 Gems Shaklee yang terkenal kerana khasiatnya dapat menjadikan tubuh kita kekal CERGAS BERTENAGA walaupun berpuasa.

Ya, saya pun macam kawan-kwan juga, mahu kumpul BONUS PAHALA bulan Ramadhan ini walaupun sedang HAMIL :)

SET MIGHTY 3 GEMS SHAKLEE


Jom tengok apa yang ada dalam set ini :)

1) Performance Drink

  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehidrasi seperti fungsi minuman isotonik.
  • Membekalkan tenaga serta merta dan berterusan tanpa menggangu kestabilan gula dalam darah.
  • Sesuai untuk semua golongan terutamanya yang bekerja di tengah panas dan kerap berpeluh. 
  • Kanak-kanak demam pun elok ambil, sebab biasanya kanak-kanak bila demam, selera makan dan minum mereka berkurangan. Ia membantu mencegah dehidrasi.

2) Energizing Soy Protein (ESP)

  • Ia membekalkan protein berkualiti tinggi dan kalsium pada badan.
  • Komponen terbesar dalam susu ibu ialah protein, kalsium dan air.  Jadi pengambilan ESP sangat membantu menjadikan susu ibu lebih pekat dan baby pun cepat kenyang.
  • Ia juga membantu mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa jika diambil semasa bersahur.

3) Mealshake

  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting.
  • Instant meal yang sangat sesuai bagi yang bersahur secara ekspres.
  • Sesuai bagi menu bersahur kanak-kanak yang baru belajar berpuasa, kerana dapat membekalkan nutrisi dalam badan dan rasanya yang sedap seperti aiskrim vanila.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca :)

Sila 'like' dan 'share' jika artikel ini memberi manfaat kepada anda dan rakan..

Saturday, 21 June 2014

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


tompok merah dan ketulan di bahagian bawah payudara

Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

tompok merah di bahagian atas payudara

Bagaimana nak tahu simptom mastitis? 
Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah :
  • Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudara
  • Rasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayi
  • Mula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)
PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan kena bengkak susu.  Bukan tahap bengkak biasa-biasa aje.. 

Tapi sehingga demam, ada tompok-tompok merah kat payudara.  Rasa yang sangat sakit dan panas kalau tersentuh.  Kadang-kadang sampai tak keluar pun susunya walaupun bengkak.

Tiap kali bersalin kena camnilah.. Biasanya kena hari ke-3 atau ke-4 lepas baby lahir.  Sebab susu macam tiba-tiba keluar dengan super banyak tapi baby masa tu kan masih minum sikit-sikit.. Dan biasanya bermula dengan payudara sebelah kiri. 

Mungkin disebabkan posisi penyusuan yang kurang sempurna disebabkan kekok.

ANAK PERTAMA GAGAL PENYUSUAN

Masa anak pertama, tiada ilmu breastfeeding.  Malah sepanjang masa pregnant asyik baca tentang kehamilan dan proses bersalin.  Yalah kan.. pengalaman pertama yang tak dapat nak dibayangkan macam mana..  Masa tu rasa 'takpe lah mesti mak/makcik boleh guide untuk proses breastfeeding'.

Malang sekali, telahan saya tersilap.  Keluarga saya rupanya masing-masing pun tak practise pun exclusive
breastfeeding ni.  Malah ada saudara saya yang cakap 'Lebih sanggup tak bagi anak menyusu badan daripada rasa sakit akibat kena bengkak susu'.  Oh sedih! :'(

Jadi masa saya kena mastitis, saya disuruh letak kobis.

Masa kena tu saya pun taktau nak cari bantuan siapa. Saya tahu kalau  nak sesi bersama Lactation Counselor (LC) ni perlu bayar.  Masa tu saya tak kisah, bayar RM1000 pun saya sanggup.  Asalkan saya dapat selesaikan masalah mastitis dan berjaya menyusukan anak saya.  

Tapi malangnya, saya gagal dapatkan bantuan LC sebab saya cuba sms/ call  tapi tak berjawab-jawab. (Masa tu belum wujud lagi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC).

So dengar cakap keluarga, saya letak lah kobis tu.  Siap letak the whole day, the whole night.  Tu silapnya.  Silapnya saya tak tau kobis tu kalau dengan cara itu boleh stopkan pengeluaran susu terus.  :'(

The next day, bengkak memang amazingly hilang tapi akibat dari perbuatan tu menjadikan payudara keras
macam batu! Macam ada ketulan batu dalam tu. 

Dah tambah satu kerja lain pulak nak me'lembut'kan balik.. So kena mandi pancuran air suam sambil sikat-sikat.. urut-urut perlahan, pam sikit-sikit nak 'lembut'kan ketulan tu..

Dan lepas pantang saya dah kering susu.. 

Sayang sekali anak pertama saya gagal susukan dia..
Semuanya sebab tiada ilmu dan refer pada orang yang salah!

ANAK KEDUA & KETIGA : BERULANG KEMBALI

Ya, memang berulang kembali.

Cuma masa ni saya agak bersedia.  Syukur Alhamdulillah, masa ni saya dah bertukar tempat kerja dimana access kepada internet yang amat mudah.  Saya dapat cari maklumat awal dari internet tentang bagaimana nak hadapi atau rawat sendiri mastitis/ bengkak susu dari rumah (home-treatment).

Perkongsian saya di lama susuibu.com pada tahun 2010

So macam mana caranya?

CARA MERAWAT BENGKAK SUSU/ MASTITIS DI RUMAH

1. Makan Vitamin C 
Bila kena mastitis ni, biasanya kita akan demam.  Since baby pun baru lahir saya tak rasa nak telan ubat sebab baby menyusu.  So pengganti ubat demam terbaik adalah Vitamin C.

Disarankan ambil pil/tablet bukan buah-buahan.  Tengah pantang kan?? Kalau saya, jadi bentan juga.. Demam menggigil sebab buah-buah bersifat sejuk.


Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

Saya akan makan Vitamin C bila sahaja ada tanda-tanda nak demam macam rasa seram sejuk, mula nak menggigil ke.. biasanya kita sendiri akan tahu kondisi tubuh badan kita kan? :)

2. Tuam Panas dan Tuam Sejuk Berselang-seli

Tuam panas  -
Tuam panas ini bertujuan untuk mengurangkan sedikit bengkak dan membantu aliran susu lebih baik.
Antara caranya boleh jadi mandi pancuran air suam atau kain yang dicelup air suam atau botol air yang diisi air suam atau macam mana sekalipun lah.  Pancuran air tu hala directly pada bahagian yang bengkak.

Kain yang dicelup air suam panas
Mandi pancuran air suam panas.. tahap kepanasan yang paling boleh tahan okay
Kita tuam panas ni sambil pam/ menyusukan bayi. Untuk clearkan saluran susu yang tersumbat. sambil pam tu boleh guna sikat biasa dan sikat cik B dari atas/luar ke arah areola atau boleh juga urut secara circular di tompok-tompok yang bengkak perlahan-lahan..

urut mana-mana ketulan dengan cara circular/memutar secara perlahan-lahan
Tapi satu masalah lain; kalau tuam panas ni adalah susu akan sentiasa keluar dan keluar dan keluar..
Tapi disebabkan ada saluran susu yang tersumbat/ tersekat/ block akan menyebabkan payudara lebih bengkak dan sakit

So the next step membantu..

Tuam sejuk -
Caranya boleh guna ketulan ais yang dibalut dengan kain atau kalau ada ice-pack pun boleh.. Kelopak kobis yang sejuk dari peti sejuk pun adalah salah satu teknik tuam sejuk.

Letak kelopak kobis yang telah disejukkan dalam peti ais
atau gunakan air kiub yang dibalut dengan kain
Tujuan tuam sejuk ni untuk 'sekat' atau 'renjat' atau memperlahankan pengeluaran susu dan melegakan payudara yang 'panas' dan sakit. Ia juga membantu mengurangkan rasa tidak selesa

Amaran: 
Tuam sejuk tak boleh lama-lama.. sebab boleh stop kan pengeluaran susu terus macam apa yang berlaku pada saya masa anak pertama.

Selang-selikan tuam panas dan sejuk. Sebab kita nak clear kan saluran yang tersekat dan dalam masa yang sama kita taknak pengeluaran susu terganggu jadi kena buat selang-seli sehingga semua saluran susu clear dan susu dapat flow dengan baik..

3. Makan Bawang Putih Mentah Sehingga Simptom Mastitis Hilang
Antara khasiat bawang putih adalah ia membantu dalam melegakan keradangan (inflammation) akibat mastitis. 

Bawang putih juga merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang sangat kuat. Tompok-tompok merah yang sakit tu adalah salah satu tanda radang. Kalau dibiarkan mungkin melarat. Jadi pengambilan bawang putih mentah dalam menu pantang tu membantu.

Caranya, bawang putih yang dah dikopek kulit tu dicincang dan campur dalam nasi putih panas yang kita nak
makan. Saya dulu makan tiap kali 3-4 ulas bawang putih cincang. Rasa memang tak sedap, pedas pedar tapi nak baik, telan juga..

cincang-cincang bawang putih mentah
Tapi tak semua orang suka bawang putih. So, kalau tak lalu nak telan bawang putih mentah, kat pasaran ada
pilihan supplemen garlic. Boleh gantikan dengan supplemen garlic tu.

Namun begitu, perhatikan juga reaction baby pada bawang putih. Baby maybe tak suka 'rasa' bawang putih bila menyusu. Dan sekiranya perut baby macam tak selesa atau ada kesan sampingan, stop pengambilan bawang
putih.

4. Teruskan Penyusuan Bayi Dengan Kerap Untuk Halang Bengkak Susu/ Mastitis Berulang

Ya, maybe akan sakit sikit tapi ini memang wajib dilakukan untuk pastikan saluran susu tidak berterusan tersumbat.

Dan selalu offer baby breast yang bengkak tu dulu. Kadang-kadang mungkin susu tak banyak keluar sebab ada saluran tersumbat tapi teruskan sahaja.


Pastikan bayi menyusu dengan kerap. Masa awal-awal pantang, susukan bayi setiap 2 jam sekurang-kurangnya.

Ini memang dapat elakkan dari bengkak susu berulang lagi.. dan yang paling penting dapat memastikan penyusuan bayi secara eksklusif sehingga 6 bulan dan seterusnya sehingga 2 tahun dengan pengenalan kepada makanan pepejal..

Jangan cuba untuk wean off baby (putus susu) dengan memberi susu tiruan kepada bayi atau memperkenalkan botol susu.  Dikhuatiri production susu akan berkurangan dan baby juga akan keliru puting (nipple confusion).  NO NO NO!...


Sekiranya bayi skip waktu menyusu, pastikan kita pam susu dan simpan mengikut cara penyimpanan susu yang disarankan.  Jika dibiarkan atau bayi kurang menyusu pada payudara yang sakit/bengkak ini, dikhuatiri susu akan berkurangan di payudara tersebut.


5. Berjumpa Dengan Doktor

Mastitis atau bengkak susu yang dibiarkan akan boleh menyebabkan jangkitan seterusnya terkumpul nanah atau terjadinya Breast Abscess.

Jadi jangan dibiarkan melarat. Berjumpa dengan doktor.  Mungkin akan diberi antibiotik. Kalau dibiarkan melarat mungkin memerlukan pembedahan membuang nanah.

6. Elak Dari Memakai Makaian Yang Ketat

Pakai pakaian yang longgar sahaja dan kalau boleh tak perlu pakai pakaian dalam supaya tidak memberi 'tekanan' pada breast.  Dan tidur dalam keadaan terlentang/ mengiring (bukan meniarap).


7. Minum Air Secukupnya dan Makan Makanan Berkhasiat Serta Cuba Dapatkan Rehat Yang Secukupnya  

Memang sewaktu tempoh berpantang, susah sangat nak dapatkan tidur yang mencukupi.  Tapi cubalah.. Mana-mana kerja yang kurang penting, tinggalkan atau dapatkan bantuan orang lain.


AKHIR KATA

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu kawan-kawan.. Semoga Allah permudahan penyusuan bayi saya dan kawan-kawan semua..

Penyusuan bayi pada saya bukanlah sesuatu yang mudah, semula jadi tanpa apa-apa masalah.  Kita ibu-ibu perlu ambil tahu dan dapatkan ilmu secukupnya tentang penyusuan bayi.

Saya memang tak berharap akan kena mastitis lagi untuk kelahiran bayi yang ke-empat ini.. Tapi since pengalaman 3 anak sebelum ni memang berlaku, jadi saya standby siap-siap supplemen Vitamin C dan Garlic Complex dalam tangan.


Thanks for reading :)

Sila 'Like' dan 'Share' sekiranya artikel ini bermanfaat untuk anda dan rakan anda :)