Assalamualaikum...
Cuti Hari Pekerja lepas, kami sekeluarga bertolak ke The Legend Resort, Cherating, Pahang untuk sama-sama memeriahkan Mega Gathering X-UtmViking 2014.
X-UtmViking ni adalah nama group yang diberi kepada semua ahli dan bekas ahli/alumni pasukan kayak/ sukan air UTM Skudai dari batch super duper senior sampailah adik-adik yang masih lagi bergelar mahasiswa di UTM sekarang..
Tak sangka juga yang hadir haritu super duper senior dari batch tahun 1992 lagi.. Saya pula dari batch tahun 2000. 1st time jumpa senior-senior ni..
Kami bertolak hampir 12 tengah hari.. Dan tak konvoi dengan sesiapa.. Jalan sendiri-sendiri.. Maklumla anak-anak ni ragamnya lain-lain. Taknak ada yang terpaksa menunggu kami pula.. Alhamdulillah selamat tiba di hotel hampir jam 5.00 petang. Bilik memang amat selesa.. cuma banyak staff tak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia sebab bukan orang tempatan.
Malam pertama lepas dinner di Coffee House, ada taklimat program dan sesi memperkenalkan ahli-ahli yang hadir serta pembahagian goodie bag. Setiap ahli termasuk anak-anak dapat t-shirt, mug & fridge magnet juga pendrive tajaan Greenfinder SB. T-shirt, mug & fridge magnet adalah hasil kerja oleh X-UtmViking sendiri iaitu pasangan Ayu Haris & Uzaini yang mempunyai biz design & printing ini iaitu NIA Custom Print
Hari kedua
lepas breakfast, macam biasa, anak-anak ajak main kolam dan pantai la... Awal-awal lagi dah beli penyodok, baldi untuk main pasir tu kat Ikea. Puas hati diorang dapat main pasir.. tapi nampak gaya macam ayahnya yang lebih excited :)
Lepas main kolam nak main pantai
Lepas main pantai nak main kolam pulak..
Ikutkan anak-anak, seharian pun mereka sanggup berendam dalam pool tu :)
Ammar mula tak berselera makan/minum masa pagi hari kedua.. Asyik menangis aje.. Memang tak tau nak buat apa.. Bila hubby check, nampak macam sakit sebab tumbuh gigi geraham atas (dua belah).. Kesian sangat tengok sebab dia lapar, nak makan, tapi bila makan je nangis je.. sudahnya pegang aje makanan tu. Ammar tak bagi ambil pula.. sedih sangat tengok.. So bagi die minum air yang sejuk-sejuk je bagi lega sikit..
Petang 2nd day ada sukaneka..
Game untuk kanak-kanak
Game untuk ayah-ayah/lelaki
Game untuk mak-mak/wanita
Kategori 1tahun ke bawah cam Ammar kena duduk tepi je :)
Malam, BBQ dinner dan penyampaian hadiah..
Makanan nampak berlebih-lebihan..
Tapi sayang sekali dewan tu agak panas tanpa kipas (walaupun open air)..
Tapi layankan aje.. :)
Hari ketiga
Lepas breakfast anak-anak sambung main kolam. Saya packing barang untuk balik ke KL.
Rakan-rakan lain plan ziarah rumah salah seorang ahli X-UtmViking di Kemaman. Tapi kami sekeluarga decide balik lebih awal memandangkan Ammar makin tak sihat dan mula demam. Ada tanda-tanda ear infection pula..
Kalau anak-anak tak sihat, memang hilang mood nak berjalan ke sana sini.. nak sampai rumah secepat mungkin untuk bagi anak-anak rehat saja..

Ammar nak makan kek batik yang auntie munirah buatkan.. tapi sakit.. huhuu |
Petang 2nd day ada sukaneka..
Game untuk kanak-kanak
Game untuk ayah-ayah/lelaki
Game untuk mak-mak/wanita
Kategori 1tahun ke bawah cam Ammar kena duduk tepi je :)
Ammar jadi photographer aje la.. |
Game untuk ayah-ayah, makan kacang wasabi + tembikai & pecahkan belon yang diikat di kaki |
Ammar leka tengok si Akmal makan kacang wasabi |
Hubby kena 'dera' makan kacang wasabi hehe... |
Lepas makan kacang, kena makan tembikai pulak.. |
Penutup aktiviti.. main layang-layang.. Mujur ada je simpan layang-layang dalam kereta.. |
Makanan nampak berlebih-lebihan..
Tapi sayang sekali dewan tu agak panas tanpa kipas (walaupun open air)..
Tapi layankan aje.. :)
Hadiah sukaneka kanak-kanak :) |
Lepas breakfast anak-anak sambung main kolam. Saya packing barang untuk balik ke KL.
Rakan-rakan lain plan ziarah rumah salah seorang ahli X-UtmViking di Kemaman. Tapi kami sekeluarga decide balik lebih awal memandangkan Ammar makin tak sihat dan mula demam. Ada tanda-tanda ear infection pula..
Kalau anak-anak tak sihat, memang hilang mood nak berjalan ke sana sini.. nak sampai rumah secepat mungkin untuk bagi anak-anak rehat saja..
Alhamdulillah semua program berjalan lancar seperti yang dijadualkan.. syukur...
Terima kasih kepada semua sponsors untuk majlis kali ni..
Saya doakan rezeki anda semakin melimpah ruah, insyaAllah :)
No comments:
Post a Comment