Tuesday, 22 October 2013

20% diskaun Novel Ramlee Awang Murshid @mphonline

Salam...

Lupa pulak nak post entri ni.. dah terlewat 1 minggu dah.. tapi sempat lagi!
Bagi sesiapa yang minat penulis Ramlee Awang Murshid ni, Mphonline tengah ada promo sampai 31 Oktober 2013.. tapi hanya dengan pembelian online sahaja. Walk-in ke MPH bookstore tak dapat la...



Antara penulis-penulis novel melayu yang saya suka adalah Ramlee Awang Murshid (RAM) ni la.. ada jugak beberapa lagi tapi sebab kekangan waktu nak membaca novel, saya just follow RAM ni aje sekarang ni.. Minat dari jaman U dulu.. start baca buku  beliau novel Tombiruo, Ranggau & Mandatori.. dipinjamkan oleh sahabat saya Siti Zaleha.  Lepas-lepas tu saya beli sendiri pulak.. tapi novel yang 3 tu saya tak beli sebab dah baca hehe.. 

Masa takde anak, dapat gak baca banyak novel lagi.. anak sorang dah kurang sikit, anak 2 lagi kurang.. anak 3 hmmm.. jarang2 kot dapat pegang novel.. buku bacaan saya sekarang ni pun boleh kata 95% non-fiction je.. bab-bab serius aje..  Almaklumlah, kalau dah ngadap novel, mak mertua lalu pun tak perasan kot :). Karang anak nangis pun tak dengar huhu.. maklumlah menghayati.. :) 

Yang ada.. gambar tahun 2011.. dah stop beli dah masa ni.. lama gak rupanya..

Disebabkan promosi ni..akhirnya terbeli jugak novel2 yang dah ter-miss beli sebelum ni.. 
7 buah semuanya... 
tapiii hmmm 7 buah = 7 tahun kot baru habis baca ;)

* ada juga promo untuk buku2 lain... boleh tengok mana yang berkenan. Saya selalu buka web mphonline ni and beli buku2 yang ada diskaun.. memang  berbaloi! 

Friday, 18 October 2013

Breadmaker Tesco murah! (offer 2 minggu je)

Salam Jumaat Penghulu Hari... :)

Minggu ni PA bos berserta bos cuti panjang sempena raya haji.. jadinya untuk memenuhi amanat mengambil suratkhabar yang bos langgan setiap pagi dah bertukar tuan untuk seminggu ni :)..

Tapi since paper yang bos langgan tu bukan my fav so hanya menyelak-nyelak lembarannya sahaja (teruk nyee..). Dan dengan standardnya orang perempuan memang la berminat nak tengok iklan2 jualan murah etc.. Ada iklan barangan elektrik Tesco. Terpandang Breadmaker aje pun... memang murah lah  RM199 aje (harga biasa RM299).


Harga masa saya beli pun RM249.  So sape2 berminat nak beli boleh terjah Tesco hari ni :).. Tawaran dari 17 Oktober - 6 November 2013 sahaja..


Sape2 yang suka makan roti and nak buat sendiri untuk family memang sesuai la beli.. Boleh buat pelbagai jenis roti.. Google aje resipi roti yang diminati.. Dalam blog ni pun ada juga resipi roti yang pernah saya buat.. semuanya diuli guna Breadmaker Tesco, macam kat bawah ni..








dan lagi dan lagi... (ada yang saya tak blog kan pun..) tapi kebanyakannya resipi ulang tayang je sebab kegemaran famili :)

Dan dengan satu jenis resipi tu boleh olah jadi macam2 jenis, letak inti berbeza2 ke.. topping lain2 ke.. etc..

Monday, 14 October 2013

JANGAN guna "check in" di Facebook


.. dan mana-mana laman sosial yang ada aplikasi check in ni...

Salam Isnin.. 
Gambar ni saya terpandang masa selak-selak akhbar Metro pagi ni.. so nak share dengan rakan2..

Kat FB memang ada aplikasi ni.. dulu selalu saya tengok orang guna Foursquare.. check in sana.. check in sini... 
Seingat saya la saya belum pernah guna benda check in ni sebab saya tak berminat nak bagitau saya gi mana or saya ada kat mana... Kebetulan masa Mesyuarat Warga Bahagian saya, ada jemput penceramah dari Cyber Security Malaysia.  Dalam ceramah tu banyak gak senarai2 benda yang tak patut dibuat/ditulis/di upload kat FB.  So salah satu yang ditegaskan adalah JANGAN GUNA 'CHECK IN'.  

Sebabnya? 
macam gambar kat atas nun lah.. itu aje.. memang sebab utama adalah KESELAMATAN.

Jangan check in kat rumah and bagitau sorang la..
Jangan check in kat sana, check in kat sini... orang tau 'rumah' sekarang kosong ni..
Jangan check in kat sana then check in sini pulak then check in sini lak... orang boleh trace pergerakan/rutin perjalanan...
Kalau bercuti/holiday sana sini pun kalau nak update sangat cerita, sila update HANYA SELEPAS holiday tu berlalu.. bukan masa tengah kat Maldives ke terus upload gambar/update status.. sebab orang akan tahu rumah anda akan kosong selama sekian2 masa... 

Kata penceramah tu, dulu ada satu laman web yang menyenaraikan rumah2 yang 'kosong' untuk dirompak siap sorting ikut lokasi.. Kalau pencuri/perompak tu berminat area Taman ABC, taip aje, keluarlah senarai rumah2 yang sesuai untuk dirompak.. semuanya disebabkan aplikasi 'check in'.. Tapi pihak Cyber Security Malaysia dah block laman web tu sekarang ni..
 
Sekian untuk perkongsian... So sama-sama kita berhati-hati ok :D

hmmm kalau ikut ceramah aritu, macam nak tutup aje akaun FB tu...

Friday, 11 October 2013

Cabaran hentikan tabiat menjerit kat anak

Salam Jumaat..
Lama tak update jugak ni seminggu kesibukan hal audit SPB kat bahagian. Sebagai urusetia kena full standby untuk serve auditor.. :)

Semalam terbaca satu link yang dikongsi oleh rakan sekolah dulu.. http://theorangerhino.com/10-things-i-learned-when-i-stopped-yelling-at-my-kids/.  


Ianya tentang cabaran nak kurangkan atau langsung takde tabiat 'menjerit' kepada anak... Memang sekarang dalam proses mengubah tabiat/perangai 'huduh' dalam proses keibubapaan.. 

Perkara yang saya sedang buat sehingga sekarang ni adalah untuk tidak menggunakan perkataan 'JANGAN' pada anak.  
jangan panjat,
jangan gaduh, 
jangan pukul, 
jangan lompat, 
jangan tu jangan ni.. 

Terlalu banyak jangan tapi masih jugak tak dengar2...

Apa yang saya buat sekarang ialah cuba terangkan apa yang perlu diorang buat sepatutnya.. Dan terangkan kenapa diorg kena buat begini bukan begitu... Walaupun sebelum terangkan/cakap elok2 kat diorang tu kena tarik nafas dalam-dalam/ basuh muka banyak2.. sebab nak elakkan 'meletup' :)

Saya pun dah bincang dengan husband untuk sama-sama perbaiki diri kami tapi ada masa 'tersadung' gak.. Kena sentiasa sentiasa dan sentiasa ingat-mengingati...

Sekarang nak tambah fokus untuk tak MENJERIT.. Rasanya sepanjang saya cuba ubah penggunaan perkataan JANGAN tu kebanyakan masa memang dapat tenangkan hati sebelum terrmarah kat anak-anak. Tapi kali ni nak buat cabaran pada diri macam cikpuan Orangerhino ni...  Cabaran 365 hari tanpa ada sesi jerit menjerit kat anak-anak.. lucu jugak baca catatan2 sebab boleh relate dengan keadaan sendiri jugak.. lagilah kan nak handle 4 orang anak lelaki yang lasak bagai.. kami ni yang 3 orang pun fengsan dah ni... 

Kenapa tiba2 nak ubah? 
Bila duduk fikir sendiri, anak2 dah semakin membesar. Diorang takkan kekal jadi kanak-kanak je.. Kena usahakan tunjuk kasih sayang tak berbelah bagi dari masa kecil so diorang takde kenangan masa kecil yang menyedihkan.. Tengok perangai anak2 memang diorang tiru bulat2 apa yang kita buat pada diorang. Kalau mak ayah biasa menjerit, nanti anak yang besar jerit kat adik, adik jerit kat kakak.. huhu.. 

Anak tu cerminan ibubapa.. 

Ingin menjadi ibubapa yang berakhlak baik supaya anak2 pun punya akhlak yang baik...