Skip to main content

Saya EL sebab nak buat Red Bean Bun??? =D

2nd entry for today...

Lupe le pule nak cakap, hari ni saya EL sebab Aliff demam dari semalam tak surut-surut. Suhu badan memang tinggi. Bagi ubat demam yang ada tu masih tak surut demam die. Tengah malam beberapa kali die bangun mengamuk, so ayah dengan ummy ni ngantuk tahap cipan hehe.. Ayah la yg paling tabah sebab ummy still boleh terlelap gak tu..ayah la kene pangku Aliff sepanjang masa.. Toceh ayah =D..

Pas sms bos cakap EL, kol 8gerak gi klinik kanak2 kat Kota Damansara tu jugak, tapi singgah dulu breakfast kat McD kat NKVE tu since klinik pun bukak kol 9. Aliff ngan Husna pun tak mandi lagi hehe..angkut haje.. Husna takmo tinggal umah nenek, nak ikut jugak..

Sampai klinik lepas register terus jumpa doktor.. syukur tak perlu tunggu lama.. mungkin sebab hari kerja kan.. (biasa2 sampai 1jam tunggu baru sampai giliran kami..). Sebab suhu tinggi sgt, doktor masuk ubat montot. Die cakap demam sbb infection.. infection ape ehh? Saya kang terus la terpikir saya gi dok bawah jambatan/dlm culvert tu ade ke yg ngikut? tapi balik petang kelmarin saya balik umah mandi dulu baru ambil budak2 ni kat umah mak.. sebab masa 1st gi inspection jambatan2 kat PD&seremban aritu, mmg lepas tu Aliff demam gak. Asal saya balik audit/inspection je, Aliff mesti demam.. ni yg pikir ntah hape2 ni...

Kali ni mmg perangai Aliff menduga kesabaran betul, langsung takleh berenggang. Die tido pun kite kene dok sebelah die, kalau gi tempat lain, 5minit pastu die dah terjaga+mengamuk.. adehh..

Tengah hari tadi masa Aliff ngan Husna tido, sempat gak la campak bahan2 dalam breadmaker and masak simple lunch. Tapi by the time nak isi inti Aliff dah ngamuk dah... hehe..

Ok, ni dah lama beli bahan tapi la ni baru sempat nak buat.. Red bean bun.. resipi guna sweet dough Alan Ooi.. inti beli readymade aje..

Sweet Dough
Sumber : Alan Ooi


Bahan A

300 g high protein flour / 300 g tepung biasa + 1/3 sdt bread improver
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C
40 g mentega

Untuk Sapuan
Fresh milk

Masuk semua bahan dalam breadmaker ikut turutan : cecair->bhn kering->yis. Tekan setting"dough" dan tunggu sampai doh siap.. (Yis diharamkan bersentuh dengan garam =D)

Bila doh dah siap diuli, saya bahagikan kpd 16 bahagian, isi inti, bulat2kan, susun dalam baking tray 9"x9", rehatkan sampai naik sekali ganda, then bakar.. saya bakar suhu 190celcius 30minit..

Siap dibakar, keluarkan dari tray, sapu butter sekeliling..

:: sedia dimakan ::


:: bile buat roti sendiri, leh letak inti banyak2.. mewah rasa red bean nye =D ::

Comments

  1. wah! rupanya sangat menawan!

    ReplyDelete
  2. sian aliff.moga cepat sembuh ye,sayang..

    aku cari post breadmaker ko tu.tak jumpa lak.ko ada ckp brand tesco lagi murahkan padahal sama sebijik sebentuk dgn kenwood eh..

    brand tesco ni laku kan..cepat habes.kalu ko ada ternmpk mana2,bitau aku leh?

    ReplyDelete
  3. sedapnya....nak cikitt..

    ReplyDelete
  4. mama glam : rasanya pun menawan gak ;D

    ...............

    ashra: alhamdulillah, semakin ok, tp masih monitor suhu bdn die..

    bukan kenwood dear tp elba. kenwood adalah super mahal ok =D. kalau ade duit lebih ambik la kenwood tu, well known brand kan.. kalau aku jumpe aku bgtau la..insyaAllah..

    ..............

    ija: sheeedappp =D

    ..............

    ayu: meh datang umah hehe..

    ReplyDelete
  5. mana nak cr high protein flour tu ek

    ReplyDelete
  6. angel eyez:
    tepung high protein tu beli kat kedai yg jual bahan bakeri macam bake with yen (chow kit, puchong,kelana jaya), bagus (shah alam and few branch) dll

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …