Tuesday, 15 March 2011

Guna la botol BPA-free!! =D



Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

berita lanjut sila lihat Berita Harian Online

---------------------------------------

Terima kasih kerajaan =D...

Walaupun isu ban botol BPA ni cam dah lama... dimulakan oleh Canada pada Mei 2008, and kita hanya nak kuatkuasa 1 Mac 2012, takpela.. asalkan ada base macam ni kira bersyukur sangat dah...

Saya tahu pasal botol polycarbonate ni masa Husna masih guna botol kira dalam tahun 2008 camtu. Mula2 memang guna botol biasa jenama Pureen and Avent. Lepas tau pasal BPA ni, terus semua botol buang. Ganti dengan botol PolyPropylene brand Medela dan MLO. Even pam susu pun saya guna Medela aje sebab dalam website Medela ada mention semua parts die adalah BPA-free. Tradisi yang sama diteruskan masa Aliff.. Alff guna botol MAM, BPA-free la yang pastinye..

Walaupun ada pendapat kata amaun BPA yang larut dalam susu baby tu adalah pada tahap selamat, saya tak berkompromi.. bersyukur juga sebab my husband sama-sama concern pasal benda yang melibatkan kesihatan dan keselamatan anak2 ni..

Tapi mungkin orang terlepas pandang, botol polycarbonate ni bukan terhad pada botol susu baby aje, tapi botol air yang fancy kat pasaraya tu pun polycarbonate jugak yer hehe.. oh.. tapi jangan lupe, sippy cup atau teether pun cari dari jenis plastik yang selamat.. camne nak tau? sila la surf laman web pengeluar barang2 tersebut..memang diorang ada mention.

Secara asasnya, kalau jumpa label segitiga dgn no.7 kat bawah botol plastik tu, maka tu polycarbonate la namanya.. bukanla bermaksud "boleh pakai 7 kali" or whatever it is.

Label plastik yang selamat untuk handle foods/drinks adalah nombor
4(low density polyethylene),
5(polypropelene),
1(polyethelene terephthalate ethylene) &
2(high density polyethylene).

Kalau nombor selain tu adalah tak selamat. Nombornya adalah
3(polyvinyl chloride),
6(polystyrene) dan
7 (other&polycarbonate)

Dulu saya punya rujukan pasal plastik ni adalah dari artikel ni Healthier Food Uses of Plastic, dari web MLO

So pilihan di tangan anda =D

4 comments:

  1. likeeee....................

    ReplyDelete
  2. samalah.aleesya pun MAM..
    tapi aku takder kaler ijau je lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. hyun: like osoo..=D

    ashra : amboi, takde kaler ijau aje lagi? dah banyak kaler dah ade tu =D. aliff konpem pink tak dapat guna la.. dah guna ijau, biru, pepel =D

    ReplyDelete