Skip to main content

Bun kacang merah ~ lagik?

Assalamualaikum..
Tengah cuti bersalin ni ada masa terluang sambil2 Ammar tidur, nak clear kan beberapa barang dapur antaranya tepung roti dan pes kacang merah.  Beli dah lama tapi tak buat apa pun.. Sebelum tarikh luput haruslah dikerjakan dengan segera :)

Sorry lah kalau banyak kali sangat buat bun kacang merah.. nak buat camne? kegemaran tuan tanah :)
Resipi yang sama dan boleh dipelbagaikan dengan inti2 atau topping kegemaran anda :)



Sweet Dough
Sumber : Alan Ooi

Bahan A
300 g high protein flour / 300 g tepung biasa + 1/3 sdt bread improver
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C
40 g mentega

Untuk Sapuan
Fresh milk

Resipi ni saya buat 2 kali ganda jumlahnya (600g tepung)..

Dan macam biasa kerja menguli dilakukan oleh cik puan Breadmaker Cap Tesco saya yang dah lama berhibernasi.

Caranya : 
1. Masuk semua bahan dalam breadmaker ikut turutan : cecair -> bhn kering -> yis.
2. Tekan setting "dough" dan tunggu sampai doh siap..

Nota penting : Yis diharamkan bersentuh dengan garam

3. Dah siap uli, keluarkan doh dari Breadmaker.  Kasi tumbuk2 untuk keluarkan udara.
    Lepas tu bahagikan doh ikut banyak mana nak..
    Saya timbang doh 30g dan bulat-bulatkan tiap satu. Total dapat 37 biji bun.


4. Biar kembang dalam 20-30 minit.
5. Lepas tu leperkan, isi inti readymade, bulat-bulatkan semula dan susun dalam baking tray.
    Kalau nak buat   inti sendiri pun boleh.. sila rujuk resipi Homemade Inti/Pes Kacang Merah

6. Biar naik sekali ganda lagi baru dibakar.
    Saya bakar pada suhu 200degree celcius selama 15-17minit (bergantung jumlah bun dalam baking tray tu)



Comments

  1. Nmpk senang...tp x de bm.......kena uli sendiri tu yg malas tu.....

    ReplyDelete
  2. Rajinye ko....nyempat je eh..hehe

    ReplyDelete
  3. alahaiii bestnya buat roti sndri...jenuh aku cari bm tesco tu..semuanya out of stock :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …