Skip to main content

Meroti lagi : Sardine Loaf pulakk =D

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Roti ni saya buat malam semalam. Resipi ni saya bahagi 4 sebab setakat nak makan 2-3 orang aje. Semua saya guna BM (Breadmaker) aje, buat setting doh, dah siap doh, canai dan spread inti dan gulung. pastu masuk balik dalam BM untuk bakar. Saya tak bakar dalam oven biasa sebab takde loaf tin.

Saya tak pasti berapa lama nak kene bakar, so saya just guna function bake kat BM tu.. sejam gak la masa die. So kulit die jadi keras sikit (tapi saya suka kerak roti yg keras hehe), tapi isi memang lembut je.

Pada saya, roti ni sedap (sempat makan satu slice aje pon, lain2 tu husband wat breakfast pagi tadi and hantar kat umah mak bagi rase), nak buat pun tak susah (pasal guna BM aje =D). Pasti akan buat lagi =D

Semua dibawah ni direct copy dari laman Resipi.net. Adjustment yang saya buat yang kaler biru tu =D

Roti Gulung Sardin (Kak Anim/penyulawa)


Bahan-bahan

1kg tepung roti (saya guna tepung gandum)
140g gula kastor
20g garam
102g majerin (saya guna minyak jagung, malas nak timbang butter =D)
20g yis
10g pemantap roti / bread improver
20g softener (saya takde)
2 biji telor (telur dah habis so tak letak)
500ml air ais (wa belasah air biasa jer...) (saya pun guna air biasa)
30g tepung susu (guna coffemate, takde susu tepung)


Inti Sardin

2 tin besar sardin (wa suka guna mackerel) - buang sosnya (guna 1 tin kecil mackerel ayambrand)
1 labu bawang besar - dadu/cincang
3 ulas bawang putin - cincang halus
2 biji cili merah - cincang (letak sikit cili api tumbuk)
sedikit halia - hiris halus
2 keping asam gelugur (asam keping) - rendam sekejap
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar minyak utk menumis garam secukup rasa

Cara

Roti

  1. Satukan bahan kering ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Uli pada kelajuan minimum.
  3. Sambil tu masukkan bahan cecair secara perlahan.
  4. Uli hingga jadi doh.
  5. Masukkan majerin dan teruskan ulian sehingga doh menjadi licin.
Saya guna BM untuk menguli

Inti

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan cincang/hiris hingga naik bau. masukkan sardin. lenyek2kan biar hancur.
  2. Masukkan sos cili dan asam keping. Biar sedikit kering. Perasakan dengan garam.
  3. Jika suka bubuh la serbuk perasa (wa ganti ngan secubit gula).
Tips Tambahan
Utk menggulung roti, mulakan dari atas ke bawah

:: dah siap bakar ::

:: try potong skett.. ::

:: lagi.. ::

:: model tetap ;D ::

Yang ni buat kelmarin, husband request. rupe memang tak semenggah laa.. tapi nasib la ye sebab lambat sangat request, dah dekat time nak tido dah.. saya just uli dan lilitkan. pastu part tunggu kembang, sapu telur, tabur breadcrumbs dan bakar, husband yang buat sendiri sebab saya nak tido haha.. dekat kol 1 pagi dah mase tu.. Ni jadi mini sausage roll dah pasal sosej tu saya potong 2 kasi kecit-kecit so dapat banyak sket =D.


:: mini sausage rolls ::

Comments

  1. waaaaa.. kagumnya 0.0...
    saya pun minat gak nak makan roti.. buat sendiri je lagi yang tak reti.. hehehe

    amboih kak liza.. da anak dara husna ni yek.. pandai posing pulak tu.. hehehe.. comel.. ;)

    ReplyDelete
  2. ayyooo ko nie saje wat aku terliur tgk fresh bake roti ni... dh la tgh kelaparan nie.. mkn ngan air nescafe mmg masyuk nihh =p..

    ReplyDelete
  3. liza, btol la.. ko nih saje je bg ktrg terliur tau.. bwk la lebih ke ofc, boleh org kat tingkat 7 merasa.. wakakakakaka~~

    ReplyDelete
  4. Aduh.. terpana tgk roti2 home made ni.. Camna bleh ada org terror wat roti ni...haha..gaya tak percaya..

    ReplyDelete
  5. jane: mane de buat sendiri.. tu breadmaker tolong buatkan.. kite campak2 ajer =D

    yani: hahaha!! meh le datang umah hehe..

    nini : nak bawak lebih utk org tingkat 7? org tingkat 10 karang bising lak sbb diorg pun tak merasa hehehe..

    papa adam : wahh ko pun ade blog ehh.. mama ngan papa rajin berblog =D.
    tak percaya? sila la percaya hehe.. ala ade breadmaker senang je..

    ReplyDelete
  6. da le wat bisnes ni.hehe =)

    ReplyDelete
  7. fuhh..mencabar nafsu mkn tol memlm nih..nmpk sdp sgt2 roti tu..sosej!!!

    ReplyDelete
  8. Liza Eh, ni bukan blog papa Adam, blog mama Adam gak ni. Contest blog je.. Mama Adam aka Adam's Journey

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …