Thursday, 24 April 2014

Apa Nak Buat Bila Tertinggal Icepack!!

Assalamualaikum...

Hmm.. working mommies yang breastfeeding pernah tak tertinggal icepack kat rumah...
or maybe terlupa nak bekukan icepack??

Saya memang selaluuu...
:)

Selalunya kalau bawa icepack tapi lupa nak bekukan malam tu, saya tumpang peti ais kat ofis kawan-kawan (sebab kat ofis sendiri dulu takde peti ais, sekarang je ade mini fridge dalam Bilik Pengurusan Bencana)

Kalau memang langsung tertinggal icepack di rumah, ada 2 pilihan yang saya selalu buat :

1. Beli ais kat kantin letak dalam plastik & ikat


2. Cari botol air mineral, isi air (jangan penuh) & bekukan kat peti ais ofis

Pilihan ke-2 tu selalu juga buat kalau outstation kat tempat-tempat yang hotelnya tak sediakan fridge langsung (cth: Fraser's Hill, Cameron Highland etc..) atau hanya sediakan chiller (ni biasanya hotel 4bintang ke atas).  Saya bagi botol mineral yang isinya 3/4 je pada staff hotel suruh simpan dalam freezer..
:D

Tapiii.. kalau tertinggal pam? Huhuhuuu.. saya sanggup patah balik rumah untuk ambil.. 
Sebab nak Marmet tak pandai huhuu...

Wednesday, 23 April 2014

Resipi : Jjamppong ~ antara menu korea yang glemer :)

Assalamualaikum...
Memperkenalkan.... 
 .
.
.
Jjamppong..

Lama gak terrr-mengidam nak makan Jjamppong ni..
Ni pasal kat Running Man suka jugak dok keluar menu ni.. hisshhh.. nampak menyelerakan sungguh!
Tapi harusla masak sendiri ye tak??

Ni dah masuk kali kedua masak Jjamppong.. Yang kali pertama tu sendiri nak buat. Yang kali kedua, hubby pulak yang request :).. 
Kena la tu dengan tekaknya :)

Rasanya macam mana ya??
Emmm.... susah gak nak describe.. ala-ala mee bandung pun ye gak, ala-ala nak ke tomyam seafood pun ade gak cuma tak masam sangat la..
Tapi kami sekeluarga SUKA!!

Nak kata pedas, tak sangat kot.. Aliff & Husna pun boleh makan..

Resipi standard... ambil dari Maangchi [klik sini untuk resipi & video] je.. tapi yang ni saya dah translate ke BM..


Hot & spicy jjamppong
(2 servings - kalau kami cukup untuk 3-4 dewasa)

Bahan-bahan :
Mee (sama jenis dengan mee untuk jjajangmyun - tapi belum pernah jumpa lagi kat kl ni)
- boleh ganti dengan spaghetti (saya guna pasta angel hair, cepat sikit masak)

mee untuk jjajangmyun & jjamppong - kat peket tu tulis "U-Dong, Jja-Jang (tulisan besar hitam)"

Untuk stok :
10 ekor ikan bilis kering (korea punya ikan bilis bapak besar dan mahal), saya guna dalam segenggam ikan bilis siap kopek saiz biasa2 makan :)
3 cendawan shitake kering
4 inci x 4 inci kelp kering (kelp ni adalah sejenis rumpai laut - kena cari kat kedai korea).
½ cawan bawang besar kuning/ holland, dihiris.
10 cawan air

ikan bilis untuk buat stok tu saiz yang belah bawah.. besau punye.. aritu tengok kat kedai korea kat mont kiara, harganya sepeket tu RM30++.. takpela.. guna ikan bilis kat rumah aje la... :)


Ni kelp atau nama korea nya Da-Shi-Ma (tulisan merah tu). Ade jual besau-besau camni and ada yang siap potong kecik2 macam saya punya... janji namanya Da-Shi-Ma :)

ikut pusingan jam dr atas ke bawah : ikan bilis, cendawan shitake kering, kelp (tiada dlm gambar = bawang holland)


Daging dan makanan laut:
113 g daging ayam, dihiris + secubit garam dan serbuk lada hitam, gaul dan ketepikan.
6 ekor udang besar, buang kulit & urat.
10 kupang, dibersihkan. Susah gak nak jumpa kupang dengan cengkerang ni.. ni saya dapat beli dari Giant (bahagian frozen)
113 g sotong,  dipotong kepada kepingan ½ inci x 2 inci.



Sayuran dan bahan perisa:
¼ cawan lobak merah, dihiris.
4 batang daun bawang, dipotong panjang 2 inci.
450 g kobis bulat (atau kobis cina/panjang), dihiris.
2 batang leek, potong separuh memanjang then hiris panjang 2 inci.
4 cendawan putih, hiris.
1 tbsp bawang putih dicincang
2 tsp halia dicincang



¼ cawan minyak sayur/ minyak masak
3 tbsp serbuk cili korea
½ tsp serbuk lada hitam - saya kurangkan sikit
1 tsp sos ikan
2 tsp garam
1 tsp minyak bijan
air (sekiranya stok tak cukup 7 cawan, tambah air)

Cara :

Langkah 1 : sediakan stok



Campur semua bahan stok dalam periuk yang besar.
Didihkan selama 20 minit dengan api besar.
Kemudian kecilkan api dan biar merenih selama 10 minit.
Tapiskan stok. Ketepikan.
* Akan dapat ~ 7 cawan stok

Langkah 2 : Campuran serbuk cili & minyak sayur/minyak masak


Dalam mangkuk kecil, campurkan 3 tbsp serbuk cili korea dengan 2 tbsp minyak sayur/masak. Ketepikan
* Boleh tambah atau kurangkan serbuk cili ikut citarasa anda :)

Langkah 3 : Mula memasak


Panaskan 2 tbsp minyak dalam kuali besar/ periuk besar (saya guna periuk untuk buat stok tadi).
Tumiskan bawang putih & halia sehingga kekuningan
Masukkan hirisan daging ayam dan kacau selama 2 minit.


Masukkan sayuran : Lobak merah + kobis bulat/kobis cina + daun bawang + leek + cendawan putih
Kacau selama 5 minit.
- sayur tu memang nampak banyak, tapi bila dah 5 minit tu semua jadi layu atau bahasa kitorang 'lodoh'



Masukkan campuran serbuk cili korea + minyak
Gaul rata


Masukkan seafood : sotong + udang + kupang
Kacau selama 5 minit (api besar)


Masukkan 7 cawan stok
Didihkan 7 - 10 minit

Tambah 2 tsp garam, 1 tsp sos ikan dan ½ tsp serbuk lada hitam.
Tutp api, Tambahkan 1 tsp minyak bijan, gaul-gaul, kacau-kacau..


tadaaaa... Siap!

Mee/ Pasta (Spagetti/Angel Hair) :
Rebus hingga lembut.


Untuk menghidang :
 

Letak mee/pasta dalam mangkuk, Sendukkan kuah jjamppong..


Sedap dimakan panas-panas...
:D



Aliff & Hubby lumba-lumba makan... 
oopppsss.. makan perlahan-lahan sayang-sayangkuu.. nanti tersedak ;)

Friday, 18 April 2014

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee !!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..
Saya mula mengenali Shaklee sejak awal-awal kewujudan Shaklee di Malaysia.  Masa itu, mak saya yang menjadi Distributor nya..

Saya sendiri mula menjadi ahli dan mengambil supplemen Shaklee sejak 2004.  Disebabkan produk Shaklee telah banyak memberi kebaikan dan manfaat kepada kesihatan diri saya, saya memutuskan untuk menjadi ahli. 

Kini saya masih lagi mengambil supplemen Shaklee sepanjang kehamilan iaitu Set Kehamilan.. dan insyaAllah akan diteruskan dengan Set Bersalin dan Set Menyusu pula.. :)

Set Kehamilan, Set Bersalin dan Set Menyusu memang sangat-sangat mendapat sambutan luarbiasa.. Semuanya kerana ramai orang telah sedar kepentingan mengambil supplemen..

Tapi, saya just nak share, sebenarnya Shaklee ada banyak lagi produk dan vitamin kesihatan yang lain. Sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua.




Kiranya produk Shaklee ni memang sangat sesuai untuk semua golongan dan seisi keluarga.

Alhamdulillah, berdasarkan feedback dari customer. Memang ramai yang sudah merasai kesannya. Mereka berpuas hati dengan set yang mereka makan.  Dan syukur Alhamdulillah, ramai kini  berminat untuk menjadi ahli..

Memandangkan ramai yang bertanya bagaimana hendak menjadi ahli Shaklee, jadi dalam entry kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang bagaimana dan kebaikan menjadi ahli Shaklee.

BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE?

Ada 2 pilihan untuk menjadi ahli:-

1) Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 Postage. Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.

ATAU

2) Buat pembelian dalam 1 RESIT sebanyak 200 point UV (Unit Value), iaitu bersamaan dengan RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM65) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+). Penjimatan hampir RM100.

Anda boleh hubungi kami untuk mendaftar..

Nak jadi ahli Shaklee adalah sangat mudah.

Cuma daftar, gunakan produknya, kumpul points dan bila anda dapat certain points dalam sebulan, anda dapat CASH BONUS. Best kan. Makan sendiri je pun dah boleh dapat bonus.

Jadi bonus tu dah boleh cover cost produk yang anda makan setiap hari. Kan dah jimat kat situ.

MAINTAIN POINT DAN KEAHLIAN

Just nak share, yuran keahlian yang anda bayar tu cuma SEKALI SEUMUR HIDUP. Tak payah renew every year. Boleh pakai seumur hidup.

Kalau anda cuma nak makan sendiri, tak payah maintain points bulanan atau minimum belian.

Cuma gunakan produk, dan share dengan kawan-kawan dan saudara-mara je. Kalau mereka berminat, boleh beli dengan ID anda. Anda boleh beli pada harga yang murah. Iaitu 25% lebih murah daripada Retail Price.

Tapi kalau anda ingin mulakan business dan dapat CASH BONUS, barulah anda perlu mempunyai points tertentu setiap bulan.


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. (25% less than retail price)

2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus.

3) BERPELUANG membuat bisnes Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan MENTOR.

4) ACCESS kepada SPECIAL GROUP kami untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk2 Shaklee.

5) Mereka yang register dengan saya, saya akan masukkan mereka dalam sebuah group Shaklee di Facebook. Dalam group ini, anda akan didedahkan dengan rahsia rahsia bagaimana menjalankan business secara online. Di sini juga, anda akan membaca testimoni Rahsia Kejayaan ramai orang yang sudah berjaya dalam perniagaan online ini.

Di situ, anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat. Apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online. Di situ juga, ada perkongsian kisah jatuh bangun orang lain dalam perniagaan online ini.

Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda berada dalam group itu, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya.

Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang nak tarik anda ke atas. Tak ade orang yang nak tolak anda ke bawah.

Sebab itulah saya rasakan, senang buat business online ni. Dengan bantuan mentor yang dah expert dan lama dalam perniagaan ni.


SELAMAT DATANG


Saya nak ucapkan Selamat Datang kepada ahli-ahli Shaklee yang baru mendaftar di bawah group kami.  Jom jadi lebih sihat dengan supplemen Shaklee!!

HEALTHIER, WEALTHIER and HAPPIER WITH SHAKLEE!!




Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah pengalaman sebenar mentor kami menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA DI:-



Thanks for reading! :)



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya untuk:-


FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Wednesday, 16 April 2014

[Dedikasi Seorang Guru]


Assalamualaikum...

Saya sangat hormat pada orang yang bergelar guru.. Satu profesion yang tak semua orang mampu galas.

Dua kali saya berpeluang hantar Husna ke sekolah (biasanya ayah Husna la). Sangat kagum dengan PK HEM ni. Setiap pagi tanpa gagal beliau akan tunggu dan sambut pelajar-pelajar di pagar sekolah. (Husband cakap, kalau PK HEM takde, Guru Besar yang akan terpacak kat pagar sekolah ni..)

Dan pagi semalam, keadaan jalan sesak di luar pagar sekolah disebabkan ada insan kurang prihatin meletak kenderaan yang menghalang kelancaran trafik. Cikgu ini dengan rela hati mengawal trafik di situ bagi memastikan pelajar-pelajat selamat dihantar ke perkarangan sekolah oleh ibu bapa masing-masing..

Serius, sangat terharu..

Semoga Allah beri balasan kebaikan kepada PK HEM, Guru Besar, guru-guru SKKL & keluarga mereka..
Juga kepada guru-guru di luar sana yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk pelajar-pelajar mereka..



Sekolah Husna ni bukanlah satu sekolah yang hebat atau well known, sekali sebut nama sekolah orang dah tau, macam sekolah rendah saya dulu.. sekolah ni pun dipilih atas faktor dekat dengan rumah mak dan pejabat husband sahaja.

Pada saya tak kisah la sekolah tu glemer atau hebat atau berprestasi tinggi pun.. saya sebagai ibu hanya nak anak saya dididik agar punya peribadi positif dan disiplin yang tinggi.  Saya sendiri pun berusaha mendidik anak dengan unsur-unsur positif sahaja..

Sekiranya guru punya dedikasi dan ikhlas dalam melaksanakan tanggung jawab, rasanya semua tu akan terlahir dari perbuatan dan usaha yang ditonjolkan guru tersebut kepada ibubapa..

Memang mendidik pelajar zaman sekarang super mencabar, tapi bukanlah satu alasan.. Saya sangat sedih dan kecewa sekiranya ada rakan-rakan saya yang bergelar guru update status Fb dengan ayat dan bahasa negatif terhadap pelajar dibawah tanggungjawab mereka.. 

Teringat ceramah yang Prof Muhaya pernah sampaikan di Ikim Fm.  Beliau menyaran agar guru-guru mengganggap pelajar-pelajar bukanlah sebagai mencabar atau dugaan atau bebanan sebaliknya anggap pelajar tu sebagai pencen kubur, ladang pahala..sebagai satu jihad.  Kenapa? sebab didikan betul yang diberi kepada pelajar tu boleh jadi sahaja akan menjadikan mereka orang-orang soleh dan memberi manfaat kepada ummah suatu hari nanti. Bukankah guru tu sendiri akan mendapat 'saham pahala' dari itu?

Sungguh mulia kerjaya guru itu.. 
Semoga semua guru diberi kekuatan oleh Allah untuk memberi yang terbaik :)
InsyaAllah..

Tuesday, 15 April 2014

Pengalaman Menggunakan Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum..


PREGNANCY SEBELUM INI

Ramai yang kata nampak teruk sangat keadaan saya.. Asyik lemah je. Alahan pun boleh tahan.. Selalu terpaksa berlari nak ke tandas sebab muntah.  Kadang-kadang tak sempat nak sampai ke sinki/tandas dah terkeluar isi perut.  Terpaksa la ambil alih tugas cleaner tandas, cuci lantai yang dikotorkan sendiri huhuuu...

Masa tu saya mula pregnant bulan April.  Disebabkan badan sangat lemah, bulan Jun itu je saya hanya datang bekerja selama 9 hari sahaja.  Hari-hari lain semuanya ambil cuti kecemasan.. cuti harian..sebab tak mampu nak angkat kepala pun.. Dugaan... :)

Masak memasak? 
Memang cuti memasak sepanjang trimester pertama masuk ke trimester kedua.. sebab sangat tak larat.  Bau tumis, minyak pun boleh buat nak pitam..

PREGNANCY SEKARANG - Anak keempat


Pregnancy dah masuk 20minggu sekarang... Alhamdulillah, pregnancy kali ni diberikan kemudahan oleh Allah...

Ramai kawan pejabat yang tegur nampak cergas, segar.. malah ada yang baru perasan saya pregnant sebab tak nampak macam pregnant.. tak nampak ada alahan, lemah longlai dll.. 
Jika dibandingkan dengan pregnancy terdahulu :)
Cuti yang saya ambil disebabkan alahan pun hanya 2 hari masa di awal-awal pregnancy.
Syukur...

Masak memasak pun saya rasa lain, bertenaga. Kalau saya sediakan makanan korea, penyediaannya sahaja ambil masa 1jam -1 1/2 jam berdiri.. tapi masih ok :)

Saya memang berdoa sunguh-sungguh agar Allah mudahkan pregnancy ini.. mungkin disebabkan Ammar pun masih kecil, masih mahu menyusu, masih perlukan perhatian.. maka saya memang sangat berharap tahap kesihatan saya dalam keadaan TERBAIK.  Kalaulah saya kekal lemah macam pregnancy sebelum-sebelum ini... tak tahu la apa nak jadi dengan Ammar dan anak-anak yang lain... :(

Untuk tujuan itu, selain bertawakal memohon kemudahan dari Allah, perlu juga kita berusaha kan?

Jadi sebagai usaha diri sendiri, selain diet control (disebabkan sejarah diabetes semasa hamil), saya juga mengambil makanan tambahan iaitu SET KEHAMILAN SHAKLEE untuk memastikan badan saya mendapat khasiat secukupnya. 


Hasil pengambilan Set Kehamilan ini memang menjadikan badan saya lebih bertenaga dan kurang letih walaupun rutin harian saya bermula dari bangun tidur jam 4.30 pagi, bertolak keluar dari rumah pukul 5.30 pagi dan hanya sampai dirumah hampir jam 10.00 malam..

Kalau ikut logik akal, confirm tak mampu nak handle kan?.. tapi Alhamdulillah.. dipermudahkan...

Disebabkan saya mengambil vitamin-vitamin ini, saya tak perlu lagi ambil vitamin dari klinik. Malah memang tak diberi pun bila saya katakan saya dah ambil vitamin-vitamin ini..:)


Set Kehamilan Shaklee ini terdiri daripada :

ESP - Energizing Soy Protein
  • Makanan berindek glisemik rendah (sangat baik sekiranya ibu-ibu menghidap GDM), memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
  • Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu.
- Saya mengambil ESP sebelum makan, maka saya dapat mengurangkan makan. Bila ada GDM, saya tak boleh naik berat badan mendadak. Kena kawal..

Ostematrix (calcium-magnesium)
  • Mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil
  • Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi
- Setiap kali pregnant saya selalu alami gusi berdarah, kejang kaki, sakit betis, pinggul, sakit lutut & tumit. Dan selalu sembelit, sukar tidur. Pengambilan Ostematrix ni amat membantu. Sehingga kini belum lagi terjadi masalah-masalah tersebut.

B-complex (with folic acid)
  • Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
  • Juga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok
- Bila ambil B-complex saya jarang mengantuk siang. Biasanya bila pregnant saya mesti sangat mengantuk dan tidur je masa lunch break.  Dan dapat bagi kekalkan tenaga sehingga malam.  Kalau tak, biasanya balik kerja sebelum maghrib dah lelap dulu ataupun pukul 9 malam dah tumbang (tidur).

Vitalea (multivitamin)
  • mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
  • Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan
- Bila pregnant HB saya selalu  border.. Alhamdulillah ada peningkatan.

Vita-C 
  • Membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema, satu biji Vita-C Shaklee bersamaan 71/2 biji buah oren
- Masa pregnant memang tak berani ambil apa-apa ubat kalau sakit demam, batuk, selsema. Baru ni saya batuk-batuk, saya ambil 2 biji Vita-C secara konsisten. Alhamdulillah.. biasanya kalau batuk saya berlarutan sampai 1 bulan, tapi kali ni masuk minggu kedua dah sembuh.. Kalau demam-demam pun memang saya ambil Vita-C sahaja, dah lama tak ambil paracetamol/panadol.

Omega Guard
  • Mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi
- Saya ambil ni bila kandungan masuk trimester kedua, untuk pembentukan perkembangan otak bayi..

Saya yakin semua ibu-ibu kalau boleh memang nak dapat kehamilan yang selesa, mudah dan badan yang cergas.. InsyaAllah Set Kehamilan Shaklee ni dapat membantu memperbaiki tahap kesihatan badan ibu-ibu yang hamil..

Malah, set ini juga boleh diteruskan sehingga selepas bersalin dan semasa penyusuan.  Hanya tambah Zinc (selepas bersalin) dan Alfalfa (semasa menyusu bayi) sahaja.. 
Penggunaan yang tahan lama = menjimatkan!!

InsyaAllah ibu-ibu akan dapat banyak manfaatnya dan yang terpenting adalah KESIHATAN!  Kalau ibu tak sihat, terjejas kelancaran urusan rumahtangga dan anak-anak kan? :D

Ingin rasa kebaikan Set Kehamilan Shaklee?? 
Inginkan isteri anda cergas dan sihat semasa hamil??
Jom hubungi kami..



Monday, 7 April 2014

Jangan Salah Pilih Group/Mentor !!



Assalamualaikum...

Forwarded from my Master :)
-------------------------

[AWAS!! JANGAN TERSALAH LANGKAH!!]

Ini adalah sms yang saya dapat semalam.



Sekarang ni, SHAKLEE dah menguatkuasakan undang-undang, iaitu:-
1) HARGA AHLI hanya untuk AHLI BERDAFTAR
2) HARGA PASARAN untuk yang BUKAN AHLI.

Jadi, kalau anda nak dapatkan HARGA AHLI (20% kurang dari HARGA PASARAN), sila lah jadi ahli Shaklee berdaftar. Boleh jimat banyakkkk tauuu!!

-----------------------------

TAPI AWAS!!

Jangan tersalah pilih siapa upline dan GROUP yang anda akan REGISTER yer..

Orang yang anda register di bawahnya, sepatutnya menjadi MENTOR anda, dan BERTANGGUNGJAWAB memberi info produk dan panduan bisnes jika anda betul-betul serius nak berjaya bersama Shaklee.

Takut-takut terjadi macam kes SMS yang saya dapat ni. Lepas register, upline hilang entah ke mana, satu guide pun tak ada.

Ini bukan kes pertama yang saya jumpa. Dah ramai yang ada masalah ni. Kesian sangat.

Tapi jangan risau, masih ada jalan penyelesaiannya, cuma prosesnya mungkin lebih rumit berbanding mereka yang belum pernah mendaftar.

Jadi, ingat yer, kalau nak register ahli Shaklee, jangan tersalah pilih group!!
-------------------------------------------

Dukacita dimaklumkan saya adalah salah seorang yang senasib dengan orang ni.. pernah tersalah langkah dulu...

Saya ambil masa yang lama untuk memilih Group atau Mentor yang betul untuk kembali dalam Shaklee..

Dengan izin Allah, saya telah memilih untuk bersama MARIA FIRDAUS' MILLIONAIRE IN SHAKLEE (MFMS) EMPIRE.. Alhamdulillah..syukur kerana telah membuat pilihan yang tepat.. Mentor yang sentiasa 'dekat', ahli-ahli group yang banyak membantu & beri tunjuk ajar..

Dalam group kami, ahlinya datang dari pelbagai negeri.. Sebut saja dimana.. KL, Selangor, Kelantan, malah hingga ke Sabah dan Sarawak.. 

Maka siapa kata jarak jadi penghalang??...
Bukankah dunia hari ini tiada sempadan? Teknologi semakin canggih. Kebanyakannya kami lakukannya secara online.  Coaching Mentoring, perkongsian info produk, tips perniagaan dan sebagainya.. 
Hanya dihujung jari :)

Jadi pesanan saya kepada anda di luar sana, sebagai customer, anda harus berhati-hati dengan siapa anda membeli vitamin. Biarlah yang boleh memberi konsultasi yang betul kepada anda. 

Kepada yang ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, pemilihan Group/Mentor sangat penting! Pilihlah yang boleh membimbing anda untuk berjaya di dalam Shaklee. Bak kata mentor saya, 

“FOLLOW rapat-rapat dengan orang yang dah berjaya.. DUPLICATE apa yang telah mereka buat..”. InsyaAllah, anda juga akan BERJAYA seperti mereka.. malah lebih lagi!

Saya ingin berkongsi kepada sesiapa yang masih belum pernah membaca eBook Sorry Boss, Saya ‘Terpaksa’ Berhenti Kerja”, download dan dapatkan ia secara PERCUMA di sini. Ia merupakan kisah benar.  Kisah seorang yang memang saya kenali secara personal. Semoga ia memberi inspirasi kepada anda.  Sebagaimana ia memberi nspirasi kepada saya...
Anda berminat nak sertai Group kami yang penuh dengan cas-cas positif dan menjana pendapatan 4-5 angka sebulan?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

 
Shaklee Independent Distributor
Liza / Abdullah Mat Nor
sms/whatsapp 0192722977 / 0192692977
emel : illieaza@gmail.com