Showing posts with label Resipi : Mee/Pasta. Show all posts
Showing posts with label Resipi : Mee/Pasta. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Resipi : Jjamppong ~ antara menu korea yang glemer :)

Assalamualaikum...
Memperkenalkan.... 
 .
.
.
Jjamppong..

Lama gak terrr-mengidam nak makan Jjamppong ni..
Ni pasal kat Running Man suka jugak dok keluar menu ni.. hisshhh.. nampak menyelerakan sungguh!
Tapi harusla masak sendiri ye tak??

Ni dah masuk kali kedua masak Jjamppong.. Yang kali pertama tu sendiri nak buat. Yang kali kedua, hubby pulak yang request :).. 
Kena la tu dengan tekaknya :)

Rasanya macam mana ya??
Emmm.... susah gak nak describe.. ala-ala mee bandung pun ye gak, ala-ala nak ke tomyam seafood pun ade gak cuma tak masam sangat la..
Tapi kami sekeluarga SUKA!!

Nak kata pedas, tak sangat kot.. Aliff & Husna pun boleh makan..

Resipi standard... ambil dari Maangchi [klik sini untuk resipi & video] je.. tapi yang ni saya dah translate ke BM..


Hot & spicy jjamppong
(2 servings - kalau kami cukup untuk 3-4 dewasa)

Bahan-bahan :
Mee (sama jenis dengan mee untuk jjajangmyun - tapi belum pernah jumpa lagi kat kl ni)
- boleh ganti dengan spaghetti (saya guna pasta angel hair, cepat sikit masak)

mee untuk jjajangmyun & jjamppong - kat peket tu tulis "U-Dong, Jja-Jang (tulisan besar hitam)"

Untuk stok :
10 ekor ikan bilis kering (korea punya ikan bilis bapak besar dan mahal), saya guna dalam segenggam ikan bilis siap kopek saiz biasa2 makan :)
3 cendawan shitake kering
4 inci x 4 inci kelp kering (kelp ni adalah sejenis rumpai laut - kena cari kat kedai korea).
½ cawan bawang besar kuning/ holland, dihiris.
10 cawan air

ikan bilis untuk buat stok tu saiz yang belah bawah.. besau punye.. aritu tengok kat kedai korea kat mont kiara, harganya sepeket tu RM30++.. takpela.. guna ikan bilis kat rumah aje la... :)


Ni kelp atau nama korea nya Da-Shi-Ma (tulisan merah tu). Ade jual besau-besau camni and ada yang siap potong kecik2 macam saya punya... janji namanya Da-Shi-Ma :)

ikut pusingan jam dr atas ke bawah : ikan bilis, cendawan shitake kering, kelp (tiada dlm gambar = bawang holland)


Daging dan makanan laut:
113 g daging ayam, dihiris + secubit garam dan serbuk lada hitam, gaul dan ketepikan.
6 ekor udang besar, buang kulit & urat.
10 kupang, dibersihkan. Susah gak nak jumpa kupang dengan cengkerang ni.. ni saya dapat beli dari Giant (bahagian frozen)
113 g sotong,  dipotong kepada kepingan ½ inci x 2 inci.



Sayuran dan bahan perisa:
¼ cawan lobak merah, dihiris.
4 batang daun bawang, dipotong panjang 2 inci.
450 g kobis bulat (atau kobis cina/panjang), dihiris.
2 batang leek, potong separuh memanjang then hiris panjang 2 inci.
4 cendawan putih, hiris.
1 tbsp bawang putih dicincang
2 tsp halia dicincang



¼ cawan minyak sayur/ minyak masak
3 tbsp serbuk cili korea
½ tsp serbuk lada hitam - saya kurangkan sikit
1 tsp sos ikan
2 tsp garam
1 tsp minyak bijan
air (sekiranya stok tak cukup 7 cawan, tambah air)

Cara :

Langkah 1 : sediakan stok



Campur semua bahan stok dalam periuk yang besar.
Didihkan selama 20 minit dengan api besar.
Kemudian kecilkan api dan biar merenih selama 10 minit.
Tapiskan stok. Ketepikan.
* Akan dapat ~ 7 cawan stok

Langkah 2 : Campuran serbuk cili & minyak sayur/minyak masak


Dalam mangkuk kecil, campurkan 3 tbsp serbuk cili korea dengan 2 tbsp minyak sayur/masak. Ketepikan
* Boleh tambah atau kurangkan serbuk cili ikut citarasa anda :)

Langkah 3 : Mula memasak


Panaskan 2 tbsp minyak dalam kuali besar/ periuk besar (saya guna periuk untuk buat stok tadi).
Tumiskan bawang putih & halia sehingga kekuningan
Masukkan hirisan daging ayam dan kacau selama 2 minit.


Masukkan sayuran : Lobak merah + kobis bulat/kobis cina + daun bawang + leek + cendawan putih
Kacau selama 5 minit.
- sayur tu memang nampak banyak, tapi bila dah 5 minit tu semua jadi layu atau bahasa kitorang 'lodoh'



Masukkan campuran serbuk cili korea + minyak
Gaul rata


Masukkan seafood : sotong + udang + kupang
Kacau selama 5 minit (api besar)


Masukkan 7 cawan stok
Didihkan 7 - 10 minit

Tambah 2 tsp garam, 1 tsp sos ikan dan ½ tsp serbuk lada hitam.
Tutp api, Tambahkan 1 tsp minyak bijan, gaul-gaul, kacau-kacau..


tadaaaa... Siap!

Mee/ Pasta (Spagetti/Angel Hair) :
Rebus hingga lembut.


Untuk menghidang :
 

Letak mee/pasta dalam mangkuk, Sendukkan kuah jjamppong..


Sedap dimakan panas-panas...
:D



Aliff & Hubby lumba-lumba makan... 
oopppsss.. makan perlahan-lahan sayang-sayangkuu.. nanti tersedak ;)

Tuesday, 14 August 2012

Laksa Johor Adami.. laksa style mudah

 Menu iftar semalam bawa ke rumah mak.
Kelam kabut jugak masaknya.. Sampai rumah dalam 5.45pm.. keluarkan ikan kembong dr freezer, masuk dlm microwave utk thaw dia, sambil-sambil tu racik segala ulam/awas untuk laksa - kacang panjang, bawang besar, bunga kantan, daun kesum.. fuhh berpeluh den.. buat dengan sehabis pantas. En. somi pulak dok calling calling tanya sempat ke siap laksa.. alahai.. my laling, kalau asek call camne aii nak siapkan dengan pantas hik hik..


TARGET MISI : pukul 7pm dah gerak ke rumah mak. 
KEPUTUSAN MISI : BERJAYA! tapi tak sempat mandi la gi umah mak tu hihi..



kuah laksa with spaghetti :)
ulam-ulaman.. takde dlm pic : potongan cili api/padi
Camne tiba2 nak berlaksa johor ni?? Asalnya Khamis lepas, pagi-pagi browse blog masakan kunun-kununya cari idea nak masak iftar la kan.. terjumpa lak Laksa Sarawak. Aihh, terasa mengidam pulak nak makan Laksa Sarawak. Dipendekkan cerita, saya order pes tu dr anak Hj Manan ni melalui FB. So perlulah menenangkan diri sambil menunggu parcel dari Kuching tiba di Petaling Jaya :D

Untuk mengubat rasa mengidam tu, saya beli Pes Laksa Johor Adami di pasar tani tengah hari tu.. kebetulan pula terpandang pes tu kat meja pakcik tu.. terus beli dengan Pes Mee Bandung Muar Adami.  Tak pernah try lagi pes-pes macam ni.. kasi try aje la kan..

pes laksa johor adami

Balik ofis browse la ket internet kot-kot ada bloggers yang pernah cuba pes ni.. sebabnya agak confuse dengan cara memasak yang ada kat belakang paket tu, sempoi sangat.. Mula-mula jumpa blogger Hanamemories  ada buat.  Dia ikut sebijik sejiban dengan arahan belakang paket tu.. tapi hasilnya tak sama macam laksa johor pun.. lebih kepada rupa laksa sarawak aje hehe..

cari lagi.. jumpa blog belinda adzmi. Dia pun guna pes yang sama tapi modify cara memasaknya ikut selera nya.. Since belinda takde mention sukatan bahan, saya pun blur gak nak agak-agak macam mane.. So guna entry kak Azlita as reference, saya pun modify jugak laksa ni jadi version saya pulak hehe... Disebabkan puasa, saya tak boleh nak rasa.. so kira main belasah gak ni.. mujur sodap :D

Laksa Johor Adami 
sumber : Liza's Kitchen
inspirasi : Belinda Adzmi & Kak Azlita

Bahan-bahan :
1 paket Pes Laksa Johor Adami
600g ikan kembong
2 liter air
200ml santan - saya guna pati santan yg siap perah
4-5 keping asam keping/gelugor
2 batang bunga kantan - potong empat
daun kesum
2 ketul kiub ikan bilis
1 paket spaghetti (500g)
1/2 biji bawang besar - dicincang/tumbuk
2 ulas bawang putih - dicincang/tumbuk

Bahan ulam/awas (boleh ditambah ikut suka):
2 batang bunga kantan *
1 ikat daun kesum *
1 biji bawang besar *
5 batang kacang panjang *
5 biji cili api/padi *  (racik halus bahan bertanda *)
2 genggam tauge
1 biji timun - dipotong mancis
5 biji limau kasturi - dibelah dua

Cara-cara :
1. Rebus ikan kembong dengan air (dari 2 liter air tadi) sehingga masak.  Toskan ikan (air rebusan jangan dibuang, akan diguna semula). 
2. Asingkan isi ikan dari tulangnya. Kisar bersama air rebusan ikan tadi. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dicincang/tumbuk sehingga naik bau.
4. Masukkan pes laksa johor adami. Tumis hingga sedikit garing.
5. Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi, baki air, bunga kantan, daun kesum, kiub ikan bilis dan asam keping. Masak sehingga mendidih dan kuah agak pekat.
6. Akhir sekali masukkan santan. Biar hingga mendidih. Tutup api. 

*Tak perlu masukkan garam/gula sebab rasa dr kiub ikan bilis tu dah memadai. But boleh adjust ikut selero masing-masing lah ya..

Oh ya!.. Dalam masa yang sama boleh rebuskan spaghetti.

Done!! Dah boleh menikmati laksa johor.. letak spaghetti, ulam2 & curah kuah.. memang best!. Sedap!!

So hari ni ada pasar tani, dah beli lagi 2 paket pes laksa johor adami hihi.. (tp buat entah bila la...)