Kelam kabut jugak masaknya.. Sampai rumah dalam 5.45pm.. keluarkan ikan kembong dr freezer, masuk dlm microwave utk thaw dia, sambil-sambil tu racik segala ulam/awas untuk laksa - kacang panjang, bawang besar, bunga kantan, daun kesum.. fuhh berpeluh den.. buat dengan sehabis pantas. En. somi pulak dok calling calling tanya sempat ke siap laksa.. alahai.. my laling, kalau asek call camne aii nak siapkan dengan pantas hik hik..
TARGET MISI : pukul 7pm dah gerak ke rumah mak.
KEPUTUSAN MISI : BERJAYA! tapi tak sempat mandi la gi umah mak tu hihi..
kuah laksa with spaghetti :) |
ulam-ulaman.. takde dlm pic : potongan cili api/padi |
Camne tiba2 nak berlaksa johor ni?? Asalnya Khamis lepas, pagi-pagi browse blog masakan kunun-kununya cari idea nak masak iftar la kan.. terjumpa lak Laksa Sarawak. Aihh, terasa mengidam pulak nak makan Laksa Sarawak. Dipendekkan cerita, saya order pes tu dr anak Hj Manan ni melalui FB. So perlulah menenangkan diri sambil menunggu parcel dari Kuching tiba di Petaling Jaya :D
Untuk mengubat rasa mengidam tu, saya beli Pes Laksa Johor Adami di pasar tani tengah hari tu.. kebetulan pula terpandang pes tu kat meja pakcik tu.. terus beli dengan Pes Mee Bandung Muar Adami. Tak pernah try lagi pes-pes macam ni.. kasi try aje la kan..
pes laksa johor adami |
Balik ofis browse la ket internet kot-kot ada bloggers yang pernah cuba pes ni.. sebabnya agak confuse dengan cara memasak yang ada kat belakang paket tu, sempoi sangat.. Mula-mula jumpa blogger Hanamemories ada buat. Dia ikut sebijik sejiban dengan arahan belakang paket tu.. tapi hasilnya tak sama macam laksa johor pun.. lebih kepada rupa laksa sarawak aje hehe..
cari lagi.. jumpa blog belinda adzmi. Dia pun guna pes yang sama tapi modify cara memasaknya ikut selera nya.. Since belinda takde mention sukatan bahan, saya pun blur gak nak agak-agak macam mane.. So guna entry kak Azlita as reference, saya pun modify jugak laksa ni jadi version saya pulak hehe... Disebabkan puasa, saya tak boleh nak rasa.. so kira main belasah gak ni.. mujur sodap :D
Laksa Johor Adami
sumber : Liza's Kitchen
inspirasi : Belinda Adzmi & Kak Azlita
Bahan-bahan :
1 paket Pes Laksa Johor Adami
600g ikan kembong
2 liter air
200ml santan - saya guna pati santan yg siap perah
4-5 keping asam keping/gelugor
2 batang bunga kantan - potong empat
daun kesum
2 ketul kiub ikan bilis
1 paket spaghetti (500g)
1/2 biji bawang besar - dicincang/tumbuk
2 ulas bawang putih - dicincang/tumbuk
Bahan ulam/awas (boleh ditambah ikut suka):
2 batang bunga kantan *
1 ikat daun kesum *
1 biji bawang besar *
5 batang kacang panjang *
5 biji cili api/padi * (racik halus bahan bertanda *)
2 genggam tauge
1 biji timun - dipotong mancis
5 biji limau kasturi - dibelah dua
Cara-cara :
1. Rebus ikan kembong dengan air (dari 2 liter air tadi) sehingga masak. Toskan ikan (air rebusan jangan dibuang, akan diguna semula).
2. Asingkan isi ikan dari tulangnya. Kisar bersama air rebusan ikan tadi. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dicincang/tumbuk sehingga naik bau.
4. Masukkan pes laksa johor adami. Tumis hingga sedikit garing.
5. Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi, baki air, bunga kantan, daun kesum, kiub ikan bilis dan asam keping. Masak sehingga mendidih dan kuah agak pekat.
6. Akhir sekali masukkan santan. Biar hingga mendidih. Tutup api.
*Tak perlu masukkan garam/gula sebab rasa dr kiub ikan bilis tu dah memadai. But boleh adjust ikut selero masing-masing lah ya..
Oh ya!.. Dalam masa yang sama boleh rebuskan spaghetti.
Done!! Dah boleh menikmati laksa johor.. letak spaghetti, ulam2 & curah kuah.. memang best!. Sedap!!
So hari ni ada pasar tani, dah beli lagi 2 paket pes laksa johor adami hihi.. (tp buat entah bila la...)
laksa johor... telan air liur jer nih hu3
ReplyDeleteAku pon slalu bli pes adami nie, klu ikut sejibik cm kat plastik tue mme xberape sedap. Kena tambah2 sikit nk bg kaw..
ReplyDeletelia :
ReplyDeletehmm sedapnya laksa johor.. jangan ngidam ye mak buyung :)
nozie :
ReplyDeleteoh ko pun slalu beli ye? mmg aku baca Adami ni based Muor ye..
Memang lain macam la kalau tengok arahan belakang paket tu.. nasib baik jumpa blog org yg dah pernah try. Hasilnya mmg kaw la.. terubat gak rindu nak makan makanan favourite masa kat utm dulu :)
MMg nampak sgt sedap. huhu... Slalu kalau buat pot luck laksa johor, mesti kauh habis dulu, sbb org utara mkn laksa banjir satu mangkuk. hehe...
ReplyDeleteliza:
ReplyDeletelaksa utara mmg sedap makan kuah banjir punya. lagipun kuahnya tak pekat sangat kan?
laksa johor pekat gak kuahnye. kalau cair tak berpa ummph la..
Hehe.. Tapi liza suka pekat2 kalau yang utara pun. Tu yg slalu makan laksa johor, baut gaya laksa utara. :p
ReplyDeleteLiza dpt murah ka kurma yusof taiyub tu? Kalau masih dpt order lepas raya, nak order jugak.. Byk ka diskaunnyer? Tapi kalau cam banyak kekdahnya, xpa la.. :)