Thursday, 2 August 2012

Projek Amal : Mengumpul dana baju raya untuk anak yatim

Assalamualaikum kawan2..
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni jom kita memberi sedikit sedekah/ sumbangan untuk kutipan dana baju raya untuk anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari.  Tak banyak yang boleh beri, sedikit pun takpe asalkan ikhlas... projek amal ni diusahakan oleh admin FB Telekung Project. Banyak dah projek amal yang TP ni anjurkan.. 

jom jom.. kita bersedekah.. kongsikan rezeki yang Allah beri kepada kita dengan anak-anak yang istimewa ini..

Kelebihan Bersedekah


Tarikh: 
 Mar 02, 2012
Riwayat: 
 Bukhari
Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 
Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)."
Huraian Hadith: 
  1. Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
  2. Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.
  3. Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su'ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
  4. Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.






CURRENT UPDATE ♥ 1 OGOS 2012 @ 9.12 AM ♥
DANA BAJU RAYA RUMAH AMAL KASIH BESTARI



Jumlah kutipan kini = RM 7061.92
Baki yang perlu diusahakan = RM 5658.08

Jumlah kutipan 30&31 / JULAI 2012 = RM 1230.00

Syukur Alhamdulillah, walaupun masih banyak yang perlu diusahakan, admin bermohon agar kita semua berdoa utk kejayaan mengumpulkan RM 120 x 106 = RM 12,720.

InshaAllah, sebagai salah satu usaha, admin bersyukur, pihak DEVIGN REFLECTIONS menjemput TELEKUNG PROJECT utk buka charity booth. Admin akan berada di sana utk jualan amal khas utk dana Baju Raya Anak-anak RAKB. Semoga sampai hujung minggu ini, dana akan berjaya dikumpul dan bolehlah mengambil tempahan baju raya yang telah diusahakan oleh Sahabat Kak Noorzila dengan pihak Jakel, Sampin yang ditempah oleh Sahabat Kak Sarlina dan Songkok yang ditempah oleh Sahabat Nadia Suyat.

Sebagai 'mama', admin akan sentiasa berusaha utk cukupkan dana ini. Tidak sanggup utk menghampakan anak-anak emas. InshaAllah.

Kepada sahabat-sahabat yang ingin membantu dalam cabaran menyediakan baju raya anak-anak di Rumah Amal Kasih Bestari, boleh sumbangkan dana kepada akaun admin;

5127 7250 1950, MAYBANK, NORAZILA ABDUL AZIZ

kemudian, please...... EMAIL transaksi sumbangan anda ke email admin di azila79aziz@gmail.com dengan menyatakan BAJU RAYA RAKB. Sangat penting utk tujuan rekod admin.

Alhamdulillah, terlebih dahulu admin ucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menyumbang, Dan InshaAllah, pemberian baju-baju raya ini akan dibuat pada 11 OGOS 2012. InshaAllah..... jom jemput kepada sahabat-sahabat yang nak sama-sama memberikan baju raya ini nanti.

SALAM UKHWAH
AZILA AZIZ
SALAM UKHWAH
AZILA AZIZ

No comments:

Post a Comment