Friday, 12 September 2014

Asyrani Husna - Selamat Hari Lahir



#Throwback

Assalamualaikum..

Tahun ini hari lahir Husna disambut masa saya masih berpantang. Hari lahir Husna adalah pada 26 Ogos lepas iaitu 3 hari selepas kelahiran Amani Zara pada 23 Ogos 2014.


Beza tarikh Asyrani Husna dan Amani Zara hanya 3 hari.. Tahun-tahun akan datang memang confirm sambut bersama lah birthday mereka berdua ni :)

Asyrani Husna & Amani Zara
Alhamdulillah..

Walaupun tak dapat buat majlis yang sempurna, dapat juga buatkan majlis simple kecil-kecilan untuk sambut hari lahir Husna.

Since ummy nya tak boleh nak gerak ke mana-mana, just main
order je kat husband beli itu beli ini..

Husna sendiri dah request nak kek sama macam sepupu kecilnya Arissa Liyana. Kek dari Cake Sense, penuh dengan marshmallow.

Kek idaman Husna
Makanan just beli Sate Hj. Samuri di RNR Awan Besar dekat Puchong. Nenek buatkan puding karamel.





Asyrani Husna dah pun berusia 7 tahun. Umur 7 tahun ada tugas besar dan berat untuk Ummy & Ayah. Mengajar Husna solat. Buat masa ni, Ummy lebih tekankan untuk tepati waktu solat 5 waktu, belum tekankan tentang bacaan solat yang betul. 

Sedikit demi sedikit, Ummy akan usahakan untuk Husna solat dengan sempurna.. In Syaa Allah..

Ummy dan Ayah doakan Allah beri kebaikan dan kebahagiaan dunia akhirat untuk Asyrani Husna..
Amin Ya Robbal Alamin


1 comment:

  1. Happy belated birthday to Husna. Moga jadi anak yg solehah..

    ReplyDelete