Thursday, 4 September 2014

Akhirnya... Amani Zara Nama Diberi :D



Assalamualaikum dan hello! :)

Diam tak diam dah 12 hari berlalu selepas kelahiran puteri saya yang ke-4.  Entri sebelum ni [Bila Baby A Bercerita] iaitu pada masa usia kandungan mencecah 38 minggu 4 hari, Baby A memang belum keluar lagi. 

TUGAS HAKIKI

Sungguh la kot, baby memang sangat bertoleransi dan bertimbang rasa untuk biarkan ummy nya senang hati dan lapang sikit fikiran selepas habis semua Audit Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) pada Jumaat 22  Ogos lepas. Siap datang closing meeting lagi hihii..

Alhamdulillah, BSFJ tak terima sebarang NCR. Malah OFI pun paling sedikit berbanding Bahagian lain dalam CKS. Lega lah juga kan? Kalau tak, banyak pula nak menjawab ke pihak atasan hihii...

JOM BERKENALAN DENGAN BABY A :D

Nama Baby A kami, UmmyAyah ikut je pilihan KakakAbang baby A. So nama yang dipilih adalah Amani Zara binti Abdullah

Amani : Cita-citaku, ketenanganku
Zara : Puteri

Jom tengok gambar-gambar Amani Zara di hari pertama kelahirannya :)








Nama : Amani Zara Binti Abdullah
Tarikh lahir : 23 Ogos 2014
Masa lahir : 2.50pm
Berat lahir : 3.34kg
Panjang :48cm
Ukurlilit kepala : 32cm
Minggu lahir : 39minggu 1 hari

Mula-mula kakak Husna bagitau nak letak nama Amani Nadirah. Tapi saya kata panjang sangat. Had maksimum 5 suku kata sahaja. 

Jadi tukar lah.. Lepas Kakak Husna dan Aliff berbincang dengan beberapa pilihan masa tu Aisya Amani, Amani Aisya, Aisya Zara, Amani Zara, akhirnya diorang sepakat pilih Amani Zara.

CERITA PENGALAMAN BERSALIN AMANI ZARA

Sabtu 23 Ogos 2014, masa bangun tidur tiba-tiba terasa dush.. air ketuban keluar. Tak banyak macam 1 cawan gitu.. 

Alamakkk... Tak berani nak berdiri takut keluar habis semua air ketuban, merangkak la pergi ke tandas. Sampai, bila berdiri dah takde keluar pula air ketubannya.. 

Lepas cuci semua, ambil wuduk dan solat subuh dulu.. Mandi dan kemudian cepat-cepat siapkan semua barang-barang yang perlu dibawa ke Bandar Sunway dan hospital. Anak-anak pun angkut aje masuk dalam kereta tak bermandi, takut tak sempat pula.

Sampai Sunway, singgah beli breakfast di Restoran Jaring untuk makan di rumah mak aje.

Masa dalam perjalan ke Sunway tu dah mula ada contraction tapi masih boleh tahan lagi. Jeling jam pada dashboard tiap kali contraction.. emm ada la berlaku tiap sela masa 5-7 minit. 

Sampai rumah mak, siap-siapkan anak mandi semua. Breakfast nasi kerabu dulu. Kali ni memang bertekad tak nak pergi awal-awal ke hospital sebab taknak jadi bahan ujikaji/interview dekat 20 kali macam masa Ammar dulu..hihii.. So plan dah memang rasa contraction tu kuat sikit baru pergi. Lagipun Sunway ke hospital tu taklah jauh sangat, dalam 15minit dah sampai pun..

Alhamdulillah.. Sempat dirikan solat Dhuha dulu..

Pukul 10.30 pagi, ajak husband keluar. Ajak jalan-jalan dulu untuk cepatkan/mudahkan bersalin nanti.  

Husband tanya nak gi Pyramid ke.. mana? Hish rasa tak berani sangat nak gi pyramid sebab kalau tiba-tiba rasa nak terberanak, jauh kot nak jalan ke parking nya.. So husband cadang gi Aeon Big Subang (Carrefour lama). Hmm ok gak tu, boleh cari apa-apa lagi barang baby yang tak terbeli sebelum ni.

Sampai Aeon Big, nampak Secret Recipe. Husband kata nak belanja makan kek sepotong sebelum bersalin.  Pilih je mana-mana nak :)..


Masa tu rasa serba salah nak makan almaklumlah kan ada diabetes semasa hamil (GDM) hihii.. tapi hati tu mau juga.. nanti teringat-ingat pulak hehe.. Pilih White Choc Macadamia dan minum Hazelnut Latte dan husband pilih Cappucino. Seronok dapat ber'dating', chit chat, sharing makanan berdua ;)

Masa bayar tu, adik yang kerja situ tanya bila due? Bila bagitau jap lagi nak pergi hospital lah ni..terkejut dia hehe..  

Beli beberapa barang kat Aeon Big tu dan gerak ke hospital. Masa tu dalam pukul 12.30 tengah hari. Masa di Secret Recipe tu mak dah call husband tanya dah masuk LR ke? hehe.. husband bagitau tengah jalan-jalan..

Masa ni contraction dah makin kuat sampai kalau tengah berjalan nak kena stop kejap ambil nafas.

DI HOSPITAL
Setibanya di hospital, tak terus pergi ke Emergency Bersalin. Gi parking kereta comel-comel dulu, naik lif gi wad bersalin tu. Gi tandas dulu, membuang. Tengok jam pukul 1.00 petang. Bagitau husband tunggu zohor dulu lah sebab zohor 1.19 petang. Kalau dah masuk LR dan kena tahan, nanti tak tersolat zohor pulak.

Mujur aje ada surau lelaki dan perempuan di luar pintu masuk LR tu. Sambil-sambil lepak di surau, sempatlah habiskan Al-Ma'thurat dan Surah Yassin sebelum dirikan solat zohor. 

Masa ni air ketuban pun tak keluar dah.. bleeding/show pun takde.. hanya contraction sahaja.

Keluar surau rasa nak masuk tandas balik, membuang lagi..

Dalam jam 2 petang. Dah setel semua baru tekan butang interkom nak masuk ruang LR tu. Cerita kat nurse kenapa datang situ; leaking air ketuban, contraction tiap 5 minit. Terus nurse suruh masuk LR. Masuk bilik 5, tukar baju ke uniform hospital. Pass baju yang dipakai ke husband.

Nurse pesan husband untuk tunggu kat ruang lobi dan datang semula lepas 2 jam.. So masa tu dalam 2.15 petang, husband patut datang 4.15 petang untuk check dah bersalin belum..


Kat bilik tu, doktor dan students (kot) datang. Tanya itu ini, taip kat komputer. Silap masa tu tak bawa  masuk buku pink masa checkup antenatal. Banyak soalan memang tak ingat lah macam tarikh pertama scan,  tarikh last scan..berapa biasa-biasa tekanan darah aduiii.. semua dah tulis dalam buku pink tu memang tak  rajin lah nak ingat tarikh-tarikh atau details.. 

Check bukaan dah 5cm. Doktor pecahkan ketuban terus. Terus contraction makin bertambah kuat. Sambil contraction tu kena pulak menjawab soalan-soalan doktor yang menaip info kat komputer haha!! Haru biru!

Pasang CTG kat perut tu. Nasib gak kali ni dia bagi mengiring. Kalau masa Ammar dah pasang benda alahtu kena menelentang aje mak aii dah la pressure berat perut menekan tambah dengan contraction takleh nak gerak aduii.. terseksa jiwa raga huhuu...

Tiap kali contraction datang je mesti rasa takpela.. czer aje la.. tak tahan betul sakit. Tapi kalau secara waras taknak lak czer sebab taknak tanggung sakit lepas czer hihii...

Sepanjang masa tu walaupun macam kurang waras hihii.. mengaduh sakit segala (actually tak ingat sangat, mesti memalukan kot hehe..) tapi still ingatkan diri sendiri untuk baca doa nabi yunus, La ila hailla anta.., La haw la wala.., Hasbunallah.., Istighfar, Salawat dan Ayat kursi berulang-ulang.. 

Masa kesakitan tu memang tak pandang apa-apa, mata memang pejam aje. Bila dah rasa resa nak teran, sebut je masa tu entah sape yang ada dalam bilik tu pun takmo ambil tau. Sedar bila nurse bagitau, kalau dah rasa nak teran, berhenti sedut gas dan pegang palang tepi katil tu dan teran.

So bila resa datang je lepas tu terus teran 3 kali dan Alhamdulillah.. baby pun keluar dan terus menangis.. terus nurse suruh pegang baby kat dada.

Alhamdulillah..
SubhanAllah..
MasyaAllah..

Tengok jam kat dinding, 2.50pm.. Hah?? rasa macam dah berjam-jam dalam LR tu.. rupanya dalam setengah jam aje lepas masuk LR, baby dah keluar.. SubhanAllah!

Nurse angkat baby tanya, baby apa? Saya kata taktau haha!! sebab macam mamai lagi.. GIRL!! katanya. Oh syukur Alhamdulillah.. sebabnya sampai kesudah saya tak dapat confirm dengan scan jantina baby.

Masa awal-awal scan aje doktor penah bagitau nampak MACAM girl. Bila kawan-kawan komen bentuk perut macam boy, memang dah susah hati dah sebab Husna nak sangat baby girl. Memang saya pun nak sangat Husna ada kawan girl, kesian asyik kena buli dengan 2 orang adik lelaki dia.

Dah selesai baby, uri pulak. Yang ni 1st time experience doktor tak bagi teran untuk keluarkan uri tu. Just disuruh batuk-batuk je. Jujurnya 4 orang anak saya tak pernah tengok walau sekali pun rupa uri tu.  

Ada pesan kat husband untuk ambil gambar tapi nampaknya dia tak ambil hihii.. cuma dapat tengok bungkusan  uri tu je tulis 800g. Mak aii berat juga ye uri ni..

Bila baby dah siap bersih, nurse bawa masuk LR dan letak kat breast untuk penyusuan dalam jam pertama  kelahiran. Baby amatlah pandai terus dapat latch ke breast. Berat baby 3.34kg. Nurse bawa baby keluar  balik untuk bagi ruang sesi jahit. Katanya nak bagi husband tengok baby.

Lepas tu tak jumpa dah baby sampailah dihantar ke wad selepas bersalin..

Gitu aje lah ceritanya..
sekiannn... :)

Bersambung cerita lepas bersalin.. nanti... :)

No comments:

Post a Comment