Skip to main content

Bila Baby A bercerita...

Assalamualaikum dan hello!

Saya Baby A..

gambar hiasan
Hari ni Baby A dah 38 minggu 4 hari dalam rahim ummy..
BELUM keluar lagi..
Ummy sebenarnya dah tak terlarat dah nak bawa badan atau drive kereta, tapi Baby A suka duduk diam-diam dalam rahim ni.. hihii..

Masa ni kakak & abang-abang Baby A semua dah lahir..

Kakak Husna - 35++ minggu
Abang Aliff - 36++ minggu
Abang Ammar - 38 minggu
Baby A - ?????

Hari tu ummy harap-harap baby A keluar tarikh cantik 08.08.14
Sori ummy, Baby A takmo.. ;)
Ramai kawan-kawan ummy suruh tunggu Mesyuarat Warga 12.08.14
Baby A nak join jamuan raya BSFJ..
Siap dapat lucky draw lagi :)


Then ummy harap another tarikh cantik 14.08.14
Pun tak kesampaian
Baby A nak join Jamuan Raya KKR :)
Nak makan kambing golek, apam balik, laksa sarawak, mee kolok, sate, lemang, buah, cendol, char kue tiow dll..

Baby A tau, ummy kalau boleh nak Baby A lahir sebelum jamuan/kenduri makan-makan nenek 17.08.14
Tapi Baby A kesian kat nenek nanti takde orang nak tolong nenek masak...
Nenek siap dah call awal-awal suruh ummy datang awal untuk tolong..


Tapi nenek cita-cita banyak sangat, banyak betul menu nenek nak buat..
Langsung lari dari persetujuan asal perbincangan nenek dengan anak-anak..
Tu yang ummy kureng suka tu..

Ummy kena tolong masak :
Oregano and Garlic Buttered Rice,
Black Pepper Sauce,
Coleslaw,
Fresh Garden Salad,
Sweet Sour Dory,
Spaghetti Bolognese,
Fettucini Carbonara

Pergh.. banyaknye nenek suruh ummy buat..

Tu belum lagi menu nenek yang lain :
Nasi impit
Kuah lodeh
Kari daging
Kurma udang
Takoyaki

Makcik-makcik Baby A ingat ummy yang volunteer semua menu-menu tu and volunteer nak masak..
Adoii.. takde maknanya.. dapur rumah Baby A sendiri pun dah lama tak berasap
Ummy tengah-tengah sarat ni memang tak logik lah nak volunteer masak itu-ini untuk jamuan..

Kat ofis ummy SYMP (Saya Yang Menurut Perintah)
Kat rumah nenek pun ummy camtu jugak,
SYMP je..

Sudahnya dah sampai harini 19.08.14
Belum ada tanda pun Baby A nak keluar..
Baby A nak bagi ummy setel kan urusan Audit Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) kat ofis ummy..
Start 18.08.14 sampai 22.08.14 Audit di pejabat ummy ni..
Unit ummy kan jadi urusetia..

Lagipun Baby A nak join jamuan raya kat Unit GIS hari ni hihiii
Dapatlah Baby A makan Nasi daging, laksa utara, puding roti, nasi impit + rendang, pavlova, buah, apam daun rambai, tat telur, trifle dll
Burppp kenyang Baby A :)

Tapi since Audit untuk Unit KPIUB dah setel hari ni, baby A rasa dah boleh keluar dengan senang hati kot
Ummy pun dah takde runsing lagi fikir kerja kat ofis dia yang memang merunsingkan :)

Ok kita wait and see bila baby A nak keluar ehh..
Tak nak keluar sekarang pun 29.08.14 nanti Ummy dah kena serah diri kat hospital
So nak taknak, Baby A tetap kena keluar.. hihiii :D

Comments

  1. apa2 pon, semoga smuanyer selamat yer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …