Friday, 26 September 2014

Idea Deko : 56 Inspirasi Deko/ Hiasan Ruang Bawah Tangga



Assalamualaikum dan hello :)

Saja-saja tengok balik gambar-gambar dalam external harddisk nak delete mana-mana gambar yang 'boleh' delete.. Terjumpa balik folder idea-idea deko/ hiasan rumah. 

Saya memang suka google cari idea untuk deko-deko ni walaupun tak semua sesuai dengan rumah sendiri mungkin dari segi kos atau keluasan yang terhad.. tapi inspirasi tu yang penting :)

Since saya ingat nak clear kan sebahagian besar hard disk, saya rasa kalau simpan dalam blog pun ok jugak kan.. Later bila perlukan idea semula dah tau nak cari kat mana. Lagipun boleh share dengan pembaca blog juga.. kot dapat gak sikit 'saham' pahala sharing :) (in sya Allah)..

IDEA DEKO RUANG BAWAH TANGGA

Ok, kali ni saya nak share ni adalah idea deko khas untuk bawah tangga. Kebiasaan rekabentuk rumah yang mempunyai tangga ni, bawah tangga tu mesti dijadikan ruangan menyimpan barang atau biasa orang gelar stor.

Jaranglah kan ruang bawah tangga dibiarkan kosong. Tapi ni saya jumpa rumah yang bawah tangganya kosong. Masa tengok rumah ni memang tertariklah kan.. cuma lepas tu blur pulak nak deko macam mana :)

Ruang bawah tangga yang kosong
Dengan ruang yang agak besar begini, memang rasanya banyak idea yang datang tapi nak dapatkan inspirasinya, kenalah tengok gambar-gambar menarik.. Selepas di google, memang
jumpa baaanyak gambar menarik.

Dan disini saya share kan kepada rakan-rakan antara gambar yang sempat saya 'save'. 


56 INSPIRASI DEKO/ HIASAN RUANG BAWAH TANGGA

Inspirasi yang saya maksudkan disini adalah 'gambar' deko tersebut. Daripada 56 gambar idea/inspirasi ini, saya telah membahagikan kepada 8 kategori.. 

Sila jamu mata okay :)

Idea #1 : Ruang Bermain Kanak-kanak

Ini adalah idea deko dalam rumah contoh yang saya tengok. Memang menarik hati juga sebab dijadikan ruang untuk anak-anak bermain.

Tapi lepas tengok style anak-anak saya main habis bersepah satu rumah, bilik atas sepah, bawah pun disepahkan.. emmm tawar hati nak jadikan ruang bermain tu :(

Idea deko di rumah contoh
Idea #2 : Home Office / Workstation 

Idea ni antara idea deko bawah tangga yang saya sukaaa sangat. Nak pulak ton warna cabinet dark brown antara my fav color. Tapi tak taulah home office saya atau husband hihii..

Bila jadi WAHM nanti, ruang ni mesti dijadikan saya punya home office ;)

i heart this!!
ofis gaya santai.. maybe worksation untuk kerja-kerja kraf seperti menjahit? :)
love love!





Idea #3 : Built-in Cabinet/ Drawers 

Buat kabinet bawah tangga? Cun jugak kan? Suka juga style camni berbanding sedebuk letak barang..

Jenis laci pun ok, jenis larder pun cun. Ada tak kontraktor yang boleh buat camni ye?

cun cun
best!


menarik! banyak ruang boleh guna
design baik punye!


menarik!
jimat space untuk kabinet tambahan..


jenis laci
ni yang terbaik ni.. suka suka... sape boleh buat eh??


Idea #3 : Shelf / Rak

Saya suka juga idea jadikan rak buku ala-ala macam library pulak.. boleh buat ruang membaca la kat situ. 

Idea rak untuk pantri tu macam ok juga tapi nampak kurang kemas kan..











Idea #4 : Mudroom

Ni yang saya tau omputih panggil mudroom. Ruangan mula-mula masuk rumah, letak semua barang-barang kita macam kasut, payung, beg dll.

Kalau tangga tu memang dekat pintu utama, ok kot kan...



Idea #5 : Ruang Istirehat dll

Ok juga deko camni.. ruang lepak-lepak :)

Tapi nampak macam kurang penggunaan disitu. Kalau ruangan bawah tangga tu kecil je ok kot.. Kalau tak, rasa membazir pula setakat deko camtu.. Orang kata tak fully utilized ruang yang ada..





Idea #7 : Kitchen cabinet / pantry

Sesuai juga kalau dapur kecil atau jadikan pantry simpan barang-barang kering..atau simpan pinggan mangkuk..






Idea #8 : Display Cabinet

Emm.. kalau ikut gambar ni macam display wine aje kan... 

Ok juga idea nak display apa-apa kot ada banyak terima anugerah atau piala ke kan.

Haaa...  kalau display botol-botol vitamin Shaklee pun ok juga kan hihii... :D





Macam mana? best juga kan idea-idea dari gambar-gambar ni..

Saya sampai kesudah belum pun decide deko macam mana untuk bawah tangga kami tu..

Semua idea kat atas ni menarik hati. Tapi kemungkinan besar nak buat home office atau ruang untuk anak-anak.. 

Belum ada keputusan lagi :)

Moga idea ni turut beri manfaat kepada rakan-rakan juga :)

Wassalam...

5 comments:

  1. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  2. Masalah yang jarang dibincangkan dalam isu interior design/hiasan dalaman ialah maintenance/penyelengaraan. Memang benar kita boleh mendapatkan design yang cantik yang kita mahu bila kita mula2 masuk ke rumah tersebut…tetapi bila kita mula “hidup” di dalam ruang rumah kita, kita akan dapati kita akan banyak mengkompromi design untuk membolehkan “functional living”. Inilah isu yang jarang dibincangkan, tetapi isu yang sangat penting.

    IKEA adalah salah satu entiti yang banyak menyelesaikan masalah ini..bukan bermakna saya pro IKEA tapi saya rasa kita patut mendapatkan “essence of design” yang ada pada IKEA dalam menghias rumah kita.

    Minimalist design adalah salah satu prinsip ruang rumah yang membolehkan kita mendapat kedua2 nya…design yang menarik dan functional. Popularity minimalist design semakin mendapat banyak exposure di social media dan mainstream media.

    Hiasan dalaman tidak perlu lagi menjadi satu process yang complex, memadankan sofa, hiasan dinding, dengan carpet dan lain lain lagi. Ia akan lebih mudah dan bermakna jika kita menekankan konsep minimalist dan functional living dalam hiasan kita.

    Rayyan Rayn Gallery- Polygonal Islamic Calligraphy

    ReplyDelete