Friday 17 September 2010

Aidilfitri 1431H

walaupun ada banyak masa nak update blog.. tapi tahap kemalasan lebih tinggi hehe..

Sana sini mood raya masih terasa. Untuk saya, tahun ni beraya di Kuala Selangor sahaja, makanya kemeriahan suasana raya tu hanya terasa sampai raya ke-3 sahaja. Raya ke-4 saya dah tercongok kat pejabat hehe..

Kat pejabat wat pe? errr cam takde pape sebab semua kerja dah settle before raya.. so buat la ape yg patut =D

Sepatutnya raya tahun ni giliran di kelantan tapi disebabkan cuti dah takde extra, tak dapat la saya balik. husband opis die tutup seminggu, patutnye boleh je die balik and saya dah cakap takpe kalau die nak balik kelantan ngan husna.. tapi die memilih untuk raya ngan saya. mulanya saya fikir+yakin dia akan tetap balik kelantan walaupun saya tak balik hehe (berdasarkan pengalaman2 lampau).. rupenye tak..terima kasih abang =D

kami balik kuala selangor petang khamis (pasalnya saya masih kerja hari khamis tu). packing barang pun pas saya balik keje aritu (err teruk tolll). ikut ijok. alhamdulillah..selamat sampai dalam masa 1jam lebih sikit.. hehe.. dekat ajer =D

raya?
cam standard aje..

malam raya:
ketupat atok dah masak
tolong usu wat kuah kacang
tolong anjang wat rendang daging
tolong alang prepare bahan untuk popia
gosok baju2 raya

raya 1st:
lepas subuh ada 'naik orang' kat umah (kenduri kecil2)
bersiap2 di pagi raya
solat sunat aidilfitri (err saya tak gi pun)
siap2kan anak2
beraya & bergambar (standard le ni).
gambar sekeluarga dengan mak+ayah takde pulak tahun ni pasal mak+ayah sampai pas solat jumaat (singgah solat jumaat kat masjid kuala selangor). diorg balik lepas solat sunat aidilfitri pasal ayah kene jadi imam kat masjid kat ngan umah kitorang tu.
beraya kat umah sedara2 kat bukit belimbing
tengah malam pas anak2 tidur- siapkan cupcakes

:: aliff sedang 'bersarapan pagi' ::

:: keluarga saya =D ::

:: adik beradik ~ rasanya dah lama tak cukup korum =D ::


raya 2nd:
jamuan untuk anak2 yatim fully organized by jarijemariEVENTS
raya kat tanjong karang (sedara2 belah ayah)

:: anak2 yatim menikmati hidangan ::

:: orang kuat majlis.. ya, my family saaangat banyak perempuan ok ::

:: 80pcs cupcakes for anak yatim ::

:: m&m cupcakes ::

:: berlatarbelakangkan rumah arwah atok (sebelah ayah) di tengah sawah. rumah ni dah jd rumah tinggal. tengok la titi nak ke rumah tu..dah reput dah ::

raya 3rd:
tengok tv hehe
(err aku wat ape ye.. heh lupe le pule)
petang-malam tu prepare western style dinner (black pepper chicken chop nyum nyum..)
gerak balik kl kol 11pm sampai umah kol 12.15am


::our big western style dinner::

raya 4th dan seterusnya:
gi keje wakaka =D

sekian..

Selamat hari raya kepada semua kawan2.. harap dimaafkan segala salah silap, terkasar bahasa/penulisan.. maaf zahir dan batin..

Monday 6 September 2010

Biskut Raya 7 : Tat Nanas Gulung

Ni pun buat semalam bersama2 Biskut Mazola. Percubaan berani mati ni.. 1st time buat tat nanas.. why 1st time? sebab bukan my favourite. pun bukan my family favourite. Mak saya tak pernah buat pun bende ni.. beli pun tidak pernah hehe.. Saya tak berapa suka bende2 yang ada jam ni.. even saya tak makan roti yg diletak jem pun hehe.. sorry la..

1st time cuba makan tat nanas was last year.. gile dah tua bangka baru nak try hehe.. saya belum pandai nak judge sama ada tat nanas tu best ke tak.. sebab buat masa sekarang pada saya rasa die sama aje.. haha teruk betul saya ni kan hehe =D..

So disebabkan ni kali pertama, maafkan la bentuk tat ni yang kurang sempurna. Kulit tat ni jenis yang rapuh, melt in the mouth la.. even masa nak gulung pun kene lembut2 sebab fragile..tapi ada kekurangan pada jem die.. rasa kemasaman die terlebih sudah.. saya buat jem 1biji nanas+jem ready made gak. ermm lain kali kene tambah gula lagi.. eceh ade lain kali tu


Tat Nanas Gulung
Sumber: Baya

1 cawan butter ( 226 gram) at room temp) bukan butter cair atau lembik.
1 biji kuning telor.
1 suduteh asen vanilla.
20 gram gula.
40 gram tepung jagung,
50 gram tepung kastard.
20 gram susu tepung.(boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
240 gram tepung gandum.

1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.

cara cara
-sebatikan telor, butter, gula dan asen vanilla. ( baya hanya guna
spatula aja)
- masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung
kastard dan susu tepung..gaul sebati
-tepung gandum..gaul sebati

lepas tu masukkan dalam acuan tart golung tekan keluar, letak jem dan
gulong.. bakar 350F selama 17-19 minute.

Biskut Raya 6 : Biskut Mazola

Biskut mazola ni mak saya buat tiap2 tahun.. tapi tahun ni dia pencen buat biskut raya.

Saya buat biskut ni semalam. Resipi ni saya ambil dari MyResipi, segan nak mintak kat mak resipi yang die guna selalu tu hehe.. but setelah dibuat, rasanya agak sama dengan yang mak saya pernah buat. So kira ok lah kot..

Biskut ni sangat senang, melt in the mouth dan sedap. Tapi sape2 yang allergik pada kacang tak leh laa... huh rugi wooo =D


Biskut Mazola

sumber : Lilydvalley (Myresipi)

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus (saya kisar 250g chunk peanut yg dah siap bakar)
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya (saya beli yg botol 500ml, guna tak sampai setengah botol pun)
  • Kuning telur- for glazing

Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.(saya guna hand mixer aje sambil tuang minyak sikit2, pastu uli sekejap je)
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Biskut Raya 5 : Chocolate Chip Spotties

Ya Salam..

ok, hari ni semua cerita biskut raya.. sila jangan termuntah hehe..

chocolate chip lagik?? nasib la ok.. biskut ni saya baru buat last saturday. tiap2 tahun pun buat biskut ni..nak kata super sedap, takde la tapi saya suka.. biskut ni jenis rangup mungkin disebabkan ada cornflake kat dlm adunan tu.

Mula2 ingat nak ubah sikit adunan nak letak koko bagi color die gelap sikit tapi saya terlupe le pulak.. takpela.. boleh la ni.. =D




CHOCOLATE CHIP SPOTTIES
(Source - Lizcookies & Aleen RN, Origin - Chef Wan)

Ingredients
(A)
* 150g butter
* 130g caster sugar
* 1 egg
* 1 tsp vanilla essence
(B)
* 1 1/4 cup self raising flour
* 1/2 tsp baking powder
* 1/2 tsp soda bicarbonate
* 1/4 tsp salt
(C
* 3/4 cup chocolate chip
* 2 cups cornflakes (grind coarsely)
* 3/4 cup nib almond

Method
* Cream ingredient A.
* Sift ingredients B together.
* Add in ingredient B in A. Mix well.
* Add in ingredient C.
* Spoon a teaspoon of dough onto baking tray.
* Bake in preheated oven at 150C for about 16 minutes.

Biskut Raya 4 : Honey Cornflakes

Salam..

Ni Honey Cornflake pulak dah a.k.a. Cornflake Madu ler.. hehe..

Ala cornflake madu pun nak letak kat sini ke acik oii!! suke ati acik ler =D..

Saya ada come across satu blog ni ada pembaca yg komen apesal nak susah2 buat cornflake madu/biskut2 bagai ni.. pasal dah ramai org jual, beli aje la kan.. alaa.. terpulang le nak beli ke nak buat ke.. saya suka buat sebab kalau sedap saya boleh buat baaanyaakkk2+bila2 masa+saya boleh control proses penyediaan tu..


Cornflakes madu- Resipi Oleh BAYA

Bahan:

90 gram sugar halus,
110 gram butter.
6 sudu besar madu/golden syrup (saya guna madu)


Untuk campuran cornflakes:

120gram cornflakes.
120 bubble rice( yg plain punya bukan Choc)- (saya guna cornflake jugak, so maknanya 240g cornflakes)
100 gram kacang/badam. ( bakar dulu skit badam tu) (saya guna chunk peanuts yg dah siap bakar..senang!!)

Cara:

Masak atas api sehingga butter,sugar, madu bercampur sebati. Sekejap ja
masaknya.
Kemudian tuangkan ke dalam campuran cornflakes.
Gaul sampai rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam paper cup kemudian bakar
350F (lebih kurang 170 celcius) selama 11-12 minute.

Biskut Raya 3 : Snow Almond

Salam...

Raya dah nak dekat pun masih cerita pasal biskut raya ka?? =D..

Biskut ni saya rasa agak famous gak la (iye ke?). Rasanya kalau singgah mana2 tempat jual biskut raya, mesti ada Snow Almond ni.. dan mungkin jugak ada yang tukar nama..

Sesiapa yang suka rasa gabungan kopi+coklat memang akan suka biskut ni (cam saya =D). Husband saya bila disuruh rasa biskut ni, die boleh kata "tahun lepas kan dah rasa.." chett!! sabo aje la aii.. takpe bang, tahun depan aii akan buat lagi biskut ni sebab aii loiikee!! =D



SNOW ALMOND
(Source - Kak Baya RN. Original: Zubaidah Che Pa)

Ingredients A
* 225g butter
* 100g castor sugar
* 1/2 tsp coffee essence
* 1 egg yolk

Ingredients B
* 200g all purpose flour (sift)
* 50g nestum (grind finely)
* 2 tbsp coffeemate
* 70g tapioca flour
* 40g ground almond

Deco
* Cooking chocolate
* White breadcrumb

Method
* Cream butter & sugar until fluffy
* Add in egg yolk & coffee essence
* Mix Ingredient B together. Add bit by bit into butter mixture
* Roll the dough with rolling pin.
* Cut dough with cutter of your choice
* Bake in preheated oven at 150C for about 20 minutes.
* For deco, dip cookie in melt cooking chocolate and roll on breadcrumb

Thursday 2 September 2010

Biskut Raya 2 : Biskut Choc Chip Rangup

Salam..

Ni 2nd biskut yang dibuat. Actually 1st time nak try resipi ni. Ambil resipi ni kat one of my favorite website resipi.net. This recipe is from Kak Hanieliza. But unfortunately, saya kurang suka dengan rasa dan tekstur biskut ni .. banyak songeh tul hehe.. Rasanya agak pahit sikit, i guess sebab serbuk koko tu banyak kot. Biskut ni jenis rangup yang rapuh. Senang pecah berderai.. ke agaknya saya salah buat? hehe.. nasib la.. btw, this is just my opinion. somebody out there mesti ade yang suka this kind of cookies =D

So check it out =D


Biskut Choc Chip Rangup
Sumber : Hanieliza

Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung biskut ] saya guna top flour follow style maklang
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice] saya guna coklat chips gak
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum


Methods/steps

1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. Ni kene adjust sendiri ye ikut oven masing2. saya ikut mula2 cam direction ni tapi cam almost terhangit+extra pahit, so tukar jadi 160-170 celcius, masa tak sukat pulak =D.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Biskut Raya 1 : Bola-bola Salju


Errr nama asalnya Snowball Cookies

This is the first cookies i made for hari raya. Hehe baru terhegeh2 nak wat cookies =D. This definitely a-must-do-cookies for me every year sebab sangat2 senang dan saya suka =D. Sangat sesuai untuk siapa2 yang baru2 nak cuba buat biskut.

Rupa biskut ni ala-ala biskut makmur cuma takde inti aje sebab dalam doh dah masuk almonds (or other nuts). Biskut ni jenis crunchy.

last time saya dah letak resipi ni kat dalam entri ni.. but takpelah.. just copy paste aje pun kan =D

----------------------------------------------------------------
Snowball Cookies
Sumbangan : Kak baya Rnet


Bahan bahan

2 cawan tepung
2 cawan finely chopped nuts (walnuts or pecan) - saya guna almond nibs aje..senang =D.
1/4 cawan gula halus.
1 cawan butter (softened)
1 tsp vanilla
gula icing for rolling.


Cara:
1. Panaskan oven 325F (lebih kurang 150-160 degree celcius)
2. Campurkan tepung, nuts, gula, butter and vanilla
3. Putar dengan mengunakan speed yg rendah, sehingga sebati ( 3-4 minute)
4. Dengan mengunakan teaspoon, sudu dan bulatkan dough jadi bola
5. Letak diatas ungreased cookie sheet dalam 1 inch apart. (biskut ni expand sikit je)
6. Bakar selama 18-23 minute atau sehingga warna tukar menjadi light brown. Keluarkan secepat yg mungkin dari cookies sheet.
7. Roll dalam gula icing semasa tengah panas dan sekali lagi bila sudah sejuk. (saya roll sekali aje pas biskut sejuk sebab nanti manis sangat pulak).

--------------------------------------------------------------