Monday, 6 September 2010

Biskut Raya 6 : Biskut Mazola



Biskut mazola ni mak saya buat tiap2 tahun.. tapi tahun ni dia pencen buat biskut raya.

Saya buat biskut ni semalam. Resipi ni saya ambil dari MyResipi, segan nak mintak kat mak resipi yang die guna selalu tu hehe.. but setelah dibuat, rasanya agak sama dengan yang mak saya pernah buat. So kira ok lah kot..

Biskut ni sangat senang, melt in the mouth dan sedap. Tapi sape2 yang allergik pada kacang tak leh laa... huh rugi wooo =D


Biskut Mazola

sumber : Lilydvalley (Myresipi)

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus (saya kisar 250g chunk peanut yg dah siap bakar)
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya (saya beli yg botol 500ml, guna tak sampai setengah botol pun)
  • Kuning telur- for glazing

Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.(saya guna hand mixer aje sambil tuang minyak sikit2, pastu uli sekejap je)
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

No comments:

Post a Comment